Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka3)

6
B) Demonstrasi Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi mendemonstrasikan sesuatu situasi atau peristiwa supaya ia dapat dicontohi atau diambil iktibar oleh murid (role model). Selalunya terdapat pelbagai pengetahuan baru dan nilai-nilai dimasukkan dalam aktiviti demonstrasi yang dijalankan. Sebagai contoh, dapat diadakan satu demonstrasi bagaimana cara dan perlakuan seseorang budak memberi salam kepada orang yang lebih tua. Contoh yang lain adalah demonstrasi bagaimana guru mengajar murid-murid mengenai cara perlakuan bertutur yang betul dalam pelbagai situasi yang dihadapi. Pelaksanaan main peranan ini ialah demonstrasi dijalankan oleh guru, murid atau orang luar mengenai sesuatu situasi. Selalunya aktiviti demonstrasi dimainkan oleh dua hingga empat orang pemain sahaja. Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah penglibatan emosi dalam kalangan murid ialah minimum serta tumpuan murid adalah kepada teknik yang ditunjukkan. Semasa tindakan susulan, guru perlulah memastikan murid dapat mengesan tingkah laku yang diingini dan yang tidak diingini dalam satu-satu situasi. Hal ini bertujuan bagi memastikan murid dapat menerima mesej yang ingin disampaikan dalam aktiviti tersebut.

Transcript of Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka3)

Page 1: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka3)

B) Demonstrasi

Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi mendemonstrasikan sesuatu situasi

atau peristiwa supaya ia dapat dicontohi atau diambil iktibar oleh murid (role model).

Selalunya terdapat pelbagai pengetahuan baru dan nilai-nilai dimasukkan dalam aktiviti

demonstrasi yang dijalankan.

Sebagai contoh, dapat diadakan satu demonstrasi bagaimana cara dan

perlakuan seseorang budak memberi salam kepada orang yang lebih tua. Contoh yang

lain adalah demonstrasi bagaimana guru mengajar murid-murid mengenai cara

perlakuan bertutur yang betul dalam pelbagai situasi yang dihadapi.

Pelaksanaan main peranan ini ialah demonstrasi dijalankan oleh guru, murid

atau orang luar mengenai sesuatu situasi. Selalunya aktiviti demonstrasi dimainkan

oleh dua hingga empat orang pemain sahaja.

Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah penglibatan emosi dalam

kalangan murid ialah minimum serta tumpuan murid adalah kepada teknik yang

ditunjukkan.

Semasa tindakan susulan, guru perlulah memastikan murid dapat mengesan

tingkah laku yang diingini dan yang tidak diingini dalam satu-satu situasi. Hal ini

bertujuan bagi memastikan murid dapat menerima mesej yang ingin disampaikan

dalam aktiviti tersebut.

Page 2: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka3)

C) Latihan :

Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi melatih murid tentang kemahiran-

kemahiran tertentu. Proses melatih kemahiran ini adalah bersifat menarik daripada

proses melatih kemahiran yang biasa kerana ianya melibatkan aktiviti lakonan

daripada murid-murid.

Antara contoh aktiviti yang dapat dijalankan ialah lakonan latihan kemahiran

berkomunikasi antara murid dengan guru, jurujual dan guru besar. Dalam aktiviti ini,

murid dapat dilatih cara berkomunikasi yang betul dengan orang lain yang mempunyai

pelbagai status dan jantina.

Cara pelaksanaan main peranan ini ialah perlu dilakukan persediaan awal

terlebih dahulu untuk memulakan main peranan jenis ini. Persediaan tersebut perulah

dilakukan dengan teliti dan terperinci. Kemudian, murid pula perlu memahami tentang

perancangan yang telah dibuat serta peranan yang akan dimainkan oleh mereka nanti.

Murid akan diberi panduan tentang perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan oleh

guru semasa aktiviti memain peranan.

Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah murid yang memain peranan

mungkin beremosional, oleh itu guru perlu segera mengawal keadaan jika berlaku

sesuatu yang situasi terlampau. Selain itu, main peranan jenis ini mungkin dijalankan

berulang kali untuk membiasakan murid dengan sesuatu situasi tersebut. Murid juga

boleh mengalami tiga keadaan dalam main peranan jenis ini. Contoh keadaan pertama

ialah dengan meletakkan murid berada dalam situasi memesan makanan dari jurujual.

Contoh keadaan kedua ialah murid meniru perlakuan murid lain yang berlainan jantina,

umur dan bangsa. Contoh keadaan ketiga ialah murid meletakkan diri murid dalam

peranan yang dia jarang alami seperti menjadi seorang jurujual, doktor, polis,

pengerusi dan sebagainya.

Page 3: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka3)

Semasa tindakan susulan, guru perlu melihat sama ada murid telah memperoleh

atau tidak kemahiran-kemahiran yang dikehendaki. Sekiranya kemahiran tidak

diperoleh, main peranan ini diulangi beberapa kali sehingga murid benar-benar

memperoleh kemahiran-kemahiran yang dikehendaki.

D) Cerminan

Tujuan main peranan jenis ini ialah untuk menunjukkan kepada murid bagaimana

tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain disekeliling mereka. Pemain akan

menunjukkan tingkah laku sebenar yang terdapat dalam diri mereka apabila berada

dalam sesuatu situasi yang telah ditetapkan. Orang lain yang berada di sekeliling

pemain akan memerhatikan lakonan pemain dan memberi maklum balas.

Contoh aktiviti yang dapat dijalankan untuk main peranan jenis ini ialah lakonan

seorang murid memujuk emaknya membuat sesuatu perkara yang diminta untuknya.

Murid-murid lain yang menonton akan memerhatikan lakonan tersebut serta memberi

maklum balas terhadap tingkah laku yang akan muncul daripada pemain apabila

berada dalam situasi yang ditetapkan.

Impikasi daripada main peranan jenis ini ialah murid dapat memahami

tingkahlaku yang sesuai untuk satu-satu situasi. Selain itu, murid akan diberitahu

objektif main peranan tersebut tetapi tidak diberi arahan bagaimana mengatasi situasi.

Oleh itu, murid akan belajar sendiri bagaimana hendak menghadapi satu-satu situasi.

Hasilnya ialah tingkah laku sebenar mereka akan dilihat.

Page 4: Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka3)

E) Kepekaan

Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi menyedarkan murid tentang perasaan

mereka terhadap sesuatu situasi yang berlaku atau rangsangan daripada orang lain.

Contoh aktiviti yang dapat dijalankan bagi main peranan jenis ini ialah lakonan

seorang murid dipanggil oleh guru besar kerana melakukan kesalahan di sekolah.

Contoh yang lain adalah seperti lakonan seorang murid ditahan oleh pihak polis

semasa berjalan-jalan di pasar.

Implikasi daripada aktiviti ini ialah murid dapat memahami perasaan mereka

apabila mereka berada dalam sesuatu situasi yang baru bagi mereka. Murid juga akan

sedar tentang perasaan mereka dan dapat memahami perasaan orang lain dalam

berbagai-bagai situasi. Hal ini dapat menjadikan murid lebih peka terhadap perasaan

diri dan orang lain dalam sesuatu situasi yang berlaku. Seandainya lakonan yang

dijalankan melibatkan situasi yang menyedihkan, maka perasan yang mungkin akan

timbul daripada murid-murid ialah rasa sedih dan simpati.

Semasa tindakan susulan, guru bolehlah mencungkil reaksi dan perasan murid.

Guru mungkin boleh memberitahu murid sama ada sesuatu perasaan itu wajar atau

tidak bagi situasi yang mereka hadapi. Seandainya sesuatu perasaan itu wajar bagi

situasi yang dihadapi, guru perlu menyatakan sebabnya dan jika sebaliknya, guru juga

perlu menyatakan sebabnya.