TERAPI REALITI

19
TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193) eori realiti merupakan satu bentuk terapi yang agak baru dalam bidang kaunseling. Terapi ini diasaskan oleh William Glasser, seorang ahli psikologi di California pada tahun 1965. Terapi realiti merujuk kepada dunia fenomena klien dan menekankan cara yang subjektif iaitu klien akan melihat dan bertindak balas dengan dunia persekitaran mereka melalui kawalan penilaian dalaman (Internal Locus of Evaluation). Glasser telah menekankan bahawa manusia melihat dunia melalui lima keperluan asas genetik dan bukannya dunia seperti ianya yang sebenar. T Seperti mana terapi-terapi lain dalam kaunseling, terapi realiti juga telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan dalam membuat suatu pemilihan serta bertanggungjawab atas pemilihan tersebut. Manusia boleh mengawal secara berkesan kehidupan ini sekiranya mereka berusaha mencapai suatu matlamat. Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling & physiology. Hal ini bermakna klien bertanggungjawab untuk memilih bukan sahaja tentang apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang mereka fikirkan, rasai dan alaminya secara fizikal. Dalam erti kata lain, terapi ini menekankan kepada tingkah laku dan pemikiran. 1

description

 

Transcript of TERAPI REALITI

Page 1: TERAPI REALITI

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

eori realiti merupakan satu bentuk terapi yang agak baru dalam bidang kaunseling.

Terapi ini diasaskan oleh William Glasser, seorang ahli psikologi di California pada

tahun 1965. Terapi realiti merujuk kepada dunia fenomena klien dan menekankan

cara yang subjektif iaitu klien akan melihat dan bertindak balas dengan dunia persekitaran

mereka melalui kawalan penilaian dalaman (Internal Locus of Evaluation). Glasser telah

menekankan bahawa manusia melihat dunia melalui lima keperluan asas genetik dan bukannya

dunia seperti ianya yang sebenar.

T

Seperti mana terapi-terapi lain dalam kaunseling, terapi realiti juga telah menegaskan

bahawa manusia mempunyai kebebasan dalam membuat suatu pemilihan serta

bertanggungjawab atas pemilihan tersebut. Manusia boleh mengawal secara berkesan kehidupan

ini sekiranya mereka berusaha mencapai suatu matlamat.

Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen

doing, thinking, feeling & physiology. Hal ini bermakna klien bertanggungjawab untuk memilih

bukan sahaja tentang apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang mereka fikirkan, rasai dan

alaminya secara fizikal. Dalam erti kata lain, terapi ini menekankan kepada tingkah laku dan

pemikiran.

Kottler & Brown menyatakan bahawa terapi realiti merupakan suatu pendekatan

mengajar dengan menekankan kepada penyelesaian masalah, tanggungjawab peribadi dan

keperluan untuk menangani atau mengatasi keperluan realiti seseorang individu. Menurutnya

lagi, terapi realiti adalah berasaskan kepada tanggapan atau andaian bahawa setiap individu perlu

untuk membina identiti sama ada berjaya mahupun gagal.

John J. Pietrofesa (1984) pula berpendapat bahawa terapi realiti berasaskan kepada

andaian terhadap suatu tingkah laku sama ada menolong atau menghalang untuk memenuhi

keperluan asas manusia. Keperluan tersebut merupakan keperluan untuk disayangi dan

menyayangi orang lain serta keperluan merasa dihargai dan menghargai orang lain.

1

Page 2: TERAPI REALITI

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

Tingkah laku yang dapat dipenuhi dikatakan bertanggungjawab dan yang gagal adalah

sebaliknya. Tingkah laku yang tidak bertanggungjawab dikatakan akan membina identiti gagal

dan seterusnya akan menghadapi kegagalan. Maka tugas kaunselor adalah untuk membina

identiti klien ke arah kejayaan. Manakala menurut Glading (1993) pula berpendapat bahawa

terapi realiti menegaskan tentang perubahan individu dilakukan melalui tindakan dan pemikiran.

Beliau mengutarakan bahawa dunia dalaman individu adalah yang paling berpengaruh dalam

menentukan tingkah laku yang dipilih individu tersebut.

Tugas kaunselor menurut teori realiti ialah bertindak secara aktif, mengarah, didaktik dan

kognitif. Kaunselor juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien untuk mengubah

tingkah lakunya. Sebagai suatu bentuk terapi mengarah, kaunselor berperanan sebagai

guru dan juga tauladan. Walau bagaimanapun, menjadi tanggungjawab kaunselor untuk

mencabar klien berhadapan dengan realiti semasa jika perlu. Terapi ini juga menekankan secara

langsung kepada peristiwa-peristiwa masa lampau serta menolak konsep sakit jiwa yang

dipelopori teori psikoanalisis.

Oleh itu secara keseluruhannya, teori realiti lebih menekankan keperluan untuk

memenuhi kehendak psikologi (fulfilments of psychology needs). Secara umumnya matlamat

terapi realiti ialah untuk menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina

kekuatan psikologi (psychology strength) untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa.

Ianya boleh digunakan dalam terapi atau kaunseling individu, kerja-kerja sosial, pendidikan,

terapi kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, pengurusan institusi dan

perkembangan serta kemajuan masyarakat.

2

Page 3: TERAPI REALITI

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

William Glasser merupakan pengasas teori serta terapi realiti. Beliau dilahirkan di Cleveland

Ohio, California pada tahun 1925. Beliau merupakan anak ketiga dan bongsu dalam keluarganya.

Bagi Glasser, zaman kanak-kanak merupakan zaman yang menggembirakan. Semasa di zaman

persekolahan, beliau sangat berminat bermain muzik dan aktif dalam bidang sukan. Pada tahun

1944, ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang

kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology.

Empat tahun kemudian beliau mendapat ijazah Master dalam

bidang Clinical Psychology dari Case Western Reserve University. Namun

tesis beliau untuk mendapatkan Ph.D telah ditolak. Semasa berumur genap

28 tahun (1953), Glasser mendapat ijazah perubatan dari universiti yang

sama. Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikiatris di Ventura

School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan

California untuk merawat gadis-gadis yang mempunyai masalah moraliti

serta melanggar peraturan & undang-undang.

Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental

Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti. Selama tempoh dua belas

tahun di Ventura School, Glasser telah memajukan lagi terapi realitinya dengan mengendalikan

program-program yang berjaya di sekolah berkenaan.

Istilah terapi realiti digunakan untuk pertama kalinya oleh Glasser dalam manuskripnya yang

bertajuk Reality Therapy: A Realistic Approach to the Young Offender dalam tahun 1964. Pada

tahun 1965, bukunya yang terkenal bertajuk Reality Therapy: A New Approach to Psychiatry

telah diterbitkan. Dalam tahun 1966, Glasser mula mengaplikasikan idea-idea terapi realitinya

dalam sistem pendidikan di California. Idea-idea ini akhirnya telah dimuatkan ke dalam bukunya

yang ketiga iaitu Schools Without Failure (1969).

3

Page 4: TERAPI REALITI

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

Pada tahun 1968 pula, Glasser telah mengasaskan penubuhan Institute for Reality Therapy di Los

Angeles. Institut ini menawarkan kursus-kursus dan latihan untuk para doktor, ahli-ahli fizik,

pegawai perundangan, pegawai polis, jururawat, peguam, hakim, guru dan kaunselor. Dua tahun

kemudian, William Glasser La Verne College Center ditubuhkan di University of La Verne di

California Selatan untuk menyediakan pengajian luar kampus kepada guru-guru untuk

mendapatkan ijazah.

Bermula tahun 1981, Glasser telah menjalinkan idea asalnya dengan teori kawalan (Control

Theory) yang menegaskan bahawa tingkah laku dijana dari dalam individu. Apa yang diperoleh

dari luar adalah maklumat. Bukunya yang bertajuk Stations of the Mind (1984) telah

menunjukkan pendirian teori ini dan menghuraikan bagaimana otak manusia mempengaruhi

persepsi dalaman.

Karya lain yang dihasilkan Glasser adalah seperti berikut:

The Identity Society (1972)

Positive Addiction (1972)

Control Theory in the Classroom (1986)

The Quality School: Managing Students without Coercion (1990)

The Quality School Teacher (1993)

Glasser juga sering menyampaikan kuliah atau ceramah serta bengkel di peringkat antarabangsa

mengenai aplikasi teori kawalan dan terapi realiti.

4

Page 5: TERAPI REALITI

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

PANDANGAN TEORI REALITI TERHADAP KEJADIAN MANUSIA

Menurut Glasser (1967), terdapat tiga andaian terhadap kejadian manusia berdasarkan terapi

realiti iaitu:

i) Manusia berfungsi pada tahap atau keadaan kesedaran tanpa dipengaruhi oleh kuasa

tidak sedar.

ii) Dalam diri setiap manusia terdapat dorongan yang sihat. Dorongan ini mengandungi

2 tahap iaitu:

- Bentuk fizikal

- Bentuk psikologikal

Dalam bentuk fizikal, keperluan asas bagi manusia adalah seperti makan, minum & tidur.

Manusia juga dipengaruhi oleh keinginan untuk terus hidup (survival). Manakala dalam bentuk

psikologikal pula terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

1) Rasa kepunyaan (belonging). Contoh: keperluan kepada rakan, keluarga dan kasih

sayang.

2) Kuasa iaitu suatu keperluan penghargaan kendiri, dihargai serta bersaing.

3) Kebebasan (freedom) iaitu suatu keinginan untuk membuat pemilihan dan keputusan.

4) Keseronokan iaitu suatu bentuk keperluan untuk bermain, berehat, ketawa, gembira dan

lain-lain.

Keempat-empat keperluan ini akan membawa kepada identiti diri seseorang individu. Ianya

akan tercapai sekiranya individu tersebut diterima oleh orang lain atau masyarakat. Perkara yang

paling penting dalam keperluan psikologikal adalah ketika mana seseorang mengalami rasa cinta

dan rasa dihargai.

5

Page 6: TERAPI REALITI

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

Pietrofesa, J.J (1984) telah menjelaskan tentang proses terapi yang melibatkan beberapa

kemahiran seperti konfrontasi, humor atau kecindan, perbincangan, penetapan matlamat,

menunjukkan (pointing out), nasihat dan debat. Proses ini boleh dibahagikan kepada 3 bentuk

prosedur iaitu:

1) Proses kaunseling memerlukan kaunselor untuk melibatkan diri dengan klien secara

intelektual dan emosi. Kaunselor harus memahami & menerima klien seadanya. Hal ini

adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik dan memudahkan proses kaunseling

kemudiannya.

2) Kaunselor mesti memberitahu klien sama ada tentang tingkah laku yang tidak disukai

kaunselor atau penerimaannya sebagai individu. Hal ini menjelaskan kepada klien

bahawa sikapnya yang tidak disukai bukannya sebagai seorang individu.

3) Kaunselor harus memberi arahan kepada klien untuk mencari jalan yang lebih baik bagi

memenuhi keperluannya. Ia dapat dilakukan apabila klien mengaku bahawa sikap tidak

bertanggungjawabnya adalah salah. Prosedur ini hanya dilakukan dengan syarat

kaunselor mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk membantu klien.

6

Page 7: TERAPI REALITI

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

1. TEKNIK & TATACARA TERAPI REALITI

Matlamat asas terapi realiti ialah menolong individu mencapai kuasa autonomi agar sampai

kepada peringkat kematangan yang membolehkan seseorang melepaskan dirinya daripada

sokongan persekitaran dan menggantikannya dengan bantuan dalaman. Kematangan ini

menunjukkan bahawa manusia berkemampuan memikul tanggungjawab untuk dirinya sendiri

serta membina tanggungjawab dan perancangan yang realistik bagi memenuhi matlamat mereka.

Bagi membantu manusia untuk mencapai matlamat dalam hidup mereka serta menerangkan

cara-cara untuk mencapainya, maka terapi realiti telah menggunakan teknik-teknik yang tertentu

yang berbentuk tingkah laku. Di antaranya ialah:

i. Menjadi model atau contoh: Dalam teknik ini, kaunselor mestilah menjadi contoh

teladan atau model yang berperanan sebagai seorang pendidik. Sebagai pendidik,

kaunselor cuba menolak tingkah laku klien yang negatif tanpa meminggirkan klien

tersebut. Kaunselor perlu mengajar klien dengan cara yang lebih berkesan bagi

memenuhi kehendak klien berdasarkan realiti. Tindakan ini membolehkan klien

menghadapi kenyataan dan menyedari akan tingkah lakunya yang tidak realistik.

ii. Kelucuan: kaunselor akan bersikap lucu dan tidak terlalu serius. Kaunselor akan

melihat suatu situasi dari sudut yang melucukan dengan tujuan untuk meringankan

tekanan atau bebanan yang dihadapi klien.

iii. Konfrontasi: Kaunselor akan berdepan atau mencabar klien tanpa membenarkan

klien memberikan alasan-alasan tertentu. Kaunselor juga boleh menggunakan

cemuhan-cemuhan dan kritikan yang boleh memeranjatkan klien dalam usaha

mencabar tingkah laku yang tidak realistik. Situasi ini dapat memberikan respon

kepada klien untuk memikirkan tentang dirinya secara realistik.

7

Page 8: TERAPI REALITI

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

iv. Main Peranan (Role play): Kaunselor akan menggunakan komunikasi dalam main

peranan bersama klien. Dalam permainan tersebut, kaunselor akan cuba memberikan

penekanan pada perkataan ‘di sini’ dan ‘pada ketika ini’. Kaunselor tidak seharusnya

memberi penumpuan pada peristiwa-peristiwa lampau dan perasaan yang tidak baik.

v. Tindak Balas: Kaunselor akan meminta klien untuk melihat tingkah lakunya sebagai

satu cara untuk menerima suatu tanggungjawab. Kaunselor akan bertanya kepada

klien sama ada tindakan tersebut sesuai kepada klien dan adakah berfaedah

kepadanya. Dalam hal ini, klien hendaklah menentukan sama ada hendak mengubah

tingkah lakunya atau sebaliknya.

vi. Penglibatan: Kaunselor akan melibatkan diri secara langsung dengan menggunakan

perkataan seperti “saya mementingkan anda, jadi saya bertanggungjawab pada anda”.

Tingkah laku yang ditonjolkan kaunselor haruslah sejajar dengan kata-kata yang

dilafazkan itu. kaunselor harus melibatkan diri dengan klien dalam usaha mencari

arah tuju kehidupan atau mencari jalan yang baru bagi mencapai kehidupan klien

yang lebih berjaya dan bermakna.

vii. Kontrak (Perjanjian): Kaunselor dan klien perlu membuat perjanjian. Sekiranya

perlu, perjanjian itu dilakukan dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh klien.

Lazimnya di dalam perjanjian terdapat peraturan-peraturan tertentu, maka dalam

membuat peraturan tersebut, klien perlu melibatkan diri bersama kaunselor.

Kaunselor juga perlu menyemak kemajuan klien dan memberikan pujian mengikut

situasi yang perlu. Sekiranya perancangan yang dirancang agak sukar dilaksanakan,

maka perlu dibuat perancangan yang baru. Bagi pihak klien, kegagalan rancangan

tersebut tidak perlu dihukum atau didenda.

8

Page 9: TERAPI REALITI

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

viii. Formulate (Menghasilkan satu rangka kerja yang spesifik): Dalam hal ini,

kaunselor perlu membuat keputusan untuk mengubah tingkah laku klien. Klien

berhak ditanya sama ada terdapat cara yang lebih baik baginya untuk mengubah

tingkah lakunya. Kaunselor boleh membantu klien dalam membuat perancangan dan

memberikan kebebasan memilih alternatif yang disukainya. Rancangan tersebut

haruslah ditentukan cara serta waktu klien akan melakukannya secara positif.

2. SISTEM ‘WDEP’

Glasser, Wubbolding & Brickell menggunakan sistem akronim WDEP untuk kaunselor

menolong klien dalam prosedur menuju perubahan:

1. WANTS (KEMAHUAN – MENEROKA KEMAHUAN, KEPERLUAN, PERSEPSI)

- Terapis akan bertanya “apa yang yang anda mahu”

- Klien digalakkan mengenali bagaimana beliau ingin memenuhi keperluan.

- Klien diberi peluang meneroka setiap fasa hidupnya. Termasuklah apa yang

dikehendaki dari keluarga, kawan dan kerjayanya.

2. DOING DIRECTION (ARAH & LAKUKAN)

- Terapi realiti menekankan tingkah laku masa kini dan juga mengambil kira

peristiwa lalu hanya dari segi kaitannya bagaimana peristiwa ini mempengaruhi

klien bertingkah laku sekarang. Contoh: “Apa yang kamu buat?”

- Fokus pada masa akan datang.

- Fokus pada mendapat kesedaran & ubah tingkah laku semasa.

9

Page 10: TERAPI REALITI

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

3. EVALUATION (PENILAIAN)

- Bertanya klien untuk menilai setiap komponen semua tingkah laku mereka.

- Contoh: “Adakah apa yang kamu lakukan membantu atau menyakiti kamu?”

4. PLANNING (PERANCANGAN)

- Fokus kepada perancangan jangka pendek.

- Bertindak berdasarkan perancangan.

3. APLIKASI TERAPI REALITI DALAM KAUNSELING

Terapi realiti amat mudah dan boleh diaplikasikan dalam banyak bentuk perkhidmatan

kaunseling, contohnya kaunseling individu mahupun kelompok, kaunseling kanak-kanak,

remaja, belia, dewasa, ibubapa, keluarga, perkahwinan, kaunseling krisis, pemulihan,

pencegahan, kerjaya dan sebagainya.

Menurut Glasser, terapi ini berjaya diaplikasikan di sekolah-sekolah juvana dalam bentuk

proses pemulihan. Oleh itu, ianya sesuai untuk dipraktikkan dalam perkhidmatan kaunseling

pemulihan.

Konsep terapi ini tidak menerima alasan dari luar. Klien harus dipaksa atau terpaksa

menerima tanggungjawab terhadap tingkah lakunya sendiri. Justeru, klien harus menilai tingkah

laku, membuat pilihan dan keputusan sendiri sama ada mencapai matlamat atau sebaliknya.

Sekiranya belum mencapai matlamat, maka klien harus berusaha mencari jalan untuk

mendapatkannya.

Dalam kaunseling kerjaya, terapi ini sangat sesuai diaplikasikan memandangkan ianya

berfokus kepada minat, bakat atau potensi dan kelayakan klien sendiri. Tambahan pula, terapi

dilakukan dalam masa yang pendek kerana fokus hanya kepada permasalahan kesedaran tingkah

laku dan tidak memberi peluang untuk menghuraikan peristiwa masa lalu.

10

Page 11: TERAPI REALITI

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

Matlamat terapi realiti dapat dijelaskan melalui beberapa pandangan dari tokoh-tokoh psikologi

seperti berikut:

Pietrofesa J.J (1984) – Terapi realiti adalah untuk membantu mereka yang hanya mencari

keseronokan sahaja dan mengabaikan dunia realiti.

Kottler & Brown (1996) – Terapi ini menggalakkan klien bermotivasi, bertanggungjawab

terhadap rancangan tindakannya ke arah perubahan tingkah laku membina dan identiti yang

berjaya.

Samuel T.G (1993) – Matlamat terapi realiti antara lain adalah untuk:

Membantu klien dalam memperjelaskan tentang apa yang mereka mahu dalam hidup.

Membantu klien mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang ada di

sekelilingnya dan juga bentuk halangan yang wujud.

Membantu klien agar mantap dari sudut psikologinya serta lebih rasional dalam

pemikiran dan membuat suatu tindakan.

Corey G (1982) – Secara holistiknya, matlamat terapi realiti adalah untuk membantu individu

mencari jalan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan mereka dari segi kepunyaan,

kebebasan, berkuasa dan berseronok. Terapi ini juga memfokuskan kepada perkara yang disedari

klien serta membantu meningkatkan kesedaran tersebut.

Corsini R.J (1983) – Tidak kira sejauh mana kejam atau ganas serta luar biasa suatu kejadian itu

yang membawa kepada suatu bentuk tingkah laku seseorang, kaunselor harus menjelaskan

kepada klien bahawa kejadian yang lalu tidak boleh dijadikan alasan untuk bertingkah laku yang

tidak sepatutnya. Tidak kira apa yang terjadi kepada klien di masa lalu, beliau harus mengambil

tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang dilaksanakannya sekarang.

11

Page 12: TERAPI REALITI

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

erapi realiti dikatakan suatu terapi yang paling mudah dipraktikkan kerana ianya

bersifat realistik dan praktikal untuk digunakan dalam pelbagai bentuk perkhidmatan

kaunseling. Tujuan dan matlamat utama terapi ini adalah untuk mengatasi pelbagai

masalah tingkah laku yang negatif dalam kalangan remaja dan belia.

TSebagaimana teori behaviorisma yang diutarakan beberapa ahli psikologi seperti J.B

Watson, terapi realiti juga menitikberatkan tentang tingkah laku yang boleh diukur dan dilihat.

Sebarang perubahan yang berlaku dengan mudah dapat dikesan dan dinilai oleh klien sendiri.

Keadaan ini mendorong klien untuk terus memperbaiki dan berusaha ke arah yang lebih baik.

Amir Awang (1987) telah menyatakan bahawa William Glasser begitu berkeyakinan

serta optimistik dengan pendekatannya. Terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan kejayaan

terapi ini dalam usaha untuk mengubah tingkah laku individu yang yang mengalami

penyelewengan tingkah laku.

12

Page 13: TERAPI REALITI

TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING (MP 24193)

Sapura Sipon & Ruhaya Hussin. Teori Kaunseling dan Psikoterapi. (2010). Edisi Kedua. Nilai,

Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

http://www.slideshare.net/adeendra/teori-realiti-william-glasser

http://kaunselingelie.blogspot.com/2011/02/terapi-realiti-william-glasser.html

Nota Psikologi Teori-Teori Kaunseling (MP 23183) Semester 4.

13