TEORI SKINNER

4
2.0 TEORI BEHAVIORISME Teori Behaviorisme ini dipelopori oleh B.F Skinner (gambar) berkaitan dengan proses pembelajaran. Seseorang akan sentiasa mengambil tindakan sengaja dan beroperasi dalam proses pembelajaran kerana tingkah laku adalah perkara yang dipelajari dan operasi ini dipengaruhi oleh kesan positif ataupun negatif. Teori behaviorisme dikaitkan dengan rangsangan dan kelaziman iaitu perkara yang dipelajari ataupun semulajadi. Kebanyakan tingkah laku berlaku secara spontan dan dengan sengaja bertindak balas pada persekitaran dan ianya dinamakan tingkah laku operan. Tingkahlaku ini bergantung pada peneguhan yang ada selepasnya dan ia bertindak ke atas persekitaran dan mengubahnya. Eksperimen Tingkah Laku Operan

description

TEORI PEMBELAJARAN SKINNER

Transcript of TEORI SKINNER

2.0 TEORI BEHAVIORISME Teori Behaviorisme ini dipelopori oleh B.F Skinner (gambar)berkaitan dengan proses pembelajaran. Seseorang akan sentiasa mengambil tindakan sengaja dan beroperasi dalam proses pembelajaran kerana tingkah laku adalah perkara yang dipelajari dan operasi ini dipengaruhi oleh kesan positif ataupun negatif. Teori behaviorisme dikaitkan dengan rangsangan dan kelaziman iaitu perkara yang dipelajari ataupun semulajadi. Kebanyakan tingkah laku berlaku secara spontan dan dengan sengaja bertindak balas pada persekitaran dan ianya dinamakantingkah laku operan. Tingkahlaku ini bergantung pada peneguhan yang ada selepasnya dan ia bertindak ke atas persekitaran dan mengubahnya.

Eksperimen Tingkah Laku Operan

Berdasarkan ujikaji tersebutSkinnermenyatakan sifat baik atau positif dan sifat tidak baik atau negatif berlaku dalam peneguhan contohnya peneguhan positif adalah seperti kata-kata berunsur pujian dan motivasi, memberi imbalan dan sebagainya. Memberi pujian akan memotivasi dan mendorong seseorang pelajar itu memberikan hasil yang terbaik di hari muka. Peneguhan negatif tidak boleh disamakan dengan unsur denda atau hukuman.2.1 MENGAPLIKASI TEORI BEHAVIORISME KE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI.Terdapat beberapa perkembangan dalam teori behaviorisme yang dikemukan oleh Skinner sesuaidiaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visualiaitu:

1. Jadual Jeda Masa Yang TetapPeneguhan diberi pada masa yang ditetapkan dan penghargaan seperti memberi pujian ataupun hadiah kepada pelajar yang berjaya menghasilkan karya seni yang baik setiap kali berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran akan membentuk tingkah laku positif dikalangan pelajar.2. Peneguhan Berjadual Mengikut NisbahPengukuhan hanya dapat diberi selepas beberapa gerak balas dilakukan dan pengukuhan di sini bergantung pada kekerapan pelajar memberi tindak balas misalnya murid melukis melalui peniruan atau proses imitasi contohnya murid akan melukis objek yang sama secara kerap atau berulang-ulang sehingga ia terbiasa dan dapat melukis tanpa perlu lagi melihat objek tersebut.3. Jadual masa tidak tetapKemahiran perlu dipelajari dan proses meningkatkan kemahiran perlu dilakukan secara berulang-ulang contohnya, murid yang tidak pandai melukis dan mewarna perlu mempelajari kemahiran secara berperingkat-peringkat dan secara kerap atau berulang-ulang.4. Jadual nisbah tidak tetapApabila seseorang itu sering membuat latihan kemahiran seperti menconteng, melukis dan mewarna maka kemahirannya akan meningkat . Pengulangan hasil seni yang sama hanyalah dianggap sebagai kraf misalnya dalam seni kraf tradisional seperti batik, anyaman, tekat, tembikar dan sebagainya masih menggunakan motif, bentuk dan bahan yang sama walaupun sudah lama berkembang. Oleh itu, perkembangan teori behaviorisme memerlukan peneguhan daripada orang lain tetapi pada situasi dan keadaan yang berbeza dan juga guru perlu bijak memberi peneguhan kepada pelajar supaya mendapat hasil yang berkualiti.