Tema 8 Semangat Kejiranan

5
Tema 8 : Semangat Kejiranan Soalan : Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan bermasyarakat. Huraikan peranan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Dalam kehidupan sehari-hari, keluar dari rumah, sama ada memandang ke kanan, ke kiri atau memandang hadapan atau belakang, rumah yang kita lihat ialah rumah jiran. Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari semakin terpinggir. Masyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing . Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah, jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan. Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita. Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati jiran, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa Jiran Sepakat Membawa Berkat. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh hal yang demikian, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak? Perenggan isi. Pelbagai langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak , antaranya

Transcript of Tema 8 Semangat Kejiranan

Page 1: Tema 8 Semangat Kejiranan

Tema 8 : Semangat Kejiranan

Soalan : Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan bermasyarakat. Huraikan peranan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk meningkatkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak.

Dalam kehidupan sehari-hari, keluar dari rumah, sama ada memandang ke kanan, ke kiri atau memandang hadapan atau belakang, rumah yang kita lihat ialah rumah jiran. Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari semakin terpinggir. Masyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah, jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan. Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau empat puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita. Semangat kejiranan pula membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati jiran, sebaliknya diminta mengambil berat antara satu sama lain dan hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa Jiran Sepakat Membawa Berkat. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh hal yang demikian, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang elektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak?

Perenggan isi.

Pelbagai langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak , antaranya adalah dengan memperkenalkan kembali konsep rukun tetangga di kawasan perumahan kepada anak-anak. Rukun tetangga bermaksud satu badan yang berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa rukun tetangga ini sangat penting dalam memastikan keselamatan kawasan perumahan penduduk terutama pada waktu malam. Ibu bapa yang terlibat dengan aktiviti rukun tetangga boleh mengajak anak-anak terutama anak lelaki untuk menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang secara tidak langsung mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan aktiviti rondaan tanpa mengira usia, agama dan status sosial. Aktiviti ini juga dapat merapatkan jurang perhubungan akibat berlainan bangsa. Lazimnya, senario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesra bagai isi dengan kuku sekaligus memupuk semangat kejiranan yang hakiki. Secara tidak langsung anak-anak akan memahami ketidaksamaan taraf sosial dapat dilupuskan melalui rukun tetangga kerana dalam konsep badani ini, semua orang berada pada martabat yang sama

Page 2: Tema 8 Semangat Kejiranan

seperti kata orang tua, duduk sama rendah,berdiri sama tinggi. Anak-anak akan mempelajari perkara yang baharu dan ibu bapa dapat memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Tegasnya, konsep rukun tetangga dapat memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak.

Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri. Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti ‘aur dengan tebing’ atau ‘ke bukit  sama di daki, ke lurah sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah ’untuk mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai  anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa  mesti mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap  jiran mereka. Apabila  kita mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran  dan cuba membantu mereka supaya kita dapat meringankan beban yang ditanggung oleh jiran. Hal ini demikian kerana, dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan  dengan bantuan orang lain.  Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka, mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Ketika hendak mengadakan rumah terbuka juga, jiran-jiran akan datang ke rumah lebih awal untuk memasak juadah yang akan dihidangkan semasa jamuan rumah terbuka keesokan harinya. Anak-anak juga akan beramah mesra dengan jiran yang datang untuk membantu ibu bapa melakukan persiapan terakhir sambutan rumah terbuka itu. Kebiasaannya, jiran yang terdekat akan datang membantu persiapan rumah terbuka tersebut. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, dan Deepavali, majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Langkah yang seterusnya ialah ibu bapa sepatutnya membawa anak-anak menyertai aktiviti gotong-royong yang diadakan di kawasan kediaman. Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila  berkumpul dan berbincang,

Page 3: Tema 8 Semangat Kejiranan

mereka akan dapat berbual-bual dan berkenalan antara satu sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah aktiviti membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra sesama jiran. Mereka juga  sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti. Apabila dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat.

Selain itu, amalan ziarah–menziarahi juga dapat dijadikan alat untuk menjalin semangat kejiranan. Ibu bapa mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam diri anak-anak sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu. Sekiranya jiran kita mengadakan kenduri atau majlis perkahwinan, penduduk di sesebuah kawasan perumahan boleh datang berkunjung dan meramaikannya. Cara ini dapat memberi peluang kepada penduduk setempat untuk bertanyakan khabar dan berbual-bual mesra serta bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Seandainya keadaan ini berlaku, semangat kejiranan akan lebih mudah untuk disemai kerana mereka saling mengenali dan memahami bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak supaya semangat kejiranan tidak lupus buat generasi akan datang. Dapatlah disimpulkan juga bahawa terdapat banyak cara yang dapat dipraktikkan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh hal yang demikian, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya

Page 4: Tema 8 Semangat Kejiranan

Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh.