teganukita 42 (keluaran khas)

8
Bil: 42 1-15 Jun 2011 - http://teganukita.blogspot.com ISSN 2180-4737 Kerjasama erat hasil kejayaan Terengganu ms 3 Kebajikan atlet Terengganu terbela ms 7 MENARIK DI DALAM terkini cepat tepat TERENGGANU HANELANG TERENGGANU menggegar arena sukan negara apabila muncul juara keseluruhan Su- kan Malaysia (Sukma) Ke-14 Kuala Lumpur 2011 dan kejayaan manis mendakap Piala FA. Kemenangan kedua-dua sukan yang menjadi rebutan pasukan seluruh negeri itu membuktikan Terengganu selaku kuasa baru sukan negara yang diuar-uarkan pemimpin utama negeri, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sejak tiga tahun lalu benar-benar menjadi kenyataan. Laporan Khas oleh: Wartawan Teganukita Gambar : Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

description

teganukita 42 (keluaran khas)

Transcript of teganukita 42 (keluaran khas)

Page 1: teganukita 42 (keluaran khas)

Bil: 42 1-15 Jun 2011 - http://teganukita.blogspot.com

ISSN 2180-4737

Kerjasama erat hasil kejayaan Terengganu

ms 3

Kebajikan atlet Terengganu terbela ms 7

MENARIKDI DALAM

terkini cepat tepat

TERENGGANU HANELANG

Terengganu menggegar arena sukan negara apabila muncul juara keseluruhan Su-kan Malaysia (Sukma) Ke-14 Kuala Lumpur 2011 dan kejayaan manis mendakap Piala FA. Kemenangan kedua-dua sukan yang menjadi rebutan pasukan seluruh negeri itu membuktikan Terengganu selaku kuasa baru sukan negara yang diuar-uarkan pemimpin utama negeri, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sejak tiga tahun lalu benar-benar menjadi kenyataan.

Laporan Khas oleh: Wartawan Teganukitagambar : Zulkipli Putra dan Harish Fadzillah

Page 2: teganukita 42 (keluaran khas)

2 keluaran khas1-15 Jun 2011

Penyu tidak menangis lagi!

Terengganu kuasa baru sukan negara

Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan Piala FA kepada pasukan Terengganu (gambar atas). Manakala Dato’ Haji Wan Ahamad menjulang Piala Sukma.

Oleh: aida abd rahman

Hanya beberapa saat memisahkan antara ke-menangan dan kekalahan. Namun berbekalkan se-mangat juang yang tinggi sehingga wisel terakhir, pasukan Terengganu yang hampir dinafikan keme-nangan untuk menjulang Piala FA musim ini, akh-irnya secara mutlak berge-lar juara piala berprestij itu pada 11 Jun lalu. Kemenangan menump-askan jiran tetangga, 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung penuh dramatik, di Stadium Na-sional, Bukit Jalil turut menamatkan kemarau se-lama 11 tahun untuk men-julang Piala FA. Pemain gantian yang mengenakan jersi nombor 18, Ahmad Nordin Alias yang masuk mengganti-kan Ismail Faruqi Asha’ri muncul wira pasukan Pe-nyu apabila berjaya men-jaringkan gol penentuan kemenangan pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat den-gan jaringan 1-1 selepas tempoh 90 minit berakhir. Jaringan pertama Kelan-tan menerusi Mohd Nurul Azwan Roya langsung tidak mematahkan seman-

gat juang pemain Tereng-ganu yang tangkas bangkit mengatur serangan demi serangan untuk memaksa skuad kendalian Datuk M Karathu bertahan. Hasilnya, Terengganu memperolehi gol penya-maan pada masa keceder-aan hasil kesilapan pemain pertahanan negeri Cik Siti Wan Kembang, Daudsu Jamaluddin yang tertanduk bola ke gawang sendiri. Masih segar dengan ke-jayaan manis mendakap Piala FA, nama Tereng-ganu sekali lagi menggegar arena sukan negara apabila muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-14 Kuala Lumpur 2011 yang melabuh tirai pada 12 Jun lalu. Kontinjen Sukma yang diketuai Dato’ Wan Aha-mad Wan Muda merang-kap Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengu-rusan) membawa khabar gembira buat kepimpinan dan seluruh rakyat selepas mendominasi tangga tera-tas bagi 14 kontinjen yang bertanding pada temasya yang bermula sejak 2 Jun itu dengan pungutan 30 pingat emas, lapan perak dan 12 gangsa. Terengganu mencapai 23.26 peratus daripada keseluruhan 129 pingat

emas yang ditawarkan dalam Sukma kali ini un-tuk mengekalkan hatrik kejuaraan Sukma dan mengenepikan cabaran Selangor di tangga kedua dengan pungutan 26 emas, 18 perak dan 28 gangsa. Manakala Johor di tang-ga ketiga dengan 21 emas, 20 perak dan 12 gangsa, diikuti Negeri Sembilan di kedudukan keempat 16 emas, 11 perak dan 19 gangsa. Kemenangan kedua-dua sukan yang menjadi

PiaLa Fa musim ini sudah dalam genggaman pasukan Terengganu dan kejayaan penuh nostalgik itu seakan menggam-barkan `penyu tidak menangis lagi’ selepas mengulangi sejarah manis kali terakhir merangkul piala berprestij dalam kancah bola sepak negara itu pada 2000 yang lalu. Kemaraan anak didik Irfan Bakti Abu Salim ke pertandingan akhir yang penuh dramatik itu bukan semudah disangka. Ber-bekalkan sokongan penyokong yang seakan bertindak seba-gai pemain ke-12 tanpa jemu membanjiri stadium bermula perlawanan pusingan pertama hingga ke final menjadi momen-tum yang meledak kejayaan itu. Tirai saingan Piala FA musim ini bermula dengan Terengganu yang diundi untuk berada da-lam Kumpulan A menentang USM FC dalam perlawanan ka-lah mati berkesudahan dengan kelebihan jaringan, 2-1 , di Sta-dium Olahraga Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pada 19 Februari lalu. Kemenangan itu membawa Terengganu ke cabaran pering-kat kedua bertemu ATM dan berjaya mengatasi pasukan la-wan itu dengan kemenangan

3-2, pada 4 Mac lalu. Walaupun di atas kertas Terengganu seakan tidak meng-hadapi laluan sukar, namun per-lawanan tetap sengit yang me-maksa pasukan diterajui Mohd Marzuki Yusof selaku kapten berhempas pulas untuk men-empah tiket mara ke peringkat suku akhir bertemu Perak. Pasukan penyu terbukti mam-pu menjinakkan Perak menerusi kelebihan agregat 5:4 pada per-lawanan yang berlangsung pada 15 dan 19 Mac lalu. Tempo persaingan kian me-narik selepas Terengganu mara ke peringkat separuh akhir bertemu negeri jiran, Pahang. Malah, dalam perlawanan per-tama Terengganu terpaksa ber-hempas pulas menewaskan skuad kendalian Dollah Salleh itu sebelum meraih kemenan-gan tipis, 3-2 , di Stadium Darul Makmur, pada 13 Mei lalu. Perlawanan pada awalnya seakan memihak pasukan tuan rumah, namun semangat yang tidak pernah luntur yang diper-sembahkan skuad Terengganu menafikan kelebihan Pahang yang mendahului dua gol selepas minit 53 untuk memintas lawan dengan kelebihan satu gol pada

minit ke -88. Manakala perlawanan kedua peringkat separuh akhir, Tereng-ganu yang melayan kunjungan Pahang meledakkan dua jarin-gan berharga hasil tendangan penalti Abd Hadi Yahya, diikuti gol kedua menerusi pemain gantian, Mohd Ailim Fahmi Ka-maruddin. Dua gol penting itu memasti-kan Terengganu terus mengeka-lkan kelebihan ke atas Pahang bagi menempah tempat ke fi-nal Piala FA untuk bertembung Kelantan yang seri 1-1 dengan Selangor tapi layak atas agregat 6:2. Ganjaran atas kejayaan mem-benam ego `The Red Warrior’ , 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun lalu, para pemain dan pengurus pasukan mendapat penajaan ke London dan hadiah tambahan daripada kerajaan negeri berupa wang tu-nai RM10,000 setiap seorang. Selain itu, pemain turut mendapat komputer riba hasil sumbangan Syarikat Top IT, se-bagai penghargaan kepada jasa mereka yang telah melakarkan sejarah tersendiri buat negeri ini.

rebutan pasukan seluruh negeri itu membuktikan Terengganu selaku kuasa baru sukan negara yang

diuar-uarkan pemimpin utama negeri, Menteri Be-sar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sejak tiga tahun lalu

benar-benar menjadi ke-nyataan. Malah, kejayaan gemi-lang itu turut diakui pel-bagai pihak yang menjadi topik utama media massa sekaligus membuktikan negeri pimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad ini seba-gai contoh terbaik dalam mentadbir urus sukan. Dua hari selepas mer-angkul kejuaraan bergan-da itu, Menteri Besar men-gumumkan habuan buat kesemua atlet yang ber-jaya mengharumkan nama negeri apabila menerima ‘durian runtuh’ berupa wang tunai RM10,000 setiap seorang daripada kerajaan negeri dan kom-puter riba hasil sumban-gan Syarikat Top IT. Imbuhan itu merupakan ganjaran tambahan kepada para pemain, jurulatih dan pegawai pasukan skuad berkenaan yang sebelum ini dijanjikan hadiah la-watan ke London sebaik meraih kejuaraan itu. Manakala bagi atlet yang memenangi pin-gat emas pada kejohanan Sukma akan diberi wang tunai RM5,000 manakala perak RM3,000 dan gang-sa RM2,000 seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Sejarah 11 tahun dahulu diulangi lagi oleh semangat juang barisan wira-wira Terengganu apabila berjaya menjulang Piala FA untuk musim 2011.

Aksi dua pemain Terengganu (kanan) ketika membenam ego `The Red Warrior’ di medan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil. Terengganu menang 2-1.

Page 3: teganukita 42 (keluaran khas)

31-15 Jun 2011keluaran khas 3

Terengganu kuasa baru sukan negara Kerajaan komited majukan sukan

Piala Malaysia pula jadi idaman

Kerajaan negeri akan terus komited untuk mem-ajukan bidang sukan di negeri ini, khususnya da-lam usaha melahirkan lebih ramai atlet berkualiti, bagi mengekalkan kedudukan Terengganu sebagai kuasa sukan negara. Sehubungan itu, Men-teri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pihaknya akan menyedia-kan pelbagai keperluan ke arah itu, termasuk meng-hantar mereka mendapat latihan dan pendedahan dalam pelbagai pertandin-gan di luar negara. “Kerajaan negeri akan memberi pengitkirafan dan ganjaran yang sewajarnya kepada atlet yang berjaya dalam pelbagai pertandin-gan,” katanya ketika dim-inta mengulas mengenai kejayaan skuad Tereng-ganu menjuarai Piala FA dan kontijen Sukma yang turut mencipta sejarah apa-bila menjadi juara Sukma

tiga kali berturut-turut. Sebagai bukti komit-men kerajaan terhadap ahli sukan yang menem-pa kejayaan, semua pe-main dan jurulatih serta pegawai skuad Piala FA diberi habuan RM10,000 seorang diiringi ganjaran lawatan ke London dan sebuah komputer riba. Manakala bagi atlet yang memenangi pin-gat emas pada kejohanan Sukma diberi wang tunai RM5,000 manakala per-ak RM3,000 dan gangsa RM2,000 bagi setiap pin-gat yang mereka menangi. Menteri Besar mengu-capkan tahniah kepada se-mua pihak yang bertung-kus lumus berusaha bagi meningkatkan kecemer-langan para pemain pasu-kan bola sepak dan atlet Terengganu, termasuk pe-main dan atlet sendiri. “Kerajaan negeri amat memahami kehendak atlet dan kita tidak pernah lokek untuk memberi pengikti-rafan kepada mereka yang

berjaya,” tambahnya. Dato’ Seri Haji Ahmad turut memuji kesung-guhan dan semangat jitu

Oleh: Kamarudin Mat akib

yang ditunjukkan skuad bola sepak yang mampu menundukkan pasukan la-wan walaupun ketinggalan

hingga ke saat-saat akhir perlawanan. “Dengan berkat doa kita semua, akhirnya pasukan

kita muncul juara dalam pertandingan akhir yang Piala FA yang paling he-bat,” katanya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika berucap meraikan skuad Terengganu dan kontinjen Sukma yang mencipta sejarah gemi-lang di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Kerjasama erat hasil kejayaan TerengganuKerjasaMa erat pel-bagai pihak dan kecak-naan kerajaan memajukan bidang sukan menjadi ‘kunci’ kejayaan Tereng-ganu meraih Piala FA 2011 dan menjuarai Su-kan Malaysia (Sukma) buat kali ketiga berturut-turut. Ketua Kontinjen Sukma Terengganu, Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda, berkata jika kerjasama ini berterusan dan hasil sokongan kerajaan negeri yang membelanjakan pe-runtukan bagi memajukan bidang sukan sama seperti sektor lain, lebih banyak kejayaan mampu dicapai pada masa depan. Beliau berkata, bidang sukan di negeri berkem-bang pesat hasil dana ker-ajaan negeri yang mem-beri keutamaan kepada usaha meningkatkan ke-cemerlangan atlet, setand-ing dengan bidang-bidang lain. “Kerajaan Terengganu meletakkan pembangu-nan sukan negeri ini set-araf dengan sektor lain bagi melahirkan atlet-atlet yang cemerlang,” katanya ketika berucap pada maj-lis meraikan skuad Penyu dan atlet-atlet yang mun-cul juara Piala FA dan

Sukma ke-14, di Dataran Shahbandar, baru-baru ini. Dato’ Haji Wan Ahamad yang juga Timbalan Set-iausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), berkata ke-jayaan yang diraih Tereng-ganu adalah hasil kerjasa-ma semua pihak, termasuk Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Majlis Sukan Neg-eri, persatuan-persatuan sukan, jurulatih, pegawai dan ibu bapa atlet. “Paling penting, atlet sendiri telah berlatih ber-sunggugh-sungguh bagi memastikan mereka me-nang dalam setiap acara

yang mereka sertai,” ka-tanya. Beliau menaruh keyak-inan bahawa Terengganu akan terus menjuarai Suk-ma pada masa akan datang jika momentum sedia ada dikekalkan dan usaha di-lakukan bagi meningkat-kan pencapaian atlet. “Jika atlet berlatih den-gan bersungguh-sungguh dan menjalani latihan mengikut jadual ditetap-kan, Insya -Allah Tereng-ganu akan terus menjadi juara Sukma pada edisi yang akan datang,” ujar beliau.

Ketua Kontinjen Sukma Terengganu, Dato’ Haji Wan Ahamad.

Presiden Persatu-an Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Dato’ Che Mat Jusoh, ber-kata pihaknya akan beru-saha dengan lebih gigih bagi memastikan pasukan Terengganu akan menca-pai lebih banyak kejayaan selepas ini. Beliau berkata, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ah-mad Said sendiri banyak memberi dorongan dan sokongan kepada skuad Terengganu sejak awal lagi bagi memastikan ia menjadi juara sekurang-kurangnya bagi satu piala. “Kemenangan Piala FA merupakan satu sejarah bagi pasukan Terengganu kerana pertandingan akhir antara pasukan kita den-gan Kelantan telah diik-tiraf sebagai perlawanan akhir terbaik dalam seja-

rah pertandingan bolas-epak Malaysia,” ujarnya. PBSNT katanya kini mengidam pula untuk mendakap Piala Malaysia bagi menambah koleksi pialanya selepas berjaya menjulang trofi Piala FA. Setakat ini pihaknya berpuas hati kerana telah memenangi satu piala un-tuk musim ini dan mereka akan berusaha dengan leb-ih gigih bagi memastikan pasukan Terengganu turut menjuarai Piala Malay-sia yang akan dimulakan selepas Hari Raya Aidil-fitri nanti. Menurutnya, dorongan dan kata-kata semangat Menteri Besar yang ban-yak berkorban untuk meli-hat Terengganu menjulang piala dalam pertandingan bola sepak negara, akan menjadi azimat kepada pa-

sukan itu untuk berjuang lebih gigih dan mengeka-lkan momentum kejayaan itu pada masa depan. “Insya Allah, kita akan bermain bersungguh-sung-guh dalam Piala Malaysia untuk muncul juara seperti Piala FA,” katanya.

PIALA FA (TERENGGANU) PIALA SUKMA (TERENGGANU)

PIALA LIGA SUPER

PIALA MALAYSIA

Page 4: teganukita 42 (keluaran khas)

4 keluaran khas1-15 Jun 2011

anaLisis Terengganu Hanelang - terus mengekalkan kuasa baru sukan negara

BuKanLaH sesuatu yang mudah untuk mencipta ke-jayaan berganda dan berturut-turut,melainkan bermula dari persiapan yang rapi dan kecak-naan yang tinggi daripada se-mua pihak khususnya kerajaan negeri. Kejayaan berganda Tereng-ganu apabila menjuarai dalam tempoh masa yang sama iaitu juara bolasepak Piala FA Sabtu lalu dan keesokkannya (kurang daripada 24 jam selepas itu) diu-mumkan pula menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) buat kali ke-tiga berturut-turut. Dalam usaha mempastikan kemenangan dalam final Piala FA sekaligus menjuarainya den-gan mengalahkan Kelantan 2-1, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkali-kali mem-inta supaya pasukan bolasepak Terengganu mesti memperbaiki segala kelemahan sebelumnya dan menunjukkan prestasi dan semangat juang yang tinggi. Pada sidang akhbar, Rabu selepas mempengerusikan Me-syuarat Exco Kerajaan Negeri beberapa hari sebelum per-lawanan akhir Piala FA, Dato’ Seri Haji Ahmad beberapa kali memberi peringatan berkaitan. Dipetik peringatan Dato’ Seri Haji Ahmad:

“Saya berharap pasukan Bola Sepak Terengganu diharap da-pat membaiki mutu permainan mereka menjelang perlawa-nan akhir Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Saya mengakui berlaku kemerosotan pada pasukan Terengganu pada perlawanan terakhir di gelanggang sendiri semasa menentang Kelantan dalam pertandingan Liga Su-per Isnin lepas, saya menyak-sikan permainan Pasukan Terengganu baru-baru ini dan mendapati ada satu kelemahan paling ketara iaitu berlaku ke-merosotan mutu perlawanan, tetapi harap tidak berlaku lagi dalam perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini, biarlah mereka berjuang hingga ke penghu-jungnya”.

Pada sebelah malam sehari sebe-lum perlawanan, Dato’ Seri Haji Ahmad makan bersama dengan para pegawai dan pemain serta

menerima ikrar janji pemain un-tuk berjuang habis-habisan mem-bawa pulang piala itu ke Tereng-ganu. Ini bermakna pesanan keramat Menteri Besar dan kesungguhan menyuntik semangat kepada pe-gawai dan pemain adalah men-jadi asas perjuangan tinggi bagi kemenangan ini. Sudah tentu peringatan Men-teri Besar ini menjadi bekalan kepada barisan pegawai dan pe-main bola sepak Terengganu di Bukit Jalil sehingga sanggup berjuang hingga ke penghujung waktu tanpa rasa penat dan jemu atau kecewa. Walaupun sudah ‘lemas’ den-gan ketinggalan yang berlarutan, tetapi pemain tidak hilang punca, berusaha dan terus berusaha hing-

galah kira-kira 20 saat terakhir di masa “kecederaan” mampu menyamakan kedudukan se-mula, menyebabkan kedudukan seri dan masa tambahan untuk penentuan. Sehinggalah dalam masa tambahan, Terengganu berjaya memperolehi jaringan keme-nangan; bermakna perjuangan pemain Terengganu hingga ke saat akhir. Manakala SUKMA kali ke 14 pula di bawah pimpinan Ketua Kontinjen, Dato’ Wan Ahamad Wan Muda menempa kejayaan sebagai juara untuk kali ketiga berturut-turut. Mempertahankan juara ada-lah lebih sukar dari mengejar kejuaraan untuk kali pertama, lebih-lebih lagi ia berlangsung

bukan di gelang-gang sendiri. K e j u a r a a n pertama pada 2008 memanglah di ge-langgang sendiri, tetapi kejuaraan kedua di Melaka (2010) dan ke-juaraan berturut-turut buat kali ke-tiga ini adalah di ibu kota negara. B e r m a k n a Terengganu bu-

Oleh: ruslan abdul rahman

kan sahaja ‘hero’ di tempat sendiri tetapi juga ‘hero’ di luar. Tahniah kepada Dato’ Wan Ahmad,para pegawai, pengurus dan atlet SUKMA Terengganu yang dengan segala kesukaran mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga dengan memperolehi 30 emas, 8 perak dan 12 gang-sa. Terengganu memperolehi pinggat emas ke 30 melalui ac-ara bola baling lelaki. Walaupun terpaksa bersaing sengit dengan Selangor (yang berjaya meraih 26 emas, 18 per-ak dan 28 gangsa) untuk mere-but kejuaraan SUKMA 2011 ini, tetapi atas tekad dan kegigihan Terengganu mampu membuat pintasan juga di penghujung waktu, khususnya melalui pen-guasaan akhir dalam sukan air. Di atas kemenangan berganda dan berturut-turut ini: Tahniah kepada Menteri Be-sar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, tahniah Dato’ Che Mat Jusoh, Presiden Persatuan Bola sepak Terengganu (PBSNT), tahniah kepada Ketua Kontinjen Sukma Terengganu, Dato’ Wan Ahamad Muda (Timbalan Setiausaha Kerajaan ( Pengurusan), tahniah kepada pegawai dan pemain bola sepak Terengganu, para atlet Sukma Terengganu serta tahniah kepada seluruh rakyat Terengganu!!

“Mempertahankan juara ada-lah lebih sukar dari mengejar kejuaraan untuk kali pertama, lebih-lebih lagi ia berlangsung bukan di gelang-gang sendiri.” Dato’ Seri Haji Ahmad melihat Piala FA dan Piala Sukma 2011 yang membukti-

kan Terengganu merupakan kuasa baru sukan negara.

Wira-wira pasukan bola sepak Terengganu berarak bersama Piala FA dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud melalui beberapa pekan sebelum memasuki bandar Kuala Terengganu untuk ke Dataran Shahbandar.

Kontinjen Terengganu berarak bersama Piala Sukma 2011 ketika majlis samb-utan kepulangan mereka di daerah Kemaman.

Penaung : YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar. YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri.

Penasihat : Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi

Pengarang : Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi

Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib (Media baru)

Penolong Pengarang 2 : Aida Abd Rahman (Akhbar Teganukita)

Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura Jamaluddin

Pelatih : Azwa Shamsuddin dan Nor Izieantie Ibrahim

Jurufoto : Zulkipli Putra dan Harish Fadzilah

Pengendali Blog : Harun Hassan

Page 5: teganukita 42 (keluaran khas)

51-15 Jun 2011keluaran khas

Apa kata mereka...

TaKdir penentu se-gala, kata Mohd Zaki Mohd Yakim, 37 dari Kemaman, berkata, moral serta semangat juang yang kental tanpa peduli ejekan dan sora-kan pihak lawan, tetapi barisan putih hitam tidak pernah berhenti meny-erang hingga ke wisel penamat. “Itulah penawar kepa-da kerja keras dan pemain sebenarnya tidak hilang fokus bagi memastikan Piala FA dibawa pulang ke Terengganu,” katanya penuh semangat. Mohd Zaki bangga kerana peminat bola sepak di luar Tereng-ganu juga mengangkat tabik kepada pemain kita yang dilihat telah me-nang sebelum turun ke padang lagi. “Saya memang tabik kepada kesebelasan pe-main Terengganu yang tidak berputus asa se-baliknya terus memberi saingan hebat kepada pihak lawan,”katanya.

ZairOLniZaM Za-karia, 37, dari Kam-pung Pulau Rusa, Kuala Terengganu pula tanpa ragu-ragu mengangkat kesebelasan pemain Terengganu pada malam itu sebagai wira yang te-lah mengharumkan nama negeri ini di persada su-kan tanah air. Katanya, kehadiran pembesar negeri dan negara telah menyuntik semangat yang luar biasa kepada pemain untuk membawa pulang Piala FA ke Terengganu. “Saya harap selepas ini, pasukan kita da-pat membawa pulang Piala Malaysia pula dan ini tidak mustahil jika komitmen yang sama dipamerkan pemain, pengurus, jurulatih serta kepimpinan negeri yang memberi sokongan padu ke arah kejayaan pasu-kan,” katanya.

MOHd Arif Kori, 26, dari Kampung Pulau Manis, Serada, Kuala Terengganu, berkata fak-tor sepakat dan kekuatan luar biasa untuk membe-nam lawan menyebab-kan Terengganu berjaya menyamakan kedudukan selepas ketinggalan satu gol. “Semangat luar biasa yang dipersembahkan skuad Peteh biarpun ber-depan dengan amukan negeri jiran yang terke-nal dengan sikap garang itu ternyata membuah-kan hasil yang sangat manis dan menjadi ke-nangan sampai bila-bila. “Ternyata, kekalahan kepada pasukan itu da-lam perlawanan sebel-umnya ada hikmah di sebaliknya, sekali gus telah membakar seman-gat pemain untuk men-ebus kekalahan itu dan membuktikan segalanya boleh berlaku jika ada kemahuan,” katanya ke-pada Teganukita.

“susunan strategi permainan yang mereka lakukan pada malam itu amat bagus sekali walau-pun pemain Kelantan ke-lihatan lebih yakin untuk memenangi Piala F A dan saya berbangga men-jadi rakyat negeri Tereng-ganu,” kata Norshida Ismail, yang bekerja di bahagian Jualan Prim-ula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Beliau berkata, sokon-gan dari penyokong juga penting untuk menaikkan semangat para pemain. Rentak permainan akan lebih bagus. Sebelum wisel permulaan, beliau yakin Terengganu akan menang. “Para penyokong seka-rang lebih profesional dan alhamdulillah tiada pergaduhan berlaku sama ada di dalam atau luar stadium dan ini yang kita mahukan,” katanya.

KaPTen Anjung Bistro Primula Beach Hotel, En-cik Fauzi Husin, berkata selain bertuah mempu-nyai seorang pemimpin seperti Menteri Besar yang bermurah hati serta sentiasa membantu mem-bangkitkan semangat juang atlet. “Semangat juang da-lam kesukanan itu pent-ing dan berharap dapat mencungkil lebih banyak lagi bakat-bakat baru da-lam arena sukan negara. Malah, semangat pe-main bola Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini amat membanggakan. “Walaupun ketinggalan satu mata dari Kelantan, mereka masih mampu bertahan dan akhirnya mendapat kemenangan yang diimpikan seluruh rakyat,” katanya.

KeTua Pegawai Kes-elamatan Primula Beach Hotel, Mohd Shamsud-din Awang, berkata ke-jayaan yang dirangkul atlet negeri ini tidak da-tang bergolek melainkan dengan dengan latihan yang sistematik serta di-siplin yang tinggi. “Disiplin dan seman-gat juang yang ditonjol-kan oleh pemain-pemain bola sepak Terengganu khususnya membuktikan mereka tidak mudah me-nyerah kalah walaupun di saat-saat akhir perla-wanan. “Susunan strategi permainan yang mer-eka lakukan pada malam itu amat bagus sekali walaupun pemain Kelantan kelihatan lebih yakin dan seakan hampir menggenggam trofi Piala FA,” katanya.

Page 6: teganukita 42 (keluaran khas)

6 keluaran khas1-15 Jun 2011

Hadiah istimewa buat Terengganu - Mazuki

Tiada istilah gentar hadapi pesaing - Rajiah

BerKaT doa semua kepimpinan dan rakyat, Terengganu berjaya mem-bawa pulang Piala FA ke negeri tercinta setelah 11 tahun mengimpikannya. Sebalik kemenangan menjulang piala yang pernah dirangkul pada

2000 itu ada ceri-

ta tersendiri. “Kemenangan ini mer-upakan kenangan paling manis dan berharga per-nah saya dilalui sepanjang berkecimpung dalam arena bola sepak,” kata Pemain Terbaik perlawanan akhir Piala FA 2011, Mohd Ma-zuki Yusof, 30. Beliau berasal dari Chendering, Kuala Tereng-

ganu menggalas tugas selaku ketua pasu-

kan sejak 2007, sering meng-ingatkan rakan

sepasukan supaya tidak hilang fokus dan terus bermain bersungguh-sung-

guh hingga ke wisel penamat.

“Pada awal pemainan, kita me-

mang a g a k

t e r t e k a n lebih-lebih

lagi bila ket-inggalan 0-1

kepada pihak lawan, namun berkat kerjasama dan semangat berpasukan ketika tempoh perlawa-nan yang sudah

hampir ke penghujungnya, kita berjaya menyamakan kedudukan,” katanya. Beliau tidak meno-lak semangat luar biasa barisan pemain apabila turut dikunjungi tetamu istimewa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat ke stadium menyaksikan perlawanan anak negeri baginda sendiri.

“Saya akui ke-hadiran Baginda dengan diiringi Menteri Besar serta pemimpin

kanan kerajaan negeri sebagai satu suntikan semangat yang sukar digam-

barkan dengan kata-kata, malah merupa-

kan satu penghargaan sangat besar kepada

kami,” katanya kepada Teganukita. Beliau seterusnya mela-hirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang te-lah menghadiahkan wang tunai RM10,000 beserta lawatan ke luar negara ke-pada semua pemain dan pegawai pasukan. “Saya berjanji member-ikan yang terbaik untuk rakyat dan negeri dengan sasaran memburu Piala Malaysia yang akan mem-ulakan perlawanan selepas raya puasa,” katanya.

raTu Kanu Terengganu, Siti Rajiah Ali, 21, bukan sahaja bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menentang lawan setiap kali bermulanya pertand-ingan, malah sifat kental serta tidak gentar menjadi peledak utama kejayaan-nya yang mendominasi pungutan pingat terban-yak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-14 Kuala Lumpur 2011. “Berkat doa ibu bapa, dorongan jurulatih Mohd Hakimi Abdullah dan sokongan rakan seper-juangan juga menjadi fak-tor utama kejayaan saya. Tanpa mereka, saya tidak mampu meraih kejayaan besar ini serta mengharum-k a n

nama Terengganu di serata negeri dan luar negara,” katanya yang memperoleh enam pingat emas meneru-si acara kanu secara indi-vidu dan berpasukan. Kejayaan dalam acara K1 1000 meter, K4 1000 meter, K1 500 meter dan K4 500 meter itu mem-bolehkan Siti Rajiah layak menerima sumbangan Kerajaan Terengganu sebanyak RM30,000 secara keseluruhan. Katanya, dia bangga dengan sikap cakna kera-jaan negeri yang sanggup mengelu-arkan belanja da-lam jumlah yang besar semata-mata

u n t u k

membangun bidang su-kan. “Wang kemenangan ini akan disimpan untuk keg-unaan masa depan selain membeli beberapa aset berharga untuk keluarga yang telah banyak mem-beri sokongan dan dor-ongan untuk saya meraih kejayaan,” katanya.

Skuad Penyu dan atlet Sukma Terengganu terima imbuhansKuad Penyu yang men-juarai Piala FA, menerima ‘durian runtuh’ berupa wang tunai RM10,000 setiap seorang daripada kerajaan negeri, sebagai ganjaran memenangi piala berkenaan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata imbuhan itu meru-pakan ganjaran tambahan kepada para pemain, ju-rulatih dan pegawai pasu-kan skuad berkenaan yang sebelum ini dijanjikan hadiah lawatan ke London jika mereka meraih piala tersebut. Selain itu, setiap pemain juga akan diberi hadiah berupa komputer riba hasil

sumbangan Syarikat Top IT, sebagai penghargaan kepada mereka yang telah

mengharumkan nama ne-geri ini. “Manakala bagi atlet

yang memenangi pingat emas pada kejohanan Suk-ma akan diberi wang tunai

Oleh: Kamarudin Mat akib

RM5,000 manakala perak RM3,000 dan gangsa RM2,000 seperti yang di-janjikan sebelum ini,” kata Menteri Besar pada majlis meraikan pemain Piala FA dan atlet Sukan Malaysia (Sukma) XIV, di Dataran Shahbandar, baru-baru ini. Hadir sama, Penasi-hat Undang-Undang, YB Noorbahri Baharuddin; Pegawai Kewangan Neg-eri, YB Dato’ Haji Abdul Razak Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB Haji Rozi Mamat; Presiden Persatuan Bolasepak Neg-eri Terengganu, Dato’ Haji Che Mat Jusoh dan Ketua Kontijen Sukma Tereng-ganu, Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda. Terengganu melakar

sejarah apabila menjuarai Piala FA setelah menewas-kan pasukan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Sta-dium Nasional Bukit Jalil, pada 11 Jun lalu. Pada keesokannya, Terengganu dinobatkan juara Sukma XIV, iaitu kejuaraan kali ketiga ber-turut-turut apabila berjaya mengutip 30 pingat emas, mengetepikan pencabar terdekat, Selangor yang memenangi 26 pingat emas. Menteri Besar mengu-capkan tahniah kepada se-mua pihak yang bertung-kus lumus berusaha bagi meningkatkan kecemer-langan para pemain pasu-kan bola sepak dan atlet Terengganu.

Dato’ Seri Haji Ahmad (depan dua dari kanan) memotong kek bersama Dato’ Haji Che Mat, Dato’ Haji Wan Ahamad, ditemani Dato’ Haji Abdul Razak dan Haji Rozi tanda simbolik meraikan kemenangan skuad Piala FA dan atlet Sukma Terengganu pada sambutan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Page 7: teganukita 42 (keluaran khas)

71-15 Jun 2011keluaran khas

Contohi modul negeri TerengganuPenganaLisis Sukan, Pro-fesor Tan Sri Khoo Kay Kim menyarankan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) supaya me-lihat modul yang digunakan Terengganu dalam mengurus dan mentadbir sukan . “Dulu Terengganu merupa-kan pasukan tercorot dalam sukan berbanding Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Sara-wak. “Namun, tiba-tiba negeri dari Pantai Timur Itu telah mel-onjak dan muncul sebagai juara Sukma dalam tiga edisi bertu-rut-turut,” katanya. Katanya, semua itu, ada-lah disebabkan kemampuan Terengganu mengenal pasti bakat di kalangan anak-anak tempatan. “Terengganu boleh diba-ratkan sebagai `lubuk’ atlet berkualiti seperti yang dibuk-tikan dengan lahirnya Azizul-

Oleh: suriati ali

hasni Awang, Anuar Manan dan Fatehah dalam sukan ber-basikal,” katanya. Sementara Pengarah Maj-lis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Encik Zainal Abidin Hussin, berkata persiapan rapi dan persediaan dalam segala aspek sejak awal menjadi faktor utama yang membawa kejayaan

gemilang pasukanTerengganu di kejohanan Sukma kali ini. Malah, pencapaian gemilang pada Sukma 2008 dan 2010 menjadi titik tolak yang menjadi cabaran buat pasukan Hanelang untuk meneruskan kesinambun-gan kegemilangan itu. Katanya, bukan mudah un-tuk mengekalkan kejayaan, melainkan semua pihak mere-

alisasikan misi dan visi yang diatur oleh pengurusan, selain menjaga kebajikan atlet supaya mereka sentiasa berada di lan-dasan perjuangan sebenar. “Terengganu boleh diang-gap sebagai kuasa baru sukan negara selepas berjaya meraih kejuaraan tiga kali berturut-turut dalam Sukan Malaysia (Sukma) dan merangkul trofi piala FA.

“ Tiada ucapan terbaik selain jutaan taniah buat mereka yang bertungkus lumus mencipta kejayaan ini sehingga ke detik terakhir,” katanya. Manakala Pengarah Majlis Belia Negeri Terengganu, Encik Mat Yusof Mat Ali berpandan-gan kejayaan Terengganu kerana tadbir urus yang berkualiti dan terbaik selain ganjaran yang di-janjikan kerajaan negeri antara pencetus kepada semangat atlet untuk melakukan pencapaian dalam kelas tersendiri. “Kemenangan dan kejayaan Terengganu dalam bidang su-kan mendapat pujian pelbagai pihak sehingga terdapat pihak tertentu ingin menjadikannya sebagai contoh. “ Tiada petua istimewa untuk anak-anak Terengganu mencip-ta kejayaan melainkan mereka diasuh sejak dibangku sekolah lagi dengan mengikuti program khas di beberapa sekolah sukan yang disediakan kerajaan neg-eri,” katanya.

KHOO KAY KIM

Kebajikan atlet Terengganu terbelaKerajaan negeri menang-gung sepenuhnya kos pem-bedahan dan rawatan tiga atlet Terengganu berjumlah RM46,000 yang mengalami ke-cederaan serius ketika beraksi dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 di Kuala Lum-pur, baru-baru ini. Timbalan Pengarah Maj-lis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Encik Ibni Amin Busu berkata, rawatan terbaik diberikan kepada tiga atlet yang telah berjuang mengharumkan nama negeri bersama atlet lain sehingga berjaya mencipta ha-trik dengan mempertahankan kejuaraan selama tiga tahun berturut-turut. Katanya, atlet tersebut adalah Siti Aminah Ahmad dari pasu-kan bola jaring, Saiful Iskandar Manan dan Mohd Syukri Nawi Judo mewakili pasukan Judo. “Tiga atlet itu mengalami ke-cederaan yang agak serius dan memerlukan rawatan rapi, bagi menjaga kebajikan dan kesi-hatan mereka, kerajaan negeri

membuat keputusan untuk me-mastikan mereka mendapat ra-watan terbaik. “Mereka yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur itu sudah pun selamat menjalani pembedahan dan akan dibenarkan keluar bila-bila masa,” katanya. Atlet judo, Mohd Syukri ber-terima kasih dengan kepriha-tinan dan pengorbanan semua pihak khususnya kerajaan negeri yang membiayai rawatan atas kecederaan yang menimpanya. “Terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Terengganu kerana sanggup membiayai kos rawatan kecederaan bahu yang saya alami walaupun tidak sem-pat menyumbang sebarang pin-gat pada kejohanan Sukma kali ini. “Langkah kerajaan menghan-tar saya di sebuah pusat peruba-tan terkenal itu cukup besar buat diri saya dan keluarga yang se-memangnya tidak mampu mem-bayar bil yang agak mahal,” ka-tanya lagi.

Hargai kejayaan Terengganu: MB umum cuti 19 Jun 2011MenTeri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said men-gumumkan Ahad (19 Jun 2011) sebagai cuti umum bagi menghargai kejayaan pasukan Terengganu menjuarai Piala FA serta kontinjen negeri ini yang menjuarai Sukan Malay-sia (Sukma) Ke-14. “Dengan kuasa yang ada pada saya sebagai Menteri Besar, dengan ini saya mengu-mumkan bahawa hari Ahad ini

sebagai cuti umum bagi merai-kan kejayaan atlet kita,” katanya sambil diiringi tepukan gemuruh lebih 7,000 orang yang mem-banjiri Dataran Shahbandar bagi meraikan skuad Terengganu dan atlet yang menyertai kejohanan Sukma dan muncul juara kali ketiga berturut-turut. Menteri Besar yang begitu gembira dengan kejayaan ber-ganda ahli sukan negeri ini, ber-kata kerajaan negeri amat ber-

bangga dengan kejayaan mereka dan berharap lebih banyak ke-jayaan dicipta atlet di masa de-pan. “Kerajaan negeri tidak pernah lokek untuk memberi pengikti-rafan kepada mereka yang ber-jaya dalam segala bidang. “Mereka yang berjaya akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kejayaan yang telah mereka capai,” ujar beliau. Sempena majlis yang dianjur-

kan kerajaan negeri bagi meng-hargai sumbangan pasukan bola sepak dan kontinjen Sukma itu, beliau turut mengumumkan be-berapa ganjaran lumayan ke-pada mereka yang telah berjaya mengharumkan nama negeri. Beliau turut berharap rakyat negeri ini akan terus memberi sokongan kepada pemain bo-lasepak dan atlet negeri yang menyertai kejohanan pada masa depan.

Rakyat memang nantikan pengumuman gembira oleh Menteri Besar Terengganu itu.

YB Haji Rozi Mamat (berbaju putih) sempat meluangkan masa melawat beberapa atlet Sukma Terengganu yang sedang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur kerana mengalami kecederaan ketika bertarung di gelanggang, baru-baru ini.

ZAINAL ABIDIN MAT YUSOF

Page 8: teganukita 42 (keluaran khas)

8 keluaran khas1-15 Jun 2011

CORAT-CORETKEJAYAAN