TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice BM... · Rekod kehadiran...

11
D1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR Bab 1 Track 1 Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan maklumat daripada petikan keperihalan yang telah anda dengar. Pada 22 Jun 2014, Sekolah Menegah Kebangsaan Nyiur Gading telah mengadakan latihan kebakaran bermula dari pukul 10.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Notis pemberitahuan tentang latihan ini sudah ditampal pada papan kenyataan sekolah sejak seminggu yang lalu. Pengetua juga sudah memaklumkan perkara yang sama semasa perhimpunan. Latihan kebakaran ini merupakan aktiviti tahunan sekolah dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat. Tujuannya adalah sebagai persediaan dan latihan sekiranya berlaku kebakaran di sekolah. Latihan kebakaran bermula sebaik-baik sahaja loceng kecemasan dibunyikan secara berterusan. Guru Penolong Kanan segera membuat pengumuman kepada semua warga sekolah supaya mengosongkan kelas dan seluruh bangunan. Pengumuman ini dibuat melalui sistem siar raya sekolah. Guru-guru memantau murid-murid sambil bergerak pantas ke tempat berkumpul, iaitu tapak perhimpunan rasmi. Rekod kehadiran dicatatkan bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan selamat. Tidak lama kemudian, Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba untuk memadamkan kebakaran. Kemudian, murid-murid memasang telinga untuk mendengar taklimat dan ulasan latihan daripada Pegawai Bomba PBK(II), Encik Mazlan Manan. Beliau menasihati murid-murid supaya mengutamakan keselamatan diri semasa kecemasan. Selepas taklimat, diadakan demonstrasi memadamkan kebakaran oleh anggota bomba. Latihan kebakaran ini banyak memberikan faedah kepada murid-murid. Difahamkan bahawa dua latihan kebakaran lagi akan diadakan secara berperingkat pada tahun ini. Diharapkan murid-murid akan memberikan kerjasama agar latihan kebakaran pada masa akan datang berjalan dengan lancar. Track 2 Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan petikan yang telah anda dengar. Remaja yang kreatif dan inovatif mampu untuk memelihara kemerdekaan negara dan memacu kegemilangan negara pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, remaja pada hari ini perlu dilengkapi dengan kemahiran insaniah dan jati diri yang kukuh. Pencapaian akademik yang cemerlang masih belum cukup untuk membentuk remaja yang berkualiti. Masih terdapat segelintir remaja yang belum memahami kemerdekaan dan belum bersedia untuk menghadapi cabaran modenisasi pada masa kini. Lihatlah remaja hari ini yang semakin kerap muncul di dada akhbar angkara kes lumba motor haram dan pembuangan bayi. Remaja juga masih dibelenggu najis dadah. Jika dibiarkan tanpa dibendung, tidak mustahil negara akan ketandusan peneraju masa hadapan yang berkualiti, yang akhirnya menyebabkan maruah negara berada di awang-awangan. Berhadapan dengan dunia yang kian mencabar, remaja sewajarnya mempunyai daya saing yang tinggi. Ketinggian ilmu yang dimiliki dapat menjadikan jati diri kita tidak mudah rapuh. Remaja seharusnya menyanjung tinggi adat dan budaya warisan nenek moyang. Penggunaan bahasa Malaysia dilihat sebagai cara mengasuh remaja mencintai negara. Semasa di alam persekolahan dan pengajian tinggi, remaja perlu menggunakan peluang yang ada untuk bergerak aktif sama ada dalam aktiviti kemasyarakatan, sukan atau kebudayaan. Kemahiran insaniah dapat mempersiapkan remaja dengan kemahiran yang dapat digunakan pada masa hadapan terutamanya semasa alam pekerjaan. Sebagai remaja, kita juga perlu sensitif terhadap isu semasa yang berlaku sama ada dalam negara atau di luar negara. Lahirkan rasa bertanggungjawab dalam diri sendiri terhadap perihal yang berlaku. Contohnya, perihal kekejaman tentera Zionis terhadap rakyat Iraq. Remaja mempunyai hak bersuara untuk melontar pendapat selagi tidak menggugat ketenteraman negara. Remaja juga boleh bersama-sama menyalurkan bantuan, umpamanya menyertai misi bantuan kemanusiaan dan perubatan ke negara yang mengalami atau ditimpa bencana alam. Hal inilah yang dikatakan remaja Malaysia memacu kesejahteraan dunia.

Transcript of TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice BM... · Rekod kehadiran...

Page 1: TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice BM... · Rekod kehadiran dicatatkan bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan selamat. Tidak lama kemudian,

D1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGARBab 1

Track 1

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan maklumat daripada petikan keperihalan yang telah anda dengar.

Pada 22 Jun 2014, Sekolah Menegah Kebangsaan Nyiur Gading telah mengadakan latihan kebakaran bermula dari pukul 10.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Notis pemberitahuan tentang latihan ini sudah ditampal pada papan kenyataan sekolah sejak seminggu yang lalu. Pengetua juga sudah memaklumkan perkara yang sama semasa perhimpunan. Latihan kebakaran ini merupakan aktiviti tahunan sekolah dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat. Tujuannya adalah sebagai persediaan dan latihan sekiranya berlaku kebakaran di sekolah. Latihan kebakaran bermula sebaik-baik sahaja loceng kecemasan dibunyikan secara berterusan. Guru Penolong Kanan segera membuat pengumuman kepada semua warga sekolah supaya mengosongkan kelas dan seluruh bangunan. Pengumuman ini dibuat melalui sistem siar raya sekolah. Guru-guru memantau murid-murid sambil bergerak pantas ke tempat berkumpul, iaitu tapak perhimpunan rasmi. Rekod kehadiran dicatatkan bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan selamat. Tidak lama kemudian, Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba untuk memadamkan kebakaran. Kemudian, murid-murid memasang telinga untuk mendengar taklimat dan ulasan latihan daripada Pegawai Bomba PBK(II), Encik Mazlan Manan. Beliau menasihati murid-murid supaya mengutamakan keselamatan diri semasa kecemasan. Selepas taklimat, diadakan demonstrasi memadamkan kebakaran oleh anggota bomba. Latihan kebakaran ini banyak memberikan faedah kepada murid-murid. Difahamkan bahawa dua latihan kebakaran lagi akan diadakan secara berperingkat pada tahun ini. Diharapkan murid-murid akan memberikan kerjasama agar latihan kebakaran pada masa akan datang berjalan dengan lancar.

Track 2

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Remaja yang kreatif dan inovatif mampu untuk memelihara kemerdekaan negara dan memacu kegemilangan negara pada masa akan datang. Oleh hal yang demikian, remaja pada hari ini perlu dilengkapi dengan kemahiran insaniah dan jati diri yang kukuh. Pencapaian akademik yang cemerlang masih belum cukup untuk membentuk remaja yang berkualiti. Masih terdapat segelintir remaja yang belum memahami kemerdekaan dan belum bersedia untuk menghadapi cabaran modenisasi pada masa kini. Lihatlah remaja hari ini yang semakin kerap muncul di dada akhbar angkara kes lumba motor haram dan pembuangan bayi. Remaja juga masih dibelenggu najis dadah. Jika dibiarkan tanpa dibendung, tidak mustahil negara akan ketandusan peneraju masa hadapan yang berkualiti, yang akhirnya menyebabkan maruah negara berada di awang-awangan. Berhadapan dengan dunia yang kian mencabar, remaja sewajarnya mempunyai daya saing yang tinggi. Ketinggian ilmu yang dimiliki dapat menjadikan jati diri kita tidak mudah rapuh. Remaja seharusnya menyanjung tinggi adat dan budaya warisan nenek moyang. Penggunaan bahasa Malaysia dilihat sebagai cara mengasuh remaja mencintai negara. Semasa di alam persekolahan dan pengajian tinggi, remaja perlu menggunakan peluang yang ada untuk bergerak aktif sama ada dalam aktiviti kemasyarakatan, sukan atau kebudayaan. Kemahiran insaniah dapat mempersiapkan remaja dengan kemahiran yang dapat digunakan pada masa hadapan terutamanya semasa alam pekerjaan. Sebagai remaja, kita juga perlu sensitif terhadap isu semasa yang berlaku sama ada dalam negara atau di luar negara. Lahirkan rasa bertanggungjawab dalam diri sendiri terhadap perihal yang berlaku. Contohnya, perihal kekejaman tentera Zionis terhadap rakyat Iraq. Remaja mempunyai hak bersuara untuk melontar pendapat selagi tidak menggugat ketenteraman negara. Remaja juga boleh bersama-sama menyalurkan bantuan, umpamanya menyertai misi bantuan kemanusiaan dan perubatan ke negara yang mengalami atau ditimpa bencana alam. Hal inilah yang dikatakan remaja Malaysia memacu kesejahteraan dunia.

Page 2: TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice BM... · Rekod kehadiran dicatatkan bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan selamat. Tidak lama kemudian,

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D2

Tuntasnya, corak masa depan negara terletak pada tangan remaja pada hari ini. Oleh itu, ibu bapa perlu mendidik remaja menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri unggul. Selain menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang-orang tua dan anak yatim.

Track 3Dengar pengumuman yang berikut dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan pengumuman yang telah anda dengar.

Pihak yang terlibat dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jaya: 1. Majlis perasmian pembukaan oleh Yang Dipertua PIBG sekolah. 2. Pameran keselamatan jalan raya mendapat kerjasama daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya. 3. Aksi berbasikal dan melintas jalan raya dengan betul oleh murid-murid dikendalikan oleh pengerusi Kelab

Keselamatan Jalan Raya. 4. Pertandingan menulis karangan tentang keselamatan jalan raya diadili oleh dua orang guru penasihat

Kelab Keselamatan Jalan Raya dan dua orang pegawai trafik. 5. Majlis perasmian penutupan oleh Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri.

Bab 2Track 4

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan maklumat daripada petikan dialog yang telah anda dengar.

Cikgu Fida : Selamat petang, murid-murid. Hari ini kita akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan Hari Kokurikulum yang akan berlangsung dua minggu lagi. Silakan, Aida.

Aida : Terima kasih, cikgu. Sebagai pengerusi kelab, saya telah berbincang dengan Cikgu Fida secara ringkas tentang undian yang kita peroleh. Kita telah bulat kata akan membuka gerai jualan makanan berupa kuih-muih pada Hari Kokurikulum itu nanti.

Cikgu Fida : Ya, kita memang berharap agar dapat menjual banyak kuih bagi menambah dana Kelab Penyayang kita ini. Kita tidak dapat bergantung pada bayaran yuran sahaja kerana jumlahnya terhad. Bukan begitu, Seow Lan?

Seow Lan : Betul, cikgu. Hasil keuntungan daripada jualan kuih-muih itu nanti, dapatlah kita menggerakkan pelbagai aktiviti yang dirancang. Selain itu, kita juga dapat menghulurkan sumbangan kepada pihak yang memerlukan.

Cikgu Fida : Benar kata bendahari itu. Jadi, hari ini kita akan membahagi-bahagikan tugas agar gerai jualan itu dapat kita kendalikan dengan baik. Kita juga akan menghasilkan kuih-muih sendiri bagi menjimatkan kos.

Aida : Sila rujuk jadual tugasan yang saya edarkan sebentar tadi, kawan-kawan.Seow Lan : Oh, ya! Jangan lupa, gerai kita juga perlu dihias dengan cantik. Siapa tahu, gerai kita akan

memenangi pertandingan gerai tercantik nanti?Cikgu Fida : Ya. Oleh itu, kita semua hendaklah saling membantu dan bekerjasama.

Track 5Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Gengsterime gejala yang semakin berleluasa dalam kalangan murid masa ini. Murid sering bertindak liar dan melupakan moraliti masyarakat Malaysia yang kaya dengan budi bahasa. Ibu bapa sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap anak-anak. Mereka perlu mengambil berat dan memerhatikan setiap pergerakan anak-anak di luar waktu sekolah. Malangnya, kebanyakan ibu bapa sekarang terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan harian sehingga masa untuk bersama anak-anak terlalu terhad. Sebaliknya, ibu bapa meletakkan tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru semata-mata.

Page 3: TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice BM... · Rekod kehadiran dicatatkan bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan selamat. Tidak lama kemudian,

D3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Sikap ibu bapa yang terlalu menyebelahi dan memanjakan anak-anak menyebabkan tindakan membentuk moral murid sukar dijalankan. Sikap sesetengah pihak sekolah yang menyembunyikan kes-kes gengsterime di sekolah kerana tidak mahu dihebohkan dan berpanjangan menjadikan tindakan undang-undang sukar diambil terhadap murid yang terlibat. Selain itu, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat berlakunya budaya buli dan samseng ini, selain perasaan dendam terhadap rakan yang pernah membulinya. Kes gensterisme yang disiarkan melalui akhbar kebanyakannya berlaku di sekolah berasrama. Di samping itu, ketiadaan aktiviti yang berfaedah yang dapat mengisi masa senggang dan sikap sebahagian murid yang pantang dicabar merupakan antara fenomena yang sukar dibendung sepenuhnya. Masalah ini hanya dapat ditangani sepenuhnya jika ibu bapa memberikan kepercayaan kepada pihak sekolah, di samping memberikan kerjasama sama ada melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau datang ke sekolah terus. Tindakan daripada pihak polis adalah lebih berkesan berbanding dengan tindakan disiplin yang dilakukan oleh pihak sekolah.

Track 6

Dengar iklan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan iklan yang telah anda dengar.

Saksikan

Saksikan

NEGERI SEMBILANPESTA SUKAN DAN KEBUDAYAANPESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN

NEGERI SEMBILANGERAI JUALAN

CABUTAN BERTUAH

PERTANDINGAN PERMAINANTRADISIONAL

PAMERAN AGENSI KERAJAANDAN SWASTA

PERSEMBAHAN ARTIS-ARTISTEMPATAN

PERSEMBAHAN TARIANMURID-MURID SEKOLAH RENDAH

PERTANDINGAN MEWARNAKANAK-KANAK 7-12 TAHUN

TARIKH : 22-25 NOVEMBER 2014TEMPAT : STADIUM TUANKU ABDUL RAHMAN, PAROI

HUBUNGI:013-643 2345MASUK

PERCUMA!!013-643 2345

Bab 3

Track 7

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan maklumat daripada petikan cerita yang telah anda dengar.

Remaja di sebelah rumah Kamal, Azlan namanya. Sejak kecil, Azlan terkenal di kawasan tempat tinggal mereka sebagai murid yang pintar. Dia selalu mendapat tempat pertama dalam ujian di sekolahnya. Abang Kamal, Fuad yang sekelas dengannya sering berasa iri hati akan kecemerlangan Azlan. Namun begitu, perangai Azlan mulai berubah sejak awal tahun ini. Dia gemar bergaul dengan beberapa orang pemuda yang menganggur. Dia merayau-rayau dengan mereka hingga lewat malam. Puas Mak Cik Hendon dan suaminya, Pak Cik Atan menasihati anak sulung mereka itu, tetapi kata-kata mereka ibarat kata pepatah “mencurah air ke daun keladi”. Azlan suka menunggang motosikal bersama-sama dengan kawannya padahal dia tidak mempunyai lesen. Mereka sering berlumba motosikal pada waktu tengah malam. Pada malam minggu yang lalu, seperti biasa Azlan berlumba motosikal dengan kawan-kawannya. Azlan ingin mendapat tempat pertama. Dia hendak menunjukkan kejaguhannya. Azlan memecut motosikalnya dengan laju. Tiba-tiba, motosikalnya terlanggar sebatang kayu yang terlintang di tengah jalan. Motosikal yang ditunggangnya terbabas. Azlan tercampak ke dalam longkang. Azlan cedera parah. Dia tidak sedarkan diri selama tiga hari tiga malam. Dia menangis dan meraung apabila sedar dan mendapati bahawa kaki kirinya dipotong. Kini, dia amat menyesali perbuatannya. Dia teringat akan kata orang tua-tua, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Page 4: TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice BM... · Rekod kehadiran dicatatkan bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan selamat. Tidak lama kemudian,

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D4

Track 8

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Marina Chin bukan nama asing dalam dunia sukan tempatan. Beliau yang sering mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa pernah digelar “Ratu Trek Kebangsaan”. Ketangkasan lariannya memang amat disegani oleh kawan mahupun lawan. Marina Chin atau nama sebenarnya Chin Leng Sim merupakan anak jati Pulau Pinang. Beliau dilahirkan pada 19 Oktober 1955 di Butterworth. Marina merupakan nama timangannya di rumah. Marina mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Convent, Sentul hingga tingkatan lima. Kemudian, beliau belajar dalam tingkatan enam di Sekolah Menengah St. Johns, Kuala Lumpur sebelum memasuki Maktab Perguruan Seri Kota pada tahun 1974. Marina mendapat Sarjana Muda Pendidikan Jasmani di Universiti Ohio, Amerika Syarikat. Beliau mendapat sarjana dalam bidang yang sama pada tahun yang berikutnya. Namanya meletup dan setaraf dengan pelari jarak dekat terkenal Asia Tenggara setelah memenangi pingat emas dalam Sukan SEAP yang kini disebut sebagai Sukan SEA pada tahun 1971. Catatan masa beliau pada waktu itu ialah 55.6 saat. Marina terus meraih kejayaan sehingga berjaya memecahkan rekod pelari sebelumnya, terutamanya dalam acara 400 meter lompat pagar. Kejayaannya itu turut dikongsi dan mendapat sokongan padu daripada keluarganya. Sebagai menghargai sumbangan beliau, Marina telah dianugerahkan gelaran Olahragawati Sukan Negara pada tahun 1976 dan 1977. DYMM Yang di-Pertuan Agong juga turut menganugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) kepada beliau pada tahun 1977. Marina turut menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada DYMM Sultan Selangor pada tahun yang sama.

Track 9

Dengar cara membuat udang goreng kacang panjang dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan tunjuk cara yang telah anda dengar.

Resipi udang goreng kacang panjang

1. Beberapa ekor udang dibuang kulitnya kecuali bahagian ekor. Basuh udang sehingga bersih. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. 3. Tumis bawang putih dan bawang besar yang telah dihiris sehingga naik baunya. 4. Masukkan udang-udang itu dan kacau sehingga udang bertukar warna. 5. Masukkan sedikit kicap manis, sos tiram, garam, dan gula. Kacau sehingga sebati 6. Masukkan kacang panjang yang telah dihiris serong dan hirisan cili merah. Gaul sehingga rata. 7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Bab 4

Track 10

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan maklumat daripada petikan dialog yang telah anda dengar.

Zamani : Apa khabar, Hasnol? Kamu nampak letih saja.Hasnol : Oh, Zamani rupanya! Saya memang letih sedikit kerana baru pulang daripada mengikuti aktiviti

perkhemahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah selama tiga hari. Mengapakah kamu tidak menyertai aktiviti itu, Zamani?

Zamani : Bukan saya tidak mahu menyertai aktiviti itu, tetapi ayah saya tidak membenarkannya kerana saya menghidap penyakit lelah.

Hasnol : Maafkan saya, Zamani. Saya tidak tahu akan perkara itu.

Page 5: TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice BM... · Rekod kehadiran dicatatkan bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan selamat. Tidak lama kemudian,

D5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Zamani : Tidak mengapa. Di manakah perkhemahan itu diadakan?Hasnol : Perkhemahan itu diadakan di Gunung Pulai, Pontian.Zamani : Berapakah peserta yang menyertai perkhemahan tersebut, Hasnol?Hasnol : Kalau tidak silap saya seramai empat puluh orang murid dan lima orang guru penasihat. Cikgu Razman

mengetuai aktiviti ini.Zamani : Tentu banyak aktiviti yang telah djalankan di sana, ya, Hasnol.Hasnol : Banyak juga. Kami diajar dan ditunjukkan jenis-jenis ikatan, menyertai pertandingan memasak, kembara,

dan malam kebudayaan. Pada malam kebudayaan, setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan nyanyian, tarian, dan lain-lain. Saya dan rakan sekumpulan mempersembahkan sebuah sketsa.

Zamani : Bagaimanakah pula dengan keadaan cuaca ketika itu?Hasnol : Cuaca amat baik. Cuma pada hari ketiga, hujan turun dengan lebat. Peristiwa yang tidak dapat saya

lupakan pada hari itu khemah kami roboh.Zamani : Baiklah, Hasnol. Kamu tentu letih. Nanti, kita jumpa lagi. Banyak lagi yang ingin saya tanyakan kepada

kamu.Hasnol : Baiklah. Jumpa lagi.

Track 11

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Belia ialah golongan yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun. Golongan ini bertenaga dan mempunyai semangat juang yang tinggi. Kepentingan golongan belia meliputi bidang sukan, pertahanan, sumber manusia, dan kepimpinan pada masa hadapan. Tenaga golongan belia sangat penting untuk mempertahankan negara. Mereka dapat melibatkan diri dengan tugas mempertahankan tanah air sebagai tentera darat, udara, dan laut. Walaupun bukan semua belia yang menjadi anggota keselamatan, tenaga mereka tetap diperlukan untuk menjamin keselamatan negara. Oleh itu, golongan belia perlu dijaga agar tidak terlibat oleh perlakuan negatif seperti menghisap dadah dan jenayah lain yang dapat menyebabkan mereka lemah dan tidak bertanggungjawab. Tenaga golongan belia merupakan sumber manusia yang cekap dan berdedikasi. Belia perlu melibatkan diri dalam bidang sains, teknologi, dan perubatan. Sumbangan mereka dalam lapangan berkenaan amat penting agar negara tidak terlalu bergantung pada tenaga mahir dari negara lain. Peranan golongan belia dalam bidang sukan seperti olahraga, bola sepak, gimnastik, dan lain-lain memerlukan kecekapan. Kekuatan dan kebolehan golongan belia dalam bidang sukan secara tidak langsung akan mengharumkan nama negara di seluruh dunia. Kepimpinan negara sering bertukar ganti pada setiap tahun. Golongan belia diharap dapat mengisi kekosongan kepimpinan tersebut dengan lebih baik agar disanjung di seluruh dunia. Oleh itu, golongan belia mesti menyiapkan diri untuk menjadi insan yang berilmu dan memiliki sahsiah yang baik serta jati diri yang kuat.

Track 12

Lihat pelan yang berikut dan dengar arahan soalan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan soalan yang telah anda dengar.

Anda dari Jalan Delima ingin pergi ke rumah rakan anda yang tinggal di Lorong Permata 1. Melalui perbualan anda dengan rakan anda itu melalui telefon, anda sedar bahawa anda telah tersesat. Anda berada di kawasan yang banyak orang. Ada yang berjoging dan ada yang duduk-duduk di bangku yang disediakan di tempat itu. Kelihatan beberapa orang melakukan aktiviti air. Di manakah lokasi anda ketika itu?Bulatkan A atau B atau C atau D pada pelan bagi menunjukkan lokasi tempat anda berada.

Page 6: TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice BM... · Rekod kehadiran dicatatkan bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan selamat. Tidak lama kemudian,

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D6

Bab 5

Track 13

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan maklumat daripada petikan temu ramah yang telah anda dengar.

Firdaus : Selamat pagi, Puan Anita. Saya Firdaus Ahmad, murid Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Murni. Bolehkah saya menemu ramah puan tentang perusahaan yang puan jalankan ini?

Puan Anita : Selamat pagi, Firdaus. Sudah tentu boleh. Firdaus : Baiklah, puan. Daripada siapakah ikan-ikan untuk membuat keropok diperoleh?Puan Anita : Ikan-ikan ini dibeli secara langsung daripada nelayan di sini kerana harganya lebih murah

berbanding jika dibeli melalui orang tengah. Di samping itu, ikan-ikan yang diperoleh ini lebih segar.

Firdaus : Ke manakah hasil keluaran kilang ini dipasarkan?Puan Anita : Setakat ini, saya hanya mengedarkan keropok itu ke kedai runcit dan pasar di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, saya bercadang hendak meluaskan pasaran ke pasar raya besar pula.Firdaus : Bagaimanakah puan memperkenalkan produk keluaran syarikat puan kepada orang ramai?Puan Anita : Salah satu caranya adalah dengan mengiklankan keropok istimewa keluaran syarikat saya melalui

radio. Selain itu, saya banyak menyertai pesta makanan kampung pada setiap tahun. Secara tidak langsung dapat mempromosikan keropok keluaran syarikat saya.

Firdaus : Apakah harapan puan terhadap perusahaan yang dijalankan ini?Puan Anita : Saya berharap agar keropok ikan keluaran syarikat saya mendapat tempat di pasaran yang lebih

luas. Jika tiada halangan, saya akan memasarkan keropok ikan keluaran syarikat ini ke luar negara pula.

Firdaus : Baiklah, puan. Terima kasih saya ucapkan kepada puan kerana sudi ditemu ramah.Puan Anita : Sama-sama.

Track 14

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baharu yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun begitu, masyarakat alpa terhadap perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai mati dibunuh di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan dan terdapat juga kes bayi yang ditinggalkan ibu bapanya dapat diselamatkan oleh badan-badan tertentu. Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya kehamilan anak luar nikah. Mereka sanggup membuang bayi itu dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baharu. Hal ini juga kerana mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. Di samping itu, sikap masyarakat yang mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini semakin menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini sangat memalukan. Terdapat juga ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka, golongan inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana gejala pergaulan bebas mereka. Lebih-lebih lagi, remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan dengan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserahkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dilaksanakan oleh pesalah. Lantaran itu, ibu bapalah watak utama yang memainkan peranan dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya para remaja ditanamkan dengan benteng agama yang kukuh, ditanamkan kesedaran, dan rasa tanggungjawab. Masyarakat perlu lebih peka dan mengambil tahu keadaan serta perubahan semasa individu di persekitarannya. Seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.

Page 7: TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice BM... · Rekod kehadiran dicatatkan bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan selamat. Tidak lama kemudian,

D7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Track 15

Dengar pengumuman yang berikut dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan pengumuman yang telah anda dengar.

Kumpulan umur peserta pertandingan bersempena dengan Hari Keluarga Taman Muhibah: 1. 6 tahun hingga 7 tahun bagi pertandingan mewarna 2. 8 tahun hingga 10 tahun bagi pertandingan bercerita 3. 10 tahun hingga 12 tahun bagi pertandingan mendeklamasi sajak 4. 12 tahun hingga 15 tahun bagi pertandingan mencari harta karun

Bab 6

Track 16

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan maklumat daripada petikan catatan yang telah anda dengar.

Sabtu, 14 Mac 2015 8.30 pagi: Pada hari ini, ayah membawa kami ke Tanah Tinggi Cameron. Cuaca agak terang dengan anginnya yang sepoi-sepoi bahasa. Kami tiba di pasar Kampung Raja satu jam setengah kemudian. Saya dan adik membeli jagung madu rebus. Setelah berehat setengah jam di situ, kami pun kembali meneruskan perjalanan ke destinasi.11.30 pagi: Kami sampai di Hotel Rosa Passadena. Selepas mendaftar masuk, kami menuju ke Ladang Teh Bharat. Kami tidak melepaskan peluang bergambar dengan berlatarbelakangkan ladang teh yang amat indah itu. Ibu membeli beberapa kotak teh wangi. Kami sempat makan-makan sambil minum teh tarik wangi yang istimewa di situ. 2.30 petang: Kami menuju ke pasar Kea Farm. Banyak benar gerai yang berniaga di sini. Ada gerai sayur-sayuran, buahan-buahan, dan cenderamata. Ibu membeli bunga mawar serta bunga kaktus. Selepas itu, kami singgah di Ladang Strawberi Raju yang terletak bersebelahan dengan pasar Kea Farm. Kami makan strawberi dengan berselera sekali.8.30 malam: Kami mengunjungi pasar malam di Brinchang. Saya dan adik memakai baju yang agak tebal kerana cuaca berkabus dan sejuk. Kami sekeluarga makan cendawan goreng yang sungguh enak. Ayah membeli beberapa botol jem strawberi sebagai buah tangan untuk datuk dan nenek.

Ahad, 15 Mac 2014 10.30 pagi: Kami melawat ke Ladang Teh BOH. Pemandangan di ladang teh memukau para pengunjung. Ibu berkali-kali meminta ayah mengambil gambar kami bertiga. Kemudian, kami duduk-duduk di pelantar ladang sambil minum teh. 12.30 tengah hari: Setelah makan tengah hari di hotel, kami pun bertolak pulang ke Taiping. Walaupun keletihan, kami sekeluarga berasa gembira dan berpuas hati. Banyak kenangan dan pengalaman yang kami peroleh daripada lawatan di Tanah Tinggi Cameron.

Track 17

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Sudah sekian lama kempen antimerokok mengemukakan intipati bahaya merokok, penyakit akibat merokok, dan jumlah kematian secara langsung akibat tabiat merokok. Rata-rata perokok sedar bahawa merokok membahayakan kesihatan dan membazirkan wang, namun ketagihan dan sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk berhenti daripada merokok menyebabkan mereka gagal meninggalkan tabiat yang buruk ini. Bagi remaja, merokok melambangkan kedewasaan dan kebebasan daripada kongkongan ibu bapa dan guru-guru. Kebanyakan remaja yang merokok terpengaruh oleh rakan sebaya. Zaman remaja merupakan zaman peralihan daripada kanak-kanak kepada zaman dewasa dan biasanya pada zaman ini remaja lebih gemar mencuba sesuatu yang baharu tanpa memikirkan kebaikan dan keburukannya. Keadaan ini menyebabkan remaja terdedah kepada risiko yang di luar jangkaan seperti penagihan dadah dan menghidu gam.

Page 8: TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice BM... · Rekod kehadiran dicatatkan bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan selamat. Tidak lama kemudian,

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D8

Kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta wang setiap tahun untuk membiayai kempen antimerokok agar tabiat buruk ini dihentikan. Melalui media massa atau papan tanda yang terdapat di merata-rata tempat, jelas menunjukkan tentang kesungguhan kerajaan agar perokok berhenti daripada merokok, namun kempen ini seolah-olah dipandang sepi oleh golongan perokok. Hal ini demikian kerana pendekatan yang dilaksanakan tidak kreatif, lapuk, dan mudah. Selain itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dan menjadi contoh kepada anak-anak. Tindakan yang tegas perlu diambil oleh pihak sekolah sekiranya terdapat dalam kalangan pelajarnya yang merokok. Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang dan larangan remaja di bawah umur 18 tahun membeli rokok di mana-mana premis perniagaan diperketat. Undang-undang tembakau negara perlulah disemak semula dan dilakukan perubahan dengan menjadikan tembakau sebagai bahan larangan dan memilikinya menjadi kesalahan.

Track 18

Dengar cara-cara membuat bunga kertas dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan tunjuk cara yang telah anda dengar.

Cara-cara membuat bunga kertas

1. Bentangkan sehelai kertas bunga, iaitu kertas nipis yang permukaannya berkedut-kedut. 2. Lipat kertas tersebut kepada dua bahagian. 3. Gunting bahagian tengah kertas itu menjadi dua bahagian. 4. Ambil satu bahagian dan gunting kepada tiga bahagian. 5. Ulangi langkah yang sama untuk satu bahagian kertas tadi. 6. Susun keenam-enam helai kertas yang telah digunting itu dan lipat seperti bentuk kipas. 7. Setelah itu, ikat bahagian tengah kertas itu dengan dawai. 8. Potong bahagian hujung kertas itu kepada bentuk separa bulat. 9. Buka bahagian hujung kertas dan kembangkan seperti bentuk kipas. 10. Tarik sehelai demi sehelai dengan berhati-hati supaya tidak terkoyak. 11. Ulangi langkah yang sama untuk bahagian hujung yang satu lagi.

Bab 7

Track 19

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan maklumat daripada petikan drama yang telah anda dengar.

YAHYA : Kita mesti membawa angin baharu. Angin perubahan. Angin yang membawa kemajuan kepada masyarakat kita. Orang-orang kita sekarang sedang menghadapi cabaran. Ya, kita sedang berhadapan dengan cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran! Saudara-saudara, bagaimana kita harus menghadapi cabaran ini? Adakah cukup dengan berkata-kata saja? Adakah cukup dengan mendabik dada saja?

FIRDAUS : Kita mempunyai banyak orang yang sanggup bertungkus-lumus. Yang kita perlukan sekarang ialah orang-orang yang sedia berjuang tanpa banyak bicara. Berjuang untuk kemajuan kita.

HANI : Saya rasa kemunduran kita banyak sebabnya. Satu daripadanya ialah orang-orang kita tidak mempunyai sikap yang serius. Orang-orang kita suka berbual-bual kosong di kedai kopi. Orang-orang kita mesti belajar berniaga.

HUSIN : Yalah, kemajuan di lapangan perusahaan dan perdagangan amat penting.ZAINAL : Orang-orang kita cuma kaya cita-cita. Kita tidak berwang, engkau tahu?MARIAH : Itulah aku katakan. Kita mesti belajar berniaga kecil-kecilan dulu, seperti menjual aiskrim, membeli

pisang, dan berniaga barang-barang runcit. Perniagaan ini tidak memerlukan modal yang banyak.HANI : Saya tak faham. Mengapa Haji Dollah pekedai barang-barang runcit itu, tak boleh maju? Padahal

dia telah berniaga 10 tahun lebih.

Page 9: TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice BM... · Rekod kehadiran dicatatkan bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan selamat. Tidak lama kemudian,

D9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

FIRDAUS : Hutang, saudara, hutang. Engkau tahu, orang-orang kita kuat berhutang. Kalau tak diberikan hutang dikatakan sombong. Apabila diberikan begitulah. Entah bila nak bayar. Esok dan esok. Apabila hutang dah banyak mereka berhenti. Pergi pula ke kedai orang lain. Tak menempuh-nempuh ke kedai Haji Dollah tu. Macam mana nak maju kedainya? Seribu tahun berniaga begini, takkan maju.

Track 20

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Untuk sekian kalinya, perlu ada kempen besar-besaran untuk memisahkan mercun dan bunga api dengan bulan Ramadan. Sebaliknya, kedua-dua unsur ini seolah-olah sudah tidak dapat dipisahkan kerana hampir setiap hari kes-kes kecederaan akibat bermain mercun dan bunga api terpapar di dada akhbar sepanjang bulan tersebut. Adakah kejadian ini tidak ada noktah dan tiada jalan penyelesaian? Masyarakat kena belajar daripada bencana akibat bermain mercun. Keadaan mangsa mercun yang putus jari tangan, buta, dan keilatan kekal yang lain pada usia yang masih muda, patut membina semangat semua pihak untuk memberhentikan aktiviti yang berbahaya ini. Walau bagaimanapun, cabaran untuk menghentikan kegiatan bermain mercun dan bunga api mestilah didahului dengan menyekat kemasukan dan penjualan bahan terlarang itu. Bukan sahaja sepanjang bulan Ramadan, didapati mercun dan bunga api mudah diperoleh di merata-rata di bazar Ramadan dan pasar malam sebelum umat Islam berpuasa lagi. Penguatkuasaan haruslah dilipatgandakan dengan memantau penjualan mercun dan bunga api oleh individu secara sembunyi-sembunyi bagi mengelak bahan terlarang itu terus dijual secara berleluasa. Setakat memberi amaran keras akan mengenakan tindakan kepada mana-mana individu yang mengedar, menyimpan, atau bermain mercun termasuk buatan sendiri di dalam media, tidak akan berkesan. Rampasan besar terhadap penyeludupan mercun dan bunga api dilakukan oleh pihak berkuasa tetapi bahan itu masih mudah diperoleh. Oleh itu, pihak berkuasa mesti turut sama menyerbu penjualan mercun di bazar Ramadan atau pasar malam. Jika tidak, sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan selesai. Pada masa yang sama, ibu bapa tidak sesekali membeli mercun dan bunga api untuk anak-anak. Ibu bapa juga hendaklah melarang pembelian mercun dan bunga api oleh mana-mana ahli keluarga untuk memeriahkan perayaan. Semua pihak mesti bersikap tegas dengan segera melaporkan penjualan mercun dan bunga api di kawasan sekitar. Sikap ini membantu dalam mengatasi isu mercun dan bunga api ini secara menyeluruh. Hentikanlah musibah yang kita cari sendiri. Polis hendaklah kerap meronda kawasan perumahan bagi memantau permainan mercun dan bunga api. Rondaan ini membuatkan masyarakat, terutama kanak-kanak berasa takut untuk bermain mercun dan bunga api.

Track 21

Dengar iklan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan iklan yang telah anda dengar.

Syarat-syarat peraduan mencipta slogan Bulan Bahasa Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Harmoni

1. Terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Harmoni. 2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan dan penyertaan hendaklah menggunakan borang

penyertaan. 3. Borang penyertaan asal atau fotokopi yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada Puan Farzanah

Harun, ketua guru penasihat Persatuan Bahasa Malaysia. 4. Sila gunakan satu borang sahaja untuk satu penyertaan. 5. Slogan yang dihasilkan perlulah asli dan tidak pernah diterbitkan, disiarkan, digunakan, atau ditiru. 6. Slogan hendaklah padat dan ringkas serta ditulis dalam bahasa Malaysia. 7. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mengikut syarat-syarat peraduan. 8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Julai 2015.

Page 10: TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice BM... · Rekod kehadiran dicatatkan bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan selamat. Tidak lama kemudian,

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. D10

Bab 8Track 22

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan maklumat daripada petikan cerpen yang telah anda dengar.

Ada sesuatu yang menusuk dalam diri Maryati apabila mendengar sajak pendek yang dideklamasikan oleh Kamal Hijaz. Dia seperti tahu kawannya itu menyindirnya. Dia berasa terpukul. Dalam diam-diam, ketika habis sesi persekolahan, dia mendapatkan Kamal Hijaz. “Maafkan aku, Kamal. Kaumarahkan aku?” Maryati memulakan perbualan. “Marahkan kamu? Tidak ada sesiapa untuk dimarahi. Saya tidak punya musuh.” “Dalam sajakmu itu mengatakan ada orang iri hati terhadap kamu,” kata Maryati lagi. “Saya tidak berniat apa-apa. Sajak itu spontan saja. Saya hanya teringat akan lukisan saya yang memenangi hadiah itu. Hang Jebat mati dibunuh oleh Hang Tuah kerana difitnah orang. Perkara yang sama tidak mustahil berulang dalam kehidupan kita. Saya tidak bermaksud lebih daripada itu.” “Oh, begitu!” Maryati tersipu. “Tapi aku berasa terpukul. Terasa benar aku.” “Mengapa pula?” tanya Kamal Hijaz. “Sebenarnya, akulah yang menukarkan kertas lukisanmu ketika kamu pergi ke kantin dulu. Sengaja aku tukar supaya kamu menggelabah dan tidak memenangi hadiah, tetapi kamu memang handal. Walaupun kamu lewat memulakan lukisan kedua, kamu masih menang. Kamu memang hebat. Aku benar-benar rasa bersalah dan menyesal. Aku tidak mempunyai semangat patriotik untuk mengangkat nama dan martabat sekolah.” “Kamu?” kata Kamal Hijaz, yang belum pulih daripada kejutannya itu. “Aku tidak tahu kamu menukarkannya. Aku pun tidak mengesyaki apa-apa. Lupakanlah. Kalau tidak kerana kamu menukarkan kertas itu, mungkin aku tidak melukis watak Hang Jebat dan Hang Tuah bertikam. Pada mulanya aku mahu melukis gambar pemandangan saja. Kesemuanya cantik belaka, termasuklah lukisanmu. Aku lihat banyak orang yang memilih tema itu. Mungkin peluang untuk mendapat hadiah pertama menjadi sukar. Terima kasihlah.”

Track 23

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Hari kemerdekaan negara merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh rakyat. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan dan kenderaan, dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda akan mengerti dan menghayati kebaikannya. Sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini dapat memupuk semangat patriotik pada diri seseorang. Hal ini melalui penyertaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, perpaduan kaum dapat juga dipupuk. Pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam sambutan tersebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara. Melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Mereka seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain kerana sanggup berkorban harta, nyawa, dan tenaga semata-mata untuk memerdekakan negara. Dengan cara menyambut hari kemerdekaan, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila. Hari kemerdekaan negara perlulah disambut oleh rakyat negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan ulang tahun tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum.

Page 11: TEKS KEMAHIRAN LISAN MENDENGAR - pelangibooks.com Choice BM/Top Choice BM... · Rekod kehadiran dicatatkan bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan selamat. Tidak lama kemudian,

D11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Track 24

Dengar petikan dengan teliti. Kemudian, pilih dan tandakan satu jawapan yang paling tepat berdasarkan petikan yang telah anda dengar.

Rantaian makanan ialah urutan “siapa makan siapa” dalam ekosistem. Rantaian makanan bermula dengan sumber tenaga utama, biasanya matahari. Seterusnya, organisma yang membuat makanan sendiri daripada sumber tenaga utama, misalnya rumput. Rumput dipanggil pengeluar utama. Pautan seterusnya dalam rantaian makanan ialah organisma yang makan pengeluar utama dan disebut sebagai pengguna utama, seperti arnab. Selepas itu, datang organisma atau dikenali sebagai pengguna sekunder, contohnya ular makan pengguna utama. Seterusnya, ular dimakan pula oleh pengguna tertier, misalnya burung hantu. Sebaliknya, pengguna tertier dimakan oleh pengguna kuaternari, contohnya helang.