Teks Ucpn Marc

3
TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR MAJLIS MAKAN MALAM FAKULTI/MALAM GRADUASI PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN DAN Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berusaha saudara dan saudari pengerusi majlis, Yang Berbahagia Dekan PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN DAN MARITIM Prof. ----------------- Yang Berbahagia Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan, Pensyarah-pensyarah, Barisan Majlis tertinggi MAR’C Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis, Seterusnya yang diraikan semua mahasiswa/mahasiswi yang hadir pada majlis makan malam fakulti ini. Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah, rahmat, kurnia dan izinNya maka kita semua telah berpeluang bertemu dalam majlis yang indah ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada tenaga penggerak majlis ini kerana tanpa susah payah mereka tidaklah kita dapat bersama-sama di sini dalam usaha mengeratkan silaturrahim antara kita dan mencipta memori terindah dalam kehidupan. Seterusnya, saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis ini. Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian, Seperti yang dimaklumi, jemputan kita yang diraikan pada malam ini sebahagian besarnya adalah mahasiswa tahun akhir yang akan bergraduasi tidak lama lagi. Dalam kesibukan menghadapi jadual padat di penghujung semester ini diharapkan kalian masih tetap tenang, fokus dan terus berusaha yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan. Dan saatnya apabila kita telah berjaya kelak, kenanglah insan-insan penting yang selama ini menyokong kita dari belakang, yang menyaksikan jatuh bangun

description

Teks Ucpn

Transcript of Teks Ucpn Marc

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJARMAJLISMAKAN MALAM FAKULTI/MALAM GRADUASIPUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN DAN Bismillahirrahmanirrahim.Yang Berusaha saudara dan saudari pengerusi majlis,Yang Berbahagia Dekan PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN DAN MARITIMProf. -----------------Yang Berbahagia Timbalan-Timbalan Dekan,Ketua-ketua Jabatan,Pensyarah-pensyarah,Barisan Majlis tertinggi MARCBarisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis,Seterusnya yang diraikan semua mahasiswa/mahasiswi yang hadir pada majlis makan malam fakulti ini.

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah, rahmat, kurnia dan izinNya maka kita semua telah berpeluang bertemu dalam majlis yang indah ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada tenaga penggerak majlis ini kerana tanpa susah payah mereka tidaklah kita dapat bersama-sama di sini dalam usaha mengeratkan silaturrahim antara kita dan mencipta memori terindah dalam kehidupan. Seterusnya, saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis ini.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,Seperti yang dimaklumi, jemputan kita yang diraikan pada malam ini sebahagian besarnya adalah mahasiswa tahun akhir yang akan bergraduasi tidak lama lagi. Dalam kesibukan menghadapi jadual padat di penghujung semester ini diharapkan kalian masih tetap tenang, fokus dan terus berusaha yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan. Dan saatnya apabila kita telah berjaya kelak, kenanglah insan-insan penting yang selama ini menyokong kita dari belakang, yang menyaksikan jatuh bangun kita sepanjang pengajian. Ibu bapa, pensyarah-pensyarah, penasihat akademik mahupun rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan kolej kita sendiri.

Rakan-rakan yang saya kasihi sekalian,Ambillah mutiara-mutiara ilmu yang diberikan & disampaikan oleh pensyarah-pensyarah kamu. Ia bukan sesuatu yang boleh dijumpai dan dikutip di tepi jalan. Gunakan mutiara-mutiara ini sebagai panduan untuk mencorak masa hadapan sahabat sekalian.

Selepas ini, masing-masing menuju ke bidang & kepakaran masing-masing. Mungkin sukar untuk kita berjumpa lagi pada masa hadapan kerana sahabat-sahabat sibuk mencorak masa depan masing-masing. Namun jangan lupakan kami, ingatlah kenangan-kenangan manis ketika berada bersama kawan sekuliah kita dan kawan yang sekelas dengan kita.

Hadirin sekalian,Untuk akhirnya,tahniah saya ucapkan khas buat rakan-rakan seperjuangankerana telah hampir usahakitadalam menggenggam segulung ijazahnamun harus sama-sama untuk kita ingati bahawa pembelajaran atau menuntut ilmu itu adalah sepanjang hayat.

Kesempatan yang ada ini juga, kami, mahasiswa universiti malaysia Terengganu ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan.Sepanjang tempoh 6 semester berada di UMT , sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Andai kata ada tersalah kata tersilap laku, harap dimaafkan. Segala teguran dan nasihat dari pensyarah-pensyarah pasti akan kamisematkan di dada.Di sini kami ingin memohon restu dan doa Dr dan pensyarah-pensyarah agar mendoakan kami supaya dapat mengharungi cabaran, mehnah & tribulasi pada masa hadapan. Kami masih lagi panjang dalam mencoret corak perjalanan kehidupan kami.

Seterusnya,dengan ini saya mewakili seluruh mahasiswa/mahasiswi PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN DAN MARITIM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pensyarah dan seluruh warga pentadbiran fakulti yang telah berusaha keras buat kami dan akan kami kenangjasa-jasa kalian membangunkanmodal insan dalam diri kami.Mudah-mudahan setiap jerih payah itu, menjadi pahala berpanjangan dan jariah berterusan hingga ke akhirat kelak. InsyaAllah.