Teks MC Penutupan
-
Upload
muhamad-syafiq -
Category
Documents
-
view
166 -
download
22
description
Transcript of Teks MC Penutupan
s
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
TEKS PENGACARA MAJLIS
UNTUK
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IIII
“Khidmat Masyarakat dan Anak Angkat”
TAHUN 2014
11 hingga 13 SEPTEMBER 2014
SK KOTA KUALA MUDA
MASA PERKARA UCAPAN
Ketibaan tetamu Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan
kehadiran tuan-tuan, puan-puan dan para pelajar
ke majlis perasmian penutupan Program Bina
Insan Guru Fasa 4, Khidmat Masyarakat dan
Anak Angkat anjuran IPG Kampus Tuanku
Bainun dengan kerjasama SK Kota Kuala Muda
dan juga para ibu bapa sekalian bagi tahun
2014.
Untuk makluman tuan-tuan, puan-puan, para
guru pelatih, para ibu bapa angkat dan para
pelajar sekalian, majlis penutupan akan bermula
sebentar lagi.
Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, para guru
pelatih, para ibu bapa angkat dan para pelajar
sekalian diminta mengambil tempat.
MASA PERKARA UCAPAN
Ketibaan wakil
Pengarah IPG
Kampus Tuanku
Bainun
Mengumumkan ketibaan Tuan Timb Pengarah
IPG Kampus Tuanku Bainun
dengan Diiringi:
Yang Berusaha Ustaz Fadzil bin Mahmud guru
besar SK Kota Kuala Muda.
Diiringi Encik Mohd Akhir bin Awang, kem
komandan program BIG Fasa 4
Yang DiPertua PIBG
Pengerusi Program BIG Fasa 4,
saudara Ahmad Khobir bin Muslim Bukhari
mengambil tempat.
MASA PERKARA UCAPAN
Lagu Negaraku
dan lagu negeri
Kedah dimainkan
YB, para tetamu
jemputan dan
hadirin dijemput
duduk
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu
negaraku .
Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri.
Mohon Tuan Timb Pengarah dan hadirin
sekalian mengambil tempat.
MASA PERKARA UCAPAN
Setelah semua
hadirin berada di
tempat duduk
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t
, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
Yang Berbahagia Tn Hj Abu Bakar b Othman,
Timb Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun
Yang berusaha, Ustaz Fadzil bin Mahmud, Guru
Besar SK Kota Kuala Muda,
Kem Komandan, Encik Mohd Akhir bin Awang
dan Pengerusi BIG Fasa 4, Ahmad Khobir bin
Muslim Buhari.
MASA PERKARA UCAPAN
Ucapan alu-aluan
pengerusi majlis
Setelah semua
para tetamu
jemputan dan
hadirin duduk
Kuntum melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
Hari ini memugal jagung
Hari esok memetik peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
serta mengalu-alukan kehadiran Tuan Hj Abu
Bakar Bin Othman Timb Pengarah IPG Tuanku
Bainun ke Program Bina Insan Guru Fasa 4,
Khidmat Masyarakat dan Anak Angkat bagi
tahun 2014. Majlis juga mengucapkan selamat
datang kepada semua para tetamu jemputan,
tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin ke
program yang diadakan pada hari ini.
MASA PERKARA UCAPAN
Bacaan Doa
Selepas bacaan
doa
Bagi memberkati majlis pada petang ini,
dipersilakan saudara Nizar Syazwan bin Mohd
Noor untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
MASA PERKARA UCAPAN
Ucapan alu-aluan
pengerusi program
BIG Fasa 4
Hadirin yang dihormati,
Bagi meneruskan majlis pada petang ini,
dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh
Pengerusi Program BIG Fasa 4, Ahmad Khobir
bin Muslim Buhari
MASA PERKARA UCAPAN
Setelah selesai
ucapan pengerusi
program BIG
Tayangan
Multimedia
Penyerahan
semula anak
angkat
Ucapan Guru
Besar SK Kota
Kuala Muda
Demikianlah tadi ucapan alau-aluan daripada
pengerusi Program BIG, Ahmad Khobir bin
Muslim Buhari
Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Tayangan Multimedia
Penyerahan semula
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang
Berusaha Ustaz Fadzil bin Mahmud Guru Besar
SK Kota Kuala Muda.
Ucapan Timb
Pengarah
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan pula dengan penyampaian sijil
kepada ketua murid.
Dengan itu majlis menjemput dan
mempersilakan tuan timb pengarah, Tuan Hj Abu
Bakar Bin Othman diringi oleh Kem Komandan
En Mohd Akhir Bin Awang untuk menyampaikan
sijil penyertaan .
Majlis mempersilakan ketua murid SK Kota
Kuala Muda untuk menerima sijil penyertaan.
Persilakan Guru Besar Sk Kota Kuala Muda
untuk menerima cenderahati daripada timbalan
pengarah.
Terima kasih
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Timbalan
Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, Tuan
Haji Abu Bakar Bin Othman untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis penutupan bagi program BIG
Fasa 4 bagi tahun 2014.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Timb
Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun, atas
ucapan dan kesudian merasmikan majlis
Penyampaian
cenderamata
Penutup
penutupan Program BIG Fasa 4 bagi tahun 2014
sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Timbalan
Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun Tuan
Haji Abu Bakar Bin Othman untuk menerima
cendermata daripada wakil pelajar.
Dijemput Tuan Haji Abu Bakar Bin Othman, Timb
Pengarah menerima cenderamata daripada
Pengerusi BIG Ahmad Khobir Bin Muslim Buhari
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Sempurnalah sudah majlis perasmian penutupan
Program Bina Insan Guru Fasa 4 bagi tahun
2014 pada petang ini.
Semoga program yang dijalankan dapat
meningkatkan minat para pendidik untuk terus
berjuang dan mendidik anak bangsa dan para
pelajar untuk terus menimba ilmu.
Hadirin sekalian,
Berakhirlah sudah majlis perasmian penutupan
pada petang ini.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
telah menjayakan program ini.
Bunga seroja di atas cemara
Jatuh sekuntum di atas para
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua yang kami pinta
Sekian terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.