TEORI PSIKOANALITIK

3
TEORI PSIKOANALITIK Diperkenalkan oleh sigmund Freud. Teori ini berkaitan dengan penggunaan bahasa menganalisa atau membincangkan seni visual. Seni boleh meluahkan emosi seseorang Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan perantara paling penting dan utama dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia. Freud juga menyatakan bahawa tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visual. Freud juga mengkaji hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya mereka Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh mewujudkan perasaan dan emosi. Penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi. Contohnya; membimbing kanak-kanak melukis ahli keluarganya boleh memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak serta emosinya terhadap keluarga Dalam kajian kes Jarboe(2008) terhadap seorang kanak- kanak berumur 5 tahun yang bernama Bridget.

Transcript of TEORI PSIKOANALITIK

Page 1: TEORI PSIKOANALITIK

TEORI PSIKOANALITIK

Diperkenalkan oleh sigmund Freud.

Teori ini berkaitan dengan penggunaan bahasa menganalisa atau

membincangkan seni visual.

Seni boleh meluahkan emosi seseorang

Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan perantara paling penting

dan utama dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia.

Freud juga menyatakan bahawa tahap ini boleh dicapai dengan

menganalisis proses-proses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni

visual.

Freud juga mengkaji hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya

mereka

Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa

interpretasi mereka terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh

mewujudkan perasaan dan emosi.

Penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting

bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi.

Contohnya; membimbing kanak-kanak melukis ahli keluarganya boleh

memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak serta

emosinya terhadap keluarga

Dalam kajian kes Jarboe(2008) terhadap seorang kanak-kanak berumur

5 tahun yang bernama Bridget.

Pada peringkat awal, didapati Bridget menunjukkan tingkah laku yang

aneh apabila dia menghadapi perubahan.

Bridget akan menjerit-jerit dan tidak dapat dikawal.

Dalam sesi terapi, Jarboe memerhati tingkah laku Bridget.

Bridget melukis satu bulatan yang sangat kecil, diikuti dengan bulatan

yang ,lebih besar disekeliling bulatan pertama.

Page 2: TEORI PSIKOANALITIK

Beliau memberitahu bahawa bulatan kecil itu adalah dirinya dan bulatan

besar adalah dirinya.

Beliau menyatakan bahawa ibunya sedang mengandung dan dia berada

di dalam perut.

Daripada gambar tersebut, pakar terapi mendapati umur mental Bridget

adalah lebih kurang 3 tahun dan dia mempunyai sindrom risau dan

gementar apabila dipisahkan daripada ibunya.

Selepas beberapa siri terapi, Bridget disuruh melukis sebuah lagi gambar

mengenai dirinya.

Briget melukis gambar yang menunjukkan bahawa dirinya sudah lebih

besar dan mengatakan gambar kecil di sebelahnya adalah ibunya.

Bridget menyatakan ibunya bersaiz kecil kerana ibunya berada jauh

daripadanya.

Berdasarkan pemerhatian tersebut, Jarboe merumuskan bahawa terapi

yang dilalui oleh Bridget berjaya meningkatkan konsep kendiri dan

persepsi dirinya sebagai individu yang lebih berdikari dan tidak terlalu

bergantung kepada ibunya.