Teks Froum PPPM Anjakan Ke-2

9
1. PENGUCAPAN AWAM Moderator: Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Hadirin sekalian, bersyukur kita kepada Tuhan kerana kita dapat bertemu lagi dalam arena forum bersama saya, Marylyn Anne anak Michael Jeali pada hari yang indah ini. Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel, kita sedia maklum bahawa bahasa adalah medium pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum tidak boleh disampaikan tanpa kemahiran berbahasa dan kefahaman tidak akan berlaku tanpa murid-murid menguasai bahasa dengan baik. Forum kita pada kali ini bertajuk “Langkah memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan dan kesannya terhadap negara”, sesuai dengan anjakan kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara Willibrord William @ Sipin. Seterusnya ahli panel kedua, cantik manis orangnya, saudari Ashley Chang Wui Ling. Dan di hujung sana, segak bergaya dan bijak berkata-kata, saudara Edberg Oswald Justinus. Sebelum kita belayar dengan lebih jauh, soalan saya kepada panel pertama, apakah sebenarnya konsep pemahaman Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan seterusnya apakah kepentingan anjakan kedua dalam PPPM? Panel Pertama: Terima kasih cik pengerusi yang cantik molek pekertinya. Salam sejahtera diucapkan kepada panel-panel yang lain. Terlebih dahulu, saya ingin memberikan sedikit pemahaman mengenai PPPM 2013-2025. Apakah itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)? Ia merupakan satu laporan awal yang digubal dan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita pada 11 September 2012. PPPM ini

description

Anjakan PPPM yang ke-2, memastikan murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, serta menggalakkan mempelajari bahasa tambahan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Transcript of Teks Froum PPPM Anjakan Ke-2

1. PENGUCAPAN AWAM

Moderator: Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Hadirin sekalian, bersyukur kita kepada Tuhan kerana kita dapat bertemu lagi dalam arena forum bersama saya, Marylyn Anne anak Michael Jeali pada hari yang indah ini. Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel, kita sedia maklum bahawa bahasa adalah medium pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum tidak boleh disampaikan tanpa kemahiran berbahasa dan kefahaman tidak akan berlaku tanpa murid-murid menguasai bahasa dengan baik. Forum kita pada kali ini bertajuk Langkah memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan dan kesannya terhadap negara, sesuai dengan anjakan kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara Willibrord William @ Sipin. Seterusnya ahli panel kedua, cantik manis orangnya, saudari Ashley Chang Wui Ling. Dan di hujung sana, segak bergaya dan bijak berkata-kata, saudara Edberg Oswald Justinus. Sebelum kita belayar dengan lebih jauh, soalan saya kepada panel pertama, apakah sebenarnya konsep pemahaman Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan seterusnya apakah kepentingan anjakan kedua dalam PPPM?

Panel Pertama: Terima kasih cik pengerusi yang cantik molek pekertinya. Salam sejahtera diucapkan kepada panel-panel yang lain. Terlebih dahulu, saya ingin memberikan sedikit pemahaman mengenai PPPM 2013-2025. Apakah itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)? Ia merupakan satu laporan awal yang digubal dan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita pada 11 September 2012. PPPM ini merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melonjakkan sistem pendidikan yang ada di negara kita untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas dalam sistem pendidikan terbaik di dunia ini. Seterusnya, terdapat 11 anjakan dalam PPPM 2013-2025. Pada hari yang mulia ini, saya akan menerangkan ataupun mengulas mengenai anjakan yang kedua di dalam PPPM 2013-2025 ini. Anjakan kedua dalam PPPM 2013-2025 ini ialah Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Pada pendapat saya, menguasai kemahiran dalam bahasa ini amatlah penting agar kita dapat berkomunikasi dengan lebih ramai orang yang menggunakan bahasa asing. Sebagai rakyat Malaysia, sudah semestinya menguasai Bahasa Malaysia adalah satu kewajipan di negara kita ini. Seperti yang kita sedia tahu bahawa Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan di negara kita. Oleh sebab itu, kita haruslah menyayangi dan menghargai Bahasa Kebangsaan negara kita ini. Selain itu, dengan menguasai bahasa juga, kita dapat memperoleh ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana pelbagai ilmu pengetahuan yang terdapat di dunia ini dalam pelbagai bahasa, khususnya Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dunia, Dengan memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan seseorang akan lebih dihormati, dipandang tinggi serta tidak tidak dianggap bagai katak di bawah tempurung. Tuntasnya, Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah memperkenalkan subjek bahasa tambahan di peringkat sekolah agar dapat melahirkan modal insan yang mampu berbahasa lebih daripada satu bahasa.

Moderator: Terima kasih kepada panel pertama kita di atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa, ilmu pengetahuan di dunia sememangnya dihasilkan dalam pelbagai bahasa, khususnya dalam Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa utama dunia. Justeru, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada ahli panel kita yang kedua, apakah asas dan langkah-langkah untuk menggalakkan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Inggeris?

Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. Seperti yang kita sedia maklum, Bahasa Inggeris merupakan satu bahasa yang amat penting untuk dikuasai dengan baik dan berkesan kerana ia merupakan bahasa komunikasi antarabangsa. Kajian menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 1.5 bilion manusia yang bertutur dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, sekiranya kita tidak memiliki literasi Bahasa Inggeris, kita akan menghadapi kesukaran untuk meneroka pelbagai bidang ilmu dan tidak mampu berdaya saing pada peringkat nasional apatah global. Maka, untuk menjawab soalan saudari Pengerusi berkenaan bagaimanakah kita sebagai bakal-bakal guru boleh menggalakkan pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih efektif. Pada pendapat saya, kaedah didik hibur merupakan salah satu cara untuk menggalakkan pelajar mempelajari Bahasa Inggeris. Didik hibur dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai edutainment. Didik hibur merupakan satu kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan aspek hiburan dalam pendidikan. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran bersifat santai dan amat menyeronokkan seperti nyanyian, choral speaking, lakonan, bercerita dan sebagainya. Pendekatan didik hibur dalam mengajar bahasa Inggeris amat efektif kerana pelajar boleh mengaktifkan imaginasi dan kreativiti mereka serta membuka kunci potensi mereka melalui aktiviti meneroka cerita, lagu dan lakonan drama di samping menggalakkan mereka menggunakan Bahasa Inggeris secara meluas. Melalui kaedah ini, pelajar belajar Bahasa Inggeris dalam keadaan yang seronok dan objektif pengajaran dan pembelajaran juga dicapaiBaiklah sebenarnya, latar belakang keluarga, suasana sekolah dan keadaan persekitaran mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar peraturan yang ditetapkan. Seterusnya, permasalahan ini mesti mendapat pendisiplinan dan perhatian ibu bapa. Pihak ibu bapa perlu sedar akan kepentingan hubungan yang erat dengan guru-guru di sekolah. Perjumpaan secara berkala di antara ibu bapa para pelajar dengan pihak sekolah perlu diadakan sekerap yang boleh. Tindakan ini amat penting kerana ianya boleh menjadi medium perbincangan prestasi dan disiplin anak-anak mereka di sekolah. Hal ini amat signifikan kerana sekiranya golongan ibu bapa mengambil remeh tentang masalah disiplin anak-anak mereka di sekolah, golongan anak-anak itu akan merasa bebas dan terbiar sehingga menyebabkan mereka membuat tindakan yang bertujuan untuk mendapatkan perhatian seperti melawan guru, ponteng kelas, ponteng sekolah, membuli dan sebagainya yang mana hal ini akan menambah dan meningkatkan masalah kes disiplin di sekolah. Oleh itu, pihak ibu bapa dan guru di sekolah perlu mengadakan hubungan yang baik supaya segala masalah yang berkaitan dengan pelajar dapat diselesaikan sebelum nasi menjadi bubur.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas sebentar tadi. Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya terdapat banyak asas yang boleh diimplementasikan bagi menggalakkan murid menguasai Bahasa Inggeris. Jika dua orang panel kita tadi menerangkan tentang konsep PPPM, kepentingan anjakan kedua dan menghuraikan dengan selengkapnya tentang langkah-langkah menggalakkan proses pembelajaran Bahasa Inggeris, saya ingin meminta pendapat panel ketiga tentang cara-cara memperkasakan Bahasa Melayu dalam kalangan murid. Dipersilakan.

Panel Ketiga : Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini. Merujuk kepada tajuk forum kita pada hari ini, saya ingin mengemukakan pendapat saya tentang cara memperkasakan Bahasa Malaysia. Jika menyentuh tentang bahasa, saya sendiri pun tidak pasti berapakah jenis bahasa yang terdapat di dunia ini. Dalam negara kita sahaja, pelbagai jenis bahasa yang digunakan termasuklah Bahasa Malaysia, Bahasa Iban, Bahasa Dusun dan banyak lagi. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu fasih dalam Bahasa Malaysia. Pada masa yang sama, pelbagai langkah dan strategi perlu dilakukan oleh pihak yang berkaitan dalam usaha untuk menggalakkan para pelajar untuk mempelajari Bahasa Malaysia agar bahasa kebangsaan kita tetap utuh di masa hadapan. Saya tidak akan menyentuh banyak tentang usaha yang telah dilakukan oleh kementerian pendidikan untuk memperkukuhkan Bahasa Malaysia, kerana seperti mana yang kita semua tahu, subjek Bahasa Malaysia terdapat dalam mata pelajaran teras di semua sekolah kebangsaan, begitu juga dengan sekolah menengah. Namun begitu, individu yang perlu diberi perhatian dalam hal ini adalah guru yang mengajar subjek tersebut. Adakah guru tersebut mengajar pelajarnya dengan betul atau sambil lewa, itu kita tidak tahu. Oleh itu, pada pendapat saya, pihak Kementerian Pendidikan perlu mengambil inisiatif untuk melahirkan pendidik yang berintegriti dan bertauliah. Pada pendapat saya, para pendidik perlu seiringan dengan peredaran zaman dan menggunakan strategi mengajar yang betul dan sesuai pada masa kini. Dengan memasukkan input-input yang disukai oleh pelajar semasa P&P berjalan, tidak mustahil akan timbul perasaan minat dalam diri pelajar tersebut untuk belajar lebih banyak tentang Bahasa Malaysia. Selain itu, pihak sekolah boleh menganjurkan satu pertandingan yang meliputi kemahiran dan kefasihan dalam bahasa Malaysia seperti pertandingan mendeklamasikan sajak, menulis artikel dalam bahasa Malaysia dan sebagainya. Dengan ini, para pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut akan mendapat lebih banyak pengetahuan mengenai bahasa Malaysia. Oleh itu, pihak yang berkaitan seperti pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam usaha untuk memperkasakan bahasa kebangsaan kita. Sekian, saya serahkan semula kepada saudari pengerusi.

Pengerusi: Sungguh intelektual pemikiran saudara panel kita yang ketiga. Memang tidak dapat disangkal lagi, pihak sekolah sememangnya memainkan peranan yang penting dalam memantapkan kemahiran Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar. Saya ingin bertanya secara ringkas tentang pendapat ahli panel kita pada hari ini, apakah impak atau kesan memartabatkan Bahasa Malaysia, memperkukuhkan Bahasa Inggeris dan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan terhadap negara? Saya persilakan panel kita yang pertama dahulu untuk memberikan sedikit ulasan.Panel Pertama: Terima kasih saudari pengerusi. Satu kesan daripada memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia adalah untuk memanfaatkan dalam perkembangan global terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.Telah terbukti bahawa melalui pendekatan dalam memartabatkan Bahasa Malaysia di setiap tahap pendidikan negara dapat menghasilkan ribuan graduan yang berkualiti dan mampu ke luar negara mempelajari imu yang bersifat kepakaran. Seterusnya, melalui pendekatan terhadap Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris juga dapat membantu murid menyertai tenaga kerja global. Aspirasi kementerian adalah memastikan setiap murid di peringkat rendah hingga menengah mendapat peluang dalam mempelajari bahasa tambahan. Justeru, kemahiran berbahasa adalah penting untuk melalui proses transformasi masa depan negara.

Pengerusi: Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh panel kita sebentar tadi. Sekarang kita perdengarkan pula pendapat daripada panel kita yang kedua, secara ringkas, tentang faedah dan kesan menguasai kemahiran dalam Bahasa Iggeris.

Panel Kedua: Terima kasih saudari pengerusi yang tidak kurang petah bicaranya. Walaupun Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua negara kita tetapi literasi dalam bahasa tersebut akan memberikan banyak manfaat dan kepentingan terutamanya dari aspek kerjaya kita. Dalam soal kerjaya, kebanyakan syarat atau kriteria untuk memohon satu pekerjaan ialah seseorang haruslah mempunyai literasi dalam Bahasa Inggeris. Jika anda mempunyai kefasihan dalam Bahasa Inggeris yang kukuh, maka, peluang untuk mendapatkan pekerjaan impian anda adalah sangat cerah termasuklah pendapatan yang lumayan, persekitaran pekerjaan yang kondusif dan selesa dan sebagainya. Sekian, kembali kepada saudari pengerusi.

Pengerusi : Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh panel kedua kita sebentar tadi. Seterusnya persoalan terakhir untuk panel kita yang ketiga, masih berlegar dalam fikiran, bagaimanakah cara untuk menggalakkan pelajar mempelajari bahasa tambahan dan apakah manfaat mempelajari bahasa tersebut?

Panel Ketiga: Terima kasih sekali lagi kepada saudari pengerusi. Perkara yang bakal saya sampaikan ini adalah berkenaan dengan cara menggalakkan pelajar untuk belajar satu bahasa tambahan dan juga kelebihan yang boleh diperolehi dengan belajar bahasa tambahan. Mungkin ada diantara anda di luar sana yang tidak faham tentang pernyataan ini. Biar saya terangkan serba sedikit. Saya akan mengambil diri saya sendiri untuk dijadikan contoh. Setakat ini, saya fasih dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Dusun, Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris. Namun begitu, tidak salah sekiranya saya belajar bahasa yang lain seperti Bahasa Cina, Jepun dan sebagainya. Sebaliknya, dengan belajar lebih banyak bahasa, saya boleh mendapat pelbagai kelebihan. Berbalik kepada cara menggalakkan pelajar untuk belajar bahasa lain, saya berpendapat bahawa para pelajar harus didedahkan dengan persaingan yang berlaku tidak kira dari segi ekonomi, pendidikan atau sosial. Mereka perlu tahu bahawa pada zaman sekarang, apa-apa urusan di taraf antarabangsa akan terjadi dalam mana-mana sektor. Apabila mereka menjejakkan kaki dalam bidang kerjaya, tidak mustahil mereka akan berdepan dengan situasi tersebut. Kesimpulannya, para pelajar perlu sedar bahawa dengan belajar mana-mana bahasa asing, mereka mampu mendapat kelebihan dari segi komunikasi dengan orang asing dari luar negara yang menggunakan bahasa mereka sendiri dalam urusan kerja ataupun apa-apa urusan lain. Itu sahaja yang saya ingin sampaikan, kembali kepada saudari pengerusi kita. Sekian, terima kasih.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kesimpulannya, bagi memastikan keberkesanan anjakakn kedua PPPM, setiap pihak pihak yang terlibat haruslah memahami peranan mereka dan mengambil kira tentang manfaat yang mereka peroleh. Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi: Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Sekian sahaja untuk hari ini, jika terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Tuhan, dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri. Saya akhiri forum kita pada pagi ini dengan ucapan terima kasih.