teori konflik

48
TEORI KONFLIK (Conflict Theories)

Transcript of teori konflik

Page 1: teori konflik

TEORI KONFLIK(Conflict Theories)

Page 2: teori konflik

ASAS TEORI KONFLIK• Teori ini menganggap konflik adalah satu

aspek utama (fundamental) dalam kehidupan masyarakat, dan ia tidak mungkin dapat diatasi sepenuhnya.

• Mengikut teori ini, konflik itu paling tidak dapat dibendung apabila agensi kawalan sosial yang bersifat formal (seperti polis, badan penguatkuasa dll) memaksa anggota masyarakat supaya tunduk dan akur kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Page 3: teori konflik

• Dari perspektif teori konflik, undang-undang menjadi alat penting yang digunakan oleh pihak berkuasa bagi menjaminkan supaya anggota masyarakat tidak melanggar peraturan atau melakukan sesuatu yang menjejaskan keutuhan institusi utama dalam masyarakat.

Page 4: teori konflik

• Dilihat dari aspek ini, ketenteraman sosial (social order) itu wujud bukan atas dasar keinginan atau persetujuan (consensus) masyarakat untuk melaksanakannya atau berbuat demikian, tetapi wujud atas dasar penggunaan kuasa melalui undang-undang.

Page 5: teori konflik

• Mereka yang berkuasa sentiasa bertindak mempastikan agar kedudukan mereka terus kekal begitu.

• Segala struktur yang mereka bina dan gunakan ke atas masyarakat memberi banyak faedah kepada diri mereka sendiri.

Page 6: teori konflik

INTIPATI TEORI KONFLIK

1. Masyarakat terdiri daripada kelompok sosial yang berbagai ragam. Kepelbagaian (diversity) ini wujud atas dasar perbezaan yang difikirkan oleh masyarakat sebagai penting. Ini termasuk perbezaan gender, orientasi seksual, kelas sosial, dll.

Page 7: teori konflik

2. Setiap kelompok mempunyai tafsiran tersendiri terhadap buruk baik sesuatu fenomina sosial. Dengan demikian ukuran moral dan tingkahlaku yang standard adalah berbeza dari satu kelompok dengan kelompok lain.

Page 8: teori konflik

3. Konflik antara kelompok tidak dapat dielakkan. Konflik ini berpunca daripada kepelbagaian dan perbezaan seperti dinyatakan dalam (1) di atas. Kelompok-kelompok yang wujud atas dasar kepelbagaian ini sentiasa bersaing untuk mendapat kuasa, kekayaan, dan lain-lain kepentingan.

Page 9: teori konflik

4. Sifat utama konflik antara kelompok berpusar kepada penggunaan kuasa politik. Kuasa politik adalah punca bagi pengumpulan kekayaan dan lain-lain bentuk kuasa.

Page 10: teori konflik

5. Undang-undang adalah alat kuasa, dan dipergunakan bagi menjaga dan mengawal kepentingan mereka yang berkuasa. Undang-undang memberi ruang kepada yang berkuasa untuk memperolehi sesuatu atau memberi akses kepada mereka mendapat sesuatu secara sah (atau yang mereka tafsirkan sebagai sah), di samping menyekat orang lain (melalui undang-undang) daripada memperolehinya.

Page 11: teori konflik

6. Mereka yang berkuasa akan sentiasa berusaha untuk menjaga dan mengekalkan kuasa mereka supaya tidak jatuh ke tangan orang lain.

Sumber (http://wps.prenhall.com/chet_schmalleger_crimtoday_3/0,8087,907545-,00.html)

Page 12: teori konflik

TOKOH-TOKOH UTAMA TEORI KONFLIK

• Antara tokoh utama teori konflik termasuk: Karl Marx, Weber (kelasik), Simmel, Dahrendorf, dan Coser, (moden)

Page 13: teori konflik

KARL MARX

Perkara terpenting berkaitan dengan pemikiran intelek Karl Marx adalah seperti berikut:

• Teori Kelas• Kaedah Dialectic• Konsep Alienation

Page 14: teori konflik

Teori Kelas

• Mengikut Marx, ekonomi merupakan faktor utama atau "basic structure" dalam masyarakat.

• Faktor-faktor lain seperti politik, agama, dll. yang disebut sebagai “super structure” adalah bergantung kepada faktor utama tersebut.

Page 15: teori konflik

• Marx mengatakan perkembangan modal yang membawa kepada kekayaan material, dapat membebaskan manusia daripada kesempitan hidup.

• Tetapi keadaan ini dikatakan akan membawa kepada penindasan golongan minoriti yang menguasai modal/ kekayaan ke atas golongan majoriti (yang tidak menguasai modal/ kekayaan)

Page 16: teori konflik

• Golongan yang menguasai modal/ kekayaan adalah disebut kelas borjuis, dan golongan yang tidak menguasai modal/kekayaan disebut kelas proletar (kelas pekerja).

• Marx mengatakan, kelas proletar tertakluk kepada pelbagai tekanan dan ekploitasi daripada kelas borjuis.

• Kelas borjuis yang kecil (minoriti) memperalatkan kelas proletar untuk menambah modal/kekayaan mereka.

Page 17: teori konflik

• Akibatnya, golongan proletar akan sedar bahawa mereka ditindas oleh golongan borjuis, dan kesedaran kelas (class consciousness) ini akan membawa kepada perasaan kelas (class feeling).

• Akhirnya wujud tindakan bagi menghapuskan masyarakat yang berkelas (class society) serta menggantikannya dengan masyarakat tanpa kelas (classless society)

Page 18: teori konflik

• Masyarakat tanpa kelas (masyarakat sosialis) wujud atas asas sistem pemerintahan pekerja, oleh pekerja dan untuk pekerja.

• Ia beroperasi atas prinsip "from each according to his abilities to each according to his needs".

Page 19: teori konflik

• Marx mengatakan, untuk mencapai tahap masyarakat baik (good society), perlu satu peringkat pengwasan (peringkat tutorial) sehingga golongan pekerja dapat mempelajari cara-cara yang baik untuk hidup bersama dan mendapat faedah bersama.

Page 20: teori konflik

Kaedah Dialektik

• Marx memperluaskan gagasan "dialectic of ideas" yang dikemukakan oleh Hegel kepada aspek material - dikenali dengan konsep "dialectical materialism".

• Mengikut Marx, manusia tidak puas dengan apa yang diperolehinya, dan sentiasa berjuang secara berterusan untuk memenuhi keperluan baru.

Page 21: teori konflik

• Ini dapat diperturunkan dalam satu rangkaian perubahan berikut:

Thesis antithesis synthesis

Page 22: teori konflik

• Idea dialectik ini tidak melihat hubungan antara fenomina sosial dalam bentuk satu hala (one-way) sahaja seperti dalam huraian sebab musabab.

• Dalam huraian sebab musabab satu fenomina boleh menjadi penyebab berlakunya fenomina lain, iaitu A menyebabkan B.

• Tetapi dalam hubungan dialectik A boleh menyebabkan B, dan sebaliknya B juga boleh menyebabkan A.

Page 23: teori konflik

• Contohnya: Borjuis menidas proletar, dan ini membawa kepada wujudnya reaksi dari proletar dengan mengambil tindakan menghapuskan borjuis.

A(thesis) B(antithesis) A(synthesis)

Page 24: teori konflik

• Idea dialectic tidak mengenepikan soal nilai dalam fenomina yang dikaji.

• Bagi Marx, apabila membuat penelitian tentang satu-satu fenomina sosial, seseorang itu tidak boleh memisahkan nilai daripada fenomina tersebut, malah ia menjadi sebahagian daripada kajian. (contoh: nilai-nilai Proletar).

Page 25: teori konflik

• Idea dialectic juga tidak memisahkan satu fenomina sosial dengan fenomina lain dengan jelas, malah semuanya berkaitan (Borjuis boleh jadi proletar & sebaliknya).

• Selain itu, idea dialectic tidak melihat keadaan semasa sahaja, malah juga keadaan masa lalu, dan masa akan datang.

Page 26: teori konflik

Alienation

• Alienation adalah keadaan di mana manusia dikuasai oleh gerakuasa (force) yang dicipta sendiri - yang berdepan dengan mereka sebagai kuasa-kuasa alien.

Page 27: teori konflik

• Contoh yang dikemukakan oleh Marx ialah wang- yang dicipta oleh manusia dan akhirnya menguasai diri mereka sendiri.

• Kekuasaan seseorang itu bergantung kepada kuasa wang yang dimilikinya.

Page 28: teori konflik

• Kuasa wang (the power of money) dapat mengabui mata manusia.

• Yang bodoh boleh mengupah yang pandai bekerja untuknya;

• Yang keji dianggap mulia kerana mempunyai wang, sebab wang itu sesuatu yang amat dihargai; dan

• Yang hodoh boleh berkahwin dengan yang cantik kerana ada wang.

Page 29: teori konflik

• Mereka terasing dengan rakan sekerja kerana menumpukan perhatian kepada tugas masing-masing. Kadang-kadang tidak mengenali antara satu sama lain.• Pekerja terasing dengan potensi yang ada pada diri mereka sendiri (human potential). Mereka bekerja sebagai mesin yang tidak berpeluang menzahirkan potensi/kualiti yang ada pada diri masing-masing.

Page 30: teori konflik

• Bagi Marx, proses alienation ini diperluaskan ke peringkat pengeluaran, di mana manusia dikatakan terasing dengan perkara berikut:• Pekerja terasing dengan pekerjaan mereka. Mereka bekerja untuk golongan kapitalis. Minat mereka hanya mendapat upah.• Pekerja terasing dengan hasil keluaran mereka akibat pengkhususan (division labour).

Page 31: teori konflik

RALF DAHRENDORF

• Ralf Dahrendorf mengatakan masyarakat mempunyai "dua muka" (two faces) atau dua dua model, di satu pihak wujudnya persetujuan (consensus), dan di satu pihak lain pula wujudnya konflik.

Page 32: teori konflik

Two Faces of Society

• Jika teori structural-functional menumpukan perhatian kepada soal ketenteraman (orderliness) dan persetujuan (consensus) dalam masyarakat, teori konflik menumpukan kepada soal perselisihan pendapat, perbalahan dan konflik dalam masyarakat.

Page 33: teori konflik

• Jika teori functionalist menitikberatkan soal kestabilan dan integrasi dalam masyarakat, teori konflik pula menitikberatkan soal perubahan dan disintegrasi pada pelbagai unsur dalam masyarakat.

Page 34: teori konflik

• Jika teori functionalist melihat masyarakat sebagai satu entiti yang berpadu (integral entity) yang diikat oleh nilai, norma dan moraliti yang dikongsi bersama oleh anggota masyarakat, teori konflik mengatakan jika pun terdapat ketenteraman dalam masyarakat, ketenteraman tersebut lahir daripada tekanan beberapa orang individu yang memegang kuasa dari atas.

Page 35: teori konflik

• Dengan kata lain, jika golongan fungsionalis mengatakan ketenteraman yang wujud dalam masyarakat itu disebabkan setiap anggota masyarakat akur kepada sistem nilai yang dipegang bersama, pendokong teori konflik sebaliknya mengatakan ketenteraman itu wujud atas dasar kuasa (role of power) yang dipegang dan dilaksanakan oleh pihak tertentu (iaitu pemerintah) dari atas.

Page 36: teori konflik

• Dahrendorf mengakui masyarakat tidak boleh wujud tanpa dua faktor ini, yang masing-masing dikatakan menjadi pra-syarat kepada satu sama lain.

• Persetujuan membawa kepada konflik dan seterusnya konflik membawa kepada persetujuan.

• Ini dirumuskan seperti berikut:

Page 37: teori konflik

CIRI-CIRI PERSETUJUAN (CONSENSUS)

Setiap masyarakat mempunyai susunan unsur-unsur yang berterusan

Setiap masyarakat merupakan susunan unsur yang berpadu

Setiap unsur dalam masyarakat memberi sumbangan (berfungsi) ke arah kewujudan masyarakat sebagai satu entiti yang fungsional

Setiap masyarakat wujud atas dasar persetujuan (consensus) di kalangan anggotanya.

CIRI-CIRI KONFLIK

Setiap masyarakat tertakluk kepada perubahan pada setiap detik. Perubahan tidak dapat dielakkan

Setiap masyarakat mengalami konflik sosial, juga pada setiap detik. Oleh itu konflik sosial tidak dapat dielakkan

Setiap unsur dalam masyarakat memberi sumbangan ke arah perubahannya sendiri

Setiap masyarakat wujud atas dasar adanya tekanan (constraint) ke atas sesetengah anggotanya daripada anggota yang lain

Page 38: teori konflik

• Apabila Dahrendorf mengatakan ketenteraman (orderliness) yang wujud dalam masyarakat disebabkan oleh tekanan (enforced constraint) daripada mereka yang mempunyai kuasa atau autoriti dari atas, maka bagi beliau soal agihan autoriti yang berbeza (differential distribution of authority) merupakan faktor penentu bagi wujudnya konflik dalam masyarakat.

Page 39: teori konflik

• Dahrendorf menegaskan bahawa pelbagai kedudukan atau position yang dipegang oleh anggota masyarakat menyebabkan terdapatnya perbezaan-perbezaan dari segi autoriti, dan justeru itu membawa kepada wujudnya konflik.

Page 40: teori konflik

• Perkara yang menimbulkan konflik disebabkan perbezaan kedudukan dan autoriti ini dihubungkan dengan soal domination (dominasi) dan subjugation (keadaan didominasikan).

• Yang penting bagi Dahrendorf bukan individu yang mendominasi atau yang didominasi, tetapi struktur autoriti dalam masyarakat yang menyebabkan domination dan subjugation itu berlaku.

Page 41: teori konflik

• Dengan kata lain, wujudnya struktur autoriti yang memperlihatkan adanya unsur super-ordination (kedudukan di atas) dan sub-ordination (kedudukan di bawah) dalam masyarakat.

Page 42: teori konflik

• Sesiapa sahaja yang memegang kedudukan tertentu dijangka akan mengenakan tekanan atau mendominasikan mereka di bawahnya, bukan kerana ingin berbuat demikian atas dasar peribadi, tetapi semata-mata untuk memenuhi jangkaan (expectation) kedudukan atau peranan yang dipegangnya.

Page 43: teori konflik

• Seperti juga autoriti, jangkaan ini dihubungkan dengan kedudukan atau peranan, bukan individu yang memegang peranan tersebut.

• Autoriti dan juga jangkaan memenuhi kedudukan itu adalah sesuatu yang sah.

• Oleh yang demikian, hukuman boleh dikenakan kepada mereka yang engkar atau yang tidak menurut arahan daripada autoriti yang sah tersebut.

Page 44: teori konflik

• Dahrendorf seterusnya mengatakan oleh kerana autoriti itu dikaitkan dengan kedudukan atau peranan, maka ia bukan sesuatu yang tetap dipegang oleh individu tertentu.

• Seseorang individu itu mempunyai autoriti selagi beliau memegang peranan atau menduduki position yang membolehkannya mendominasi atau dijangka mendominasikan orang lain di bawahnya.

Page 45: teori konflik

• Seseorang itu juga boleh dalam satu keadaan mendominasikan, tetapi dalam keadaan lain pula didominasikan oleh orang lain.

• Misalnya, di pejabat seorang pegawai wanita boleh memberi arahan (mendominasikan) kepada staf bawahannya, tetapi di rumah, beliau didominasikan pula oleh suami.

Page 46: teori konflik

• Dalam masyarakat terdapat pelbagai pertbuhan, organisasi, institusi dll., dengan demikian seseorang individu itu boleh menduduki atau memegang peranan superordination (atasan), DAN pada masa yang sama menduduki atau memegang peranan subordination (bawahan).

Page 47: teori konflik

• Autoriti yang terdapat dalam satu-satu persatuan atau pertubuhan itu adalah sesuatu yang berdikotomi (dichotomous), iaitu terletak pada dua penghujung yang berbeza.

• Oleh yang demikian, hanya dua kelompok yang berbeza akan wujud dalam persatuan atau pertubuhan tersebut, iaitu kelompok superordination dan kelompok subordination.

Page 48: teori konflik

• Kelompok-kelompok yang mewakili kepentingan yang berbeza ini disebut sebagai kelompok-kelompok sekepentingan (interest groups).

• Kelompok sekepentingan akhirnya menjadi kelompok berkonflik (conflict groups).