Teks Ceramah.doc
Transcript of Teks Ceramah.doc
SIA PIK KIEW 801111136227
1.0 Pengenalan
Keselamatan diri pada hari ini amat tergugat dengan keadaan-keadaan di sekitar kita.
Persekitaran yang mempunyai permukaan jalan yang licin mungkin boleh menyebabkan
kita tergelincir dan persekitaran yang kerap berlaku jenayah mungkin menyebabkan kita
menjadi mangsa ragut. Dalam tugasan ini akan dibincangkan tentang konsep keselamatan
diri dari aspek fizikal dan emosi serta jenis-jenis kemalangan atau kecederaan yang kerap
berlaku di rumah. Faktor-faktor yang mengundang kemalangan atau kecederaan serta
langkah-langkah pencegahan dan pengawalan juga dihuraikan di dalam tugasan ini.
Selain itu, sumber-sumber bantuan keselamatan turut dibincangkan. Pelbagai cara untuk
mendapatkan bantuan keselamatan juga dibincangkan agar ianya dapat dimanfaatkan
oleh semua lapisan masyarakat sekiranya menghadapi masalah keselamatan atau
kecederaan pada diri sendiri atau ahli keluarga yang lain. Bagi mengukuhkan lagi
kefahaman murid-murid, satu persembahan powerpoint berkaitan dengan topik tugasan
ini turut disertakan. Brosur yang berwarna-warni dan penuh dengan maklumat
keselamatan turut diedarkan semasa ceramah ini dijalankan.
2.0 Teks Ceramah
Murid-murid yang dikasihi semua,
Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama meninjau tentang konsep
keselamatan diri daripada aspek emosi dan fizikal. Bagi aspek emosi, keselamatan diri
dipersepsikan sebagai seseorang itu berasa selesa dan mesra terhadap gerak balas dirinya
dengan orang lain seperti keluarga, rakan serta masyarakat yang berada di sekitarnya.
Manakala, konsep keselamatan diri daripada aspek fizikal pula melibatkan seseorang itu
bebas daripada ancaman penderitaan atau kesakitan yang berpunca daripada kecederaan
dan kemalangan yang berniat dan dengan tanpa niat. Contoh kemalangan atau kecederaan
secara berniat ialah penderaan, penculikan dan sebagainya. Manakala, kemalangan atau
kecederaan secara tanpa niat adalah seperti kemalangan, tercekik, terkena benda panas,
terjatuh dan lain-lain lagi. Jadi, keselamatan diri boleh didefinisikan sebagai keupayaan
1
SIA PIK KIEW 801111136227
seseorang untuk melindungi diri daripada kemudaratan secara fizikal dan emosi sebagai
gerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinya dan sekelilingnya.
Murid-murid yang disayangi semua,
Kemalangan atau kecederaan yang sering berlaku di rumah terbahagi kepada
beberapa jenis. Antaranya ialah terjatuh, keracunan, tercekik, lemas, melecur, terbakar
dan gigitan haiwan.
Terjatuh dari tangga, meja, almari, kerusi dan tepi tingkat merupakan tempat-
tempat yang berisiko di dalam rumah yang sentiasa menyebabkan kemalangan dan
kecederaan. Begitu juga dengan tergelincir apabila berjalan di permukaan yang licin,
contohnya di dalam tandas. Akibat daripada kemalangan atau kecederaan ini, seseorang
yang tergelincir ini bermungkinan mengalami kecederaan dalaman seperti pendarahan
dalam otak.
Keracunan pula terjadi sekiranya seseorang itu terminum atau termakan sesuatu
bahan merbahaya secara tidak sengaja seperti bahan pencuci, ubat-ubatan, racun
serangga, racun rumput, jenis-jenis kulat tertentu yang merbahaya dan sebagainya.
Termakan dan terminum benda yang telah dicemari oleh bahan beracun dan sesetengah
jenis bakteria yang merbahaya juga boleh menyebabkan keracunan.
Bagi kemalangan atau kecederaan untuk tercekik pula, ianya disebabkan oleh
bendasing yang terlekat atau tersumbat di bahagian rongga pernafasan dan seterusnya
menghalang sistem pernafasan seseorang. Contohnya seseorang yang tertelan bendasing
seperti manik, guli, duit syiling dan sebagainya.
Seterusnya, lemas boleh berlaku apabila seseorang itu jatuh ke dalam air seperti di
kolam, parit, kolam renang, longkang, sungai dan lain-lain tempat. Mangsa lemas tidak
dapat bernafas kerana paru-paru dipenuhi air. Risiko kemalangan jenis ini lebih tinggi
sekiranya seseorang itu tidak mahir berenang, mengalami penyakit sawan ataupun
melibatkan umur di peringkat bayi dan kanak-kanak. Terdapat kes bayi atau kanak-kanak
yang lemas kerana kepalanya tersemban ke dalam besen atau baldi yang dipenuhi air.
Selain daripada itu, lemas juga berpunca daripada kesukaran bernafas kerana terkurung di
dalam tempat atau ruang yang tidak mempunyai pengudaraan yang mencukupi. Sebagai
2
SIA PIK KIEW 801111136227
contoh, terkurung di dalam bilik kecil atau terperangkap di dalam kereta yang tertutup
semua cermin. Begitu juga dengan kanak-kanak yang bermain dan menutup mukanya
dengan beg plastik. Seseorang bayi yang sedang tidur boleh lemas sekiranya saluran
pernafasannya terhalang oleh bantal, puting, botol susu atau oleh susu badan ibunya
sendiri.
Bagi kemalangan atau kejadian melecur dan terbakar pula, kemalangan jenis ini
berlaku apabila seseorang itu cedera akibat terkena suhu yang panas dan bahan yang
menghakis seperti air panas, besi panas, renjatan elektrik, percikan minyak panas, ubat
nyamuk, bahan berasid dan sebagainya. Bahan-bahan ini bukan sahaja boleh mengancam
nyawa seseorang malah boleh menyebabkan kehilangan harta-benda dan nyawa akibat
kebakaran rumah.
Kemalangan dan kecederaan yang terakhir sekali ialah gigitan haiwan.
Contohnya, kecederaan akibat gigitan haiwan dan serangga seperti lebah, ular dan anjing.
Gigitan anjing bukan setakat boleh mencederakan mangsa malah boleh menyebabkan
penyakit rabies atau penyakit anjing gila.
Murid-murid yang dihormati sekalian,
Kejadian kemalangan atau kecederaan ini sememangnya ada faktor-faktor atau sebab-
sebabnya tersendiri. Antaranya ialah pengawasan yang longgar daripada ibubapa,
penggunaan jubin-jubin yang kurang sesuai, didikan dan ajaran keselamatan yang kurang
ditekankan serta sikap semulajadi kanak-kanak.
Pertama sekali, kita akan diterangkan dengan lebih lanjut tentang faktor
pengawasan yang longgar daripada ibubapa dan seterusnya menyebabkan kejadian
kemalangan atau kecederaan. Peningkatan taraf hidup pada masa kini memaksa golongan
wanita juga terpaksa menanggung kos sara hidup seisi keluarga dengan berkerja di luar
bagi menambah pendapatan sekeluarga mereka. Setelah penat lelah berkerja seharian di
luar, jadi kebajikan anak-anak mungkin akan diabaikan. Kanak-kanak ini akan dibiarkan
tanpa pengawasan daripada ibubapa. Dengan ini, kanak-kanak akan melakukan apa
sahaja tindakan tanpa pengawasan ibubapa mereka. Dalam umur sebegini, mereka adalah
3
SIA PIK KIEW 801111136227
suka untuk memanjat, jadi kemungkinan untuk berlaku kemalangan dan kecederaan
adalah tinggi.
Selain daripada itu, penggunaan jubin-jubin di lantai, bilik mandi da tandas juga
menyumbang kepada berlakunya kemalangan atau kecederaan. Jubin yang licin boleh
menyebabkan kanak-kanak tergelincir dan terjatuh. Akibat daripada itu, kanak-kanak
mungkin akan mengalami kecederaan.
Selain daripada itu, didikan dan ajaran tentang keselamatan yang kurang juga
merupakan satu faktor yang menyebabkan kemalangan atau kecederaan. Kanak-kanak
haruslah sentiasa diberitahu tentang bahayanya terhadap sesuatu tindakan. Ini kerana
mereka masih tidak mampu untuk menjangkakan sesuatu perkara yang akan berlaku
akibat daripada sesuatu tindakan. Jadi, ibubapa memainkan peranan yang penting dalam
usaha mendidik dan memberitahu kesan kepada suatu tindakan yang diambil. Dengan ini,
ia bukan sahaja dapat menginsafkan kanak-kanak malah juga dapat mengelakkan
berlakunya kemalangan atau kecederaan.
Akhir sekali, sikap semulajadi kanak-kanak yang suka memanjat dan berlari juga
merupakan faktor utama kepada berlakunya kemalangan dan kecederaan. Memanjat
boleh menyebabkan kanak-kanak terjatuh dari tempat yang tinggi dan berlari boleh
menyebabkan terjatuh atau terlanggar objek-objek lain.
Murid-murid yang disayangi semua,
Untuk mengatasi masalah-masalah atau kemalangan-kemalangan yang tidak diingini ini,
langkah-langkah pencegahan dan pengawalan boleh diambil. Antaranya ialah amalkan
sikap 3P ( Perhati, Pelajari, dan Prihatin ), pengawasan oleh orang dewasa, pendidikan
pencegahan kemalangan dan kecederaan di peringkat awal, simpan di tempat yang
selamat dan pertolongan cemas.
Ibubapa atau penjaga perlu mengamalkan sikap memerhatikan apakah risiko-
risiko atau potensi berlakunya kemalangan di dalam dan di persekitaran rumah. Dengan
memahami risiko tersebut, mereka boleh mempelajari dan sentiasa prihatin dalam
mengawasi pergerakan kanak-kanak. Jangan sesekali membiarkan sikap “Sudah
terhantuk baru tergadah” menguasai diri kita. Kita hendaklah sentiasa peka dan waspada
4
SIA PIK KIEW 801111136227
dalam mencegah kemalangan dan kecederaan. Sikap ini boleh dipupuk dengan
meningkatkan pengetahuan melalui pembacaan dan mendapatkan sumber-sumber
maklumat daripada internet dan agensi-agensi tertentu.
Selain itu, pengawasan oleh orang dewasa juga merupakan langkah-langkah yang
perlu diambil agar kecederaan dan kemalangan dapat dielakkan. Contohnya, diawasi oleh
ibubapa, penjaga atau adik-beradik yang lebih tua. Pengawasan oleh orang yang lebih
dewasa dapat mencegah mereka daripada bermain dengan benda berbahaya ataupun
bermain di tempat yang berisiko untuk berlaku kemalangan seperti jalan raya, kolam dan
sungai. Sudah menjadi tabiat semulajadi seseorang kanak-kanak menerokai sesuatu benda
yang baru dengan cara bermain. Mereka juga amat mudah terpengaruh oleh rakan-rakan
mereka yang lain. Oleh itu, mereka hendaklah sentiasa diawasi dan diperhatikan.
Pendidikan pencegahan kemalangan dan kecederaan di peringkat awal juga dapat
mengurangkan kejadian-kejadian yang tidak diingini ini. Negara kita, Malaysia agak
bertuah kerana bebas daripada malapetaka seperti gempa bumi dan ribut taufan tetapi ini
bukan alasan untuk kita tidak mendidik kanak-kanak berkaitan pencegahan kemalangan
di rumah. Ibubapa memainkan peranan penting dalam aspek ini.
Di samping itu juga, bahan-bahan yang merbahaya seperti racun, ubat-ubatan dan
alat tajam hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sukar dicapai oleh kanak-
kanak. Elakkan juga menyimpan bahan merbahaya seperti racun atau ubat-ubatan dalam
bekas minuman atau makanan supaya ia tidak disalahanggap sebagai bahan makanan atau
minuman. Sebelum menggunakan bahan tersebut, seseorang itu mestilah membaca label
atau panduan yang disertakan terlebih dahulu.
Akhir sekali, langkah-langkah merawat haruslah dipelajari oleh semua orang agar
ianya dapat digunapakai semasa menghadapi kemalangan atau kecederaan. Pertolongan
cemas merupakan rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang berada di dalam
keadaan kecemasan. Ia biasanya dilakukan di tempat yang berlakunya sesuatu
kemalangan. Rawatan susulan iaitu rawatan kedua dan selanjutnya biasanya dilakukan
oleh golongan terlatih seperti doktor dan jururawat di klinik dan hospital.
5
SIA PIK KIEW 801111136227
Murid-murid yang disayangi semua,
Terdapat pelbagai sumber bantuan keselamatan apabila kita menghadapi kemalangan
atau kecederaan di rumah. Antaranya ialah Polis Diraja Malaysia ( PDRM ), Jabatan
Pertahanan Awam ( JAPAM ), Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Unit Kecemasan Dan
Kemalangan Hospital Dan Klinik Kerajaan Swasta serta Pasukan Bulan Sabit Merah dan
St. John Ambulance.
Pertama, semasa berhadapan dengan kemalangan atau kecederaan, kita boleh
hubungi pihak polis. Ini bertujuan untuk memastikan keadaan atau lalu lintas pada tempat
tersebut terkawal agar kerja-kerja menyelamat dapat dijalankan. Jangan panik dan
seboleh-bolehnya kawal perasaan anda. Dapatkan bantuan orang yang terdekat yang
boleh anda percayai seperti kawan atau jiran.
Kedua, Jabatan Pertahanan Awam ( JAPAM ) juga memainkan peranan penting
dalam membantu dan menyelamatkan mangsa kemalangan di jalan raya, orang awam
semasa bencana alam seperti banjir, gempa bumi serta tanah runtuh.
Ketiga, Jabatan Bomba Dan Penyelamat merupakan satu agensi yang
bertanggungjawab dalam mencegah dan mengawal kebakaran serta aktiviti menyelamat
dalam bencana alam dan kemalangan.
Keempat, Unit Kecemasan Dan Kemalangan Hospital dan Klinik Kerajaan dan
Swasta juga memberi bantuan perubatan dari segi penghantaran pasukan kecemasan ke
tempat kejadian. Mangsa juga boleh dihantar terus ke Unit Kemalangan dan Kecemasan
yang terdekat sama ada di hospital kerajaan atau swasta.
Kelima, Pasukan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulance merupakan sebuah
pasukan sukarela yang membantu agensi-agensi seperti yang dinyatakan. Keahlian dan
tugas-tugasnya adalah berasaskan kepada prinsip sukarela dan membantu orang lain
dalam keadaan kesusahan dan kecemasan.
6
SIA PIK KIEW 801111136227
Murid-murid yang dikasihi semua,
Berikut adalah cara-cara untuk mendapatkan bantuan keselamatan semasa
menghadapi kemalangan atau kecederaan;
Pertama, Kenalpasti keadaan persekitaran kawasan kemalangan. Sekiranya
kawasan tersebut tidak selamat, minta bantuan dari orang awam dan alihkan mangsa ke
kawasan yang lebih selamat.
Kedua, hubungi pihak hospital secepat mungkin. Dial 999, beritahu dengan jelas
keadaan mangsa, tempat kejadian, jenis kemalangan dan nama pelapor kepada pihak
hospital dan polis.
Ketiga, kenalpasti keadaan pesakit terlebih dahulu. Sekiranya mangsa masih sedar
diri, tepuk bahu mangsa dan tanyakan keadaan badannya. Kita boleh mengenal pasti
keadaan mangsa sama ada masih sedar diri atau tidak dengan melihat kepada pernafasan
atau bahagian dadanya.
Keempat, Berikan bantuan atau rawatan awal kepada mangsa dan tunggu
sehingga pihak hospital sampai. Amalkan konsep pertolongan cemas kepada mangsa
sehingga pihak hospital sampai.
( 2 015 Patah Perkataan )
7
SIA PIK KIEW 801111136227
3.0 Persembahan Multimedia ( Powerpoint )
8
SIA PIK KIEW 801111136227
9
SIA PIK KIEW 801111136227
10
SIA PIK KIEW 801111136227
11
SIA PIK KIEW 801111136227
12
SIA PIK KIEW 801111136227
5.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya keselamatan diri adalah sentiasa terancam walaupun di dalam
rumah bahkan di luar rumah. Ini bersesuaian dengan pepatah melayu iaitu “Malang tidak
berbau”. Keselamatan kita susah dikawal oleh kita sendiri dan mungkin akan ditimpa
kemalangan pada bila-bila sahaja dan di mana-mana tempat. Hanya tuhan yang dapat
menentukan keselamatan kita. Walaubagaimanapun, dengan meninjau faktor-faktor yang
menyebabkan kemalangan atau kecederaan dan langkah-langkah yang strategik diambil,
ianya sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko terhadap kemalangan atau
kecederaan yang bakal dihadapi. Oleh sebab itu, pendidikan pencegahan keselamatan dan
kecederaan haruslah dan wajar dididik sejak dari kecil lagi kepada anak-anak kita. Selain
itu, cara-cara untuk mengendalikan pertolongan cemas juga harus disemai pada kita
setiap orang agar ianya dapat dipraktikkan semasa menghadapi kecemasan.
13
SIA PIK KIEW 801111136227
6.0 RUJUKAN
Borhan, Y, et. al ( 2011 ). HBHE 3103 : Gaya Hidup Sihat. (10th Edi). Kuala Lumpur :
Open University Malaysia ( OUM ).
Mohd. Noorazam, A.R, et. al ( 2010 ). HBHE 3203 : Kebersihan Dan Keselamatan
Persekitaran. (4th Edi). Kuala Lumpur : Open University Malaysia ( OUM ).
http://www.freewebs.com/outdoorasia/Microsoft%20Word%20-%20pengetahuan%20&%20amalan%20gaya%20hidup%20sihat.%20short%20edition%20for%20poster%20upsi%20expo%202007.pdf
http://www.scribd.com/doc/23474553/gaya-hidup-sihat
http://www.scribd.com/doc/23474553/gaya-hidup-sihat
http://pendita.com/2008/gaya-hidup-sihat/
http://kitasihat.blogspot.com/2007/09/keluarga-sihat.html
http://pendidikan-kesihatan.blogspot.com/2009/07/amalan-gaya-hidup-sihat-kunci-untuk.html
http://www.scribd.com/doc/50540390/AMALAN-GAYA-HIDUP-SIHAT-Nurul-Ain
http://www.scribd.com/doc/17253485/Gaya-Hidup-Sihat-by-Loney
14