TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1...

20
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh: Nama: Kelas: Tarikh: PEMULIHAN TEMA 1 Keluarga Berwawasan KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR – KELOMPOK 2 SP: 1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan kata gelaran yang sesuai dalam situasi formal secara bertatasusila. Baca perbualan di bawah. Kemudian, lengkapkan peta titi yang diberikan. Siti : Bilik atuk mana, Aidil? Aidil : Aidil lupalah Along Siti. Kita bertanya kepada jururawat itu? Siti : Selamat petang, puan. Jururawat : Selamat petang. Ada apa-apa masalah, cik? Siti : Di manakah bilik datuk saya, Encik Harun bin Hassan? Jururawat : Bilik Encik Harun bin Hassan bernombor 102. Siti : Terima kasih, puan. Jururawat : Sama-sama. Aidil : Along, ini bilik atuk. Datuk : Eh, cucu atuk! Siti : Bagaimanakah keadaan atuk sekarang? Datuk : Atuk sudah bertambah baik. Atuk amat gembira kerana cucu-cucu atuk datang melawati atuk di hospital ini. Aidil : Wah, seronoknya saya melihat datuk sudah boleh melayan kami berbual! Dua hari lepas, semasa Aidil datang, atuk tidur sahaja. Nenek : Semalam, Mak Usu Sariah kamu datang bersama dengan anak- anaknya. Kedatangan mereka menyebabkan atuk kamu bertambah sihat. Siti: Atuk merindui mereka, nek. Sudah beberapa bulan Mak Usu tidak pulang ke kampung. Sebelum kami ke sini tadi, ibu ada memberitahu Siti bahawa Atuk Ucu akan melawati atuk. Atuk Ucu itu siapa, atuk? Datuk : Atuk Ucu tu adik atuk. Namanya Helmi. Datuk dua beradik saja. Moyang lelaki kamu meninggal sewaktu adik atuk berusia setahun. Dua tahun selepas itu, ibu atuk pula meninggal dunia. Atuk Ucu kamu ini kemudian dipelihara oleh mak cik atuk. Siti : Oh, begitu ceritanya! Mari atuk, Siti suapkan bubur nasi ni. Datuk : Terima kasih, Siti. Nama Gelaran Along Moyang Harun Sariah Helmi

Transcript of TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1...

Page 1: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 1 • Keluarga Berwawasan

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR – KELOMPOK 2

SP: 1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan kata gelaran yang sesuai dalam situasi formal secara bertatasusila.

Baca perbualan di bawah. Kemudian, lengkapkan peta titi yang diberikan.

Siti : Bilik atuk mana, Aidil?Aidil : Aidil lupalah Along Siti. Kita bertanya kepada jururawat itu?Siti : Selamat petang, puan.Jururawat : Selamat petang. Ada apa-apa masalah, cik?Siti : Di manakah bilik datuk saya, Encik Harun bin Hassan?Jururawat : Bilik Encik Harun bin Hassan bernombor 102.Siti : Terima kasih, puan.Jururawat : Sama-sama.Aidil : Along, ini bilik atuk.Datuk : Eh, cucu atuk!Siti : Bagaimanakah keadaan atuk sekarang?Datuk : Atuk sudah bertambah baik. Atuk amat gembira kerana cucu-cucu

atuk datang melawati atuk di hospital ini.Aidil : Wah, seronoknya saya melihat datuk sudah boleh melayan kami

berbual! Dua hari lepas, semasa Aidil datang, atuk tidur sahaja. Nenek : Semalam, Mak Usu Sariah kamu datang bersama dengan anak-

anaknya. Kedatangan mereka menyebabkan atuk kamu bertambah sihat.

Siti: Atuk merindui mereka, nek. Sudah beberapa bulan Mak Usu tidak pulang ke kampung. Sebelum kami ke sini tadi, ibu ada memberitahu Siti bahawa Atuk Ucu akan melawati atuk. Atuk Ucu itu siapa, atuk?

Datuk : Atuk Ucu tu adik atuk. Namanya Helmi. Datuk dua beradik saja. Moyang lelaki kamu meninggal sewaktu adik atuk berusia setahun. Dua tahun selepas itu, ibu atuk pula meninggal dunia. Atuk Ucu kamu ini kemudian dipelihara oleh mak cik atuk.

Siti : Oh, begitu ceritanya! Mari atuk, Siti suapkan bubur nasi ni.Datuk : Terima kasih, Siti.

Nama

Gelaran Along MoyangHarun Sariah Helmi

Page 2: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 1 • Keluarga Berwawasan

KEMAHIRAN MENULIS – KELOMPOK 1

SP: 3.8.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan, tanda baca, kosa kata, dan struktur ayat dalam penulisan.

Baca petikan yang diberikan. Kemudian, betulkan kesalahan yang terdapat dalam petikan tersebut dari aspek ejaan, tanda baca, kosa kata, dan struktur ayat.

Cikgu Yani sangat meminati bidang dekorasi Sejak kecil dia bercita-cita untuk memiliki sebuah kediaman yang cantik. Cikgu Yani menggunakan barangan lama untuk menata rias kediamannya. Dia membina taman bunga berkonsep eropah dengan menggunakan pasu-pasu lama. Semua pasu-pasu itu dicat dan digubah menjadi lebih indah Hiasan dalaman rumahnya dihasilkan sendiri, daripada ruang tamu hinggalah ke dapur Rumahnya pernah menjadi sorotan lanser kamera apabila berpeluang muncul di dalam majalah anjung seri beberapa tahun lepas. Hobi yang bermanfaat ini seharusnya menjadi ikutan ramai. Semua rakan-rakan dan sanak-saudara yang datang ke rumahnya memuji-muji kebolehan Cikgu Yani menghias rumahnya. Malah dia turut menerima tempahan menghasilkan jahitan bantal dan alas kusyen di kalangan rakannya. Berkat dari ketekunan dan kesabarannya, minatnya sejak dari kecil akan membuahkan hasil. Apalagi kini dia berkongsi minat yang sama dengan anak lelaki bungsunya yang bercita-cita ialah menjadi seorang perunding dekorasi suatu hari nanti. Kini, Cikgu Yani tersenyum lebar kerana impian oleh cita-citanya telah tercapai.

Page 3: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 3 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 2 • Kesihatan dan Kebersihan

KEMAHIRAN MENULIS – KELOMPOK 2

SP: 3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dengan betul.

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aleeya seorang murid yang bijak. Setiap hari, dia membawa bekal ke sekolah. Ibunya mahu Aleeya makan makanan berkhasiat. Aleeya suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana banyak mengandungi vitamin. Dia tidak dibenarkan oleh ibunya meminum air bergas dan makan makanan segera. Aleeya patuh akan arahan ibunya kerana dia memahami tindakan ibunya bertujuan untuk menjaga kesihatan dirinya. Bukan Aleeya tidak membawa wang saku, tetapi wang itu ditabungnya. Aleeya mahu berjimat cermat dan membuktikan bahawa dia juga mempunyai simpanan yang banyak apabila dewasa nanti. Baginya, “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”.

1. Mengapakah Aleeya membawa bekal ke sekolah setiap hari?

2. Mengapakah Aleeya suka makan buah-buahan dan sayur-sayuran?

3. Pada pendapat kamu, mengapakah Aleeya tidak dibenarkan makan makanan segera?

4. Apakah tujuan Aleeya menabung?

5. Apakah makna pepatah “sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”?

Page 4: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 2 • Kesihatan dan Kebersihan

KEMAHIRAN MEMBACA – KELOMPOK 1

SP: 2.3.2 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan predikat secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas, dan intonasi yang betul.

Baca dan salin semula ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan predikat.

Jenis ayat Subjek Predikat

1. Ayat tunggal Abang Amin makan mi goreng.

2. Ayat majmuk Abang Amin dan isterinya

makan mi goreng.

1.

2.

Jenis ayat Subjek Predikat

1. Ayat tunggal Haris bermain bola sepak.

2. Ayat majmuk Haris dan rakan-rakannya

bermain bola sepak di padang.

1.

2.

Jenis ayat Subjek Predikat

1. Ayat tunggal Halim berkelah di pantai.

2. Ayat majmuk Halim dan keluarganya

berkelah di pantai pada hari minggu yang lalu.

1.

2.

Jenis ayat Subjek Predikat

1. Ayat tunggal Fatin membuang sampah.

2. Ayat majmuk Fatin dan Aina membuang sampah ke dalam tong sampah.

1.

2.

Page 5: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 5 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 3 • Keselamatan

KEMAHIRAN MENULIS – KELOMPOK 2

SP: 3.9.1 Menulis ulasan tentang bahan sastera yang didengar, ditonton, atau dibaca dengan jelas dan menggunakan ayat yang gramatis.

Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan tentang perkara yang dibincangkan dengan ayat yang gramatis. KBAT

Lima orang terbunuh dalam kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan lori di KM 2 Jalan Yong Peng Selatan semalam. Kejadian berlaku disebabkan jalan licin akibat hujan lebat.

Nasihat tuan kepada pengguna jalan raya yang lain semasa musim perayaan ini.

Pengguna diingatkan supaya berhati-hati semasa memandu. Sila patuhi had laju yang ditetapkan dan berhenti seketika sekiranya mengantuk. Pengguna juga dinasihatkan supaya membuat persediaan awal sebelum memulakan perjalanan jauh dan utamakan keselamatan diri, keluarga, dan jangan berlumba di jalan raya.

Ulasan:

Page 6: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 4 • Kemasyarakatan

KEMAHIRAN MENULIS – KELOMPOK 3

SP: 3.7.1 Menghasilkan draf perenggan pendahuluan, isi, dan penutup dalam penulisan kreatif dengan betul.

Berdasarkan rajah yang diberikan, bina draf perenggan pendahuluan, isi, dan penutup dalam penulisan kreatif dengan betul.

Draf Karangan

Pendahuluan: Aku sedang mengulang kaji pelajaran di bilikku – terdengar orang meminta tolong – rumah di hadapan rumahku terbakar

Isi-isi penting:

(a)

(b)

(c)

(d)

Penutup: Pulang ke rumah – bersimpati kepada tuan rumah – bersyukur – tuan rumah dan keluarganya selamat

Page 7: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 7 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 4 • Kemasyarakat

KEMAHIRAN MEMBACA – KELOMPOK 3

SP: 2.5.1 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam bahan puisi dengan betul.

Baca pantun di bawah dengan teliti dan jawab soalan.

Dari Kedah pulang ke desa, Sempat singgah di ibu kota;Mempunyai jiran pelbagai bangsa, Menambah pengetahuan dan kenalan kita.

Banyak orang di negeri Sabah, Rakyatnya ramah tempatnya sentosa;Jika jiran ditimpa musibah, Hulurkan bantuan bila-bila masa.

Sang lebah membawa madu, Tupai di pokok melompat-lompat;Jiran sepakat dan bersatu padu, Menjamin keselamatan kawasan setempat.

Burung pungguk di atas ara, Hinggap pula si rama-rama;Kita dan jiran pasti hidup sejahtera, Asalkan prihatin dan bekerjasama.

Pergi ke pasar dengan teman, Untuk membeli sayur dan ikan;Kesejahteraan masyarakat menjadi idaman, Percaya-mempercayai perlu diamalkan.

1. Apakah kebaikan mempunyai jiran?

2. Bagaimanakah keadaannya sekiranya jiran saling bersepakat?

3. Berdasarkan pantun, amalan apakah yang dapat menjamin kesejahteraan hidup?

4. Apakah perkara yang dapat dilakukan untuk menjaga keselamatan di sesebuah kawasan?

Page 8: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 5 • Warisan Bangsa

KEMAHIRAN MEMBACA – KELOMPOK 2

SP: 2.5.1 Membaca, memahami, dan menaakul bahan puisi untuk memindahkan maklumat kepada bentuk prosa dengan betul.

Baca dan fahami puisi di bawah. Kemudian, lengkapkan dialog yang diberikan bagi menceritakan maksud puisi tersebut.

Negaraku,keindahanmu tiada bandinganmencuit hati insan dari setiap penjurutidak mengira bangsa.

Negaraku,sejarahmu megah dipandangmemperlihatkan pengorbanan para pejuang yang gagah menentang musuh kota-kota sejarah menjadi saksi.

Lihatlah negaraku, bangsamu hidup harmoni pelbagai kaummenuju puncak gemilangbersatu, berilmu, menuju wawasan.

• menjayakan wawasan negara• kota-kota sejarah bagi menentang musuh

• banyak pelancong dari seluruh dunia• penduduk yang pelbagai kaum

Hannah : Adila, adakah kamu tahu akan jenis puisi ini?

Adila : Ya. Puisi ini ialah sajak. Maksud rangkap pertama sajak ini ialah keindahan

negara kita menyebabkan datang. Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa.

Hannah : Rangkap kedua pula bermaksud negara kita mempunyai peristiwa sejarah

tersendiri. Pembinaan menjadi bukti perjuangan para pejuang negara.

Adila : Berdasarkan rangkap terakhir sajak ini, hidup bersatu padu dan aman damai di negara kita. Semuanya berusaha untuk

.

Hannah : Ya, memang benar. Saya bangga menjadi warganegara Malaysia.

Adila : Sudah pasti. Saya juga begitu.

Page 9: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 9 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 5 • Warisan Bangsa

KEMAHIRAN MENULIS – KELOMPOK 2

SP: 3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara kritis dengan betul.

Lihat gambar. Jawab soalan-soalan yang diberikan.

Permainan apakah yang menjadi kegemaran kamu?

Mengapakah kamu suka bermain permainan tersebut?

Pada pendapat kamu, apakah kepentingan permainan tradisi kepada masyarakat kita?

Page 10: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 6 • Pertanian dan Penternakan di Malaysia

KEMAHIRAN MENULIS – KELOMPOK 3

SP: 3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul dengan menggunakan idea utama dan idea sampingan secara kohesi dan koheran dengan bahasa yang santun.

Berdasarkan idea utama dan idea sampingan tulis maklumat secara kohesi dan koheran dengan bahasa yang santun.

Idea utama Idea sampingan Maklumat secara kohesi

Aiman dan keluarganya tinggal di rumah pangsa.

Ibunya suka bercucuk tanam. Dia menanam pelbagai jenis sayur melalui kaedah hidroponik. Antara sayur yang ditanamnya, dan bayam.

Idea utama Idea sampingan Maklumat secara kohesi

Tanaman hidroponik tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.

Tanaman jenis ini menggunakan bahan-bahan seperti sabut kelapa, batu-bata, dan habuk kayu bagi menggantikan tanah.

1.

2.

Maklumat secara koheran

Page 11: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 11 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 6 • Pertanian dan Penternakan di Malaysia

KEMAHIRAN MENULIS – KELOMPOK 1

SP: 3.4.1 Menulis pelbagai jenis kata ganda dengan ejaan yang tepat secara imlak.

Baca ayat-ayat di bawah. Kemudian, tulis kata ganda yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut di peta pokok yang disediakan.

1. Pekebun sayur di Tanah Tinggi Cameron menggunakan baja terbaik bagi menghasilkan sayur yang segar-bugar.

2. “Ulam ini elok dimakan mentah-mentah,” kata Pak Jais kepada cucunya.

3. Hiruk-piruk kota raya terus hilang daripada minda kami sebaik saja kami tiba di pusat peranginan itu.

4. Hakim tidak percaya akan desas-desus orang ramai tentang pusat ternakan kambing bapanya telah ditutup.

5. Kebun buah Pak Deris dipenuhi dedaun kering kerana sudah sebulan tidak dibersihkan.

6. Pondok usang di tengah-tengah bendang itu dipenuhi sarang lelabah.

7. Suasana di jeti itu riuh-rendah dengan suara peraih dan nelayan yang sedang bertawar-tawaran.

8. Orang-orangan diletakkan di tengah-tengah sawah itu untuk menakutkan burung-burung.

9. Di dalam tong yang terletak di belakang rumah Encik Guna banyak terdapat jentik-jentik.

10. Nenek Timah mengisi sarung-sarung bantal itu dengan kekabu.

11. Tanah Pak Abu yang terbiar itu sudah dipenuhi rumput-rampai.

12. Kereta yang terkandas dalam banjir di bandar Kota Bharu itu berderet-deret.

Kata Ganda

Kata ganda seluruh

Kata ganda separa

Kata ganda berentak

Kata ganda berimbuhan

Page 12: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 7 • Patriotisme dan Warganegara

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR – KELOMPOK 2

SP: 1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.

Lihat gambar dengan teliti. Kemudian, berbincang tentang rajah yang diberikan dengan rakan-rakan kelas anda. Gunakan frasa yang diberikan sebagai panduan.

Kibaran Jalur Gemilang

mengibarkan Jalur Gemilangmenyemai kecintaanlambang kedaulatan negarasemangat patriotikmemeriahkan sambutankemerdekaan negaramengukuhkan perpaduan rakyatmenerapkan amalan mengibarkanJalur Gemilang

Page 13: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 13 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 7 • Patriotisme dan Warganegara

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR – KELOMPOK 3

SP: 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi laras bahasa yang sesuai.

Lihat rajah di bawah. Kemudian, berceritalah berdasarkan rajah dengan tepat, sebutan yang jelas, intonasi yang betul, dan menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Warna kuning – melambangkan kesetiaan rakyat kepada raja dan negara

Warna merah – melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan, dan kegigihan rakyat menghadapi cabaran

Warna putih – melambangkan keluhuran dan keikhlasan

Warna biru – melambangkan perpaduan rakyat Malaysia

Jalur – melambangkan satu laluan lurus, hala tuju yang sama yang dianuti oleh rakyat Malaysia

Page 14: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 7 • Patriotisme dan Warganegara

KEMAHIRAN MENULIS – KELOMPOK 3

SP: 3.7.2 Membina syair secara terkawal dan melagukannya dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur serta memahami syair tersebut.

Bina puisi berdasarkan gambar dan frasa yang diberikan. Kemudian, lagukan syair tersebut dengan betul.

tanah airku – air mata dukamu – tabah –

berkorban – nyawa – menjadi taruhan –

penjajahan

negaraku tercinta – kemakmuran dijaga – berganding bahu

– kesetiaan – maruah – keharmonian

peritnya – perjuangan – pejuang bangsa – cintamu – kibarkan – kedaulatan – kemerdekaan – demi anak

bangsa

Page 15: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 15 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 8 • Ekonomi Malaysia

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR – KELOMPOK 2

SP: 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Berpandukan dialog di bawah, nyatakan maklumat tersurat dan tersirat dengan tepat.

Maklumat tersurat Maklumat tersirat

Hujan belum berhenti. Sudah dua hari abang tidak dapat menoreh. Risaulah. Getah yang abang kumpulkan dua tiga hari lepas pun, rasanya sudah dihanyutkan air. Bagaimanakah untuk mendapatkan wang untuk belanja kita sekeluarga? Harga barang semuanya naik.

Janganlah risau abang. Saya ada menabung sikit-sikit duit belanja dapur yang abang berikan setiap hari. Rasa saya, cukup untuk perbelanjaan kita dua bulan ini.

Page 16: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 8 • Ekonomi Malaysia

KEMAHIRAN MEMBACA – KELOMPOK 2

SP: 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada pelabgai bahan untuk membuat ulasan yang betul.

Baca petikan di bawah. Kemudian, bina ulasan tentang petikan tersebut.

Pagi itu, Encik Asraf hendak membayar segala bil seperti bil elektrik, telefon, dan bil air. Dia dapat menyelesaikan semua pembayaran itu dengan hanya beberapa minit sahaja. Hal ini demikian kerana, dia menggunakan perkhidmatan pembayaran melalui Internet. Dia tidak perlu terkejar-kejar ke bank atau ke pejabat pos untuk menyelesaikan urusan kewangannya. Kini, dia boleh melakukan segala urusan tersebut dari rumah atau pejabatnya kerana kebanyakan talian institusi kewangan menawarkan perkhidmatan bayaran bil secara dalam talian. Selain itu, Encik Asraf juga berbelanja secara berhemat dan membuat senarai perbelanjaan pada setiap bulan. Dia juga hanya membeli barangan secara tunai untuk mengelakkannya daripada menanggung beban hutang. Sikapnya yang bijak dalam berbelanja itu membolehkannya membuat tabungan.

Ulasan:

Page 17: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 17 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 9 • Lestarikan Bumi Kita

KEMAHIRAN MENULIS – KELOMPOK 2

SP: 3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan daripada pelbagai sumber.

Baca teks di bawah. Kemudian, lengkapkan peta alir yang disediakan. Catat maklumat mengikut urutan.

Zaim membaca poster tentang Kempen Hijaukan Kampung Kita anjuran Persatuan Penduduk Kampung dan Majlis Daerah Sepang. Selepas itu, dia mengajak rakan-rakannya Lim dan Hemant ke balai raya kampung mereka untuk turut serta dalam kempen tersebut. Tepat pukul 8.30 pagi, perasmian majlis oleh Pengarah Majlis Daerah Sepang telah diadakan. Sebelum itu, ucapan alu-aluan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azman Harun, Ketua Kampung Seri Setia. Dalam ucapan alu-aluan itu, ketua kampung menekankan kepentingan menanam pokok semula bagi menghijaukan alam sekitar demi generasi akan datang. Selepas ucapara perasmian, semua yang hadir dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Hal ini supaya penanaman anak pokok di kawasan yang telah ditetapkan akan berjalan dengan lancar. Hidangan tengah hari telah disediakan kepada penduduk kampung. Sebelum pulang, penduduk kampung yang hadir diberikan sepohon anak pokok untuk ditanam di rumah masing-masing.

Page 18: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 18 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 9 • Lestarikan Bumi Kita

KEMAHIRAN MENULIS – KELOMPOK 3

SP: 3.7.2 Menghasilkan bahan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif menggunakan ayat gramatis dengan betul.

Tulis sebuah karangan berdasarkan rangka karangan yang diberikan.

Kepentingan Hutan

Pendahuluan

Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Penutup

Kawasan hutan semakin kecil – aktiviti manusia – perlu dipelihara dan dipulihara – banyak kepentingan

Habitat semula jadi bagi haiwan liar – akan mengalami kepupusan

Habitat semula jadi tumbuh-tumbuhan – dapat mengimbangi udara

Menjadi kawasan tadahan hujan – mengelakkan hakisan tanah – mengelakkan banjir

Hasil hutan yang amat bernilai – rotan – kayu-kayan – ubat-ubatan

Sumbangan hutan yang tidak ternilai – dipelihara dan dipulihara – genarasi akan datang

Page 19: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 19 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 10 • Alam Sains dan Ciptaan

KEMAHIRAN MENULIS – KELOMPOK 2

SP: 3.5.2 Mencatat maklumat yang betul mengikut turutan daripada pelbagai sumber.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti maklumat dalam petikan dan lengkapkan jadual.

Pusat Sains Negara (PSN) merupakan sebuah muzium yang bertemakan sains dan teknologi. Muzium ini terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, Malaysia. Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasmi oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 29 November 1996. Pusat Sains ini dibuka pada setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali pada hari Jumaat, Hari Raya Aidilfitri, dan Tahun Baharu China. Tiket masuk boleh diperoleh di pintu masuk pusat ini. Bayaran sebanyak RM3.00 akan dikenakan kepada kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah dan warga emas yang berumur 55 tahun ke atas. Sementara itu, golongan dewasa pula dikenakan bayaran RM6.00. Bagi pakej berkumpulan pula murid sekolah rendah berserta guru dikenakan bayaran sebanyak RM2.00. Sementara kumpulan murid sekolah menengah termasuk guru dikenakan bayaran sebanyak RM3.00. Di pusat ini, terdapat pelbagai bahan pameran yang direka khas bagi tujuan merangsang, menarik dan menggalakkan para pengunjung untuk menaruh minat yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Bahan pameran telah diletakkan di galeri-galeri tertentu yang berdasarkan tema yang tersendiri. Selain itu, terdapat juga sebuah taman permainan yang dinamakan “Science Wonderland”. Di samping itu, disediakan juga kemudahan-kemudahan lain seperti pusat sumber, auditorium, arena aktiviti, kafeteria, surau, dewan serbaguna, dan kedai cenderamata. Setiap kemudhan ini dijaga dan diselenggara dengan baik dan orang ramai juga boleh menempah kemudahan tersebut. Pusat Sains Negara juga telah menetapkan peraturan bahawa pada pengunjung dilarang membawa makanan dan minuman, dilarang merokok, dan membawa binatang peliharaan ke bangunan PSN.

1. Nama bangunan

2. Lokasi

3. Keistimewaan

4. Kemudahan

5. Peraturan

Page 20: TEMA 1 Keluarga Berwawasan PEMULIHAN PPPM/Motivasi DSK… · ©Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 1 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5 TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI 1 2 3 4 5 6 Nama

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 20 MOTIVASI DSKP • Bahasa Malaysia Tahun 5

TAHAP PENGUASAAN YANG DICAPAI1 2 3 4 5 6

Nama dan Tandatangan Guru: Tarikh:

Nama: Kelas: Tarikh:

PEMULIHANTEMA 10 • Alam Sains dan Ciptaan

KEMAHIRAN MENULIS – KELOMPOK 1

SP: 3.8.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan, tanda baca, kosa kata, dan struktur ayat dalam penulisan.

Baca petikan di bawah. Kenal pasti kesalahan bahasa dan ejaan yang terkandung dalam petikan tersebut. Betulkan kesalahan tersebut dan salin petikan tersebut semula.

Impian saya untuk menjadi angkasawan bermula sejak ketika saya berumor 10 tahun. Pada waktu malam, saya sering mendongak ke langit seolah-olah mencari sesuatu. Banyak misteri dan pelbagai persoalan yang timbul di fikiran saya. Ketika itu, Malaysia terlalu baru dalam bidang aeroangkasa. Namun begitu, impian itu terus disimpan oleh saya. Saya mengambil bidang kedoktoran kerana bidang ini membabitkan sains dan tidak pernah sekali saya melepaskan impian untuk menjadi seorang angkasawan. Selepas 25 tahun, akhirnya impian untuk menerokai angkasa lepas tercapai jua. Banyak yang bertanya rahsia saya? Apakah yang keistimewaan yang ada pada saya sehingga saya terpilih daripada 11 425 rakyat Malaysia. Terus terang ingin saya sampaikan bahawa tiada perbezaan di antara kita. Kekuatan mental dan keyakinan diri sendiri merupakan kunci kejayaan saya. Saya tidak pernah sesekali mencurigai keupayaan saya. Sekiranya saya mampu melakukannya, saya yakin anda juga boleh! Selama setahun saya berlatih diStarCity, Rusia untuk menjadi seorang angkasawan. Pelbagai halangan dan rintangan saya lalui. Saya sentiasa berpegang pada prinsip “Malaysia Boleh”. Saya sedar ini adalah misi negara.