Teks Pengacara Majlis Konvokesyen Tahun 6

9

Click here to load reader

description

Teks Pengacaraan

Transcript of Teks Pengacara Majlis Konvokesyen Tahun 6

1

TEKS PENGACARA MAJLISKONVOKESYEN TAHUN 6 2014

OLEH : 1. AHMAD RUJHAN BIN IBRAHIM 2. PN HASMIZA BT SABTU

NamaTeks Pengacaraan

1

HasmizaMinta perhatian kepada semua murid-murid dan guru-guru sekalian, Majlis Konvokesyen Tahun 6 akan dimulakan sebentar lagi.

Bismillahi rahmanirrahim,Petang yang indah penuh ceria.hari yang berbahagia penuh bermaknasama sama kita raikan,Majlis Konvokesyen Tahun 6 2014

Rujhan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Salam sejahtera, salam keilmuan dan salam satu Malaysia

Muzik dialun sungguh indahBuat tetamu dan jua taulanTetamu dinanti berkunjung sudahSelamat datang kami ucapkan

Ke pekan sehari bersama cik intanTerus pula ke Kuala PerlisHarap semua berikan perhatianMohon saya mulakan majlis.

Yang Berusaha,Pn Kartini bt Abd Shukor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Suria,Yang Dihormati,En Jamil Bin Karsin yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Suria,Yang Dihormati,Yang dihormati Pn Nor Shahara bt Abdullah, Guru Penolong Kanan PentadbiranPn Noriah bt Mat Jidin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Pn Rashidah bt Ismail, Guru Penolong Kanan KokurikulumPn Hamimah bt Abd Kadir, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas,Guru-guru, Ahli Jawatankuasa PIBG, Ibu bapa dan Murid-murid tahun 6 yang dikasihi sekalian.

HasmizaBiji selasih boleh dimakan,Menjadi perisa sedap terperi,Selamat datang kami ucapkan, Semoga majlis bertambah seri,

Hadirin dan hadirat sekalian,

Hari ini, bakal menyaksikan satu lagi sejarah terukir di dalam kalendar akademik SK Taman Suria tahun 2014 apabila__________________________ orang murid, bakal menerima sijil dan anugerah kecemerlangan masing-masing.

Hasmiza Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau pergi Tanjung Keramat,Anak manis jangan diangkat;Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini majlis , dengan sukacitanya, mempersilakan Al-Fadhil Ustadz Muhammad Rafiq Bin Ngadiman untuk memimpin bacaan doa.Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan ustadz....

BACAAN DOA

Rujhan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustadz Muhammad Rafiq Bin Ngadiman atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Duduk sekawan gadis jelita,Buat santapan untuk pahlawan;Tampillah puan kami meminta,Madah ucapan kata aluan.

Seterusnya , marilah kita sama-sama mendengar ucapan daripada Yang Berusaha Pn Kartini Bt Abd Shukor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Suria, untuk menyampaikan ucapan .

Majlis mempersilakan puan...

Hasmiza UCAPAN GURU BESAR

Majlis Mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Kartini Bt Abd Shukor atas ucapan itu tadi.

Rujhan Hadirin sekalian,Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang dihormati En Jamil Bin Karsin Yang Dipertua PIBG SK Taman Suria untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen Tahun 6 Sesi 2014. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

UCAPAN PERASMIAN

Terima Kasih diucapkan kepada Yang dihormati En Jamil Bin Karsin Yang Dipertua PIBG SK Taman Suria di atas kesudian merasmikan Majlis Konvokesyen Tahun 6 Sesi 2014.

Hasmiza

Terbang bebas si rama-rama, Teratai mekar di tengah lembah , Menyusun langkah semerdu irama,Persembahan Dikir Barat kini dipersembahkan.

Para hadirin yang dihormati sekalian, Membuka tirai persembahan pada hari ini, majlis menjemput pasukan Dikir Barat tahun 6 untuk mempersembahkan persembahan mereka..

Majlis mempersilakan.

PERSEMBAHAN DIKIR BARAT

Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Dikir Barat Tahun 6 atas persembahan yang menarik itu tadi.

Rujhan

Together

Rujhan

Rujhan

Hasmiza

Rujhan

Together

Berkebaya batik berwarna merah,Diserikan dengan permata berlian,Tibalah masa penyampaian anugerahPenerima teruja menunggu giliran

Kini, tibalah kita ke upacara pertama pada pagi ini dengan Penyampaian Sijil Graduasi kepada Murid-murid Tahun 6

Untuk itu, majlis dengan penuh sukacitanya mempersilakan Yang________________________________ diiringi __________________________________ untuk menyampaikan sijil graduasi kepada murid-murid tahun 6.

Memulakan senarai penerima sijil graduasi.., dipersilakan ke pentas adik ___________________________________

BACA SENARAI Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada _______________________________SK Taman Suria atas penyempurnaan majlis penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid tahun 6 itu tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis pada pagi ini diserikan lagi dengan persembahan Nasyid yang akan disampaikan oleh _____________________________Majlis dengan ini mempersilakan.

PERSEMBAHAN NASYID

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada __________________________________________ atas persembahan yang menghiburkan itu tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian, majlis pada petang yang ceria ini diteruskan dengan persembahan khas oleh_____________________________________________________

Majlis dengan ini mempersilakan....

PERSEMBAHAN KHAS

Terima kasih diucapkan kepada ______________________________________________ atas persembahan yang menghiburkan itu tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian, majlis pada pagi ini diteruskan pula dengan PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ___________________________________________________diiringi oleh ____________________________________________untuk menyempurnakan pemyampaian anugerah kepada penerima-penerima anugerah ....

Mendahului senarai ....................................................................

BACA SENARAI

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ________________________________________________________________________________kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada____________________________________________ kerana sudi untuk menyampaikan anugerah kepada murid-murid yang cemerlang itu tadi.

Hasmiza

Bersyukur kini kami panjatkan,Majlis anugerah telah disempurnakan,Sekalung penghargaan kami hulurkan,Segulung tahniah kami ucapkan....

Hasmiza Para hadirin yang dihormati sekalian, Bagi menutup majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan wakil murid-murid tahun 6 untuk mempersembahkan persembahan koir.

Majlis dengan ini mempersilakan.

PERSEMBAHAN KOIR

Terima kasih diucapkan kepada wakil murid-murid tahun 6 atas persembahan koir yang menghiburkan itu tadi. Untuk makluman persebahan koir itu tadi adalah di bawah pimpinan yang dihormati Pn Wan Azlin bt Wan Arifin.

Para hadirin yang dihormati sekalian, Dengan persembahan KOIR itu tadi maka berakhirlah Majlis Konvokesyen Tahun 6 bagi sesi 2014.

Rujhan Pantai indah pantai berteluk,Ramai orang bermandi-manda,Majlis indah bertambah elok,Jika terkurang bukan sengaja.

Sekian dahulu, pada kali ini.Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, kepada tetamu kehormat, dan para hadirin sekalian yang telah menyerikan, dan menjayakan konvokesyen pada pagi ini.Kami menyusun jari sepuluh, dengan tulus ikhlas memohon ampun maaf andai tersilap mengatur bicara, melafazkan nama .

Hamiza Dengan ini, berakhirlah majlis kita pada hari ini.Akhir kalam, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput para pentadbir dan para jemputan untuk menikmati jamuan yang disediakan.

Tamat