Terapi Mandi

13
TERAPI MANDI TERAPI AIR DAN AIS Air yang menjadi tonggak utama kehidupan mempunyai banyak manfaat lain termasuklah dalam bidang perubatan. Beribu tahun dulu secara tradisionalnya, air digunakan untuk merawat dan mengurangkan penderitaan pesakit artritis dan kaedah ini dikenali sebagai terapi air atau hidro. Ia juga dipanggil balneoterapi. Terapi hidro bermakna menggunakan air dalam sebarang bentuk untuk mengembalikan tenaga, mengekal dan menjaga kesihatan. Ada banyak jenis terapi air yang ditawarkan termasuklah sauna, mandi wap, mandi sitz (hanya merendamkan punggung dan paha) atau sekadar berendam dalam air suam. Malah, penggunaan pek panas atau sejuk bagi melegakan kesakitan otot juga dianggap sebahagian daripada hidro terapi. Berdasarkan sejarah, terapi air dipelopori paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp pada awal abad ke-19 yang menghidap batuk kering. Dia percaya banyak penyakit boleh disembuhkan dengan menggunakan air bagi menyingkirkan bahan kumuh dan toksik daripada badan. Ketika sakit dia membaca buku mengenai terapi hidro karya seorang pakar perubatan mengatakan penyakitnya itu boleh dirawat dengan berendam dua atau tiga kali seminggu di Sungai Danube yang sejuk bagi merangsang sistem imun. Terbukti selepas melakukannya, kesihatan Kneipp bertambah baik dan dari situ dia mula meneroka lebih dalam mengenai terapi air dan memperkenalkan kaedahnya sendiri. Sebenarnya sejarah rawatan menggunakan air bermula 4,500 tahun sebelum Masihi berdasarkan penemuan runtuhan tab mandi kuno di Pakistan. Manakala rumah mandi awam dikatakan menjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah, pakar perubatan Rom, Galen dan Celsus menulis makalah menyarankan amalan mandian sejuk dan suam bagi mencegah penyakit. Rumah mandi awam mula popular di seluruh Eropah pada kurun ke-17 dan 18 dan menjadi ikutan di Amerika pada pertengahan tahun 1700-an. Penggunaan air bagi tujuan perubatan juga tercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah.

description

Kebaikan terapi mandi yang amat bermanfaat bagi manusia. Dapatkan tips yang berharga dalam penjagaan kesihatan melalui mandi

Transcript of Terapi Mandi

TERAPI MANDI

TERAPI AIR DAN AISAir yang menjadi tonggak utama kehidupan mempunyai banyak manfaat lain termasuklah dalam bidang perubatan. Beribu tahun dulu secara tradisionalnya, air digunakan untuk merawat dan mengurangkan penderitaan pesakit artritis dan kaedah ini dikenali sebagai terapi air atau hidro. Ia juga dipanggil balneoterapi.Terapi hidro bermakna menggunakan air dalam sebarang bentuk untuk mengembalikan tenaga, mengekal dan menjaga kesihatan. Ada banyak jenis terapi air yang ditawarkan termasuklah sauna, mandi wap, mandi sitz (hanya merendamkan punggung dan paha) atau sekadar berendam dalam air suam. Malah, penggunaan pek panas atau sejuk bagi melegakan kesakitan otot juga dianggap sebahagian daripada hidro terapi.Berdasarkan sejarah, terapi air dipelopori paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp pada awal abad ke-19 yang menghidap batuk kering. Dia percaya banyak penyakit boleh disembuhkan dengan menggunakan air bagi menyingkirkan bahan kumuh dan toksik daripada badan.Ketika sakit dia membaca buku mengenai terapi hidro karya seorang pakar perubatan mengatakan penyakitnya itu boleh dirawat dengan berendam dua atau tiga kali seminggu di Sungai Danube yang sejuk bagi merangsang sistem imun. Terbukti selepas melakukannya, kesihatan Kneipp bertambah baik dan dari situ dia mula meneroka lebih dalam mengenai terapi air dan memperkenalkan kaedahnya sendiri.

Sebenarnya sejarah rawatan menggunakan air bermula 4,500 tahun sebelum Masihi berdasarkan penemuan runtuhan tab mandi kuno di Pakistan. Manakala rumah mandi awam dikatakan menjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah, pakar perubatan Rom, Galen dan Celsus menulis makalah menyarankan amalan mandian sejuk dan suam bagi mencegah penyakit.Rumah mandi awam mula popular di seluruh Eropah pada kurun ke-17 dan 18 dan menjadi ikutan di Amerika pada pertengahan tahun 1700-an. Penggunaan air bagi tujuan perubatan juga tercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah.Kini air masih menjadi antara kaedah utama dalam rawatan moden untuk pelbagai jenis masalah kesihatan. Perunding Rehabilitasi dan Senaman, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Tunku Nor Taayah Tunku Zubir berkata, walaupun ia terbukti berkesan tetapi terapi air perlu dilakukan dalam persekitaran selamat dan sempurna di bawah penyeliaan jurulatih fisioterapi air.

Katanya, terapi air yang dijalankan di kolam renang khas mempunyai kelebihan tersendiri kerana ada pergerakan yang tidak boleh dilakukan di atas tanah (darat) terutama bagi individu yang alami masalah kecederaan tulang belakang, strok dan artritis boleh dilakukan dengan mudah di dalam air.

Bagaimana air boleh menjadi ejen rawatan? Sifat air sangat unik. Ia boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu cecair (air), pepejal (ais) dan wap. Air boleh menyimpan dan mengalirkan haba serta tenaga. Ia juga boleh melarutkan bahan lain seperti garam galian.Pada suhu bilik air tidak menyakitkan walaupun anda seorang yang amat sensitif pada perubahan persekitaran. Inilah sebabnya kita boleh mandi beberapa kali sehari tanpa sebarang masalah.Asas dalam terapi air ialah suhu air yang digunakan. Air sejuk akan memberi rangsangan kepada salur darah yang dekat dengan kulit untuk mengecut dan mengalihkan lebih banyak aliran darah ke organ dalam badan.Manakala air suam pula akan merehatkan otot, mengembangkan salur darah dan membantu menyingkirkan bahan buangan daripada tisu badan. Menggunakan air sejuk dan suam secara berselang seli dikatakan boleh memperbaiki proses penyingkiran bahan kumuh, mengurangkan keradangan dan merangsang aliran darah.Namun, ada beberapa ciri penting yang membolehkan air menjadi medium rawatan iaitu:

# Daya apungan - Dalam air, badan akan menjadi 90 peratus lebih ringan kerana ia ditampung oleh daya apungan air. Secara automatik beban yang ditanggung otot tulang belakang dan kaki akan berkurang.Ciri ini amat berguna membantu pesakit yang tidak boleh bersenam akibat sakit pada sendi terutama pada lutut, tulang belakang dan pinggul selain dapat membantu merawat pesakit yang mengalami keretakan tulang dan masalah berlebihan berat badan. Daya apungan ini membolehkan pesakit menggerakkan anggota yang sakit dengan menggunakan sedikit tenaga dan mengurangkan ketegangan otot.

# Kelikatan air - Memberi halangan pergerakan. Bagaimanapun, gabungan daya apungan dan kelikatan, ia membolehkan seseorang pesakit melakukan pergerakan mengikut kemampuannya. Halangan ini tanpa disedari membantu pesakit membina kekuatan pada otot yang cedera dan lemah tanpa perlu mengangkat beban.Pada peringkat permulaan, senaman boleh dilakukan mengikut arus air (arah pergerakan air dan kurang halangan) tetapi apabila apabila otot sudah kuat, senaman bolehlah dibuat melawan arus.Pergerakan air ini juga dianggap sebagai urutan. Apabila berada dalam air, seluruh badan akan menerima urutan. Jadi seluruh badan akan menerima manfaatnya.

# Tekanan hidrostatik - Air memberi tekanan dari semua arah. Tekanan ini membantu meningkatkan kepekaan pesakit terhadap pergerakan semua ototnya. Apabila mengalami kecederaan otot, kebanyakan pesakit tidak mahu menggerakkan otot berkenaan bagi mengelakkan rasa sakit tetapi perkara ini sebenarnya hanya akan menyebabkan otot menjadi tegang. Terapi air membantu pesakit menggerakkan otot yang cedera dan pada masa sama ia mengurangkan masalah bengkak pada otot.

# Suhu air - Suhu air yang sesuai untuk terapi ialah antara 32 hingga 34 darjah Celsius (air terasa suam). Air suam akan merehatkan otot dan membolehkan ia digerakkan tanpa berasa sakit.Apabila berendam dalam air suam, salur darah akan menjadi kembang dan melancarkan aliran darah yang secara tidak langsung mempercepatkan proses penyembuhan. Keadaan ini juga membolehkan enzim dan endorfin (ejen penahan sakit semula jadi dalam badan) bekerja dengan lebih baik khususnya pada anggota yang sakit, bengkak atau cedera.

Haba juga membantu sel menyingkirkan bahan kumuh dan digantikan dengan oksigen serta nutrien. Bagaimanapun jangan berendam dalam air yang dirasakan terlalu panas kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan terutama kepada pesakit yang ada masalah jantung.

Kedalaman berbeza akan memberi tekanan, halangan dan daya apungan yang berbeza. Jadi pesakit boleh memilih berada pada kedalaman mengikut kemampuan dan masalah yang dihadapi. Pesakit tidak perlu bimbang kerana pakar fisioterapi akan bersama mereka ketika melakukan terapi air, katanya.

TERAPI AIR UNTUK SIAPA?

Dr Taayah berkata hampir semua orang tanpa pada semua peringkat umur boleh mendapat manfaat daripada terapi air termasuklah individu sihat. Justeru itulah pusat rawatan kecantikan dan kesihatan seperti spa menawarkan sauna, mandi bunga atau mandi wap untuk menghilangkan tekanan.Namun, oleh kerana kemudahan terapi air yang agak terhad (hanya ada di beberapa hospital seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Serdang dan satu atau dua pusat perubatan swasta), maka hanya pesakit tertentu saja yang akan diberikan terapi air.Pemilihan ini dibuat berdasarkan keperluan setiap pesakit dan pemeriksaan rapi termasuklah pengambilan tekanan darah, tahap kesihatan dan penyakit lain akan dilakukan terlebih dulu bagi mengelakkan sebarang masalah.

Terapi air boleh membantu pesakit yang mengalami masalah:

Sakit belakang atau mengalami kecederaan pada anggota badan (termasuk tangan dan kaki) Semua jenis artritis Pesakit yang ada masalah urat saraf (neuro) seperti yang alami kecederaan tulang belakang, strok, Parkinson, kanak-kanak serebral palsi (bagi meningkatkan kepekaan deria dan menguatkan otot seluruh badan), pesakit jantung, pernah menjalani pembedahan penggantian lutut, pesakit yang jalani pemulihan rawatan jantung. Wanita hamil (terutama yang kerap alami masalah sakit belakang)

Bagaimanapun ada golongan yang tidak sesuai menjalani terapi air iaitu

Pesakit yang ada masalah paru-paru atau sakit jantung yang teruk (perlu lebih berhati-hati)

Inkontinens (tidak dapat mengawal kencing atau air besar)

Mempunyai luka yang belum sembuh

Sawan

Demam panas

Mengalami jangkitan

Menurut Pakar Fisioterapi Kanan Pusat Perubatan Prince Court, Zalilah Salleh Ghany, terapi air boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan namun perlu dipantau pakar fisioterapi air. Bagi yang sudah mahir boleh melakukannya sendiri. Tempoh setiap sesi adalah antara 20 hingga 30 minit; dua kali seminggu.Setiap pesakit memerlukan program terapi air yang berbeza; bergantung kepada tahap kesihatan dan sasaran yang ingin dicapai. Namun pesakit perlu ingat, terapi air hanyalah kaedah iringan untuk mempercepatkan penyembuhan dan bukan pengganti ubat. Program terapi air bisanya dijalankan serentak dengan pengambilan ubat.Bila boleh bermula? Bila-bila yang dirasakan perlu. Lebih cepat, lebih baik. Contohnya bagi kanak-kanak serebral palsi, terapi air boleh dimulakan seawal umur enam bulan. Tiada had umur untuk melakukan terapi air tetapi sebelum memulakan sebarang program pesakit perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu, katanya.

KELEBIHAN TERAPI AIR Menguatkan otot

Memperbaiki keupayaan melakukan senaman regangan (pergerakan yang tidak boleh dilakukan di darat boleh dibuat dalam air)

Meningkatkan daya ketahanan (melalui senaman dalam air). Ini amat baik untuk pesakit kanak-kanak serebral palsi atau pesakit dewasa yang kerap alami kekejangan otot.

Memperbaiki keseimbangan

Merehatkan minda dan badan

Melegakan kesakitan

Meningkatkan kepekaan deria

Meningkatkan keyakinan diri khususnya pada pesakit yang tidak dapat mengikuti program di darat boleh mendapat manfaat melalui terapi air dan membuatkan mereka berada lebih baik.

Mengurangkan kesakitan dan bengkak akibat kecederaan

Mengurangkan suhu badan (ketika demam)

Membantu badan menyingkirkan bahan toksin

Air menjadi ejen anti pengecutan otot yang tidak terkawal

Membantu mengatasi masalah sembelit

Meningkatkan sistem imun badan

Membantu mengawal tekanan darah dan paras gula dalam badan

Membantu memperbaiki pernafasan

KAJIAN SAINTIFIK TERHADAP MANDI BUNGA

Mandi bunga bukan sahaja petua tetapi telah dikaji secara saintifik dan ia memang benar-benar bermanfaat kepada tubuh badan manusia. Dengan mandi bunga kita akan dapat menyeimbangkan aura tubuh badan kita ke tahap normal (warna pelangi). Apabila aura kita stabil maka semua masalah tadi tidak akan timbul.

Penelitian terakhir di Eropah mengungkapkan, mandi ternyata tidak hanya baik untuk membersihkan tubuh dari kotoran dan menjauhkan stres, tetapi juga memiliki peranan penting dalam meningkatkan sistem kekebalan. Hasil kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan, penderita diabetes yang menghabiskan hanya 30 minit berendam dalam air hangat dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 persen.

Sementara itu, penelitian di Jepun mengungkapkan kebiasaan berendam selama 10 minit dalam air hangat dapat memperbaiki kesihatan jantung, membantu berolahraga dengan lebih baik, dan mengurangi rasa sakit.

Pada hakikatnya air dan bunga merupakan dua elemen yang mampu dijadikan bahan penenang. Dalam falsafah pengubatan tradisional Cina, air adalah elemen yang sangat kuat dalam penyembuhan energi.

Menurut ahli antropologi perubatan moden, sebenarnya di dalam tubuh pesakit, terutamanya pada bahagian pusat dalam kedudukan usus besar, telah wujud satu frekuensi tekanan yang amat rendah. Ini sememangnya akan mengundang pelbagai bentuk tenaga asing yang jahat bagi menambahkan kesakitan dan gangguan fikiran.

Rawatan yang boleh digunakan ialah dengan cara mandian dengan air disiram di atas kepala dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali. Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan. Selain itu, kaedah mandian pati bunga-bunga ros putih juga berkesan kerana bunga jenis ini mempunyai frekuensi yang amat laju dan mempu meleraikan gelombang yang tidak stabil di dalam dan di persekitaran tubuh si pesakit.

RAWATAN DENGAN CARA MANDI ( MANDI AIS & MANDI BUNGA )

Daripada Thauban daripada Nabi S.A.W sabdanya:-Apabila kena seseorang kamu demam, maka sesungguhnya demam itu sepotong daripada api neraka, maka padamkanlah ia dengan air. Maka berendamlah dalam sungai yang mengalir, hendaklah berhadap pada pengaliran air (ke hulu), maka bacalah: Dengan nama Allah, Ya Tuhanku sembuhkan hamba-Mu dan benarkan Rasul-Mu , selepas solat Subuh sebelum terbitnya matahari. Maka selamlah ke dalamnya 3 kali selama 3 hari; jika tidak sembuh selama 3 hari maka 5 hari; jika tidak sembuh selama 5 hari maka 7 hari; jika tidak sembuh 7 hari maka buatlah 9 hari; maka bahawasanya hampir tidak melampaui sembilan hari dengan izin Allah.

7 Kombinasi Asas Dalam Rawatan Hidroterapi Ais (Dari Sudut Sains Fizik)

1. Air / Ais

Air mengesan getaran / tenang, reda. Air dirakam dengan frekuensi diamond (berlian) / segi tiga(1-7 Hertz). Unsur atom air paling cepat mengesan gema dan paling cepat bergetar. Air unsur yang paling tepat mengesan ukuran gelombang sesuatu unsur yang lain. Ais dengan tekanan akan menyebabkan unsur yang berat akan termendap ke dasar kolam. Unsur-unsur yang berat jisimnya tidak terampai / terapung yang boleh menyerap masuk semula (merbahaya).

2. Kapur punca ais cepat cair

Fungsinya: Meningkatkan suhu di dalam darah. Merendahkan suhu di dalam tulang. Menguatkan semula struktur tulang. Tulang dan kapor satu kombinasi yang sama. Rahsia tulang adalah rahsia kapor. Merangsang impuls saraf ke otak dengan cekap dan tepat. Membersihkan kulit untuk deria sentuhan,tekanan persekitaran. Kapor harus disapukan pada seluruh tubuh.

3. Garam Fungsinya: Proses pemanasan darah / menambahkan oksigen dalam darah. Mencairkan darah yang beku. Melancarkan aliran darah. Meneutralkan radiasi yang telah dikeluarkan di dalam air. Memanaskan tubuh di dalam air. Menambahkan tekanan dari dalam. Mengeluarkan gas karbon dioksida yang teperangkap di dalam aliran darah. Memecahkankan gula yang teperangkap di dalam aliran darah. Memelihara kandungan sel dalam darah. Garam pengalir yang baik di dalam air.

4. Minyak Pati Bunga (Aromatherapy Vibration)Fungsinya:

Rakaman gelombang dalam frekuensi rendah yang merangsang kelenjar pineal untuk kekuatan semangat spiritual,sistem imun,melalui deria bulu roma yang terdapat pada rambut,telinga,mata dan hidung. Minyak Pati bunga akan lebih memecahkan gelombang dengan reaksi spektrum (molekul stuktur air dalam jisim segi tiga) di dalam air yang lebih menyerlah. Menyimpan kesan-kesan bunyi yang stabil. Cepat mengesan niat rahsia doa,rahsia Nitrogen 7 (kemujaraban). Keseimbangan/ keheningan. Mengawal suhu. Tekanan perasaan. Mengawal emosi.

5. Sistem penyaman udara.

Tempat rawatan perlu pergerakan angin yang bebas.

6. Cahaya lampu UV( ultraviolet)

Penggunaan cahaya UV untuk memastikan bakteria tidak aktif.

7. Gelombang gerakan air.

Air harus ada pergerakan agar garam bertindak mengecas semula ion ion negatif

Rahsia Hening

Manusia yang sentiasa didalam keadaan hening, sabar dan ikhlas payah untuk dicerobohi dari pelbagai permasalahan umumnya dari penyakit ataupun stress. Ingatlah, setiap kali fikiran kita bercelaru, bimbang, tidak tenang, sistem Hypothalamus dan usus akan terganggu. Uric acid akan terbentuk, mulalah masalah awal seperti kepayahan tidur, tidur yang tak lena, tiada selera makan, pelupa, keliru, tergopoh gapah, melatah, meradang dan pelbagai lagi.

Islam mendidik kita agar hening senantiasa. Kelima-lima waktu solat itu memegang rahsia keheningan. Solat itu adalah terapi semulajadi, dari pergerakan serta penyerahan pada yang Maha Berkuasa. Apabila sahaja kepala (pineal gland) mencecah bumi sewaktu sujud, maka tercetuslah hormon melatonin dari kelenjar Pineal. Rahsia pergerakan solat itu sendiri adalah konsisten yang boleh mengakibatkan resonans terjadi, pergerakan berdiri, sujud dan rukuk yang menyebabkan terjadinya tenaga membujur dan melintang! Inilah dia terapi semulajadi....

Hening adalah rahsia Sabar, Ikhlas dan Redha. Hening juga memegang rahsia Nitrogen yang juga memegang rahsia cahaya bulan (rahsia putih). Apabila amalan ini menjadi kebiasaan, maka seseorang itu kita dapat melihat begitu tenang dalam apa hal sekali pun, tidak gopoh, tidak keliru dan senantiasa "cool". Itulah rahsia Nitrogen yang sejuk.......

Rahsia Air

Tidak pernah kita berfikir tentang air.....rahsia-rahsia yang air itu memegang, rahsia di sebalik rahsia, kekuatannya, faedahnya, dan lagi dan lagi dan lagi.......Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini....! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya!

Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kekunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA atau SIRR atau Cahaya adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata.

CVT mengajak kita berfikir sejenak tentang kelebihan dan kebesaran air....Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita?