teori behavioris

20
112 OUM UNIT 3 BAB 5 TEORI KAUNSELING TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME BAB 5 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME PENGENALAN Bab ini memperkenalkan teori kaunseling behaviorisme atau kadang-kadang disebut teori kaunseling ketingkahlakuan. Bagi pelajar-pelajar yang baru sahaja mengikuti kursus kaunseling, mereka akan memerlukan panduan untuk memahami bagaimana individu yang hendak dibantunya berfungsi dalam persekitarannya. Mereka tidak seharusnya membuat sesuatu keputusan bertindak hanya berasaskan dengan membuat andaian sendiri sahaja, tanpa memikirkan rasional mengapa sesuatu tindakan dilaksanakan. Dengan menggunakan teori yang dipilih, mereka akan dapat memahami mengapa sesuatu tingkah laku berlaku demikian, dan apakah strategi yang wajar harus diambil untuk mengekalkannya atau pun untuk mengubahnya mengikut cara-cara teori berkenaan. Yang pentingnya, anda akan bertindak dengan lebih konsisten terhadap klien dengan memikirkan teori yang dipegang. Melalui bab ini, anda akan dapat memahami apakah fungsi-fungsi teori, dan seterusnya mengikuti keterangan satu teori yang banyak digunakan oleh kaunselor profesional iaitu teori behaviorisme. Pertama, anda akan dapat memahami konsep dan teknik-teknik yang digunakan mengikut fahaman behaviorisme. Seterusnya akan dijelaskan bagaimana seseorang itu meneruskan tingkah laku maladaptasi, iaitu tingkah laku yang tidak sesuai di dalam persekitarannya atau masyarakatnya. Beberapa contoh akan disediakan untuk memudahkan lagi kefahaman anda tentang perlaksanaan teori behaviorisme. OBJEKTIF Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1. mengenalpastil apakah asas teori behaviorisme; 2. mengenalpasti bagaimana pendekatan behaviorisme dijadikan teori kaunseling; 3. mengetahui apakah jenis tingkah laku yang dikatakan tingkah laku maladaptif dan mengapakah ia berterusan; dan 4. mengenali dan memahami beberapa strategi membantu klien dengan menggunakan pendekatan teori behaviorisme.

Transcript of teori behavioris

Page 1: teori behavioris

112 OUM

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

BAB 5 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

PENGENALAN

Bab ini memperkenalkan teori kaunseling behaviorisme atau kadang-kadang disebut teori

kaunseling ketingkahlakuan. Bagi pelajar-pelajar yang baru sahaja mengikuti kursus

kaunseling, mereka akan memerlukan panduan untuk memahami bagaimana individu yang

hendak dibantunya berfungsi dalam persekitarannya. Mereka tidak seharusnya membuat

sesuatu keputusan bertindak hanya berasaskan dengan membuat andaian sendiri sahaja,

tanpa memikirkan rasional mengapa sesuatu tindakan dilaksanakan. Dengan menggunakan

teori yang dipilih, mereka akan dapat memahami mengapa sesuatu tingkah laku berlaku

demikian, dan apakah strategi yang wajar harus diambil untuk mengekalkannya atau pun

untuk mengubahnya mengikut cara-cara teori berkenaan. Yang pentingnya, anda akan

bertindak dengan lebih konsisten terhadap klien dengan memikirkan teori yang dipegang.

Melalui bab ini, anda akan dapat memahami apakah fungsi-fungsi teori, dan seterusnya

mengikuti keterangan satu teori yang banyak digunakan oleh kaunselor profesional iaitu

teori behaviorisme. Pertama, anda akan dapat memahami konsep dan teknik-teknik yang

digunakan mengikut fahaman behaviorisme. Seterusnya akan dijelaskan bagaimana

seseorang itu meneruskan tingkah laku maladaptasi, iaitu tingkah laku yang tidak sesuai di

dalam persekitarannya atau masyarakatnya. Beberapa contoh akan disediakan untuk

memudahkan lagi kefahaman anda tentang perlaksanaan teori behaviorisme.

OBJEKTIF

Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. mengenalpastil apakah asas teori behaviorisme;

2. mengenalpasti bagaimana pendekatan behaviorisme dijadikan teori kaunseling;

3. mengetahui apakah jenis tingkah laku yang dikatakan tingkah laku maladaptif dan

mengapakah ia berterusan; dan

4. mengenali dan memahami beberapa strategi membantu klien dengan menggunakan

pendekatan teori behaviorisme.

Page 2: teori behavioris

OUM 113

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Latihan 5.1

1. Nyatakan tiga fungsi teori serta berikan contoh bagi setiap fungsi.

2. Apakah perlunya teori kepada seorang kaunselor?

5.1 KEPERLUAN TEORI KAUNSELING

Pada fikiran anda, adakah kaunseling memerlukan teori?

Teori adalah satu andaian yang mengandungi beberapa idea untuk menjelaskan sesuatu

kejadian atau sesuatu fenomena. Fungsi sesuatu teori itu ialah untuk:

(a) menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa

pemerhatian;

(b) menggunakan sesuatu teori untuk menguasai keadaan tertentu; dan

(c) menggunakan sesuatu teori untuk membuat ramalan.

Sama ada kaunseling memerlukan teori atau tidak bergantung kepada individu pengamal

profesion kaunseling itu sendiri. Misalnya, Arnold Lazarus (1981) mengatakan bahawa

kaunselor atau terapis tidak memerlukan teori. Ada pula yang mengatakan bahawa pandangan

sesuatu teori itu diberikan taraf kepentingan yang begitu tinggi yang tidak sepatutnya (Smith

& Glass, 1977). Pandangan begitu berasaskan dakwaan bahawa semua kaunselor dan ahli

terapis melakukan aktiviti yang sama, mendapat keputusan yang sama, malah ada yang

menggunakan teknik-teknik yang tidak bersangkut paut dengan teori yang didukungnya. Ini

bermakna teori yang didukungnya itu nampaknya tidak memberi apa-apa faedah.

Jerome Frank (1971), pula berpendapat bahawa teori amat penting kepada orang yang

mengamalkannya. Baginya, teori itu penting sebab ia memberi erti, keyakinan, dan halatuju

kepada kaunselor. Jadi, kita boleh membuat kesimpulan daripada keterangan Frank bahawa

teori memberi fokus kepada kaunselor tentang apa yang dilakukannya terhadap

kliennya. Dengan demikian, kaunselor dapat memberi sepenuh perhatian dan tenaga

terhadap apa yang difikirkannya menjadi punca masalah yang dialami oleh kliennya.

Seperkara lagi, kaunselor yang menjalankan kerjanya mengikut panduan daripada teori akan

memberi peluang kepadanya membuat rancangan dan persediaan sebelum menasihatkan

klien mengatur strategi membuat perubahan. Dengan secara tidak langsung, rancangan ini

akan memberi keyakinan yang lebih kepada klien terhadap kaunselornya kerana kaunselor

menunjukkan keprofesionalannya.

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Page 3: teori behavioris

114 OUM

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Rajah 5.2: Prinsip pembelajaran pelaziman klasikal

5.2 TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Pendekatan ketingkahlakuan atau behavioral approach dalam kaunseling mempunyai sejarah

bermula daripada tiga komponen.

5.2.1 Komponen Pertama

Komponen pertama dipetik daripada prinsip pelaziman klasikal, atau kadang-kadang disebut

juga sebagai pelaziman responden yang diasaskan dari hasil kajian Pavlov (1960), dan

Hull (1943). Dalam sebuah kajian, John B. Watson (1920) telah menggunakan prinsip

Pavlov, iaitu prinsip pelaziman klasikal, untuk melatih Little Albert takutkan kepada tikus

putih, kapas putih dan rambut Watson yang putih!

Rajah 5.1: John B Watson

Dalam eksperimen tersebut, Watson menggunakan rangsangan tidak terlazim (bunyi loceng

yang kuat), yang digandingkan dengan rangsangan dilazimkan (tikus putih). Ini mengakibatkan

respon terlazim (terperanjat dan rasa takut). Contoh ini penting untuk difahami kerana ia

menjadi asas kefahaman teori behaviorisme, dan ia menunjukkan bahawa emosi

seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran.

Rajah 5.1 menunjukkan Prinsip Pembelajaran Pelaziman Klasikal. Pendekatan ini telah dibuat

oleh Wolpe secara besar-besaran (1954;1958;1961) apabila beliau memperkenalkan teknik

systematic desensitization.

Bunyi loceng kuat

(ransangan tak

terlazim)

Terperanjat dan rasa takut

(respon tak terlazim

Rasa takut (respon

terlazim)

Tikus putih

(ransangan

terlazim)

DIGANDINGKAN

Page 4: teori behavioris

OUM 115

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Anda pasti pernah melihat seorang kanak-kanak yang membesar akan meniru

segala apa yang dibuat oleh orang dewasa. Adakah perlakuan kanak-kanak

tersebit menepati teori behaviorisme? Terangkan.

5.2.2 Komponen Kedua

Komponen kedua ialah pelaziman operan yang telah diasaskan oleh B. F. Skinner (1953).

Dalam pelaziman operan, peneguhan digunakan untuk mempastikan sesuatu tingkah laku

berulang. Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkah laku itu

diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang. Contoh peneguhan positif ialah

wang atau pujian. Contoh peneguhan negatif ialah seperti menghilangkan ransangan yang

negatif seperti kejutan elektrik atau bunyi loceng yang kuat. Peneguhan negatif juga

menguatkan ulangan sesuatu tingkah laku. Contoh peneguhan negatif ialah menghilangkan

bunyi loceng yang kuat setiap kali tikus menekan palang. Tikus akan kerap menekan palang

apabila bunyi loceng dihilangkan secara beransur. Hukuman dan pelupusan (extinction)mengurangkan tingkah laku berulang. Hukuman ialah menambahkan ransangan yang

menyakitkan atau yang tidak selesa. Contohnya seperti dikenakan kejutan elektrik selepas

menghisap rokok. Pelupusan ialah untuk mengurangkan sesuatu tingkah laku yang tidak

dikehendaki seperti menyampuk apabila orang tua bercakap. Untuk mengurangkan tingkah

laku yang tidak dikehendaki ini memadai dibiarkan sahaja atau tidak diberi sebarang respon

pada orang yang menyampuk.

Rajah 5.3: B.F Skinner

Penggunaan prinsip pelaziman operan sebagai satu teknik mengubah tingkah laku seseorang

dinamakan teknik modifikasi tingkah laku atau behaviour modification. Dari segi

pelaksanaan, teknik ini kadang-kadang disamakan dengan teknik terapi ketingkahlakuan.

Skinner menggunakan modifikasi tingkah laku ke atas individu atau terhadap satu kumpulan

kecil. Kalau anda perhatikan, kedua-dua prinsip tersebut adalah prinsip pembelajaran asas

yang telah dibincangkan dalam modul Psikologi Pendidikan.

5.2.3 Komponen Ketiga

Komponen ketiga dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif atau cognitive behaviourtherapy. Terapi ini adalah gabungan daripada dua aliran pemikiran yang berbeza, iaitu satu

pendekatan yang berunsur ketingkahlakuan sahaja, dan yang satu lagi berunsurkan kognitif.

Page 5: teori behavioris

116 OUM

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Kita tidak dapat menjelaskan kejadian atau tingkah laku manusia dari perspektif

ketingkahlakuan sahaja, tetapi kita juga perlu mengambil kira proses pemikiran. Proses

pemikiran itu adalah proses kognitif.

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

5.3 TEORI PERSONALITI BEHAVIORISME

Sebenarnya, tidak ada satu teori personaliti khusus yang boleh dinamakan sebagai teori

personaliti ketingkahlakuan atau teori personaliti behaviorisme. Penteori dalam bidang

behaviorisme tidak berminat mengemukakan satu-satu yang boleh dikatakan teori personaliti

behaviorisme. Mereka lebih menumpukan kepada teori pembelajaran daripada membina

satu model teori personaliti manusia. Ahli behaviorisme membuat andaian bahawa tingkah

laku yang lazim ditonjolkan oleh individu secara konsisten, yang dikatakan sahsiah atau

personaliti itu sebenarnya adalah hasil kematangan serta hasil hukum pembelajaran yang

telah dialaminya. Oleh yang demikian, pengikut behaviorisme berpendapat apa yang terdekat

menepati teori pesonaliti sebenarnya adalah teori pembelajaran.

Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang dipersetujui oleh semua ahli-ahli teori

behaviorisme berkaitan dengan personaliti yang mesti kita fahami.

(a) Pertama, penentu pembelajaran, sikap, kebiasaan atau tabiat dan aspek-aspek lain

berkaitan dengan perkembangan peribadi ialah ketingkahlakuan sesuatu organisma,

dan bukannya fenomena mental.

(b) Kedua, perkembangan personaliti adalah ditentukan (deterministic), iaitu di mana

persekitaran dan pengalaman yang menentukan perkembangan personaliti.

(c) Ketiga, perbezaan individu berpunca daripada perbezaan pengalaman

(d) Keempat, dualisme seperti minda-jasad, jasad-rohani tidak mempunyai kesahihan

saintifik untuk menerangkan perkembangan manusia, membuat sesuatu ramalan apa

yang akan terjadi tentang pelakuan manusia dan menguasai tingkah laku manusia untuk

melakukan sesuatu.

(e) Kelima, sungguhpun perkembangan personaliti mempunyai batasan genetik yang tidak

boleh berubah dan diubah lagi, ianya adalah kesan daripada persekitaran dan ransangan

dalaman yang memainkan peranan yang dominan.

Latihan 5.2

1. Apakah kombinasi tiga komponen yang dijadikan teori kaunseling

behaviorisme?

2. Dapatkan bacaan luar maksud dan prosedur teknik modifikasi tingkah

laku (behaviour modification).

Page 6: teori behavioris

OUM 117

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

5.3.1 Penyesuaian Prinsip Skinner

Pada tahun 1977, seorang pakar kaunseling bernama R. W. Lundin telah menggariskan

prinsip-prinsip Skinner yang boleh diguna pakai untuk disesuaikan dengan satu teori personaliti.

Kita telah mengetahui bahawa asas prinsip Skinner ialah bahawa perkembangan personaliti

manusia itu bergantung pada peneguhan operan (operant reinforcement). Lundin telah

mengembangkan pandangan peneguhan operan untuk mencorak personaliti dengan

menyenaraikan beberapa prinsip Skinner tersebut:

Dalam membentuk teori personaliti behaviorisme, yang amat penting ialah membuat

ramalan dan menguasai tingkah laku. Di sini tidak ada soal membuat pilihan

(free will). Angkubah persekitaran akan menentukan jenis-jenis respon. Apabila dapat

dikenali angkubah-angkubah, maka akan mudah kita membuat ramalan dan

menguasai tingkah laku.

Semua tingkah laku boleh dibahagikan kepada kategori operan dan responden.

Maksudnya, individu membuat respon kepada sesuatu (operan), atau bergerak

(responden) mengikut persekitaran. Oleh kerana semua tingkah laku tertakluk

dibawah kuasa ransangan persekitaran, dengan itu tidak timbul soal tingkah

laku bersahaja(voluntary).

Personaliti seseorang itu terbentuk disebabkan oleh peneguhan-peneguhan.

Disamping peneguhan utama, seperti makanan, air dan udara, peneguhan-peneguhan

positif tertentu yang terlazim seperti wang ringgit dan pujian masyarakat, akan

membantu membentuk personaliti. Peneguhan negatif yang dihilangkan juga

menguatkan lagi tingkah laku dan membantu pembentukan personaliti.

Sesuatu tingkah laku boleh diubah dengan cara melemahkan atau menahan

peneguhan – suatu proses yang dinamakan pelupusan (extinction). Satu contoh

mengubah tingkah laku dengan cara pelupusan ialah membiarkan lansung tingkah

laku kanak-kanak yang cuba menarik perhatian orang tuanya seperti merengek dan

merajuk.

Rajah 5.4: Bayi merengek dan minta ibunya memujuk

Dari segi praktiknya, ini mungkin akan memakan masa yang lama sekiranya kanak-

kanak itu telah lama diberi peneguhan terhadap tingkah laku yang tidak dikehendaki.

Page 7: teori behavioris

118 OUM

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Modeling (mencontohi) juga menambahkan pembentukan personaliti. Sesuatu

tingkah laku boleh diikuti dengan cara memerhatikan orang yang terdekat, dan

diberi peneguhan kepada pelakuan yang mirip kepada pelakuan orang yang

diperhatikan. Penggunaan teknik “role play” untuk mengajar tingkah laku asertif

adalah cara modeling.

Selain peneguhan positif, personaliti boleh juga dikuasai dengan ransangan yang

menyakitkan yang membuatkan individu mengelak, atau menjauhinya.

Personaliti dikekalkan oleh peneguhan terlazim yang berterusan. Peneguhan terlazim

bermula daripada ransangan yang neutral, tetapi apabila digandingkan dengan

peneguhan utama, ia sendiri boleh menjadi peneguhan .

Sesuatu tingkah laku boleh berterusan jika diberi peneguhan selalu atau secara

berkala. Pemberian peneguhan selalu untuk sesuatu tingkah laku yang dikehendaki

berterusan, bererti setiap respon yang ditunjukkan akan diikuti dengan satu

peneguhan. Cara begini pula jika dilakukan secara melampau, lama kelamaan kesan

yang dikehendaki tiada memberi kepuasan atau hilang nilai kepuasannya. Cara

berkala pula, peneguhan diberi mengikut jadual. Peneguhan yang diberi cara berkala

dan mengikut jadual adalah yang paling berkesan sekali.

Pada pendapat anda, apakah perbezaan ketara di antara pendekatan yang

diutarakan oleh Watson dengan pendekatan yang diutarakan oleh Skinner?

5.4 PERIHAL PELAKUAN YANG TIDAK SESUAI

Pada fikiran anda, apakah yang dikatakan tingkah laku yang tidak sesuai?

Sesuatu tingkah laku yang ditegah atau tidak sesuai di dalam sesuatu masyarakat itu dikatakan

tingkah laku maladaptif (maladapted behaviour), dan sekiranya kekal dilakukan oleh

seseorang, orang itu akan dianggap tidak dapat menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya

(maladjusted person). Perbuatan seperti mengambil barang orang lain atau menunjukkan

kelangsangan adalah contoh tingkah laku maladjustif sekiranya menjadi pola sahsiah, iaitu

tingkah laku yang tidak sesuai dalam sesuatu masyarakat. Sebaliknya, perbuatan menolong

orang lain dalam kesusahan, bergotong royong seperti yang terdapat dalam masyarakat

kita dikatakan tingkah laku adjustif, iaitu yang dikehendaki.

Mengikut pendekatan behavorisme, tingkah laku, yang adaptif atau maladaptif adalah

dipelajari. Ini juga bermakna apa yang telah dipelajari boleh dihilangkan atau dibuang.

Contohnya, jika seseorang telah ada tabiat merokok, iaitu satu perbuatan yang telah

dipelajarinya, pada teorinya, tabiat yang dianggap maladaptif ini boleh dibuang, atau

dihilangkan.

Page 8: teori behavioris

OUM 119

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Rajah 5.5: Sekumpulan orang merokok di luar pejabat

Tingkah laku maladjustif adalah spesifik pada satu budaya, masa, kelas sosial dan

situasi. Apa yang menjadi maladjustif dalam satu budaya boleh dianggap adjustif dalam

budaya lain. Bezanya ialah seseorang itu mendapat peneguhan daripada orang yang terdekat,

yang mempunyai pengaruh memberi peneguhan. Misalnya, dalam sebuah kumpulan samseng

orang yang terdekat kepada ahli-ahli samseng itu dan yang mempunyai kuasa memberi

peneguhan kepada ahli-ahlinya dalam bentuk upahan yang lumayan ialah ketua kumpulan

itu. Oleh itu arahan daripada ketua untuk membunuh atau merompak akan dengan mudah

dijalankan oleh pengikut kumpulan kerana ada peneguhan. Dalam konteks ini perbuatan

yang dilakukan oleh kumpulan jenayah ini adalah adaptif dalam budaya penjenayah, tetapi

dikatakan maladaptif dalam masyarakat umum.

Masa atau zaman juga boleh menentukan apa yang dianggap tingkah laku adjustif dan

maladjustif. Misalnya, kira-kira 50 tahun dahulu, anak-anak orang Melayu ditegah belajar di

sekolah Inggeris kerana takut menjadi Kristian. Siapa yang pergi belajar juga dikatakan

melakukan pelakuan maladaptif dan mengalami tekanan daripada saudara mara hingga ada

yang berhenti sekolah. Tetapi hari ini ibubapa tidak mengalami tekanan daripada mana-mana

pihak untuk anak-anak mereka pergi ke sekolah Inggeris yang dipilih, malah ramai yang

menghantar anak-anak mereka ke England dan Amerika untuk belajar. Belajar di sekolah

Inggeris sekarang adalah perlakuan adaptif.

Setiap kelas sosial mempunyai interpretasi berhubung dengan apa yang dianggap adjustif

dan maladjustif dan cara mereka mengendalikan diri untuk mengelak perasaan kurang selesa

bila melakukan perbuatan maladaptif. Di Barat, misalnya, wujud interpretasi demikian di mana

individu-individu daripada kelas pertengahan adalah lebih berupaya mengawal diri, selalu

rasa bersalah, merendahkan diri sebagai tindak balas kepada pelakuan maladjustif, manakala

individu-individu dari kelas bawah lebih menunjukkan pelakuan agresif, cenderung pada sikap

menentang, dan melanggar undang-undang sebagai tindak balas perlakuan maladjustif

(Myers dan Roberts, 1959).

Bagaimanakah seseorang individu itu boleh menjadi seorang penjenayah,

tidak kira sama ada pembunuh, perompak atau sebagainya? Apakah faktor-

faktor yang mendorong mereka melakukan perkara tersebut?

Page 9: teori behavioris

120 OUM

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Rajah 5.6: Pergi berkhemah menimbulkan perasaan sakit

5.4.1 Bagaimana Individu Bermasalah

Bagaimanakah pengikut behaviorisme melihat orang yang mengalami masalah atau yang

“sakit”? Pengikut behaviorisme percaya bahawa semua pembelajaran adalah melalui

pengalaman responden atau operan. Oleh yang demikian, tingkah laku yang dianggap

maladaptif itu semuanya dipelajari demi untuk mendapatkan peneguhan positif atau untuk

mengurangkan sakit atau perasaan yang kurang selesa.

Dari perspektif pembelajaran responden, jika rangsangan yang menyakitkan digandingkan

dengan rangsangan yang neutral, lama kelamaan selepas pembelajaran telah berlaku,

rangsangan yang sebelumnya neutral akan mengeluarkan respon yang maladaptif, walaupun

sebelum terjadinya situasi sebenar. Contohnya, seorang kanak-kanak mengalami sakit perut

(rangsangan yang tidak selesa) dan pada malam hari, dia dan kumpulannya bercadang untuk

berkhemah (rangsangan yang neutral) beramai-ramai. Pada satu masa lain pula, dia

mengalami sakit perut lagi apabila pergi berkhemah (gandingan). Lama kelamaan apabila

dia mendengar perkataan “khemah” sahaja (rangsangan yang terlazim), dia akan rasa loya

dan hendak muntah (respon terlazim). Lihat Rajah 5.6.

Page 10: teori behavioris

OUM 121

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Tingkah laku maladaptif yang lain pula dipelajari melalui proses pelaziman operan. Tingkah

laku ini akan terbentuk, bertambah dan berterusan dengan adanya peneguhan berikutnya.

Sebagai contoh, budak yang mengalami sakit perut tadi mendapat perhatian dari ibubapanya

dengan penuh kasih sayang, simpati dan jagaan yang sangat selesa kerana keadaannya

pada masa itu. Hal ini akan menyebabkan budak ini mengambil kesempatan yang sama

dalam situasi lain di mana dia ingin mengelak daripada pergi ke sekolah. Jadi, dengan

mengatakan dia sakit perut, dia dapat mengelak membuat sesuatu yang tidak selesa, iaitu

pergi sekolah.

Kalau diteliti contoh ini dengan lebih mendalam lagi, generalisasi akan berlaku, iaitu apabila

budak ini hendak mengelak sesuatu situasi yang dianggapnya sebagai tidak selesa atau

yang mengancam kesejahteraannya, ia akan mengalami sakit perut. Mengapa ini berlaku?

Jawapannya ialah kerana ia berkesan. Hakikatnya, tingkah laku ini akan menjadi bebanan

pada dirinya pada masa-masa akan datang; misalnya, dia mungkin akan mengalami sakit

perut sebelum mengambil peperiksaan. Individu ini mungkin ingin mengubah tingkah lakunya

yang maladaptif, tetapi, oleh kerana ia telah mempelajari bahawa mengelak ransangan yang

tidak selesa membawa kesan “baik”, dia sukar untuk melupuskan tingkah laku “sakit perut”

itu, melainkan dengan cara menjalani terapi atau kaunseling.

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Latihan 5.3

1. Nyatakan bagaimana sesuatu tingkah laku masalah itu dipelajari mengikut

teori kaunseling behaviorisme?

2. Fikirkan satu perlakuan yang anda rasa maladaptif, dan cuba kesan

bagaimana perlakuan itu telah dipelajari.

5.5 PROSES KAUNSELING

Apabila menjalankan proses kaunseling, seperti yang terdapat dalam sistem kaunseling yang

lain, kaunselor behaviorisme mesti juga menunjukkan kemahirannya dalam perkara-perkara

berikut, iaitu:

• mendengar dengan tepat;

• menghargai kliennya;

• sikap menerima; dan

• memahami bahawa klien seorang yang unik.

Kemahiran-kemahiran tersebut telah diterangkan di dalam unit yang lepas. Kaunselor perlu

membina satu perhubungan yang positif dengan kliennya supaya dapat memastikan ia benar-

benar memahami masalah klien sebelum memulakan sesuatu strategi terhadap kliennya.

Perhubungan positif juga akan membolehkan klien lebih bermotivasi untuk berjaya mendapat

perubahan terhadap tingkah laku adaptif.

Page 11: teori behavioris

122 OUM

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Dalam hal ini, klien akan dilibatkan bersama dalam menganalisis, merancang, memproses

dan menilai program pengurusan tingkah laku dirinya. Kaunselor behaviorisme akan cuba

melupuskan bermacam-macam tingkah laku yang selama ini dianggap maladaptif, dan di

samping itu, klien pula mempelajari tingkah laku yang adaptif yang akan berterusan

sebagaimana yang telah dirancang. Tugas kaunselor ialah menggalak dan membantu

kliennya membuat perubahan.

Untuk melaksanakan proses kaunseling behaviorisme ini, kaunselor mestilah telah mendapat

latihan dan pengalaman dalam modifikasi tingkah laku manusia, dan sanggup menjadi

konsultan, guru, penasihat, pemberi peneguhan dan menjadi fasilitator. Dari segi sahsiah,

kaunselor perlu mempunyai ciri-ciri mesra, ingin memahami, sedia menolong dan

ikhlas.

Apakah tugas-tugas kaunselor? Pertama, supaya dapat membantu klien bersama-sama

menganalisis tingkah lakunya, kedua untuk mentakrif masalah, dan seterusnya memilih

satu matlamat yang ingin dicapai. Proses kaunseling akan menjadi lebih mudah dan

membantu sekiranya kaunselor dan klien dapat mewujudkan cara berkomunikasi yang

berkesan antara satu sama lain, saling mempercayai dan bekerjasama. Faktor perhubungan

yang baik ini harus berterusan selama klien dan kaunselor mencari jalan menolong klien

membuat perubahan. Cara-cara yang lebih terperinci telah diterangkan dalam bab berkenaan

dengan kemahiran berkomunikasi dalam Unit 2 modul ini.

Rajah 5.7: Klien dan kaunselornya

Page 12: teori behavioris

OUM 123

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

5.6 STRATEGI MEMBANTU KLIEN

Beberapa strategi untuk membantu klien akan diterangkan dalam bahagian ini. Kaunselor

boleh menggunakan strategi yang dipilih untuk tujuan menggalakkan sesuatu tingkah laku

yang dikehendaki atau menghilangkan yang tidak dikehendaki. Yang ditekankan di sini ialah

penglibatan dan kerjasama antara klien dan kaunselor perlu berterusan. Strategi yang dipilih

dan diterangkan di bawah ialah berkaitan dengan pengubahan tingkah laku zahir sahaja,

seperti:

• role play;

• latihan asertif;

• token ekonomi;

• pengurusan kendiri;

• pemantauan kendiri; dan

• peneguhan kendiri.

5.6.1 Role-play

Apakah yang dikatakan role-play?

Strategi menggunakan role-play ini telah banyak digunakan oleh kaunselor untuk melatih

klien dalam pelbagai pelakuan yang sebelum ini sukar hendak dilakukan. Ia boleh dikatakan

satu lakonan dan latihan yang dibimbing oleh kaunselor dengan mempunyai tujuan yang

khusus. Kaunselor profesional yang mengikut pendekatan kaunseling behaviorisme

menggunakan role-play bila membuat latihan asertif, modeling (mencontohi perbuatan orang

lain), dan kaunseling kerjaya.

Role play adalah satu teknik yang terbaik untuk meluaskan kesedaran klien dan

menunjukkan bahawa ada banyak alternatif melakukan tingkah laku lain. Misalnya, bagi

seorang murid yang pemalu untuk bercakap dalam satu kumpulan perbincangan boleh diajar

dengan cara role-play, di mana murid itu diminta mengeluarkan pendapat kepada

kaunselornya.

Rajah 5.8: Seorang murid bercerita di hadapan kumpulannya di dalam bilik darjah

Page 13: teori behavioris

124 OUM

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Rasionalnya ialah murid berlatih mengeluarkan pendapat dalam keadaan dan suasana yang

selamat. Apabila kaunselor merasakan klien sudah mempunyai keyakinan diri, barulah murid

itu dibenarkan menyertai kumpulan asalnya. Guru kelas murid tersebut perlu memberi

kerjasama dengan tidak memaksa klien, kerana jika dia masih gugup dan malu, perasaan

diri klien terancam.

Teknik role-play boleh juga digunakan dengan klien lain supaya dia menjadi lebih asertif

apabila dia mendapati dirinya sukar bertindakbalas setiap kali orang lain mengambil

kesempatan terhadapnya. Role-play memberi peluang kepada individu ini untuk mencuba

mengeluarkan satu tingkah laku baru dalam situasi yang lebih selamat sebelum digunakan

di luar atau di tempat-tempat yang selalu menimbulkan masalah.

Batasan Penggunaan Role-play

Sungguhpun penggunaan teknik role-play ini berkesan, namun ia ada hadnya, iaitu:

• Ia bergantung kepada kemahiran dan kesungguhan kaunselor mentadbirkan caranya.

• Ia juga bergantung kepada kehendak klien itu sendiri untuk mengalami, mendengar

dan merasakan tingkah laku baru yang sebelum ini mungkin sukar baginya untuk

dilakukan.

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Latihan 5.4

Nyatakan teknik role play dan apakah batasan keberkesanannya.

5.6.2 Latihan Asertif

Latihan asertif adalah satu teknik untuk mengajar klien menambahkan keyakinan diri

berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai ancaman pada dirinya. Harus diingat

bahawa teknik ini bukan untuk mengajar klien menjadi seorang yang lansang atau agresif.

Matlamat asas latihan asertif ialah:

• memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang

dikehendaki, iaitu lantas bertindak tanpa memberi kecederaan fizikal dan emosi

terhadap orang lain; dan

• mengajar klien yang pasif, mempunyai sifat bergantung dan tidak bermotivasi, supaya

mencari alternatif, iaitu bertindak dengan mengambil jalan yang lebih produktif.

Ramai kaunselor mendapati bahawa klien mereka perlu membina kemahiran asertif

untuk meningkatkan kebolehan pengurusan diri dan penyelesaian masalah. Klien boleh

hilang penghargaan kendiri (self-esteem) dengan membiarkan orang lain mengambil

kesempatan ke atas dirinya; tidak berupaya menghadapi ibubapa, majikan, suami/isteri atau

orang lain dengan cara yang betul; atau menimbulkan respon yang tidak diingini oleh orang

lain, jika klien bersikap agresif dan bukan asertif.

Page 14: teori behavioris

OUM 125

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Latihan asertif biasanya dilaksanakan dengan cara-cara berikut:

• role-play dan melakonkan (modeling) situasi-situasi pasif, agresif dan asertif yang

biasa dihadapi oleh klien;

• melalui penerokaan masalah dan mentakrif masalah;

• mengulangi latihan role-play yang telah ditetapkan beberapa kali;

• role-reversal, iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klien tidak boleh melakukan

tingkah laku asertif; dan

• melaksanakan tingkah laku asertif yang dikehendaki sedikit demi sedikit (successiveapproximation).

Dengan cara-cara yang disebutkan tadi, klien bukan sahaja dapat membentuk tingkah laku

baru dalam suasana selamat dengan kaunselornya, tetapi ia juga dapat bersama-sama dengan

kaunselor untuk menganalisis perlakuan-perlakuan yang perlu dibentuk secara sedikit demi

sedikit. Apabila klien sudah merasa selesa dan boleh membuat respon dengan cara baru ini,

barulah boleh dicubanya di luar bilik kaunselor, iaitu dalam keadaan seharian.

5.6.3 Token Ekonomi (Hadiah)

Satu teknik behaviorisme yang biasa digunakan ialah token ekonomi atau pemberian hadiah.

Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah diberikan sebagai

peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah dalam bentuk benda

seperti duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang boleh ditunaikan atau

ditebus (cashed in) dengan barang-barang bernilai atau kemudahan-kemudahan

tertentu (privileges). Token ekonomi telah dibuktikan berkesan di mana teknik ini digunakan

di institusi-institusi seperti hospital, sekolah, klinik, rumah penjagaan kanak-kanak dan penjara.

Prosedur ini boleh disesuaikan dengan apa sahaja keadaan, dan digunakan dalam situasi

yang pelbagai.

Sebagai contoh, dalam persekitaran sekolah, seorang kaunselor boleh menyediakan satu

struktur token ekonomi untuk digunakan sebagai peneguhan kepada murid yang melakukan

tingkah laku yang positif, dan menyenaraikan jenis-jenis hukuman, dendaan atau kehilangan

kemudahan sekiranya didapati berlakunya kegagalan mematuhi peraturan, atau gagal

menjalani sesuatu tanggungjawab. Teknik ini telah didapati amat berkesan apabila

digunakan kepada klien yang mengalami masalah yang melibatkan perlakuan yang

biasa atau yang lebih kompleks. Pelaksana teknik ini mendapati teknik ini amat sesuai

digunakan khusus untuk melupuskan tingkah laku yang maladaptif atau untuk

membentuk tingkah laku yang adaptif.

Page 15: teori behavioris

126 OUM

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Rajah 5.9: Suasana penyampaian hadiah di dewan sekolah

Persoalannya sekarang ialah bolehkah tingkah laku yang sudah diubah melalui strategi ini

berterusan atau ia akan lupus selepas beberapa ketika sahaja? Misalnya, selepas seorang

murid yang berkelakuan lansang atau agresif, suka bergaduh, suka mengusik orang lain,

dikenakan proses perubahan dengan teknik ini, dan nampak ada perubahan positif, adakah

perubahan positif ini akan berterusan?

Kaunselor behaviorisme profesional akan mempertahankan keberkesanan strategi ekonomi

token, tetapi mengaku terdapat masalah dalam hal memastikan perubahan yang telah dicapai

itu berterusan dan berkekalan. Kaunselor yang merancang dan menyediakan struktur ekonomi

token berkenaan harus bersedia untuk memastikan perubahan akan berterusan dengan

melakukan perkara-perkara seperti berikut:

• minta bantuan pekerja-pekerja lain seperti guru kelas, guru-guru yang mengajar

murid berkenaan, ibu bapa untuk membuat komitmen membantu dan memahami

konsep dan matlamat ekonomi token;

• memilih tingkah laku yang besar kemungkinan akan mudah mendapat peneguhan

dari masyarakat dan persekitarannya;

• mematuhi prinsip modifikasi tingkah laku seperti mengagihkan token atau hadiah

serta merta, adil dan konsisten;

• hadiah atau token yang diagihkan itu masih mempunyai nilai peneguhan; dan

• memastikan tingkah laku yang diubah itu adalah tingkah laku yang dikehendaki di

luar sekolah.

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Latihan 5.5

Bagaimanakah kita dapat memastikan sesuatu tingkah laku yang baru diubah

terus berkekalan?

Page 16: teori behavioris

OUM 127

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

5.6.4 Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri, dan Peneguhan Kendiri

Pengurusan kendiri, pemantauan kendiri, dan peneguhan kendiri merangkumi suatu

trend yang melibatkan klien sebagai peserta yang bekerjasama (collaborator) dan aktif

dalam kaunseling. Jika dibandingkan dengan pendapat-pendapat ahli teori behaviorisme

dahulu, klien adalah lebih pasif. Teknik ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

• klien memainkan peranan yang aktif dalam setiap fasa kaunseling;

• klien mengeluarkan buah fikiran sendiri dan mengikut arahan kaunselor serta membina

langkah-langkah yang tertentu dan yang membantu.

• proses pemikiran klien diambil kira dan diberi tumpuan;

• klien dijangka lebih bertanggungjawab berusaha untuk mencapai perubahan yang

dikehendaki;

• klien belajar cara memberi peneguhan kendiri;

• klien dipanggil untuk membuat perhatian, memantau, mencatit, memberi peneguhan

kendiri, dan kadang-kadang diminta membuat interpretasi data tingkah laku yang

telah mereka catitkan; dan

• kaunselor berperanan lebih sebagai mentor atau pendidik dan bukan sebagai seorang

pakar.

Mengikut pengamal teori behaviorisme, prosedur yang disenaraikan tersebut boleh dijadikan

bingkai kerja (framework) mana-mana strategi yang telah dibincangkan sebelum ini. Strategi

pengurusan kendiri mempunyai langkah-langkah tertentu yang perlu diikuti untuk mencapai

matlamat yang dikehendaki.

Anda diminta memahami langkah-langkah berikut supaya perbincangan tentang konsep-

konsep behaviorisme yang telah diterangkan pada awal bab ini lebih bererti.

Langkah-langkah Pengurusan Kendiri, Pemantauan Kendiri dan Peneguhan Kendiri

Langkah 1: Mengkonsepsi dan Mentakrif Masalah dan Memilih Matlamat dalam Bentuk

Behavioral

A. Tentukan matlamat sasaran satu persatu

B. Matlamatnya mesti:

• mudah difahami, penting, dan mempunyai nilai kepada klien;

• boleh diukur secara objektif dan dianalisis;

• realistik dan boleh dicapai; dan

• positif dan membina

Page 17: teori behavioris

128 OUM

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

C. Kenyataan berkenaan matlamat sasaran mesti mengandungi:

• kehendak klien pada taraf yang boleh tercapai, atau yang hendak dilupuskan; dan

• pencapaian sedikit demi sedikit matlamat sasaran mengikut tarikh-tarikh.

Contoh:

Kaunselor: Jadi, sekarang apa yang saudara ingin benar-benar lakukan ialah mencapaisasaran mengurangkan berat badan, dan kali ini berterusan.

Klien: Ya, itu benar, sebab yang paling saya utamakan sekarang ialah tentang kesihatansaya.

Kaunselor: Baiklah, saya rasa anda sudah membuat komitmen untuk mengurangkan beratbadan dan mahu memulakan dengan segera. Mari kita tentukan berapa kilogram anda inginkurangkan, dan rancang satu jadual yang realistik dan yang tidak membahayakan sertamencatit tarikh-tarikh untuk mencapai sasaran-sasaran tersebut.

Rajah 5.10: Seorang yang mengalami masalah berat badan meminta pandangan dari kaunselorSumber: http://news.minnesota.publicradio.org/features/2004/10/12_scheckt_gastricbypass/

images/campoypatient

Langkah 2: Mengurus dan Memantau Tingkah Laku Sasaran

A. Pilih matlamat sasaran yang sesuai berasaskan objektif-objektif klien.

B. Mulakan penilaian asas atau baseline assessment sebelum melaksanakan strategi

mengubah tingkah laku.

C. Mulakan pemantauan dan buat catitan data ke atas matlamat-matlamat yang berkaitan.

Untuk ini, klien perlu:

• mencatitkan tingkah laku dengan segera selepas ianya berlaku;

• gunakan kertas dan pensil, jam tangan atau sebarang alat perakam yang sesuai untuk

merekod data tingkah laku; dan

• laksanakan pengiraan kekerapan, pengambilan masa, atau gunakan strategi pemantauan

yang lain untuk merekod tingkah laku.

Page 18: teori behavioris

OUM 129

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Contoh:

Kaunselor: Saudara, bagaimanakah anda mengubah cara anda merekod dan memantautingkah laku kali ini untuk memastikan saudara mengikut jadual dan mencapai berat badanyang dikehendaki?

Klien: Oh, itu semua saya dah fikirkan; besi angkat berat, kalori, jenis senaman, dan sayajuga telah fikirkan cara-cara saya mengesan apa yang saya lakukan pada setiap hari. Sayajuga telah memikirkan beberapa kaedah untuk memantau apa yang saya buat supaya tidakmenipu diri saya sendiri.

Kaunselor: Anda ada menyebut “beberapa kaedah”. Apakah kaedah yang saudara gunakan?Saya benar-benar inginkan anda berjaya kali ini. Cuba kita semak bersama perincian apayang saudara hendak lakukan dan bagaimana anda akan lakukannya.

Klien: Baiklah. Ini saya hendak tunjukkan apa yang saya telah tulis sebagai rekod tentangapa yang saya telah buat.

Kaunselor: (Sambil melihat catitan) Ini senarai yang baik. Mari kita semak dan bincangbersama. Mungkin kita dapat fikirkan alat-alat lain yang boleh membantu pemantauan aktivitianda dengan lebih mudah yang belum kita fikirkan.

Langkah 3: Perubahan Suasana Persekitaran dan Mengambil Langkah yang Sesuai

Teruskan mencatit atau merekodkan tingkah laku sasaran

A. Pada mulanya, cuba elakkan persekitaran dan situasi yang pasti akan melakukan respon

yang tidak dikehendaki atau pelakuan maladaptif.

B. Ubahkan persekitaran, suasana dan situasi untuk memastikan anda:

• menyedari apa yang anda sedang buat;

• hadkan rangsangan yang melawa tingkah laku yang tidak dikehendaki; dan

• mudahkan tingkah laku yang memberi kepuasan.

Contoh:

Kaunselor: Saudara, ini adalah satu langkah di mana saudara mesti tukar kepada cara lain.Kalau saudara teruskan cara yang lama, nanti susah nak menghilangkan tabiat yang baru ni,dan anda pasti akan terus makan macam dulu dan membuat aktviti fizikal yang telah dimulakan.Ini akan menimbulkan masalah. Pada hemat saya, anda perlu membuat satu perubahandrastik kalau ingin mencapai matlamat anda.

Klien: Ya, saya tahu beberapa perkara yang saya mesti lakukan. Pertama, saya mesti cubamakan makanan yang kurang berlemak, dan berkalori rendah pada setiap waktu makan.

Kaunselor: OK, ada lain-lain lagi?

Klien: Saya terfikir untuk menjalankan senaman pada setiap hari – mungkin pada setiappagi.

Page 19: teori behavioris

130 OUM

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

Kaunselor: Itu sangat baik. Mari kita sama-sama bincang hal itu, dan fikirkan juga bagaimanakita dapat mengelakkan keinginan untuk makan macam dulu, dan memastikan rancangananda berjaya.

Langkah 4:Menjana Peneguhan yang Sesuai dan Menentukan Akibat yang Bermakna

Serta Berkesan bagi Klien

Teruskan merekod tingkah laku sasaran.

A. Kenal pasti peneguhan dan akibatnya; yang mana peneguhan positif memberi akibat

yang positif, dan yang mana dianggap tidak selesa.

B. Laksanakan pemberian peneguhan supaya:

1. Tingkah laku yang sesuai diberi peneguhan dengan segera.

2. Kriteria mendapatkan peneguhan adalah realistik dan mudah dibuat.

3. Orang-orang terdekat menyokong mendapatkan matlamat perlakuan yang

dikehendaki.

4. Jadual jangka masa berperingkat ditentukan supaya kejayaan setiap peringkat

diberi peneguhan.

5. Peneguhan ekstrinsik (luaran) dan intrinsik (dalaman) disediakan.

6. Peneguhan mempunyai kuasa untuk memberi kesan.

7. Peneguhan dijadualkan supaya dijadikan insentif untuk jangka masa pendek,

pertengahan dan panjang.

Contoh:

Kaunselor: Saya mahukan ganjaran anda mencukupi untuk memastikan anda mengikutirancangan, tapi jangan sampai anda membuat sasaran begitu tinggi hingga tak terbuat. Danjangan harapkan saudara seorang sahaja yang memberi ganjaran atau peneguhan. Sayaingin tahu siapa menjadi penyokong kuat anda yang boleh mentadbirkan ganjaran. Ini akanmenambahkan peluang untuk berjaya mencapai matlamat.

Klien: Saya yakin isteri saya akan dapat membantu saya dalam hal ini. Lagi pun kalau sayamenipu diri saya masa makan, sudah tentu dia akan menyekat saya.

Kaunselor: Bagus! Masukkan beberapa nama lagi orang-orang yang boleh membantu anda.Kemudian kita akan bina satu strategi di mana anda boleh agihkan tugas tertentu kepadamereka untuk kebaikan anda dan mereka.

Klien: OK, kali ini saya betul-betul berazam menurunkan berat badan saya.

Langkah 5: Meneruskan Kejayaan dan Mengira Apa yang Telah Tercapai

Teruskan membuat catitan.

Terus memikirkan ganjaran yang sesuai untuk perlakuan yang dikehendaki.

A. Bentuk satu sistem penilaian/feedback yang berkesan untuk memastikan yang

pengurusan kendiri, pemantauan kendiri, dan peneguhan kendiri boleh diubah dan dibaiki

lagi, atau digunakan sekali lagi untuk meneruskan (maintain) matlamat sasaran.

Page 20: teori behavioris

OUM 131

UNIT 3

BAB 5

TEORI KAUNSELING

TEORI KAUNSELING BEHAVIORISME

B. Meneruskan tingkah laku yang telah dipelajari.

1. Mengurangkan catitan-kendiri.

2. Kurangkan pemberian peneguhan.

3. Dapatkan sokongan sosial.

4. Gunakan strategi ini untuk mengubah sesuatu yang klien fikir penting baginya.

Contoh:

Klien: Apa yang saya nak buat ialah melibatkan isteri saya secara serius menjaga beratbadan saya supaya berterusan apabila berjaya nanti.

Kaunselor: Ada tak kemungkinan dia akan memberi peneguhan kepada perlakuan saudarayang lama?

Klien: Tentu sekali tidak! Dia sangat menjaga kesihatan saya.

Kaunselor: Kalau begitu saya cadangkan saudara jadikan isteri saudara sebagai pembantuuntuk meneruskan matlamat sasaran. Cuba fikirkan beberapa nama lain yang boleh membantuanda meneruskan sokongan supaya tidak balik semula kepada tabiat makan seperti dahulu.Amat menyusahkan anda sendiri kalau berbalik semula seperti dahulu setelah menjalankanaktiviti fizikal yang anda lakukan selama ini.

Klien: OK, terima kasih.

RUMUSAN

Dalam bab ini, anda telah dijelaskan beberapa fungsi teori dan dapat mengetahui mengapa

kaunselor memerlukan teori sebelum menjalankan proses kaunseling. Teori kaunseling

behaviorisme dinyatakan dengan memberi nama-nama orang yang dikaitkan dengan prinsip-

prinsip pembelajaran yang menjadi asas kepada teori kaunseling behaviorisme. Kaunselor

perlu memahami bagaimana kliennya mempersepsikan masalahnya sendiri. Dengan

menggunakan pendekatan behaviorisme, kaunselor dapat menyelami masalah klien

berasaskan kefahamannya tentang perihal perlakuan yang adaptif dan maladaptif dari

kacamata teori ini. Beberapa teknik yang mudah dilaksanakan, seperti role-play, latihan asertif

dan token ekonomi ada diterangkan.