teori behaviorisma.docx

8
http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+tingkahlaku Teori pengajaran tingkahlaku Teori tingkah laku juga dikenali sebagai teori behaviorisme. Teori ini memberi perhatian dan mengkaji tingkah laku manusia, kerana tingkah laku manusia boleh di lihat dan diukur. Pada asasnya teori ini melihat tingkah laku manusia sebagai tindakan kepada rangsangan (Stimulus to response). Teori ini juga menekankan pentingnya pengukuhan (reinforcement) menerusi ganjaran atau insentif untuk merangsang dan mempengaruhi apa dan bagaimana manusia melakukan sesuatu, termasuk bagaimana murid belajar. Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman (Gage, Berliner, 1984) Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin, 2000). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa stimulus dan output yang berupa respon. Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada siswa, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan siswa terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan respon tidak penting untuk diperhatikan kerana tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur. Yang dapat diamati adalah stimulus dan respon, oleh karena itu apa yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa yang diterima oleh siswa (respon) harus dapat diamati dan diukur. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut. Antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori pembelajaran ialah Ivan P.Pavlov, J.B. Watson, Edward L.Thorndike dan B.F. Skinner. Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh latihan atau pengalaman. Aliran Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal.Teori pengajaran tingkahlaku (behaviorisme ) ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Teori Pembelajaran Behaviorisme terbahagi kepada 4 iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Klasik Watson, Teori Edward L.Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner.

Transcript of teori behaviorisma.docx

Page 1: teori behaviorisma.docx

http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+tingkahlaku

Teori pengajaran tingkahlaku

Teori tingkah laku juga dikenali sebagai teori behaviorisme. Teori ini memberi perhatian dan mengkaji tingkah laku manusia, kerana tingkah laku manusia boleh di lihat dan diukur. Pada asasnya teori ini melihat tingkah laku manusia sebagai tindakan kepada rangsangan (Stimulus to response). Teori ini juga menekankan pentingnya pengukuhan (reinforcement) menerusi ganjaran atau insentif untuk merangsang dan mempengaruhi apa dan bagaimana manusia melakukan sesuatu, termasuk bagaimana murid belajar.

Menurut teori behavioristik belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman (Gage, Berliner, 1984) Belajar merupakan akibat adanya interaksi antara stimulus dan respon (Slavin, 2000). Seseorang dianggap telah belajar sesuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan perilakunya. Menurut teori ini dalam belajar yang penting adalah input yang berupa stimulus dan output yang berupa respon. Stimulus adalah apa saja yang diberikan guru kepada siswa, sedangkan respon berupa reaksi atau tanggapan siswa terhadap stimulus yang diberikan oleh guru tersebut. Proses yang terjadi antara stimulus dan respon tidak penting untuk diperhatikan kerana tidak dapat diamati dan tidak dapat diukur. Yang dapat diamati adalah stimulus dan respon, oleh karena itu apa yang diberikan oleh guru (stimulus) dan apa yang diterima oleh siswa (respon) harus dapat diamati dan diukur. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.

Antara tokoh-tokoh mazhab behavioris yang terpengaruh dalam pembentukan teori pembelajaran ialah Ivan P.Pavlov, J.B. Watson, Edward L.Thorndike dan B.F. Skinner. Menurut ahli-ahli psikologi Behaviorisme, pembelajaran adalah perubahan kekal yang berlaku dalam diri seseorang individu disebabkan oleh latihan atau pengalaman. Aliran Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal.Teori pengajaran tingkahlaku (behaviorisme ) ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Teori Pembelajaran Behaviorisme terbahagi kepada 4 iaitu Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Klasik Watson, Teori Edward L.Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner.

Teori Pelaziman Klasik dikaitkan dengan seorang ahli sains Rusia, Ivan P. Pavlov. Beliau menggunakan anjing untuk mengkaji sistem pencernaannya selepas diberi makanan dan akhirnya menemui Teori Pelaziman Klasik. Beliau menjalankan eksperimennya dengan menggunakan seekor anjing dan mengkaji perkaitan rembesan air liur dengan proses pelaziman. Pavlov telah mendapati bahawa rembesan air liur dan jus gastrik anjing bukan sahaja ditambah semasa makanan di dalam mulutnya, tetapi juga apabila makanan yang dikesannya. Fenomena rembesan air liur dan jus gastrik adalah sesuatu jenis gerak balas yang tidak perlu dipelajari yang dinamakan gerak balas tak terlazim. Tetapi fenomena rembesan air liur yang berlaku semasa makanan dikesannya adalah sesuatu yang dipelajari yang di panggil gerak balas terlazim. Manakala makanan yang dikesannya adalah dipanggil sebagai rangsangan terlazim. Bagi mengesahkan fenomena tersebut, Pavlov menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai ransangan terlazim. Hasilnya mendapati bahawa, anjing akan melelehkan air liurnya apabila loceng dibunyikan.

Menurut Pavlov, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas adalah

Page 2: teori behaviorisma.docx

sebarang tingkah laku yang timbul akibat ransangan. Ransangan adalah sebarang bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya apabila anda duduk di atas kerusi dalam bilik doktor gigi, anda menggetar ketakutan walaupun ubat bius dapat menghilangkan kesakitan anda. Ini disebabkan anda mengaitkan kerusi tersebut dengan pengalaman sakit dalam peristiwa cabut gigi sebelum ini. Pembelajaran yang mengaitkan kerusi doktor gigi dengan kesakitan dikenali sebagai "pelaziman klasik". Pembelajaran begini juga kadangkala disebut " Pavlovian Conditioning" (Poediger et. al. 1996sm. 225)

Watson dan Rayner pula telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia boleh dilazimkan secara pelaziman klasik. Beliau telah menjalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak lelaki bernama Albert berusia 11 bulan dan seekor tikus putih. Pada mulanya, Albert tidak menunjukkan perasaan takut apabila ditunjukkan dengan seekor tikus putih. Tetapi apabila satu bunyi yang kuat dikeluarkan apabila Albert mahu mencapai tikus putih tersebut, Albert menjadi takut dan mengangis. Berdasarkan penyelidikan ini, Watson menyarankan bahawa guru boleh mempengaruhi pengalaman pembelajaran pelajar dengan menentukan ransangan dan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Sungguhpun begitu, kajian Watson telah dikritik kerana dianggap telah melanggar etika.

TEORI OPERAN SKINNER (1904-1990)

Image Detail

Page 3: teori behaviorisma.docx

Rata-rata penduduk Amerika Syarikat mengetahui tentang B.F. Skinner disebabkan oleh idea dan pendapat beliau mengenai pembelajaran. Ia telah memberi kesan yang mendalam terhadap system pendidikan di Amerika, amalan keibubapaan dan pendekatan terhadap pengurusan perniagaan (Samuel E.Wood, Ellen Green Wood & Denise Boyd, 2007). Dalam

proses pembelajaran, teori dan konsep yang dikemukakan oleh beliau ialahTeori Pelaziman Operan dimana teori ini telah diguna pakai oleh para pendidik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkataan operan bermaksud sebagai satu tindak balas yang beroperasi ke alam sekitar. Ia adalah sebagai tingkah laku yang menjadi instrumen dalam menghasilkan perubahan dalam persekitaran (Mohamad Saleh Lebar, 1999).

EKSPERIMEN SKINNERKebanyakkan eksperimen awal golongan pengikut behaviorisme menggunakan binatang ( Skinner misalnya menggunakan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksi organisma apabila dikenakan ransangan. Ringkasnya behaviourisme menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif.

Skinner terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner. Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia. Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk membesarkan anaknya di dalam Kotak Skinner.

Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.

Antara pengkaji yang berpengaruh dalam teori ini ialah B.F Skinner. Berdasarkan teori ini Skinner telah mereka bentuk pendekatan dan rancangan pengajaran yang dinamakan 'programmed instruction' atau pengajaran terancang. Ramai guru di sekolah menggunakan teori ini. Sebagai contoh dalam pengajaran guru selalu menggunakan pujian 'bagus' atau 'betul' bagi murid yang menjawab soalan dengan betul, untuk mengukuhkan jawapannya; manakala cuba lagi bagi jawapan yang salah atau tidak tepat. Gred dan markah digunakan bagi menggalakkan murid tersebut belajar. Murid yang terbaik pula di beri hadiah tahunan. Kesemua ini adalah berdasarkan teori tingkah laku.Pembelajaran berlaku dalam proses pelaziman operan kerana ia melibatkan berbagai-bagai gerak balas operasi. Menurut B.F. Skinner (dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008), dalam teori pelaziman operan gerak balas dilakukan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi) jika diberikan peneguhan sebaik-baik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Dalam Teori Pelaziman Operan terdapat peneguhan (reinforcement) dan hukuman.

Page 4: teori behaviorisma.docx

Menurut Mahmood Nazar Mohamed 1990), peneguhan positif ialah ransangan yang diberi kepada organisma selepas berlakunya sesuatu tingkah laku yang dapat meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkah laku yang dikehendaki. Manakala menurut Mok Soon Sang (2003), menyatakan bahawa peneguhan positif merupakan stimuli yang boleh menambah kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan. Berdasarkan takrifan-takrifan yang diberikan dapat kita simpulkan bahawa peneguhan positif ini merupakan suatu ransangan yang boleh menyebabkan berulangnya sesuatu tingkah laku yang dikehendaki.

Peneguhan (reinforcement) adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Peneguhan (reinforcement) terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah seperti ganjaran, hadiah dan juga pujian yang diberikan bagi menggalakkan seseorang itu melakukan pekerjaan secara berulang-ulang. Peneguhan ini dianggap oleh Skinner sebagai asas dalam proses pembelajaran. Peneguhan berlaku apabila lakuan itu diberi balasan dengan hadiah. Keinginan mendapat balasan hadiah ini menimbulkan keinginan supaya berbuat demikian untuk mendapa hadiah yang sama. Oleh itu, lakuan itu akan diulang. Pengulangan yang kerap dilakukan akan mengukuhkan proses pembelajaran.Peneguhan negatif pula ialah sesuatu yang menyakitkan dan ingin dielakkan oleh individu (Mohamad Saleh Lebar, 1999). Sebagai contoh, seorang murid akan membersihkan papan hitam bagi mengelakkan dimarahi oleh gurunya dan bukan untuk mendapatkan pujian.

Hukuman adalah sesuatu tingkah laku negatif jika dipamerkan, boleh menghasilkan sesuatu yang menyakitkan atau yang boleh menyebabkan kurang selesa (Roediger dalam Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008). Hukuman dibahagikan kepada hukuman persembahan (presentation punishment) dan hukuman penyingkiran (removal punishment).

Page 5: teori behaviorisma.docx

APLIKASI TEORI TINGKAHLAKU DALAM SUBJEK MATEMATIK

PRINSIP PREMACK DIGUNAKAN UNTUK MENANGANI MASALAH KURANG MINAT MURID DALAM MATEMATIKPrinsip Premack adalah prinsip yang terdapat dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Prinsip ini sesuai digunakan bagi menggalakkan minat murid dalam kelas. Prinsip ini boleh menggabungkan aktiviti yang disukai oleh murid dengan sesuatu yang tidak disukai. Menurut Calborn Prinsip Primack adalah prinsip yang mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack yang juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar rehat selepas kamu habiskan latihan Matematik ini” ( Suppiah & etc).

Murid yang kurang berminat dengan subjek ini akan bersembang, membuat bising dalam kelas dan mereka akan mengganggu murid yang lain. Keadaan ini akan mengganggu murid-murid yang lain selain dari menyebabkan mereka tidak dapat menguasai apa yang diajar oleh guru. Mereka ini tidak akan menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ada juga murid yang tidak membuat bising tetapi mereka hanya akan berangan dalam kelas dan tidak menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.

Sebelum mengaplikasikan prinsip ini, guru perlu mengenalpasti aktiviti yang diminati oleh murid dalam kelas tersebut. Guru boleh bertanyakan kepada guru lain atau bertanya kepada murid tentang mata pelajaran yang digemari oleh murid tersebut. Terdapat juga masalah yang akan timbul dikalangan murid kelas yang lemah. Ini kerana amat sukar untuk guru mengenal pasti minat mereka kerana tumpuan mereka kepada pelajaran amat kurang. Namun, guru boleh melihat kepada isu semasa atau minat dikalangan remaja pada masa sekarang. Jelas disini remaja pada masa kini lebih cenderung kepada bentuk hiburan selaras dengan perkembangan era moden. Menurut Hamisan dalam kajiannya menyatakan muzik mempunyai pengaruh yang besar kepada golongan murid di mana muzik menjadi pilihan berhibur utama kepada muda-mudi khasnya golongan remaja dan murid. Jadi muzik boleh mengaplikasikan ke dalam suasana yang lebih positif dan berguna untuk tujuan menambah indahkan pembelajaran dan pengajaran agar lebih menarik dan murid boleh belajar sambil berhibur, tenang dan tidak tertekan.

Dengan ini, guru boleh menggabungkan unsur seni muzik dengan unsur matematik. Sebelum menyelesaikan masalah dalam matematik, guru menyediakan lagu dan memberikan peluang mereka menyanyi sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran. Lagu yang dipilih hendaklah sesuai dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari tersebut. Guru boleh mencipta atau mencari lagu yang berkaitan di internet. Contohnya dalam konsep matematik topik ini iaitu topik sepeluh iaitu poligon untuk mengira isipadu, perimeter, luas dan sebgainya. Guru boleh memuat turun lagu yang bertajuk “mengira isipadu” dan menyanyikan bersama-sama murid dalam kelas. Lagu ini adalah lagu yang di olah dari lagu kanak-kanak iaitu lagu “bapaku

Page 6: teori behaviorisma.docx

pulang”. Lirik lagu ini ditukar kepada formula untuk mengira isipadu dan topik yang terdapat dalam matematik. Selepas menyanyikan lagu tersebut guru perlu mengajar seperti biasa dengan menggunakan lagu tersebut dan menyuruh mereka menyelesaikan masalah matematik tersebut. Guru boleh menarik minat murid dengan menyediakan lagu hafalan formula.

Oleh itu, penggunaan muzik boleh dipilih sebagai elemen dalam pembelajaran dan pengajaran matematik kerana boleh menarik minat murid, keseronokan mengikut keadaan, prestasi dan boleh membuatkan murid lebih bersedia untuk belajar. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah mengajar bagi menarik minat murid selagi tidak bercanggah dengan peraturan dan objektif utama sistem pendidikan.