TEORI REBT

48
TEORI EMOSIONAL EMOTIF TERAPI

description

Terori REBT dalam kaunseling

Transcript of TEORI REBT

Page 1: TEORI REBT

TEORI EMOSIONAL EMOTIF TERAPI

Page 2: TEORI REBT

Teori Rasional Emotif Terapi

Page 3: TEORI REBT

ALBERT ELLIS

M.A dan Ph.D bidang psikologi

klinikal (Uni Columbia)

1959, Ins Terapi Rasional Emotif di

New York

“Reason & Emotional In

Psychotheraphy”

27 Sept 1913, Pittsburgh, AS

Page 4: TEORI REBT

• Mempraktikkan terapi perkahwinan, keluarga dan seksual dalam bidang kaunseling.

• Hasil kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi pada tahun 1947-1953, Ellis mendapati bahawa terapi psikoanalisis (Freud) tidak begitu menyeluruh (tidak mendalam) dan tidak saintifik

• Hipotesis REBT : Emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan

Page 5: TEORI REBT

• Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang.

• Teori ini lebih bersifat ‘pendidikan’ daripada perubatan

• Teori ini juga dikenali sebagai REBT (Rational Emotive Behavior Theraphy) dan Terapi Rasional Emotif

Page 6: TEORI REBT

Pendekatan

•Aspek utama• kognitif• emosi

• aspek tingkah laku

•Penekanan kepada: • pemikiran

• Penganalisaan• penilaian• perlakuan

• membuat keputusan.

Page 7: TEORI REBT

• Prinsip “pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan”

• Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang.

• Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional.

Page 8: TEORI REBT

Konsep Asas / Model

• Berdasarkan konsep teori yang diperkenalkan, Albert Ellis membentuk model ABC untuk

menghuraikan sekuan peristiwa yang membawa gangguan psikologikal manusia.

Page 9: TEORI REBT

konsep asas rebt

•Belief System (Sistem Kepercayaan tentang A)

A•Activating Event (Peristiwa

yang berlaku/tingkah laku/ sikap Individu)

B

•Consequence (kesan emosi & tingkah laku)

C

Page 10: TEORI REBT

• Dispute (Sangkal/hujah/pertikai):kaedah membantu klien mencabar kepercayaan tidak rasional)

• 3 cara: kenalpasti (detecting), berhujah(debating)& discriminating

D

• Effect ( hasil) : kesan baru/falsafah baruE

• Further reaction/ New Feeling : perasaan baru.Apakah yang harus dilakukan oleh klien untuk mengelakkan diri dari mengulangi kepercayaan

F

Page 11: TEORI REBT

Contoh situasi A - peristiwa : Maria dimarahi oleh guru kerana tidak

membuat kerja sekolah.

B - sistem kepercayaan : Maria membenci gurunya dan

merasakan semua guru jahat

C - kesan emosi /t/laku: Maria merasa sedih ,

malu dan ponteng .

D - mempertikaikan sistem kepercayaan yang salah :

Kaunselor menyerang ketidaklogikan berfikir klien dan

membawanya ke arah berfikir yang lebih logik.

E - kepercayaan yang baru : positif

F - Feeling/ Further Reaction :Apa yang perlu dilakukan oleh

maria untuk tidak mengulangi kepercayaan tidak

rasionalnya.

Page 12: TEORI REBT

Matlamat / FOKUS

• Membantu klien memperkembang pemikiran rasional dan logikal melalui galakan mereka memikir dan memahami pemikiran tidak rasional yang diwarisi masa dahulu.

• Klien dibimbing untuk melihat dan menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan ganguan emosi yang dialami.

• Pencapaian matlamat hanya berjaya apabila klien benar-benar memahami punca asas yang menimbulkan gangguan emosi dan harus mengikisnya dengan gantian percayaan rasional atau logikal.

Page 13: TEORI REBT

Objektif

• Memperbaiki dan mengubah segala perilaku yang tidak rasional dan tidak logik menjadi rasional dan logik agar klien dapat

mengembangkan dirinya.• Menghilangkan gangguan emosi yang

merosakan

Page 14: TEORI REBT

Peringkat I Peringkat II

Peringkat III Peringkat IV

Proses Kaunseling Rasional

Emotif Behavioral

Page 15: TEORI REBT

Peringkat I

Membina hubungan kaunselor-klien dengan teknik mendengar secara empatik dan membina

iklim yang kondusif

Page 16: TEORI REBT

Peringkat II

Membimbing klien supaya mendedahkan tingkah laku

emotif dan behavioral di bawah sistem Model ABC

Page 17: TEORI REBT

Peringkat III

Kaunselor membantu klien membezakan percayaan

rasional dengan tidak rasional dan memahami bagaimana

percayaan rasional membawa hasil positif manakala

kepercayaan tidak rasional membawa hasil negatif.

Page 18: TEORI REBT

Peringkat IV

Menggunakan teknik pertikai dari masa ke semasa untuk

melatih klien mencabar percayaan tidak rasionalnya.

Latihan kerja rumah diberikan untuk menangani kepercayaan

tidak rasional dan mengekalkan percayaan rasional yang baru

dipelajari.

Page 19: TEORI REBT

TEKNIK

Page 20: TEORI REBT

Teknik-Teknik dalam Kaunseling Rebt :

• Klien (manusia) berfikir, berperasaan dan bertindak secara serentak. Kaitan yang begitu erat menyebabkan jika salah satu sahaja menerima gangguan maka yang lain akan terlibat sama. Jika salah satu diubati sehingga sembuh, dengan sendirinya yang dua lagi akan turut terubat. (Amir Awang, 1997 : 78)

Page 21: TEORI REBT

Teknik-Teknik dalam Kaunseling Rebt :

Atas pandangan itu, walaupun RET lebih menitikberatkan aspek kognitif dalam perawatan, tetapi aspek tingkah laku dan emosi turut diberi perhatian. Oleh sebab itulah dalam REBT, terdapat tiga teknik yang besar:

1. Teknik-teknik Kognitif

2. Teknik-teknik Emotif

3. Teknik-teknik Behavioristik.

Page 22: TEORI REBT

Teknik-Teknik dalam Kaunseling Rebt :

1.Teknik-teknik Kognitif

Teknik-teknik kognitif adalah

teknik yang digunakan untuk

mengubah cara berfikir klien.

Ada beberapa teknik besar yang

digunakan :

Page 23: TEORI REBT

Teknik-Teknik Kognitif :

1.1 Teknik Pengajaran –

Dalam REBT, kaunselor mengambil peranan lebih aktif dari pelajar. Teknik ini memberikan keleluasan kepada kaunselor untuk berbicara serta menunjukkan sesuatu kepada klien, terutama menunjukkan bagaimana ketidaklogikan berfikir itu secara langsung menimbulkan gangguan emosi kepada pelajar tersebut.

Page 24: TEORI REBT

Teknik-Teknik Kognitif :

1.2 Teknik Persuasif –

Meyakinkan pelajar untuk mengubah pandangannya kerana pandangan yang ia kemukakan itu tidak benar. Kaunselor langsung mencuba meyakinkan, mengemukakan pelbagai argumentasi untuk menunjukkan apa yang dianggap oleh pelajar itu adalah tidak benar.

Page 25: TEORI REBT

Teknik-Teknik Kognitif :

1. 3 Teknik Konfrontasi –

mempertikai idea yang tidak rasional

Kaunselor menyerang ketidaklogikan berfikir pelajar dan membawa pelajar ke arah berfikir yang lebih logik.

Page 26: TEORI REBT

Teknik-Teknik Kognitif :

1.4 Teknik Pemberian Tugas – kerja rumah kognitif

Kaunselor memberi tugas kepada pelajar untuk mencuba melakukan tindakan tertentu dalam situasi nyata. Misalnya, menugaskan pelajar bergaul dengan anggota masyarakat kalau mereka merasa dipencilkan dari pergaulan atau membaca buku untuk memperbaiki kekeliruan caranya berfikir.

Page 27: TEORI REBT

Teknik-Teknik Kognitif :

1.5 Menukar penggunaan bahasa seseorang

Penggunaan bahasa yang tidak sesuai punca proses pemikiran terpesong.

Klien belajar perkataan “mesti”………., “sepatutnya”…… dan “seharusnya”………… kepada “lebih suka”………..

Page 28: TEORI REBT

Teknik-Teknik dalam Kaunseling Rebt :

Teknik-teknik emotif adalah teknik yang digunakan untuk mengubah emosi klien.

Antara teknik yang sering digunakan ialah:

2. Teknik-teknik Emotif

Page 29: TEORI REBT

Teknik-teknik Emotif :

2.1 Teknik Sosiodrama –

Memberi peluang mengekspresikan pelbagai perasaan yang menekan klien itu melalui suasana yang didramatisasikan sehingga klien dapat secara bebas mengungkapkan dirinya sendiri secara lisan, tulisan atau melalui gerakan dramatis

Page 30: TEORI REBT

teknik-teknik Emotif

• 2.2 Teknik 'Self Modelling' –

• Digunakan dengan meminta klien berjanji dengan kaunselor untuk menghilangkan perasaan yang menimpanya. Dia diminta taat setia pada janjinya.

Page 31: TEORI REBT

teknik-teknik Emotif

• 2.3 Teknik 'Assertive Training' –

• Digunakan untuk melatih, mendorong dan membiasakan klien dengan pola perilaku tertentu yang diinginkannya.

Page 32: TEORI REBT

teknik-teknik Emotif

• 2.4 Teknik Rational-Emotif Imageri –

• Satu bentuk latihan mental direka bentuk untuk membina corak emosi baru.

• Klien membayangkan diri mereka sedang berfikir,merasakan dan bertingkahlaku

seperti apa yang ia fikir,ia rasaka dan ia lakukan.

Page 33: TEORI REBT

teknik-teknik Emotif

• 2.5 Main Peranan• Klien mencuba sesuatu tingkahlaku yang ia rasa dalam sesuatu

situasi.• Terapis mencelah untuk menunjukkan kepada klien apa yang ia

katakan pada dirinya selalu mengganggu hidupnya.• Di sini klien akan cuba mengubah dirinya dari rasional kepada

yang lebih rasional

Page 34: TEORI REBT

Teknik-teknik Behavioristik.

• Teknik ini khusus untuk mengubah tingkah laku pelajar yang tidak diingini.

• Terapis REBT menggunakan prosedur terapi tingkahlaku terutamanya pelaziman operan,latihan asertif dan modeling,prinsip pengurusan kendiri dll’

• Antara teknik ini ialah:

Page 35: TEORI REBT

Teknik-teknik Behavioristik

• 1.1 Teknik Reinforcement –

• Mendorong pelajar ke arah perilaku yang diingini dengan jalan memberi pujian dan hukuman. Pujian pada perilaku yang betul dan hukuman pada perilaku negatif yang dikekalkan.

Page 36: TEORI REBT

Teknik-teknik Behavioristik

• 1.2 Teknik Social Modelling –

• Digunakan membentuk perilaku baru pada pelajar melalui peniruan, pemerhatian terhadap Model Hidup atau Model Simbolik dari segi percakapan dan interaksi serta pemecahan masalah.

Page 37: TEORI REBT

Proses/Langkah-Langkah Kaunseling REBT :

LANGKAH 1 :

Mengenal pasti kecenderungan dan cara berfikir klien tersebut. (Contoh: Saya bukan seorang yang menarik kerana orang selalu mencemuh saya. Saya malu dan saya mesti bersembunyi dari mereka). Kemudian mengenal pasti sama ada kecenderungan dan cara berfikir itu boleh diubah. Jika kecenderungan dan cara berfikir pelajar tersebut boleh diubah, maka kaunselor bolehlah meneruskan kepada langkah kedua.

Page 38: TEORI REBT

Proses/Langkah-Langkah Kaunseling REBT :

LANGKAH 2 :

Kaunselor hendaklah menyuruh klien tersebut berhenti berfikir sedemikian kerana ia tidak menguntungkan. Kaunselor perlu menekankan masalah yang dihadapi klien itu adalah disebabkan caranya berfikir yang salah kerana dia menilai keseluruhan dirinya dari perspektif orang atau kawannya. Dengan penekanan itu diharap akan menimbulkan fikiran baru dalam dirinya.

Page 39: TEORI REBT

Proses/Langkah-Langkah Kaunseling REBT :

• (Contoh: Yalah, kenapakah saya menilai diri saya dari perspektif mereka dan saya mesti berfikiran yang baik tentang diri saya sebab saya tidak gembira dengan cara berfikiran saya sebelumnya). Seandainya nampak perubahan pada diri pelajar tersebut, maka kaunselor bergerak pada langkah ketiga.

Page 40: TEORI REBT

Proses/Langkah-Langkah Kaunseling REBT :

• LANGKAH 3 :• Kaunselor hendaklah berusaha mengganti fikiran pelajar

tersebut dengan cara berfikir yang baru yang lebih rasional dan logik yang boleh diterima pelajar tersebut. Kaunselor boleh mengemukan bukti bagi menguatkan hujah kaunselor tersebut bagi membina satu pemikiran baru dalam dirinya.

Page 41: TEORI REBT

Proses/Langkah-Langkah Kaunseling REBT :

• (Contoh: Saya tidaklah teruk sangat kerana dalam kehidupan saya tidak seorang, sebenarnya masih ada orang yang suka dan menghargai diri saya).

Page 42: TEORI REBT

Proses/Langkah-Langkah Kaunseling REBT :

• Perubahan diri pelajar tersebut akan nampak dilihat pada tindak-tanduk, air muka dan cara dia membalas perbualan tersebut. Jika positif maka kaunselor terus memimpin klien itu supaya klien tersebut dapat bertindak dan mengamalkan perlakuan mengikut fikiran barunya tersebut.

LANGKAH 4 :

Page 43: TEORI REBT

Proses/Langkah-Langkah Kaunseling REBT :

• (Contoh: Saya tidak akan bersembunyi lagi. Saya akan mencari seseorang untuk bercakap-cakap, sekurang-kurangnya saya berusaha untuk diri saya. Saya percaya manusia itu berbeza-beza, pasti ada yang boleh menerima diri saya seadanya).

Page 44: TEORI REBT

KESIMPULAN :

• Kemudian, kaunselor secara yakin mesti menekankan bahawa pelajar/klien tersebut akan melalui satu kehidupan yang lebih baik jika dia terus mengamal dan mempraktikkan cara berfikirnya yang baru tersebut.

Page 45: TEORI REBT

Pandangan Teori Terhadap Manusia• Hubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat dan tidak boleh untuk dipisahkan.

• Segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran

Page 46: TEORI REBT

KEKUATAN

• Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan itu perawatan juga dapat dilakukan dengan cepat.

• Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi gejala / masalah yang lain.

• Klien merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir.

Page 47: TEORI REBT

Kelemahan

• Tahap kecerdasan minda menyebabkan ada klien yang tidak dapat dibantu sepenuhnya

• Ada setengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai.

• Ada juga klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik.

Page 48: TEORI REBT

• Ada juga setengah klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka