Teori Generic

download Teori Generic

of 2

Transcript of Teori Generic

  • 8/6/2019 Teori Generic

    1/2

    This post was published to Teori - teori dalam sosiolo... at 1:57:42 AM 6/3/2011

    Teori generik

    Hari ini dan minggu-minggu yang mendatang kita akan membincangkan tentang teori generic yang mana

    ianya adalah satu perkara yang asas dalam mengenali teori sains sosial. Dipanggil teori generic kerana

    dapat menerangkan secara keseluruhan fenomena yang berlaku pada kehidupan manusia. Terdapat

    juga ahli sosiologi yang menentangnya kerana tidak merangkumi keseluruhan fenomena masyarakat

    contohnya teori fungsional yang dianggap sebagai teori yang menganggap bahawa manusia memunyai

    fungsi dan struktur tertentu yang perlu dipenuhi dalam kehidupan mereka. Di sini apabila dinilai

    keseleruhannya teori ini boleh dianggap sebagai merangkumi tetapi tidak bagi sesetengah pendukung

    teori lain kerana mereka mengetepikan aspek negatif manusia iaitu pergolakan yang berlaku dalam

    fungsi yang ditetapkan oleh manusia itu sendiri. Begitulah keadaannya ahli sosiologi yang kita pelajari

    hari ini yang mana semua bertentangan pendapat kerana pegangan teori yang berlainan namun

    percanggahan ini yang melahirkan pelabgai teori lain yang menuju ke arah penerangan fenomena

    masyarakat yang semakin kompleks pada hari ini.

    Antara teori generic yang sangat dominan dibincangkan oleh ahli sains sosial hari ini adalah teorifungsional, interaksi simbolik, marxisme dan feminisme dan sebagainya. Hari ini perbincangan akan

    berkisar mengenai teori fungsional sebagai pembuka teori generic. Seperti yang diketahui bahawa teori

    ini dipelopori oleh Emile Durkheim dalam the division of labour yang membincangkan secara

    terperinci mengenai teori fungsional kemudian ianya dipanjangkan oleh Talcot Parson dalam structural

    fungsionalism. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda semua mengambil perhatian apabila

    membincangkan mengenai teori fungsional ini iaitu :

    1. Struktur2. Fungsi3. Keperluan fungsi (fungsional prerequisite)-talcot parson4. Kesepaduan nilai(value consensus)5. Social order

    (sumber haralambos & holborn, 2000)

    Kesemua elemen ini dapat menerangkan secara lengkap mengenai teori fungsional dan secara

    umumnya memberi kita benchmark kepada pemahaman yang mendalam mengenai teori yang lahir

    daripada teori fungsional seperti system theory dan sebagainya.

    Tokoh teori fungsional dan teorinya:

    Nama tokoh Works Tahun

    Auguste comte A General View of Positivism (published in English in 1865

    Herbert Spencer 'Progress: Its Law and Cause'theory ofsociocultural evolution

    1857

    Emile Durkheim The Division of Labor in Society (1893)

    Robert K Merton Middle range theory

    (sociology)

    1968

    A.R redcliffe Brown Structure and Function in

    Primitive Society

    1952

  • 8/6/2019 Teori Generic

    2/2

    Bronislaw Malinowski Structural Fungsionalisme

    Participate

    observation(methodology)

    -

    Davis & Moore fungsionalisme -

    Talcot Parson Action theory -

    Many more-try exploring sometime and make a fun to know the theorist.....