teori ni

17
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107 1 PENGENALAN Terdapat banyak teori kaunseling yang telah dikemukakan oleh ahli falsafah d sarjana, namun saya telah memilih Teori Pemusatan Perorangan sebagai tajuk tugasan subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak ini. Teori Pemusatan Perorangan/Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau teori fenomenolo yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan, gestalt dan kewujudan. Ia diasaskan oleh arl !ansom !ogers di dalam tahun "#an yang menamakannya kaunseling bukan-arahan atau kaunseling pusatan-klien. Ia men$abar pendekatan- pendekatan pusatan-kaunselor dan kaunseling arahan yang mengandaikan bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan membantu kliennya di dalam semua bidang. Ia men$abar teknik-teknik dan tata$ara-tata$ara yang berbentuk nasihat, saranan, arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh kaunselor. abaran ini dilakukan oleh !ogers semata-mata kerana keper$ayaan dan keyakinannya bahawa manusia itu memang baik, memang boleh diper$ayai, dan memang mempunyai keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri serta menyelesaikan masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa $ampur tangan se$ara langsung oleh kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh menuju ke arah penentuan kendiri, jika mereka dibawa terlibat di dalam perhubung kaunseling atau terapi. Baginya sifat-sifat peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan antara kli dengan kaunselor itu adalah merupakan dua faktor utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa memerlukan arahan-arahan yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan sebelum dan selepasnya. Kerana itulah tata$ara dan tekni tidak penting baginya. %elalui penglibatannya yang meluas di dalam kaunseling da psikoterapi indi&idu, !ogers telah mengemukakan teori dan pendekatannya yang dinamakan terapi pusatan-klien di dalam tahun '()'. Teori ini terus diperbaikiny hasilnya diterbitkan di dalam tahun '(*+. Teori dan pendekatan yang dikemukakan !ogers ini men$etuskan minat yang mendalam di kalangan para pendidik yang menekankan pengajaran pemusatan pelajar.

description

.

Transcript of teori ni

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 310715

PENGENALAN

Terdapat banyak teori kaunseling yang telah dikemukakan oleh ahli falsafah dan sarjana, namun saya telah memilih Teori Pemusatan Perorangan sebagai tajuk tugasan subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak ini. Teori Pemusatan Perorangan/Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau teori fenomenologi yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan, gestalt dan kewujudan. Ia diasaskan oleh Carl Ransom Rogers di dalam tahun 40an yang menamakannya kaunseling bukan-arahan atau kaunseling pusatan-klien. Ia mencabar pendekatan-pendekatan pusatan-kaunselor dan kaunseling arahan yang mengandaikan bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan membantu kliennya di dalam semua bidang.Ia mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan, arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh kaunselor. Cabaran ini dilakukan oleh Rogers semata-mata kerana kepercayaan dan keyakinannya bahawa manusia itu memang baik, memang boleh dipercayai, dan memang mempunyai keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri serta menyelesaikan masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa campur tangan secara langsung oleh kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh menuju ke arah penentuan kendiri, jika mereka dibawa terlibat di dalam perhubungan kaunseling atau terapi. Baginya sifat-sifat peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan antara klien dengan kaunselor itu adalah merupakan dua faktor utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa memerlukan arahan-arahan yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan sebelum dan selepasnya. Kerana itulah tatacara dan teknik tidak penting baginya.Melalui penglibatannya yang meluas di dalam kaunseling dan psikoterapi individu, Rogers telah mengemukakan teori dan pendekatannya yang dinamakan terapi pusatan-klien di dalam tahun 1951. Teori ini terus diperbaikinya dan hasilnya diterbitkan di dalam tahun 1962. Teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh Rogers ini mencetuskan minat yang mendalam di kalangan para pendidik yang menekankan pengajaran pemusatan pelajar. Di samping itu, Rogers juga telah mencuba teorinya untuk digunakan dengan kelompok-kelompok, dan juga dalam kaunseling keluarga pada tahun 1970 dan 1972. Sejak kebelakangan ini seolah-olah sudah muncul minat untuk menerapkan teorinya di dalam bidang perhubungan antarabangsa dan politik.

A) KEPENTINGAN TEORI, PANDANGAN TENTANG MANUSIA DAN MASALAH YANG DIHADAPI

Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya. Ia menolak anggapan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri, andainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai.

Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa keoada kebebasan dan berdikari. Sifat-sifat yang ada pada manusia adalah seperti membina, bekerjasama, boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan negatif yang terdapat pada manusia seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan.Andaian-andaian teori ini terhadap manusia adalah seperti :

1. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita dengan orang-orang lain.2. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya.3. Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara konsep kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu.4. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia untuk berkongsi masalahnya.

Manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan berjaya. Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia akan berkembang dengan yakin ke arah nirwana kendiri menjadi apa sahaja yang dia inginkan. Jika manusia tidak menerima kasih sayang dan sokongan orang yang penting baginya, kemungkinan besar manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap orang lain tidak boleh dipercayai, serta mereka akan bersikap mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang. Persepsi seseorang tentang diri dan persekitaranya merupakan realiti baginya.

Bagi Rogers, untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan membina, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu;

1. Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat3. Kefahaman yang mendalam

Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam hubungannya dengan kaunselor, ia juga akan mula menghayati sifat-sifat dan ciri-ciri ini dan seterusnya lebih bersedia untuk menerima pengalaman-pengalaman yang dilaluinya. Rogers sangat menekankan asas kejadian manusia bersifat positif. Arah pergerakan manusia lebih kepada kesempurnaan kendiri (self-actualisation), kemantapan dan bersosialisasi. Rogers tidak begitu bersetuju dengan pandangan ini, terutamanya, agama Kristian yang menganggap manusia umumnya cenderung membuat dosa. Begitu juga dengan Freud yang mengatakan manusia tidak rasional, tidak sosial, ganas dan suka merosakkan diri sendiri dan orang lain. Menurut Rogers, sememangnya manusia ada berkelakuan demikian, tetapi pada masa itu, dia berkeadaan neurotik, dan berfungsi tidak sepenuhnya seperti manusia yang sebenar. Manusia bebas untuk mengalami dan memenuhi keperluan asas manusia apabila dia berupaya untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Sebenarnya, makhluk manusia adalah positif dan bersosial, boleh dipercayai dan konstruktif. Misalnya, tingkah laku manusia ada persamaan dengan tingkah laku seekor singa. Menurut Rogers, seekor singa merupakan binatang konstruktif dan boleh dipercayai dalam golongan makhluk singa. Walaupun singa biasanya digambarkan sebagai binatang buas tetapi makhluk ini mempunyai kualiti yang baik. Dia membunuh hanya apabila dia lapar, bukan membunuh dengan sewenang-wenangnya Seekor singa membesar daripada anak yang begitu bergantung kepada kebebasan; dan ia bertukar daripada menjadi makhluk yang pentingkan diri sendiri kepada makhluk yang sentiasa bekerjasama dan menjaga kepentingan kumpulan. Jadi, apa yang jelas di sini ialah pandangan Rogers terhadap manusia adalah begitu positif, sama seperti pandangan Maslow dan Goldstein yang menekankan bahawa organisme bergerak ke depan untuk mencapai potensi diri sendiri. Tidak ada penggerak yang distruktif dalam diri manusia, kesemuanya bergerak ke tahap personaliti yang sihat, self-actualising dan self-realising.

B) STRATEGI DAN KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM PROSES MENOLONG KLIEN

Kaunseling Pemusatan Perorangan/Insan mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai atau menuju ke arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu-satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan, dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi. Hubungan kaunselor dengan klien dilihat sebagai ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling, komunikasi difokuskan kepada individu yang mengalami masalah. Rogers (1986) menyarankan tiga suasana yang fasilatatif iaitu :i. Ketulenan sebenar atau kongruenii. Penerimaan, mengambil berat dan bersangka baikiii. Mempunyai kefahaman empati

Kajian yang telah dibuat menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang dicadangkan oleh Rogers adalah sesuai untuk menggalakkan peningkatan penyesuaian psikologikal pada diri klien. Melalui kaunseling pemusatan insan, klien telah meningkatkan penghargaan kendiri. Kajian-kajian telah mengesahkan kepentingan sumbangan empati, penghormatan dan ketulenan dalam proses kaunseling. Satu ciri utama yang membezakan kaunseling pemusatan insan dengan pendekatan lain ialah meningkatnya tahap tanggungjawab pada diri klien berbanding dengan yang dijangkakan oleh kaunselor. Amir Awang (1987), menjelaskan bahawa Rogers telah mengemukakan beberapa sifat yang terdapat di dalam teori ini. Antaranya ialah teori ini dianggap sebagai fleksibel dan sedia menerima perubahan dari semasa ke semasa. Ia memberi fokus kepada keupayaan klien serta tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi menghadapi kenyataan, dan seterusnya menghasilkan tingkahlaku yang sesuai dengan realiti. Pendekatan teori ini memberi tumpuan utama kepada dunia fenomenologi klien sendiri. Ini bermaksud setiap klien melihat kenyataan atau realiti menurut kaca mata dan teropongnya sendiri. Manakala kaunselor harus bersedia untuk menerima persepsi subjektif ini dan harus bersedia merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh klien melalui proses empati. Kaunselor juga harus mengelak dari mencemuh, menyangkal, mengkritik atau sebagainya.

Pendekatan teori ini boleh digunakan dengan semua jenis klien iaitu normal, neurotik dan psikotik. Melalui hubungan yang dibina oleh kaunselor bersama klien yang kongruen, menerima kliennya tanpa syarat dan mempunyai keupayaan untuk berempati, klien dengan sendirinya akan menemui dirinya sendiri melalui proses kaunseling. Dengan menggunakan teori ini kaunselor hendaklah ikhlas, jujur, mesra dan bersedia menerima kliennya, serta mempunyai kebolehan untuk berempati secara tepat. Dengan sifat dan kebolehan ini, klien bolehlah diajak untuk memberi fokus kepada apa yang dirasai dan dialaminya masa kini dan pada ketika itu.Sebagai suatu teori yang menekankan usaha bersama di antara kaunselor dan klien untuk membolehkan klien berkembang, kaunselor dan klien terlibat secara langsung di dalam proses berkembang untuk menuju ke arah matlamat, manakala kuasa dan kawalan tidak dipegang oleh kaunselor. Malah klienlah yang memilikinya, dan klien juga yang menentukan bagaimana ia hendak menggunakan kuasa dan kawalan ini bagi mengembangkan dirinya.(Rogers, 1977). Antara teknik-teknik teori Pemusatan Insan ialah :

1. Penerimaan Tanpa SyaratTeknik ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien tanpa syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama ada baik atau jahat. Dalam ertikata lain, kaunselor haruslah bersedia menerima kliennya tanpa mengenakan apa-apa syarat ke atasnya. Ia harus bersedia menerima kliennya tanpa prasangka atau sebarang penilaian. Kaunselor juga haruslah juga sering berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada kliennya yang ia sedia menerima kliennya, agar kliennya rasa senang terhadapnya lantas memuji, menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima klien. Sikap ikatan dua hala ini (double binding) hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada udang disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, klien akan dapat merasa ketulenan kaunselor tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.

2. EmpatiSifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya, iaitu cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien. Di dalam teknik ini memerlukan kaunselor mempunyai kefahaman empati yang tepat. Klien yang datang bersamanya membawa dunia subjektifnya, yang tentu berbeza daripada dunia subjektif kaunselor itu sendiri. Dari huraian klien, baik melalui bahasa mahupun melalui gerak-geri tubuh badannya, kaunselor haruslah berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat merasai, mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam objektifnya dari realiti yang sebenar.

3. KetulenanSifat jujur, ikhlas dan tulen harus ada pada kaunselor yang menggunakan teknik ini. Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan orang lain. Kaunselor tidak sepatutnya menyelewengkan komunikasi, menyembunyikan motif atau bertindak dengan agenda yang tersembunyi, berpura-pura dan mengelak.Kaunselor haruslah bersikap terbuka dengan klienya. Ia tidak tersekat-sekat atau teragak-agak untuk menyampaikan apa jua yang dirasainya, baik yang positif mahupun negatif. Dengan yang demikian ia dapat menjadi sebagai contoh atau model kepada kliennya untuk juga bersifat terbuka, jujur dan ikhlas di dalam menyatakan perasaan dan pengalamannya.

4. Aktif Mendengar dan berfikirMendengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi kaunseling. Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang klien cakap samada secara lisan atau bukan lisan. Tumpuan atau perhatian merupakan prasyarat terhadap membantu. Pendengar yang aktif akan memberi maklum balas tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri untuk tiga sebab iaitu ;a. ia akan memastikan ia betul-betul faham apa yang dicakapkan oleh kliennyab. ia akan memastikan ia betul-betul telah mendengarc. ia akan membantu klien membuat pendedahan kendiri Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor sedang mendengar dan menggalakkan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh membantu untuk merangka suatu ketetapan yang lebih memuaskan. Menurut Mc Kay, Davis dan Fanning (1983) menyatakan bahawa mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bekerjasama di dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah parafrasa, menjelaskan dan maklum balas.

4.1 ParafrasaParafrasa bermaksud mengatakan dengan perkataan sendiri apa yang telahdikatakan oleh klien seperti; apa yang saya faham dengan kata lainKaunselor harus memparafrasakan apabila klien menyebut sesuatu yang penting kepadanya.

4.2 PenjelasanPenjelasan bermaksud bertanyakan soalan untuk mendapatkan penjelasan agar kaunselor boleh memahami kenyataan-kenyataan yang kabur. Tujuannya ialah memahami dari konteks bagaimana cara berfikir klien dan perasaannya terhadap sesuatu masalah.

4.3 Maklum BalasSewaktu temubual kaunseling maklum balas menyediakan peluang untuk kaunselor berkongsi apa yang difikirkan, dirasakan dan untuk menyemak persepsi. Untuk menyemak persepsi kaunselor merangka apa yang dia dengar dan dipersepsikan ke dalam tentatif.

5. KongruenKongruen memerlukan kaunselor bersifat telus terhadap klien, iaitu jika kaunselor merasa marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia menyembunyikannya. Ini menyebabkan berlakunya tidak kongruen. Adalah menjadi satu dilema untuk menjadi kongruen kerana ia kadangkala bercanggah dengan sikap tidak menghukum.

6. Mendengar untuk merasaInteraksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap dunia seseorang dan menyatakan kefahaman itu kepada klien. Melalui pendengaran dan tindakan yang tepat, halangan yang merintangi persefahaman dua hala boleh dihindari. Dinkmeyer & Losoney, 1980, mengenalpasti dan menyatakan perasaan dalam sesuatu mesej boleh dirangka dalam bentuk; perasaan kamu sekarang jika apa yang saya dengar ini betul

7. Mendengar dengan empatiMendengar dengan empati bermaksud kaunselor menyedari bahawa walaupun sesuatu perkara amat berat tetapi kaunselor perlu juga membantunya. Kaunselor perlu bertanya diri sendiri bagaimana kepercayaan dan keputusan walau pun ia mungkin gagal tetapi boleh mengurangkan kerisauan klien.

8. MenghormatiMenghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan tentang keunikan orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan, kemahuan dan keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama rata.

9. Penerimaan yang mesraTeknik ini merupakan keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah dan menerima menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan isyarat-isyarat kongruen, keterbukaan dan kesudian untuk mendengar.

10. KonfrontasiKonfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang individu itu tentang perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri, dengan cara yang tidak agresif, tidak menghakimi, tidak kritikal atau tidak defensif (mempertahankan diri). Ia bertujuan untuk menyedarkan individu tersebut sama ada tingkah lakunya menggalakkan atau menghalang perhubungan interpersonalnya.

C) KEBERKESANAN TEORI DARI ASPEK KEKUATAN DAN KELEMAHANKekuatan Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu antara kekuatan teori ini menurut mereka ialah :a. menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klienb. Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran kaunselor merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkan perhubunganc. Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri

Teori pemusatan perorangan/insan memberi sumbangan yang besar kepada kaunseling dan psikoterapi. Pendekatan ini begitu terbuka hingga boleh digunakan oleh pelbagai jenis kaunseling seperti kaunseling individu, kelompok dan keluarga. Teori ini juga boleh diguna pakai di dalam situasi yang berbeza-beza, misalnya dalam bidang pendidikan, organisasi kerajaan atau swasta, kebajikan pusat pemulihan, hospital, dan pelbagai situasi yang lain. Kaunseling yang tidak berpusatkan kepada kaunselor ini memberi sepenuh tumpuan kepada keupayaan klien untuk memikul tanggung jawab membuat keputusan. Kaunselor membantu klien meneroka, memahami dan mendapat kesedaran terhadap persoalan hidupnya dan klien sendiri akan memilih alternatif perubahan yang dikehendaki setelah berbincang bersama dengan kaunselor. Ini bermakna klien dapat merasakan dia berkuasa menentukan hidup. Sambutan yang diberi kepada kaunseling pemusatan insan sejak ia diperkenalkan pada tahun 50an dulu dapat bertahan hingga sekarang. Satu sumbangan yang berharga bagi pengamal-pengamal kaunseling ialah kaunseling atau psikoterapi tidak dikuasai secara ekslusif oleh mereka yang menggelarkan diri mereka pakar, terutamanya terapis psikoanalitik. Sekarang ini, kita dapati ramai ahli masyarakat yang dapat menggunakan perkhidmatan kaunseling dan bukan hanya segelintir yang berkeupayaan membayar dengan bayaran yang tinggi. Kaunseling pemusatan insan juga dapat menekankan kepentingan perhubungan hormat menghormati antara klien dengan kaunselor sebagai satu elemen utama dalam menjalankan kaunseling. Tiga sifat kaunselor iaitu kongruen, penerimaaan positif tanpa syarat dan empati sudah menjadi ciri kepastian bagi pendekatan kaunseling yang berlainan. Selain daripada sumbangan terhadap aplikasi kaunseling dan terapi, Rogers sebagai pelopor teori pemusatan insan juga menyumbang kepada psikologi personaliti yang merupakan landasan kepada teori ini. Secara khusus, beliau telah menyumbang dari segi kefahaman terhadap manusia, menekankan idea tentang perhubungan interpersonal dalam perkembangan personaliti, perubahan semasa melalui proses kaunseling dan menunjukkan keterbukaan dan fleksibiliti untuk penyelidikan secara saintifik. Konsep fenomenologi yang dipegang Rogers membawa tiga pengaruh utama dalam memahami personaliti. Apa yang penting ialah pengalaman yang dialami individu bukan sangat maklumat profesional atau pun yang sepatutnya dialami. Pertama, pendekatan fenomenologi mencabar pendekatan yang digelar objektif untuk memahami tingkah laku manusia. Objektif merujuk kepada mengkaji individu dari luar, secara tingkah laku, mekanikal dan tidak lebih terlibat secara personal. Rogers mempertikaikan bentuk kajian objektif terapi sedemikian. Beliau membuktikan bahawa manusia boleh dikaji secara fenomena (mendalami dunia subjektif individu) dan mengorak langkah baru untuk mengkaji secara ini, yang juga saintifik. Kedua, Rogers mendalami kajian terhadap konsep kendiri. Pemerhatian secara langsung semasa sesi kaunseling membolehkan kajian dilakukan dalam dunia individu, sama ada yang sihat atau bercelaru. Ketiga, Rogers mengajak kita memahami individu dengan memberi kepercayaan kepadanya. Dengan penerimaan dan persekitaran yang menyokong, individu akan berkembang ke arah kebaikan dan kesempurnaan.

Kelemahan

Seperti teori-teori yang lain, teori pemusatan perorangan/insan ini juga mempunyai kekurangan dan kelemahannya. Antara lain ialah ;a. Terapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara yang tertentu yang terdapat di dalam setengah-setengah psikoterapi.b. Terapi ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan klienc. Kebanyakkan konsep di dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah. Ianya terlalu abstrak. Satu kelemahan yang ketara bagi teori pemusatan perorangan/insan ialah, bukan kerana kelemahan teorinya tetapi lebih kepada cara teori ini diaplikasikan. Terdapat sebahagian kaunselor yang salah faham atau menyalahgunakan teori ini di peringkat amalan. Ramai kaunselor yang memahami prinsip-prinsip teori ini (atau memikirkan yang mereka memahami), dan secara falasafah bersetuju dengan prinsip-prinsipnya (atau memikirkan mereka bersetuju), mendapati sukar untuk mempraktikkan teori ini dengan berkesan. Misalnya, kaunselor sekolah selalu beranggapan bahawa oleh kerana ciri teori ini yang tidak mengarah, ia sukar dimanfaati oleh murid-murid yang sudah biasa menerima arahan dari guru-guru kelas. Pandangan ini lebih kepada keinginan kaunselor yang mahukan kuasa mengarah dalam menjalankan kaunseling dan tidak semestinya klien tidak sesuai dengan pendekatan teori pemusataninsan. Perhubungan antara kaunselor dengan klien yang begitu mesra dan menerima klien tanpa syarat, boleh menimbulkan kegelisahan kepada kaunselor yang tidak dapat memastikan had-had perhubungan. Potensi untuk menyalahgunakan keintiman perhubungan ini boleh dianggap sebagai satu kekurangan faktor mengawal. Sempadan antara pakar dan pesakit tidak terdapat dalam teori ini. Walaupun sebenarnya ia bukan kelemahan teori ini, ia lebih merupakan penyalah gunaan kuasa terhadap klien dalam situasi perhubungan saling hormat menghormati. Kritikan terhadap teori ini yang selalu didengar ialah kaunselor pemusatan insan senang dimanipulasikan oleh klien. Memang benar klien yang ingin memanipulasikan kaunselor lebih senang berbuat demikian kerana ciri penerimaan tanpa syarat, dan juga pengiayaan alam subjektif fenomenologi klien oleh kaunselor. Jika keseluruhan proses kaunseling pemusatan insan difahami dengan betul, persoalan ini tidak timbul kerana pada akhirnya klien akan menyedari bahawa memanipulasikan kaunselor yang memberi tumpuan menolong sepenuhnya kepada beliau akan cuma merugikan dirinya sendiri yang mahukan pertolongan. Satu lagi kritikan ialah teori ini tidak sesuai dengan orang yang mengalami kecelaruan psikologi yang teruk. Ia lebih sesuai kepada persoalan kehidupan harian. Klien-klien yang mengalami kecelaruan mental seperti psikotik atau neurosis berlebihan, kurang berkesan jika menggunakan pendekatan ini. Oleh kerana tiada strategi atau teknik khusus dimajukan oleh pendekatan ini, kadangkala ia menyusahkan kaunselor, terutama yang baru, untuk menerokai masalah klien. Pengunaan kemahiran-kemahiran seperti refleksi, parafrasa atau rumusan yang terlalu mekanikal boleh menimbulkan kebosanan kepada klien, sehingga mempengaruhi perkembangan keseluruhan sesi kaunseling. Kritikan ini boleh diterima jika ia khusus kepada kemahiran kaunselor, tetapi tidak pula menujukkan bahawa teori ini lemah dari segi proses kaunseling.