Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 5)

download Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 5)

of 4

Transcript of Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 5)

  • 8/14/2019 Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 5)

    1/4

    Pengendalian pengajaran teknik main peranan

    Kepentingan main peranan sebagai satu teknik pengajaran bukan sahaja

    bergantung pada kualiti main peranan tetapi yang lebih penting ialah tindakan

    susulan selepas main peranan. Aktiviti main peranan tidak akan berjaya jika guru

    hanya mengambil satu situasi yang bermasalah, mendesak murid untuk

    melakonkannya, kemudian mengadakan sesi perbincangan tentang situasi

    tersebut. Persediaan yang perlu ditentukan oleh guru adalah seperti yang berikut

    a) Sebelum

    i. Menentukan tajuk :

    Guru perlu memilih tajuk yang sesuai dengan pengetahuan sedia ada,

    minat dan umur murid.

    ii. Menyediakan kelas / kumpulan :

    Guru memberitahu situasi masalah dan apakah yang perlu dilakonkan?

    iii. Memilih peserta :

    Guru menentukan peranan-peranan dalam situasi masalah dan murid

    berbincang serta membuat persediaan untuk memainkan peranan.

    Peserta boleh diletakkan dalam kumpulan atau individu. Kumpulkan

    mengikut peranan dan bincangkan watak.

    iv. Menyediakan pemerhati :

    Semasa pemain peranan merancang, guru menyediakan murid-murid

    lain untuk menjadi pemerhati yang aktif. Guru memberitahu supaya

    murid-murid melihat apa yang berlaku, buat catatan aspek yang perlu

    dilihat iaitu dari segi interaksi, bahasa dan kemudian buat kesimpulan.

  • 8/14/2019 Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 5)

    2/4

    b) Semasa

    Murid-murid memainkan peranan masing-masing. Lakonan tidak

    seharusnya mengambil masa yang terlampau panjang atau terlampau pendek

    (15-20 minit). Guru hendaklah mengehadkan masa.

    i. Perbincangan tentang lakonan

    Perbincangan boleh dijalankan melalui dua cara :

    Murid-murid berbincang dalam kumpulan. Ahli-ahlinya terdiri

    daripada mereka yang memain peranan dan pemerhati.

    Murid-murid berbincang dalam kelas secara menyeluruh.

    ii. Lakon semula

    Ia dijalankan jika perlu untuk membaiki atau memantapkan adegan

    tertentu untuk murid melihat semula dan membaiki lakonan mereka.

    c) Selepas

    i. Rumusan dan perbincangan.Guru menjalankan aktiviti untuk membantu murid-murid membuat

    rumusan berdasarkan perbincangan main peranan yang dilaksanakan.

    Perbincangan secara terperinci perlu dijalankan supaya guru dan

    pelajar dapat mengimbas kembali aktiviti yang telah dilaksanakan.

    Soalan yang biasa dikemukakan terlebih dahulu :

    Siapakah yang mengambil bahagian?

    Siapakah yang tidak mengambil bahagian?

    Mengapa tidak?

    Siapakah yang melakukan dengan baik?

    Siapakah yang melakukan dengan lebih baik?

  • 8/14/2019 Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 5)

    3/4

    ii. Memberi taklimat semula

    Dalam teknik main peranan, taklimat semula sama penting dengan

    aktiviti main peranan itu sendiri. Oleh itu, sesi taklimat semula perlu

    dibentuk dengan hati-hati untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

    Tujuan memberi taklimat semula selepas menjalankan aktiviti main

    peranan adalah seperti berikut :

    a. Untuk mengukuhkan proses pembelajaran murid-murid. Pada masa

    ini, kesan aksi dalam main peranan boleh dianalisis dan dibuat

    kesimpulan

    b. Segala kesalahan dan salah fahan boleh diperbaiki. Guru boleh

    memperbaiki kesalahan selepas aktiviti main peranan dijalankan

    dengan cara mencatatkan kesalahan pada papan tulis atau membuat

    satu sesi pembetulan.

    c. Membawa murid keluar dari peranan yang telah dimainkan dan

    menerangkan apa yang berlaku dalam keadaan yang sebenarnya.

    d. Mengurangkan tekanan dan cuba membawa murid membuat andaian,

    perasaan dan perubahan yang berlaku semasa aktiviti itu dijalankan.

    e. Memberi peluang murid membuat renungan tentang diri sendiri dan

    mengembangkan kemahiran tersebut.

    f. Memberi peluang murid untuk mengaitkan hasil aktiviti main peranan

    dengan matlamat asal aktiviti itu dijalankan.

    g. Membuat kesimpulan tentang perlakuan dalam aktiviti yang telah

    dijalankan.

  • 8/14/2019 Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 5)

    4/4

    h. Cuba lakukan kepada situasi yang lain, kaitkan dengan pembelajaran

    yang lepas dan buat perancangan untuk pembelajaran pada masa

    akan datang.

    Semasa mengadakan taklimat semula, guru mesti memandu murid

    supaya membuat penilaian dan bukan kritikan. Ini akan menggalakkan pemikiran

    yang positif tentang pengalaman mereka.

    Semasa murid membincangkan tentang peranan orang yang mereka

    mainkan, mugkin terdapat seorang atau dua orang murid yang tidak begitu aktif

    dalam perbincangan tersebut. Ini mungkin kesan daripada kehidupan sehari-harimereka atau kurang keyakinan diri atau kebolehan komunikasi. Guru perlu

    membincangkan perkara ini dengan penuh timbang rasa dan pastikan murid

    yang pendiam tidak berada keadaan tertekan.

    Cara mengatasi masalah murid yang pendian adalah dengan memberi

    mereka peranan yang pasif untuk seketika seperti peranan mendengar atau

    berkongsi peranan untuk membolehkan murid tersebut membina keyakinan yangsecukupnya.

    Sebagai kesimpulan, taklimat semula yang dijalankan dengan baik akan

    menghasilkan implikasi yang baik tentang apa yang dialami oleh murid. Mereka

    juga dapat membuat perancangan untuk meneruskan pembelajaran tentang

    perkara tersebut.