Teks Mc 2015

download Teks Mc 2015

of 4

description

teks mc

Transcript of Teks Mc 2015

BilAGENDATEKS

1.Ketibaan para jemputan dan ibu bapaMengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Muhammad Hj Alamin Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (Ahli Dewan Undangan Negeri N23 Bongawan) dengan diiringi Tuan ______________________________ (Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajah Rahmah), Al-Fadhilah Ustazah Hajah Aisah Hj Kassan (Pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajah Rahmah ), Penolong-Penolong Kanan,Guru-Guru dan para Ibu-Bapa AJK PIBG Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajah Rahmah

2.Kata Alu-aluan Pengacara MajlisKompang Bergema Pusaka BangsaDipalu oleh Si Anak MudaHadir Tuan Puan meriah suasanaKami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat Datuk Muhammad Hj Alamin Ahli Dewan Undangan Negeri N23 Bongawan

Yang Berusaha A;-Fadhilah Ustazah Hajah Hj KassanPengetua Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajah Rahmah

Yang Dihormati Tuan Haji Mustapa Hj AsmahYang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajah Rahmah

En. MOhd Nazri Bin KhadriNaib Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Agama Negeri Toh Puan Hajah Rahmah

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-____tahun 2015 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berhormat Datuk Muhammad Bin Alamin kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

3.Bacaan DoaBagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Abdul Khalid bin Lagut. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Abdul Khalid bin Lagut atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

4Ucapan Alu-Aluan Pengerusi PIBGSeterusnya, majlis menjemput Tuan Hj Mustapah Bin Hj Asmah, Pengerusi PIBG SMAN Toh pUan hajah Rahmah untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya, dipersilakan

5.Ucapan Alu-aluan oleh PengetuaSeterusnya, majlis menjemput Al-Fadhilah Ustazah Hajah Aisah Hj Kassan Pengetua SMAN Toh Puan Hajah Rahmah untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustazah Hajah Aisah Hj Kassan atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6.Ucapan Perasmian ADUN N23 BongawanKini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Muhammad Hj Alamin Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (Ahli Dewan Undangan Negeri N23 Bongawan) dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMAN Toh Puan Hajah Rahmah kali ke ____ bagi tahun 2015.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Muhammad Hj Alamin atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan YB itu tadi dapat kita hayati dan seterusnya mengambil tindakan bersama.

Hadirin yang dihormati sekalian.Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang.

7.Majlis Penyampaian Cenderahati AJK PIBG sesi 2013/2014Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Yang Berhormat Datuk Muhammad Hj Alamin sebagai penghargaan di atas kesudian Yang Berhormat Datuk untuk merasmikan majlis kita pada pagi ini. Untuk itu, majlis menjemput Yang Berhormat Datuk Muhammad Hj Alamin, dengan diiringi Ustazah Hajah Aisah Hj Kassan Pengetua SMAN Toh Puan Hajah Rahmah untuk menerima cenderahati dan Tuan Hj Mustapah Bin Hj Asmah, Pengerusi PIBG SMAN Toh Puan Hajah Rahmah untuk menyampaikan cenderahati tersebut.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan Tuan Hj Mustapah Bin Hj Asmah, Pengerusi PIBG SMAN Toh Puan Hajah Rahmah untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Datuk Muhammad Hj Alamin

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Muhammad Hj Alamin, Tuan Hj Mustapah Bin Hj Asmah dan Ustazah Hajah Aisah Hj Kassan.

8.Majlis PenutupDengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, kali ke-_____ bagi tahun 2015.

Dari mana asalnya, usah diusulMolek budinya menambat hatiDua tiga bicara salah tersasulJangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan seluruh warga SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Muhammad Hj Alamin atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMAN Toh Puan hajah Rahmah.

Majlis Menjemput Tuan Hj Mustapah Bin Hj Asmah dan Ustazah Hajah Aisah Hj Kassan untuk mengiringi Yang Berhormat Datuk Muhammad Hj Alamin ke Bilik Gerakan untuk menjamu kudapan yang disediakan. Majlis turut menjemput semua para hadirin dan hadirat untuk ke __________________ untuk jamuan minum pagi.Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Seterusnya, kami serahkan kepada Tuan Hj Mustapah Bin Hj Asmah untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, kali ke-___ bagi tahun 2015.