Teknik Menjawab Soalan Esei RC SPM

download Teknik Menjawab Soalan Esei RC SPM

of 8

Transcript of Teknik Menjawab Soalan Esei RC SPM

  • 7/28/2019 Teknik Menjawab Soalan Esei RC SPM

    1/8

    Teknik Menjawab Soalan Esei (Bahagian C)

    Reka Cipta SPM Tahun 2012

    Disediakan oleh: Cik Tan Cheng Yin

    Nota Penting

    1 Kata tugas:(a) Nyatakan - Jawapan spesifik sahaja 1 markah

    (b) Senaraikan - Jawapan spesifik, susun langkah 1 markah

    (c) Lakarkan - Lakar (1), label (2), kemas (1) 4 markah

    (d) Terangkan - 2 markah

    (e) Jelaskan - 3 markah

    (f) Huraikan - 4 markah

    2 Contoh:

    (i) Cadangkan satu penambahbaikan ke atas produk tersebut. [1 markah]

    Roda dipasang (1) pada bahagian bawah produk.

    (ii) Terangkan satu alasan bagi cadangan anda. [2 markah]

    Roda ditambah (1) supaya pergerakan menjadi lebih mudah(1).

    (iii) Jelaskan satu alasan bagi cadangan anda. [3 markah]

    Roda ditambah (1) supaya pergerakan menjadi lebih mudah(1). Apabila

    pergerakan menjadi lebih mudah, tenaga kurang digunakan(1).

    (iv) Huraikan satu alasan bagi cadangan anda. [4 markah]

    Roda ditambah (1) supaya pergerakan menjadi lebih mudah(1). Apabila

    pergerakan menjadi lebih mudah, tenaga kurang digunakan(1). Oleh itu,

    penggunaan tenaga dapat dijimatkan (1).

    1

  • 7/28/2019 Teknik Menjawab Soalan Esei RC SPM

    2/8

    1 Rajah 1 menunjukkan dua reka bentuk tongkat untuk kegunaan warga emas yang

    memerlukan tongkat ketika berjalan.

    Tongkat A

    Tongkat B

    Rajah 1

    Spesifikasi Tongkat A Tongkat B

    Bahan Aloi aluminium Keluli

    Warna Hitam berkilauan Coklat kemerahan

    Harga RM 100 RM 60

    Berat 0.4kg 0.5kg

    Batang Boleh laras dari 71 hingga 93 cm Boleh lentur

    (a) Didapati tongkat A lebih baik daripada tongkat B. Adakah anda bersetuju dengan

    pernyataan ini?

    .............................................................................................

    (b) Huraikan jawapan anda di 1(a) berdasarkan lima faktor berikut:

    (i) Bahan pembuatan [4 markah]

    (ii) Mesra pengguna [4 markah]

    (iii) Keselamatan [4 markah]

    (iv) Ergonomik [4 markah]

    (v) Harga [4 markah]

    2

  • 7/28/2019 Teknik Menjawab Soalan Esei RC SPM

    3/8

    Skema Jawapan Catatan: Jika jawapan (a) tidak ditulis, (b) tiada markah.

    (a) Didapati tongkat A lebih baik daripada tongkat B. Adakah anda bersetuju dengan

    pernyataan ini?

    Setuju / Tidak bersetuju

    (b) Huraikan jawapan anda di 1(a) berdasarkan lima faktor berikut:

    Bagi jawapan SETUJU:

    (i) Bahan pembuatan

    Tongkat A diperbuat daripada bahan aloi aluminium yang lebih ringan(1). Warga emas

    dapat menggerakkan tongkat dengan mudah (1) kerana tidak memerlukan banyak

    tenaga (1). Warga emas tidak akan berasa letih(1). [4 markah]

    (ii) Mesra pengguna

    Tongkat A mudah dikendali (1) dan mudah dialih (1). Banyak tenaga dapat

    dijimatkan (1) semasa menggunakan tongkat ini. Oleh ini, tongkat A dapat dibawa ke

    mana-mana tempat(1). [4 markah]

    (iii) Keselamatan

    Tongkat A lebih stabil (1) kerana mempunyai empat kaki yang menstabilkan warga

    emas (1) ketika berjalan. Oleh itu, warga emas tidak mudah tergelincir (1) dan

    terjatuh semasa berjalan (1). [4 markah]

    (iv) Ergonomik

    Tongkat A adalah selesa digunakan(1) oleh warga emas kerana sesuai dengan keadaan

    fizikal warga emas (1). Warga emas tidak perlu memegang tongkat dengan kuat (1).

    Tangan tidak akan sakit (1). [4 markah]

    (v) Harga

    3

  • 7/28/2019 Teknik Menjawab Soalan Esei RC SPM

    4/8

    Harga tongkat A lebih mahal (1) kerana tongkat A mempunyai kelebihan batang

    bolehdilaraskan (1) mengikut ketinggian yang dikehendaki. Harga tongkat A masih

    berpatutan (1) dan mampu dibeli oleh kebanyakan pengguna (1). [4 markah]

    Bagi jawapan TIDAK SETUJU:

    (i) Bahan pembuatanTongkat B diperbuat daripada bahan keluli yang kuat. Oleh itu, tongkat B mampu

    menampung beratbadan warga emas dan menstabilkan kedudukannya. Warga emas

    dapat berdiri dengan lebih lama. [4 markah]

    (ii) Mesra pengguna

    Tongkat B mudah dikendali. Tongkat B mudah dilentur untukdisimpan selepas habis

    digunakan. Oleh ini, tongkat A senang dibawa ke mana-mana tempat.

    [4

    markah]

    (iii) Keselamatan

    Tongkat B adalah stabil kerana terdapat bahagian bawah tongkat B telah dipasang

    dengan penahan yang diperbuat daripada getah. Warga emas tidak mudah

    tergelincir dan terjatuh semasa menggunakan tongkat ini. [4 markah]

    (iv) Ergonomik

    Tongkat B adalah selesa digunakan oleh warga emas kerana sesuai dengan keadaan

    fizikal warga emas. Warga emas tidak perlu memegang tongkat dengan kuat.

    Tangan tidak akan sakit. [4 markah]

    (v) Harga

    Harga tongkat B lebih murah, berpatutan dan boleh diterima oleh kebanyakan

    pengguna. Oleh itu, tongkat B mampu dibeli oleh kebanyakan warga emas.

    [4

    markah]

    4

  • 7/28/2019 Teknik Menjawab Soalan Esei RC SPM

    5/8

    2 Rajah 2 menunjukkan dua reka bentuk tongkat untuk kegunaan warga emas yangmemerlukan tongkat ketika berjalan.

    Tongkat A Tongkat B

    Rajah 2

    Spesifikasi Tongkat A Tongkat B

    Bahan Aloi aluminium Keluli

    Warna Hitam berkilauan Coklat kemerahan

    Harga RM 100 RM 60

    Berat 0.4kg 0.5kg

    Batang Boleh laras dari 71 hingga 93 cm Boleh lentur

    Pemegang bertali Berlampu LED

    (a) Berdasarkan dua reka bentuk tongkat pada Rajah 2, pilih satu reka bentuk tongkat

    yang sesuai digunakan oleh warga emas.

    .............................................................................................

    (b) Huraikan jawapan anda di 2(a) berdasarkan lima spesifikasi yang diberikan.

    [20 markah]

    5

  • 7/28/2019 Teknik Menjawab Soalan Esei RC SPM

    6/8

    Skema Jawapan

    ** Jawapan mesti satu spesifikasi satu perenggan.** Terdapat 6 spesifikasi, pilih sekurang-kurangnya 5 spesifikasi yang ada.

    ** Spesifikasi tidak perlu ikut susunan.

    Pilih Tongkat A:

    Tongkat A diperbuat daripada bahan (1) aloi aluminium yang lebih ringan (1).

    Warga emas dapat menggerakkan tongkat dengan mudah (1) kerana tidak

    memerlukan banyak tenaga (1). Warga emas tidak akan berasa letih (1).

    Tongkat A menggunakan warna (1) hitam berkilauan yang menarik (1) dan

    berkelas (1). Warga emas yang menggunakan tongkat A akan merasakan diri mereka

    mempunyai citarasa yang tinggi (1).

    Harga (1) tongkat A lebih mahal (1) kerana tongkat A mempunyai kelebihan

    batang boleh dilaraskan (1) mengikut ketinggian yang dikehendaki. Harga tongkat A

    masih berpatutan (1) dan mampu dibeli oleh kebanyakan pengguna (1).

    Berat (1) tongkat A adalah 0.4kg. Tongkat A lebih ringan (1). Tenaga dapat

    dijimatkan semasa menggerakkan tongkat ini (1). Warga emas tidak akan cepat

    berasa letih (1).

    Batang (1) tongkat A boleh dilaraskan dari 71 hingga 93cm. Ketinggian tongkat

    dapat diubah mengikut kehendak warga emas (1). Warga emas tidak akan berasa

    susah dan letih (1). Ini adalah kerana warga emas tidak perlu membengkokkan badan

    semasa menggunakan tongkat ini (1).

    6

  • 7/28/2019 Teknik Menjawab Soalan Esei RC SPM

    7/8

    Tongkat A mempunyai pemegang bertali (1) yang boleh digantung selepas habis

    digunakan (1). Warga emas dapat menyimpan tongkat dengan mudah (1). Ruang

    penyimpanan dapat dijimatkan (1).

    Pilih Tongkat B:

    Tongkat B diperbuat daripada bahan keluli yang kuat. Oleh itu, tongkat B mampu

    menampung beratbadan warga emas dan menstabilkan kedudukannya. Warga emas

    dapat berdiri dengan lebih lama.

    Tongkat B menggunakan warna coklat kemerahan yang menarik dan berkelas.

    Warga emas yang menggunakan tongkat A akan merasakan diri mereka mempunyai

    citarasa yang tinggi.

    Harga tongkat B lebih murah dan berpatutan. Oleh itu, tongkat B mampu dibeli

    oleh kebanyakan warga emas.

    Berat tongkat B adalah 0.5kg. Tongkat B lebih berat kerana diperbuat daripada

    keluli yang kuat. Oleh itu, tongkat A dapat menampung berat badan warga emas.

    Batang tongkat B boleh dilentur. Tongkat B mudah untuk disimpan. Tongkat B

    boleh dilentur untukdisimpan di dalam ruang seperti almari, laci dan rak. Ruang

    penyimpanan dapat dijimatkan.

    Tongkat B mempunyai pemegang berlampu yang dapat membekalkan cahaya

    semasa warga emas berjalan. Warga emas tidak akan terjatuh dalam keadaan yang

    gelap. Kecederaan akan dielakkan.

    7

  • 7/28/2019 Teknik Menjawab Soalan Esei RC SPM

    8/8

    8