Teknik KBKK dalam PdP

23
KPR 3012 SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF PANEL 2 NORHAFIZAH BINTI ABDUL RAHIM D20121057979 SMK SERI AMPANG, IPOH, PERAK. PENSYARAH KURSUS DR. HJ. ZULKEFLEE BIN HJ. YAACOB TEKNIK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Transcript of Teknik KBKK dalam PdP

Page 1: Teknik KBKK dalam PdP

KPR 3012SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA

KRITIS DAN KREATIF

PANEL 2NORHAFIZAH BINTI ABDUL RAHIM

D20121057979SMK SERI AMPANG, IPOH, PERAK.

PENSYARAH KURSUS DR. HJ. ZULKEFLEE BIN HJ. YAACOB

TEKNIK KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 2: Teknik KBKK dalam PdP

Teknik

Secara Penyebatia

n

Penyebatian Sepenuh

Penyebatian SeparaSecara

Terpisah

Teknik Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam Pengajaran dan

Pembelajaran (PdP)

Page 3: Teknik KBKK dalam PdP

Secara Penyebatian

Menurut Poh Swee Hiang (2000), pendekatan secara penyebatian adalah menstruktur semula isi kandungan mata pelajaran untuk mengajar pemikiran secara langsung.

Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998) pula berpendapat bahawa KBKK secara penyebatian ialah KBKK diajarkan secara bersepadu dengan isi kandungan mata pelajaran yang diajarkan pada hari tersebut.

Hal ini bermakna, masa pelajaran dikongsikan untuk mengajar kandungan pelajaran dan kemahiran berfikir. Guru akan menstruktur semula isi kandungan mata pelajaran untuk mengajar pemikiran secara langsung.

Penyebatian KBKK ke dalam mata pelajaran dapat dilaksanakan dengan dua cara, iaitu penyebatian sepenuh dan penyebatian separa.

Page 4: Teknik KBKK dalam PdP

Penyebatian Sepenuh

• Penyebatian sepenuh bermaksud KBKK dapat disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenal pasti.

• Langkah-langkah dalam pengajaran penyebatian sepenuh:

1• Pengenalan Isi Kandungan dan KBKK

2• Penggunaan Rangsangan, Aktiviti dan Latihan

3• Refleksi dan Metakognitif

4• Pengukuhan

5• Aplikasi dalam Situasi Harian

Page 5: Teknik KBKK dalam PdP

Contoh Teknik Penyebatian Sepenuh dalam PdP Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Rumusan)

Kemahiran Berfikir : Mengumpul dan mengelaskan dan menjana idea

Tajuk : Krisis AirTingkatan : 4 Sains 2

Objektif :Pada akhir pelajaran, murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya enam isi tersurat berkenaan punca-punca berlakunya krisis air dan dua isi tersirat tentang usaha-usaha untuk mengatasi krisis air daripada teks yang dibaca.

Page 6: Teknik KBKK dalam PdP

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

1. Pengenalan Isi Kandungan dan KBKK

• Pelajar diberitahu tentang kemahiran berfikir yang akan dilakukan untuk mencari punca-punca berlakunya krisis air dan usaha-usaha untuk mengatasi krisis air.

• Beberapa soalan berstruktur digunakan untuk membimbing pelajar berfikir melalui aktiviti mengumpul dan mengelaskan dan menjana idea.

• Secara tidak langsung dalam langkah ini, guru telah menerapkan domain kognitif tahap pengetahuan berdasarkan Taksonomi Bloom.

Page 7: Teknik KBKK dalam PdP

• Guru telah menunjukkan gambar berkenaan fakta air yang meliputi permukaan bumi, kemudian guru memberikan soalan-soalan berikut kepada mereka:

a) Senaraikan sumber-sumber air yang kamu ketahui.b) Apakah masalah-masalah yang berlaku terhadap sumber air

tersebut?c) Apakah kesan masalah air tersebut kepada diri, masyarakat

dan negara?

Page 8: Teknik KBKK dalam PdP

2. Penggunaan Rangsangan, Aktiviti dan Latihan

• Guru mengadakan aktiviti sumbang saran untuk mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar berkenaan punca-punca berlakunya krisis air. Maklumat tersebut dicatatkan pada papan tulis.

• Guru mengedarkan bahan rangsangan yakni teks yang akan dibaca oleh pelajar dan borang pengurusan grafik untuk diisi oleh pelajar.

Page 9: Teknik KBKK dalam PdP

• Pelajar akan mengisi maklumat yang diperoleh iaitu hasil daripada pembacaan tadi ke dalam borang pengurusan grafik yang disediakan oleh guru.

• Guru dapat menggalakkan domain kognitif tahap aplikasi dan analisis dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar dapat menyenaraikan dan mengasingkan beberapa punca krisis air melalui bacaan teks tersebut.

Page 10: Teknik KBKK dalam PdP

3. Refleksi dan Metakognitif• Guru mengemukakan soalan-soalan kepada pelajar. • Guru dapat menggalakkan domain kognitif pada tahap sintesis.

Pelajar dapat meringkaskan semula proses kemahiran berfikir dalam mencari punca-punca krisis air.

• Selain itu, guru juga dapat menggalakkan domain kognitif tahap penilaian melalui perbandingan antara pengetahuan sedia ada mereka dengan maklumat yang diperolehi daripada teks berkenaan punca krisis air.

• Contoh soalan-soalan yang berhubung dengan refleksi dan metakognitif adalah seperti berikut:

a) Apakah yang anda lakukan untuk mendapatkan punca-punca berlakunya krisis air?

b) Adakah wujud persamaan dan perbezaan antara pengetahuan sedia ada anda berkenaan punca krisis air dengan maklumat yang diperoleh daripada teks yang telah dibaca?

c) Adakah penggunaan pengurusan grafik dapat membantu anda dalam proses ini? Bagaimana?

Page 11: Teknik KBKK dalam PdP

4. Pengukuhan

• Pelajar akan menyenaraikan dua isi tersirat daripada teks iaitu usaha-usaha bagi mengatasi krisis air dan menghasilkan satu rumusan yang lengkap.

• Guru akan menunjukkan panduan menulis rumusan yang baik kepada pelajar. Pelajar akan berlatih menghasilkan rumusan yang lengkap.

• Maklumat dalam pengurusan grafik yang telah diisi dalam langkah kedua sebelum ini akan dipersembahkan dalam bentuk rumusan.

Page 12: Teknik KBKK dalam PdP

5. Aplikasi dalam Situasi Harian

• Kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh pada hari tersebut boleh diaplikasikan dalam situasi harian. Contohnya, mengumpul dan mengelaskan punca-punca pencemaran udara dan menjana idea untuk mengatasi pencemaran udara.

Page 13: Teknik KBKK dalam PdP

Penyebatian Separa

• Penyebatian separa merupakan teknik pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai.

• Menurut Poh Swee Hiang (2000), keputusan ini dibuat kerana pelajar mempunyai kemahiran asas.

• Dengan demikian, unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuaian.

• Guru dapat menyebatikan KBKK ke dalam salah satu langkah atau gabungan beberapa langkah berikut :

Langkah 1 : Pengenalan Langkah 2 : Penggunaan Rangsangan, Aktiviti dan Latihan Langkah 3 : Refleksi dan Metakognitif Langkah 4 : Pengukuhan Langkah 5 : Aplikasi dalam situasi harian

Page 14: Teknik KBKK dalam PdP

Contoh Teknik Penyebatian Separa dalam PdP Komsas (Drama Berkhidmat untuk Negara)

Kemahiran Berfikir : MencirikanTajuk : Drama Berkhidmat untuk NegaraTingkatan : 4 Kemanusiaan 1

Objektif :Pada akhir pelajaran, murid dapat menyatakan empat watak dan perwatakan dalam drama Berkhidmat untuk Negara.

Page 15: Teknik KBKK dalam PdP

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

1. Pengenalan Isi Kandungan

• Pelajar diberitahu tentang kandungan pelajaran pada hari ini iaitu watak dan perwatakan dalam drama Berkhidmat untuk Negara.

• Tiada kemahiran berfikir yang diperkenalkan dalam langkah ini. • Guru menerangkan maksud watak dan perwatakan kepada pelajar

dan kaitkannya dengan pelajaran seterusnya. • Guru juga meminta pelajar menceritakan watak dan perwatakan

rakan mereka menggunakan perkataan sendiri.

Page 16: Teknik KBKK dalam PdP

2. Penggunaan Rangsangan, Aktiviti dan Latihan

• Guru mengadakan satu aktivti lakonan dalam beberapa babak penting berdasarkan drama tersebut.

• Pelajar yang melakonkan watak dalam babak yang dipersembahkan perlu menunjukkan perwatakan yang sesuai berdasarkan dialog yang dilontarkan.

• Pelajar lain akan mengenal pasti dan mencirikan watak dan perwatakan dalam aktiviti ini.

Page 17: Teknik KBKK dalam PdP

• Guru mengadakan aktiviti sumbang saran untuk mencirikan watak dan perwatakan menggunakan kad imbasan. Dalam kad imbasan tersebut tertulis perwatakan bagi setiap watak yang telah dilakonkan.

• Guru akan menunjukkan kad imbasan tersebut satu demi satu kepada pelajar. Pelajar akan mencirikan perwatakan tersebut, kemudian mengisi maklumat tersebut pada borang pengurusan grafik yang telah diberikan oleh guru.

• Dalam langkah ini, guru dapat menggalakkan domain kognitif tahap aplikasi dalam diri pelajar.

Page 18: Teknik KBKK dalam PdP

3. Refleksi dan Metakognitif

• Guru mengemukakan soalan-soalan berikut secara lisan. Contohnya: Berdasarkan borang pengurusan grafik yang telah anda isi, terangkan

perwatakan? Adakah langkah-langkah mencirikan watak dan perwatakan tadi baik? Adakah penggunaan borang pengurusan grafik membantu anda

mencirikan watak dan perwatakan?• Melalui soalan penyoalan dalam langkah ini, guru dapat

menggalakkan domain kognitif tahap sintesis. Pelajar dapat meringkaskan dan merumuskan kemahiran mencirikan watak dan perwatakan dalam drama Berkhidmat untuk Negara.

Page 19: Teknik KBKK dalam PdP

4. Pengukuhan• Sebagai pengukuhan, guru menyediakan soalan pemahaman

dan meminta pelajar menyiapkannya secara individu. • Guru masih memantau dan membantu usaha pelajar. • Seterusnya, guru bersama-sama pelajar menilai jawapan

yang telah diberikan oleh pelajar. • Pelajar dapat menilai kesesuaian jawapan mereka

berdasarkan penilaian yang telah diberikan oleh guru.

Page 20: Teknik KBKK dalam PdP

5. Aplikasi dalam Situasi Harian

• Guru membuat rumusan bersama pelajar tentang isi pelajaran pada hari ini.

• Guru memberitahu bahawa kemahiran berfikir yang dipelajari pada hari ini juga dapat diaplikasikan dalam situasi harian. Misalnya, mencirikan sikap atau perwatakan rakan-rakan di sekeliling kita.

Page 21: Teknik KBKK dalam PdP

Secara TerpisahMenurut Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998), pengajaran KBKK secara terpisah bermaksud sesuatu kemahiran berfikir itu disampaikan secara bersendirian tanpa diajarkan bersama-sama dengan kandungan mata pelajaran.

Pendapat ini turut disokong oleh Poh Swee Hiang (2000) yang berpendapat bahawa guru mengajar kemahiran berfikir secara terpisah daripada kandungan mata pelajaran.

Teknik ini biasanya digunakan dalam kursus berfikir yang dijalankan sebagai tambahan kepada kurikulum sekolah.

Hal ini bermakna, teknik melaksanakan KBKK secara terpisah ini ialah kita mengajarkan kemahiran berfikir tanpa disepadukan dengan isi kandungan mata pelajaran.

Page 22: Teknik KBKK dalam PdP

KESIMPULAN

• Pengajaran KBKK boleh dilakukan melalui dua kaedah, iaitu penyebatian sepenuh dan penyebatian separa.

• Penyebatian sepenuh sesuai digunakan untuk memperkenalkan kemahiran berfikir yang baru, manakala penyebatian separa sesuai digunakan untuk mendekati kandungan mata pelajaran bagi kemahiran berfikir yang sedia difahami oleh pelajar.

Page 23: Teknik KBKK dalam PdP

Bibliografi

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nasrudin Basar dan Siti Halimah Md. Yassin (2012). Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Som Hj. Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selangor:

Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Poh Swee Hiang (2000). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.