Teks Ucapan Perasmian Psk 2015
description
Transcript of Teks Ucapan Perasmian Psk 2015
TEKS UCAPAN PERASMIAN
“KARNIVAL PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN DAN PATRIOTISME
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI 2015 “
YANG BERBAHAGIA,
EN. MD DIN BIN HUSSEIN
PPD KOTA TINGGI, JOHOR
Bismilahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Muafakat Johor
( Rujuk senarai tetamu )
Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian.
Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana
dengan limpah berkat dan keizinan daripada-Nya, dapatlah kita bersama-sama di
majlis perasmian penutup Karnival Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dan Patriotisme Sekolah2 Daerah
Kota TinggI 2015.
Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana yang bertekad
dalam menjayakan penganjuran program ini yang sememangnya sangat signifikan
dengan keperluan generasi pada masa kini.
Para hadirin sekalian,
Melalui penganjuran karnival ini, saya berharap kita dapat mencungkil bakat terpendam dalam diri
pelajar . Saya percaya para pelajar akan memperolehi seuatu yg signifikan melalui acara yang disertai.
Ia juga merupakan kegiatan ko akademik selain dari penumpuan kepada akademik yang mana akan
melengkapkan penguasaan holistik pelajar dalam aspirasi kementerian untuk melahirkan insan yang
cemerlang .
Oleh yang demikian, dengan adanya program seumpama ini, dapatlah kita memberi
Impak yang baru dalam meningkatkan kesedaran sivik dan semangat patriotisme
di kalangan generasi muda terutamanya golongan pelajar.
Diharapkan dengan memberi mereka peluang untuk belajar dan menguasai ilmu
pengucapan umum dengan lebih baik melalui pertandingan bercerita bukan melayu.
Ini merupakan satu motivasi dan inspirasi kepada mereka untuk terus berusaha untuk menjadi seorang
pelajar yang benar-benar berkualiti melalui penguasaan ilmu disamping penyampaian serta
komunikasi yang berkesan melalui penyertaan dalam acara ini.
Saya percaya ini juga sekaligus melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah atau soft-
skill yang tinggi dalam mempelbagaikan intonasi semasa bercerita dengan emosi yang pelbagai.
Saya melihat program ini juga mampu menjadi saluran kepada para pelajar untuk mengenali permainan
tradisional seperti Dam Aji dan ia akan dapat mengekalkan rasa cinta dan sayang terhadap permainan
tradisional yang lain.
Para hadirin sekalian,
Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar juga didedahkan dengan
pelbagai isu-isu semasa dan sejarah Johor melalui pertandingan kuiz pendidikan sivik menengah atas
dan kuiz sejarah sebagai usaha mendidik pelajar agar peka dan proaktif serta meningkatkan lagi
kecintaan terhadap negara.
Sehubungan itu, sebagai langkah bagi membantu meletakkan pelajar sentiasa
berada di landasan yang betul, pihak JKD Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah membuat
kolaborasi dengan JKD Sejarah mengadakan kuiz sejarah Malaysia dan sejarah johor.
Umum ini merupakan suatu langkah permulaan yang saya kira cukup baik.
Justeru, adalah diharapkan dengan terlaksananya aktiviti ini, para pelajar akan
memberikan respon yang baik dalam membudayakan kehidupan sebagai seorang
pelajar yang unggul serta peka dengan pelbagai isu-isu semasa baik di dalam
mahupun di luar kepompong pendidikan dalam menjana keunggulan ummah. Mudah-mudahan
program seperti ini menjadi pemangkin kepada pelajar yang lain untuk terus
berusaha dan cemerlang dalam bidang pembangunan kemahiran insaniah mahupun
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di masa hadapan.
Jutaan ucapan tahniah kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus bagi memastikan persiapan
pelajar sebelum, semasa dan selepas pertandingan dapat disempurnakan dengan jayanya. Saya juga
melihat program ini sebagai satu simbol ukhuwwah sesama warga pendidikan daerah Kota Tinggi.
Ucapan tahniah juga kepada Pengetua dan warga SMK Tanjung Pengelih selaku Tuan Rumah Karnival
selama 3 tahun berturut-turut.. Allah jua yang mampu membalas semua pengorbanan kalian.
Para hadirin sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada jawatankuasa penganjur kerana berjaya mengadakan program yang
sangat bermanfaat ini. Saya sesungguhnya akan sentiasa menyokong penuh
program-program yang mampu memberi impak terhadap pembangunan pelajar di
di daerah kota tinggi.
Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan ini merasmikan
Karnival Pendidikan Sivik Kewarganegaraan dan Patriotisme Sekolah-sekolah Daerah Kota
Tinggi 2015.
Sekian terima kasih. Wassalam.