TEKS SYARAHAN-Kelebihan Membaca

5
TEKS SYARAHAN : KELEBIHAN MEMBACA Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Bermohon sembah membuka bicara, Salam sejahtera untuk semua. Terima kasih saudari peneraju majlis. Yang saya hormati Puan Mazura binti Sulaiaman dan rakan-rakan guru pelatih yang dikasihi sekalian. Selamat pagi, salam sejahtera, salam kecintaan, dan salam sayang saya buat semua. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Kelebihan membaca”. Saudara dan saudari sekali, Sesungguhnya, permulaan kepada kegagalan adalah disebabkan oleh sikap tidak suka membaca. Persepsi ini menggambarkan peri pentingnya membaca dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, buka mata, pasangkan telinga, dan lapangkan dada kerana pada hari ini saya akan menterjemahkan kelebihan- kelebihan membaca berpaksikan kepada empat indikator. Saudara dan saudari sekalian, Indikator pertama, membaca dapat meningkatkan pengetahuan. Hal ini adalah kerana, terdapat pelbagai maklumat termasuk isu-isu semasa dan pengetahuan dalam kehidupan seharian yang boleh kita dapati di dalam buku, majalah dan akhbar. Tambahan pula, dengan membaca, kita boleh meneroka

Transcript of TEKS SYARAHAN-Kelebihan Membaca

Page 1: TEKS SYARAHAN-Kelebihan Membaca

TEKS SYARAHAN : KELEBIHAN MEMBACA

Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua;

Bermohon sembah membuka bicara,Salam sejahtera untuk semua.

Terima kasih saudari peneraju majlis. Yang saya hormati Puan Mazura binti Sulaiaman dan rakan-rakan guru pelatih yang dikasihi sekalian. Selamat pagi, salam sejahtera, salam kecintaan, dan salam sayang saya buat semua. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Kelebihan membaca”.

Saudara dan saudari sekali,

Sesungguhnya, permulaan kepada kegagalan adalah disebabkan oleh sikap tidak suka membaca. Persepsi ini menggambarkan peri pentingnya membaca dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, buka mata, pasangkan telinga, dan lapangkan dada kerana pada hari ini saya akan menterjemahkan kelebihan-kelebihan membaca berpaksikan kepada empat indikator.

Saudara dan saudari sekalian,

Indikator pertama, membaca dapat meningkatkan pengetahuan. Hal ini adalah kerana, terdapat pelbagai maklumat termasuk isu-isu semasa dan pengetahuan dalam kehidupan seharian yang boleh kita dapati di dalam buku, majalah dan akhbar. Tambahan pula, dengan membaca, kita boleh meneroka pelbagai cabang pengetahuan yang boleh digunakan untuk mencapai kejayaan persis kata pepatah membaca jambatan ilmu dan ilmu itu pelita hidup. Lantaran itu, kita perlu memupuk minat membaca untuk menimba ilmu dan memupuk perkembangan nilai-nilai yang baik dalam diri sendiri. Oleh itu, kita mestilah komited dalam setiap aktiviti membaca, supaya kita boleh mendapatkan maklumat yang kita perlukan.

Membaca menambahkan perbendaharaan kata, demikianlah kata kunci bagi indikator yang kedua. Hal ini adalah kerana, semasa membaca kita akan mendapat banyak perkataan-perkataan baharu.

Page 2: TEKS SYARAHAN-Kelebihan Membaca

Sebagai contoh, jika kita membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang Sains, kita akan tahu lebih banyak istilah atau perbendaharaan kata yang berkaitan dengan bidang ini seperti skoliosis, konjunktivitis, dan fotosintesis . Oleh itu, apabila kita mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata, kita akan dapat bertutur dalam bahasa yang tertentu dengan fasih dan lancar. Sebenarnya, mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata adalah penting kerana, ia akan mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan masyarakat dalam pelbagai bidang atau pengetahuan dan menjadikannya lebih mencabar. Oleh itu, apabila kita membaca, janganlah sekadar membaca, tetapi carilah beberapa perkataan baharu untuk meningkatkan senarai perbendaharaan kata dalam kamus memori anda.

Saudara dan saudari sekalian,

Seterusnya, membaca juga boleh mengisi masa lapang kita. Pada asasnya, masa lapang kita perlu diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Analoginya, kita boleh menjadikan membaca sebagai hobi atau gaya hidup kita untuk mengisi masa lapang kita. Selain itu, kita juga boleh menjadikan perkara-perkara lain sebagai hobi kita selagi ianya memberi manfaat kepada kita. Sebagai contoh, kita boleh bersukan, mendengar muzik, bahkan tidur pada keadaan-keadaan tertentu. Sesungguhnya, terdapat 24 jam yang diperuntukkan bagi setiap seorang daripada kita pada setiap hari, tetapi masa itu sudah pasti tidak cukup untuk kita untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang kita mahu lakukan. Dengan itu, kita harus menguruskan masa lapang dengan cekap kerana masa itu emas. Anda mungkin berkata, 'saya tidak mempunyai masa untuk membaca' atau 'saya sibuk, sibuk, dan sibuk', tidak ada masalah. Penyelesaiannya ialah, anda boleh membaca sementara menunggu bas atau beberapa minit sebelum anda tidur. Oleh itu, kita harus menghabiskan lebih banyak masa membaca pada masa lapang supaya masa tidak terbuang begitu sahaja.

Di samping itu, sebagai indikator yang terakhir, budaya membaca boleh membantu untuk membangunkan negara. Hal ini sememangnya betul kerana, rakyat yang pakar dalam bidang tertentu

Page 3: TEKS SYARAHAN-Kelebihan Membaca

dapat membantu untuk meningkatkan ekonomi kita. Implikasinya, negara kita boleh berkembang dengan pesat terutamanya dalam bidang Sains dan Teknologi. Hal ini sememangnya penting kerana, kemajuan dalam Sains dan Teknologi akan memungkinkan banyak ciptaan dan reka bentuk baharu. Secara logiknya, membaca akan meningkatkan pengetahuan kita, dan pengetahuan yang diperoleh boleh digunakan dalam pembangunan sektor-sektor tertentu seperti pelancongan dan perdagangan. Oleh itu, kita hendaklah menjadikan membaca sebagai rutin harian kita supaya kita boleh membantu untuk membangunkan negara kita dan hidup dalam keadaan yang lebih baik.

Saudara dan saudari sekalian,

Konklusinya, budaya membaca mempunyai banyak faedah kepada individu dan negara. Kendatipun begitu, sama ada kita sedar atau tidak, walaupun hari ini banyak inisiatif yang telah dilaksanakan untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat di Malaysia, usaha ini tidak bermakna kerana kita tidak melakukan apa-apa untuk menjayakannya. Kerana apa? Kerana belia masa kini hanya duduk termenung, kaki bergoyang, fikiran melayang, hati terkenang, pada si sayang. Oleh itu, bermula pada saat ini, usahlah membuang masa dan mulakanlah langkah anda untuk membaca. Akhir sekali, terimalah serangkap pantun daripada saya,

Pohon pedada penghias laman,Tumbuh subur di pinggir desa,Marilah kanda marilah teman,

Kita membaca sepanjang masa.

Cantik sungguh bunga kejora,Merah diapit si bunga raya,

Marilah sahut seruan negara,Bangsa membaca bangsa berjaya.

Sekian. Terima kasih kerana sudi mendengar dan semoga kalian mempunyai hari yang indah.

Page 4: TEKS SYARAHAN-Kelebihan Membaca