tgfu-zura

42
QGU3013 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PEND.JASMANI DAN KESIHATAN TAJUK TUGASAN KUMPULAN UPSI 20(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 E FORUM JUMLAH Folio- TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU)

Transcript of tgfu-zura

Page 1: tgfu-zura

QGU3013

KURIKULUM KONTEMPORARIDALAM

PEND.JASMANI DAN KESIHATAN

TAJUK TUGASAN

KUMPULAN

UPSI 20(A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID

D

NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ABD RAHIM B.MOHD SHARIFF

TARIKH SERAH : 9.NOVEMBER.2012

PEMARKAHAN1 TUGASAN 12 TUGASAN 23 E FORUM

JUMLAH

Folio- TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING

(TGFU)

Page 2: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK HALAMAN

1.0 Pengenalan Teaching Game For Understanding (TGFU) 3

2.0 Matlamat Teaching Game For Understanding (TGFU) 4-5

3.0 Objektif Teaching Game For Understanding (TGFU) 5

4.0 Faktor Yang Mendorong Untuk Mengkaji TGFU 6

5.0 Kepentingan TGFU 7-8

6.0 Menyatakan Komponen TGFU 9-13

8.0 Menjelaskan Kepentingan Pengajaran Menggunakan Kaedah

TGFU

14-15

9.0 Membanding dan Membezakan Antara Pengajaran Secara

Tradisional Dengan Kaedah TGFU

16-18

10.0 Contoh RPH TGFU 19-25

11.0 Kaedah Pengajaran Teaching Game For Understanding

(TGFU)

26-28

12.0 Bibliografi 29

2

Page 3: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

3

Page 4: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

1.0 PENGENALAN TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU)

Mengikut kajian David Understanding dan Rod Thorpe ( 1982 ) dari Universiti

Loughboroungh, Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan

pembelajaran yang mana ia merupakan suatu pengajaran permainan untuk kefahaman yang dapat

menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak

berasa bosan. Melalui TGFU ini murid dapat memfokuskan pada keseluruhan permainan

berdasarkan prinsip atau konsep yang diterapkan dalam kaedah mengajar menggunakan TGFU.

Kementerian telah menyediakan panduan bagi guru untuk menggunakan kaedah TGFU dalam

pendidikan jasmani agar murid-murid dapat berseronok dalam mengikuti aktiviti yang dijalankan

disamping menjadikan kelas tersebut sebagai motivasi kepada murid untuk lebih mengikuti

fokus pada aktiviti yang dijalankan. Di samping itu melalui TGFU ini murid dapat mengeratkan

hubungan persahabatan dan kerjasama di antara murid. Konsep yang digunakan melalui kaedah

TGFU ini adalah bebas dan tidak mempunyai peraturan tertentu, kerana berbentuk aktiviti yang

menyeronokan dalam pembelajaran.

TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap

permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu.

TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani

dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan

TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU ini juga menjadikan

kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta

bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan

menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara

pelajar.

Mengikut pengkaji TGFU iaitu David Bunker dan Rod Thorpe, TGFU ini dihasilkan

kerana mereka mendapati murid-murid kurang tertarik dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru

kerana ia tidak berbentuk aktiviti yang menyeronokkan. Di samping itu pengetahuan guru juga

terhad tentang sesuatu permainan. Oleh itu TGFU ini telah digunakan bagi mencapai matlamat

dan objektif permainan yang dijalankan. Selain itu mereka juga mendapati bahawa kadar

perkembangan murid terlalu perlahan dalam memahami sesuatu konsep permainan tersebut.

4

Page 5: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

Oleh itu, bagi memperbaiki kelemahan sistem pengajaran ini maka mereka telah dapat

menghasilkan satu kaedah TGFU agar pembelajaran ini dapat menarik minat murid seterusnya

memahami konsep permainan dengan lebih berkesan.

Melalui TGFU, murid bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi

dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat

keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU

adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih

mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.

2.0 MATLAMAT TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU)

Melalui aktiviti permainan ini, murid-murid dapat memperkembangkan dari segi

pertumbuhan fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal mereka pada setiap peringkat

perkembangannya. Melalui aktiviti permainan dengan berbagai-bagai cara akan dapat

mengembangkan potensi yang terpendam dan juga bakat seseorang murid kerana aktiviti ini

tidak hanya terbatas kepada pergerakkan fizikal dan senaman biasa. Murid-murid juga dapat

mempelajari kemahiran-kemahiran baru dalam aktiviti tersebut serta akan lebih memahami

konsep-konsep tertentu serta pelbagai latar perhubungan bagi sesuatu permainan ketika mereka

mencipta dan merangka sesuatu permainan baru.

Melalui pengdekatan TGFU ini, murid-murid akan dapat mengawal pergerakkan,

mempertingkatkan ketangkasan dan pergerakkan serta berupaya menggunakan anggota badan

dan minda sebagai alat dalam sesuatu permainan yang penuh saingan. Di samping itu murid juga

dapat membentuk dan memperkembangkan personaliti kerana ia merupakan satu aktiviti yang

menerapkan aktiviti memerlukan daya fikir yang kreatif. Murid-murid merupakan individu yang

boleh dikatakan sensitif dengan persekitaran jadi jika persekitaran itu kurang menyenangkan

maka pembelajaran akan terganggu. Bagi membentuk persekitaran yang sihat maka ia

memerlukan aktiviti yang dapat menarik minat murid untuk terlibat dalam aktiviti yang

dijalankan.

5

Page 6: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

Murid-murid juga akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang asas sistem badan

manusia. Mereka akan dapat mengetahui tentang bahagian-bahagian anggota badan dan

memahami mekanisme serta fungsi otot-otot badan dalam tubuh badan mereka. Akhir sekali

melalui kaedah TGFU ini juga segala penghayatan dan amalan nilai murni dapat dipupuk semasa

menjalankan permainan sesama ahli dalam kumpulan.

3.0 OBJEKTIF TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU)

Objektif yang ingin diterapkan menggunakan kaedah teacher games for understanding

(TGFU) ialah dapat membantu murid-murid memperolehi pengetahuan asas tentang peraturan,

kemahiran dan taktik dalam kategori permainan kanak-kanak. Apabila kaedah TGFU digunakan

maka secara tidak langsung akan meningkatkan komunikasi dengan murid-murid lain. Ini adalah

kerana aktiviti yang dijalankan memerlukan kerjasama antara satu sama lain untuk memperolehi

tujuan yang sama iaitu mendapatkan markah kemenangan. Kebanyakkan aktiviti yang

dijalankan adalah dalam bentuk kumpulan.

Dari segi peralatan pula, guru dapat memaksimumkan penggunaan kepelbagaian alatan

dengan gaya yang betul dan selamat dalam sesuatu aktiviti permainan. Murid-murid juga dapat

menyelesaikan masalah dengan mencipta aktiviti permainan atau pun dengan mengubah variasi

dalam permainan. Aktiviti yang menyeronokan dapat melahirkan perasaan dan

memperkembangkan daya imaginasi murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti yang bermakna.

Kaedah pengajaran lama kurang menerapkan aspek keseronokkan dalam aktiviti-aktiviti yang

dijalankan kerana ia hanya aktiviti yang berbentuk pengajaran kemahiran semata-mata tanpa

melibatkan permainan yang dapat menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti yang dirancang akan dapat mengeksploitasikan segala kemahiran murid-murid dan juga

dapat memberi peluang kepada mereka untuk belajar dalam suasana yang menggembirakan dan

selesa. Di samping itu nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri murid-murid kerana ia

melibatkan kerjasama antara rakan-rakan bagi mencapai matlamat kumpulan.

6

Page 7: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

4.0 FAKTOR YANG MENDORONG UNTUK MENGKAJI TGFU

Pendorong para pengkaji mengkaji disebabkan oleh pencapaian permainan kurang

memuaskan. Murid-murid kurang menikmati dan berseronok dalam permainan yang disediakan

oleh guru. Murid-murid adalah bersifat lebih pasif dan tidak aktif dalam permainan. Selain itu,

pendidik pada masa itu mempunyai pengetahuan yang terhad tentang permainan. Mereka tidak

memahami matlamat dan objektif bagi setiap permainan yang dijalankan. Permainan yang

dirancangkan hendaklah mempunyai matlamat tertentu supaya murid-murid dapat mempelajari

sesuatu melalui permainan.

Faktor yang lain adalah seperti lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam

membuat keputusan. Melompat, melari dan membaling bola merupakan kemahiran asas yang

banyak membantu murid bergerak cergas dan aktif dalam permainan. Mereka juga memerhatikan

bahawa Pendidikan Jasmani pada masa itu adalah terlalu bergantung kepada jurulatih atau guru

untuk membuat keputusan. Mereka ingin mengkaji satu set kajian yang berkesan dan dapat

membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mereka juga terdorong untuk

mengkaji TGFU atas sebab kadar perkembangan dalam permainan yang terlalu lambat dan tidak

menonjolkan. Pendidikan pada masa itu kurang mementingkan permainan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Maka, mereka pun berusaha untuk mengkaji TGFU.

7

Page 8: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

5.0 KEPENTINGAN TGFU

Sesungguhnya pelbagai pendapat menyatakan tentang kepentingan model TGFU dalam

dunia pendidikan jasmani untuk menjadikan TGFU diakui sebagai altenetif memajukan bidang

sukan dikalangan murid. Pendekatan TGFU menyarankan bahawa taktik pemainan untuk dapat

diertikan sebagai pengenalan pertama, pelajar harus mengetahui kenapa dan bila keterampilan

itu diperlukan dalam konteks permainan, pelaksanaan taktikal dalam keterampilan dilahirkan.

Pendekatan TGfU harus dapat diterapkan pada pengajaran jasmani para murid, meningkatkan

motivasi untuk kematangan, dan seterusnya meningkatkan kesihatan psikologi dan fizikal.

Pendekatan ini berasaskan daripada pendapat Crum (2003) bahawa komuniti pendidikan

jasmani tidak menerima dan memberikan keutamaan bagi kosmologi nilai profesionalnya, iaitu

dengan bukti bahawa fungsi utama seorang guru pendidikan jasmani adalah untuk membantu

pelajar ke arah belajar. Belajar apa? Sesungguhnya dalam pembelajaran pendidikan jasmani,

seorang murid tidak akan belajar apa-apa selain belajar menjadi manusia yang memiliki gaya

hidup aktif secara jasmani. Di sinilah kesulitan pada pendidikan jasmani. Metod yang kurang

tepat tidak akan mencapai tujuan pendidikan jasmani secara khusus dan pendidikan secara

umum. Misalnya pengajaran permainan yang memfokuskan pada teknik (technique focused

games) yang sampai saat ini masih mendominasi program pendidikan jasmani. Menurut Hopper,

murid tidak dapat meningkatkan kemampuannya secara maksimum dalam menemukan

kesempurnaan yang pada akhirnya menjadikan permainan sebagai sebahagian dari gaya hidup

sihat mereka.

Model TGFU yang menggunakan pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh

bagi mewujudkan pemain yang berkesan, sesuai untuk murid dalam pelbagai kumpulan

kemahiran, dapat menggalakkan murid berfikir secara kreatif, bijak membuat keputusan tentang

pemilihan taktik, bekerjasama sesama pemain dan dapat menguasai kemahiran sukan (Ho, 2003;

Light & Fawns, 2003 ) dapat memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah

ubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik

berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada kerana mencakupi semua aspek yang perlu

diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang diubahsuai

secara berperingkat.

8

Page 9: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

Pengajaran permainan yang berpusat pada permainan adalah suatu pendekatan yang

dihubungkan dengan model Teaching Games for Understanding (TGFU). TGFU menawarkan

suatu cara yang membolehkan pelajar untuk mengapresiasi kemudahan bermain sehingga

mendorong keinginan pelajar untuk belajar teknik bermain dan meningkatkan penguasaan dalam

permainannya. Pendekatan TGFU merupakan pengajaran permainan yang berpusat pada bermain

itu sendiri. Di dalam TGFU “mengapa” memainkan suatu permainan itu diajarkan terlebih dulu

sebelum “bagaimana” keterampilan yang diperlukan untuk memainkan permainan itu diajarkan.

Menurut Hopper, proses tersebut melibatkan pengajaran murid menggunakan permainan yang

dimodifikasi dan diaplaksikan sesuai dengan jasmani, sosial, dan perkembangan mental mereka.

9

Page 10: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

6.0 MENYATAKAN KOMPONEN TGFU.

Falsafah TGFU masih diubahsuai dan diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk

menghasilkan suatu idea yang lagi cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson telah

kategorikan permainan kepada 4 kategori utama:

6.1 Sasaran (Target)

Merupakan satu kaedah di mana murid perlu membuat sasaran untuk mendapatkan mata atau

markah. Sasaran adalah penting dalam sesetengah permainan jadi murid perlu fokus terhadap

sasaran tersebut untuk mendapatkan mata dan secara tidak langsung murid tersebut dapat

menguasai kemahiran permainan yang menggunakan ketepatan sasaran. Antara contoh

permainan yang menggunakan kaedah sasaran ialah seperti bowling, achery dan golf

6.2 Striking/ Fielding

Merupakan kaedah yang digunakan dalam permainan yang melibatkan pukulan dan larian

seperti baseball,softball dan criket. Antara kaedah yang boleh digunakan bagi permianan ini

ialah mengadakan perlawanan dua kumpulan. Kumpulan 1 (striking ) akan akan cuba

mendapatkan markah dengan membuat larian yang selamat dan berjaya selepas membuat

pukulan dalam masa yang ditetapkan. Pasukan 2 ( fielding ) jika berjaya menghalang

pasukan striking akan mendapat markah.

6.3 Jaring/ dinding (net/wall)

Permainan ini menekankan kemahiran manipulasi alatan seperti bola. Kumpulan yang

mendapat markah melalui objek yang dapat dihantar ke gelanggang lawan dan pihak lawan

tidak dapat menghantar balik dalam kawasan gelangang. Antara permainan yang dapat

menggunakan kaedah ini seperti seperti badminton, squash dan table tennis.

6.4serangan (Invasion)

Aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk kumpulan di mana ia menetapkan masa.

Kumpulan yang mendapat markah jika masuk ke dalam pihak lawan. Permain yang

menggunakan kaedah ini seperti bola sepak, bola keranjang dan bola baling.

10

Page 11: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

Berikut dihuraikan komponen yang terdapat dalam model TGFU yang lain.

6.5 Bentuk PermainanBentuk permainan dalam model kurikulum Bunker & Thorpe (1982) ialah permainan

mini yang menyerupai permainan sebenarnya. Bentuk permainan itu melibatkan ruang

permainan, alatan permainan, bilangan pemain dan lain-lain. Murid-murid perlu

memahami bentuk permainan untuk mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan.

memberi tunjuk ajar yang betul

sesuai untuk semua peringkat umur.

membantu murid untuk belajar cara membuat keputusan dan penyelesaian masalah.

mengandungi kategori permainan yang berbeza tetapi mempunyai kurikulum yang

sama.

situasi permainan yang sesuai telah di tetapkan, pola permainan mini yang

dimainkan oleh anak-anak berusia 11 dan 12 tahun boleh menyerupai versi

permainan orang dewasa.

6.6 Hargai Permainan

Murid perlu memahami peraturan permainan yang diubahsuaikan dari permainan asal.

Kemudian, mereka akan menghayati bahawa pengubahsuaian peraturan akan mengubah

taktik yang akan digunakan. Misalnya, apabila peraturan diubah agar saiz gol dibesarkan,

maka penjagaan gol adalah lebih susah dan taktik pertahanan juga perlu diubah.

memahami peraturan permainan walaupun permainan itu mudah.

penting untuk mengingati peraturan yang diberi mengikut bentuk permainan

tersebut.

menambah dan mengrangkan intensiti adalah penting dalam sesuatu permainan bagi

menambah keseronokan dalam sesuatu sesuatu permainan itu atau menambah

kesukaran terhadap kesukaran permainan tersebut.

penambahan undang-undang tentang tempat, masa dan kawasan boleh juga

menceriakan suasana permainan.

11

Page 12: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

6.7 Kesedaran Taktikal

Pelajar menggunakan peraturan permainan untuk menambah faedah kepada pasukan

sendiri sambil mengurangkan prinsip-prinsip permainan seperti:

mencipta ruang untuk pihak sendiri / menghadkan ruang pihak lawan.

bertindakbalas terhadap kekuatan / kelemahan pasukan diri / lawan

menggunakan tektik dalam sesuatu permainan amat diperlukan.

membolehkan sesuatu pasukan mengawal permainan dengan baik.

asas tektik yang dibina tidak semestinya akan berjaya sebaliknya perlu diubah untuk

memenuhi kehendak permainan tersebut.

penambahan kepada kesedaran taktikal akan mendedahkan kelemahan pihak lawan

tetapi penambahan ini adalah terhad mengikut peraturan.

6.8 Membuat keputusan.

Semasa permainan dijalankan, murid-murid sentiasa menilai situasi, menjangka

kemungkinan dan membuat keputusan memilih tindakan yang sesuai mengikut

situasi tentang:

apa yang perlu dilakukan

bila melakukannya

bagaimana melakukannya

cara membuat keputusan dalam masa yang singkat secara tepat dan pantas adalah

sukar. Dalam pendekatan ini perbezaan antara keputusan yang dibuat berdasar

kenapa yang hendak dilakukan dan bagaimana yang hendak dilakukan.

a) ‘What to do’? Ini jelas didapati bahawa kesedaran tektikal adalah berpatutan jika

keputusan dibuat. Ia sentiasa ada dalam setiap permainan, sesuatu aspek sentiasa

berubah. Dalam membuat keputusan, setiap situasi perludiambil kira seperti

kemampuan untuk mengenal pasti petunjuk-petunjuk untuk dimasukkan sebagai

proses untuk memilih perkara-perkara yang penting.

12

Page 13: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

b) ‘How to do it’? Masih ada lagi keputusan bahawa apakah jalan yang terbaik untuk

melakukannya dan pilihan yang menepati kehendak keadaan pada saat yang

kritikal.

6.9 Perlaksanaan Kemahiran

Setelah murid-murid mengenal pasti apa yang perlu dibuat dan bila perlu membuatnya,

mereka adalah rela dan bersedia untuk belajar bagaimana melakukan kemahiran dengan

berkesan. Semua kemahiran itu dipelajari mengikut kesesuaian dalam konteks permainan.

dalam mempersembahkan kemahiran yang digunakan untuk menunjukkan hasil

yang sebenar yang diperlukan dalam pergerakan seperti yang diajar oleh guru.

konteks mengajar dan dapat mengenali kebolehan guru tersebut.

ianya berbeza dengan apa yang dipraktikkan dan menguasai aspek kualiti dan

persembahan keberkesanan pergerakan mekanikal dan relevensinya mengikut

keadaan permainan.

7.0 Prestasi

Hasil pembelajaran dinilai berdasarkan kriteria tertentu dalam aspek-aspek:

kebolehan kemahiran pelajar dalam situasi permainan

respon yang bersesuaian dengan situasi yang berada di dalam permainan.

ini merupakan hasil daripada latihan yang telah dilakukan sebelum ini.

melalui pencapaian yang telah dicapai, kita boleh mengetahui pelajar tersebut

merupakan atlit yang berpotensi atau tidak samada diperingkat sekolah atau

antarabangsa.

melalui pencapaian yang telah dicapai ia boleh menjadi kayu ukur terhadap

teknik yang berkesan.

13

Page 14: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

7 .1 Kesimpulan

Aspek berturutan bagi model itu adalah kritikal.

Berlainan dengan kaedah pengajaran tradisional, kaedah atau cara ini bermula

dengan permainan dan peraturan bagi persamaan itu telah ditetapkan untuk

perkembangan kesedaran tektikal dan membuat keputusan dimana telah

mendahului faktor respon bagi perlaksanaan kemahiran dan pencapaian.

Penyempurnaan kepuasan bagi setiap tahap yang telah diberi memerlukan

pengubah-suaian bagi permainan dan terus ke penilaian semula bagi memenuh

isyarat permainan baru tersebut.

14

Page 15: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

8.0 MENJELASKAN KEPENTINGAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH

TGFU

Murid bukan sahaja terlibat secara aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan

pemenang malahan juga adalah penting untuk murid belajar membuat keputusan yang tepat dan

sesuai dengan pantas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan

tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan

pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. Menurut, Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-

kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain.

Semasa bermain, mereka, bebas daripada segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak

mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif.

Model TGFU bentuk kemahiran secara menyeluruh dan bebas yang boleh dipindah ke pelbagai

sukan. Oleh itu, TGFU amat sesuai dengan pembentukan pemahaman pengajaran kepada sesuatu

permainan yang ingin diterapkan kepada kanak-kanak. Taktikal yang dikuasai sesuai dengan

beberapa permainan yang sama kemahirannya.

Kita akan melihat TGFU daripada perspektif psikologi, Thorpe menganalisis bahawa

dalam meletakkan psikologi dalam TGFU sebagai kerangka kerja pendorong. TGFU

menekankan pada permainan dan mengarahkan pelajar untuk menemukan permainan itu, yang

merupakan modal dalam cabang (interaksi sosial, kedamaian sosial, dan mencari teman) dengan

berharap pelajar dapat mengembangkan peraturan, dan tantangannya untuk dapat mencapai

bekerja dengan taktik yang tepat. Kemampuan melatih secara individual atau dalam kelompok

kecil, sebagai pemangkin pelajar dapat bekerjasama dengan yang lain dalam usaha membantu

perkembangan pemikiran. Di dalam TGFU, pelajar dapat menghalusi dan mengembangkan

penampilan mereka sendiri dalam situasi permainan yang secara berperingkat, di bawah

bimbingan guru, berkembang ke arah permainan dewasa yang lebih canggih.

15

Page 16: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

Pembelajaran kendiri akan tumbuh apabila pada diri seseorang memiliki pemahaman yang

positif terhadap permasalahan pembelajaran yang dihadapi. Dalam “target games” yang terdapat

dalam model TGFU, murid-murid didorong mengembangkan kesadaran taktikal dan

kemampuan pembuatan keputusan manakala hal ini menjadi orientasi utama dalam pengajaran.

Target games merupakan permainan yang menuntut konsentrasi, ketenangan, fokus, dan

ketelitian yang tinggi dalam permainannya. Apabila aktiviti “target games” dilakukan maka

akan terbentuk sifat-sifat yang terdapat dalam “target games”. Setelah konsep diri pelajar

terbentuk dari aktiviti “target games memberikan kekuatan mental yang mendorong terjadinya

proses pembentukkan perwatakan pemain yang mantap dan hebat..

Prinsip-prinsip Pedagogi TGFU Thorpe kemudian memperkenalkan empat dasar prinsip

pendidikan yang digunakan dalam hubungannya dengan model kurikulum TGFU untuk

mengembangkan program pendidikan jasmani. Empat dasar prinsip pendidikan itu tidak

mendapatkan perhatian dalam literatur pendidikan jasmani sama keadaannya dengan model

TGFU. Empat dasar prinsip pendidikan itu adalah Sampling, Modification-Representation,

Modification-Exaggeration, Tactical Complexity. (Holt, Strean, and Garcia Bengoechea, 2002:

168-169). Sampel. Prinsip sampel didasarkan bahwa permainan harus dipilih sehingga variasi

pengalaman dapat ditawarkan, dan kemungkinan yang ada untuk menunjukkan kesamaan antara

jenis-jenis permainan yang berbeza. Semua itu membawa pada pemahaman akan permainan

yang jauh lebih baik.

16

Page 17: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

9.0 MEMBANDINGKAN DAN MEMBEZAKAN ANTARA PENGAJARAN SECARA

TRADISIONAL DENGAN KAEDAH TGFU.

9.1 Pendekatan Tradisional

Terdapat banyak perbezaan antara pengajaran teaching game for understanding dengan

pengajaran tradisional yang boleh diutarakan. Antaranya ialah pengajaran tradisional

dalam bentuk pengajaran untuk menerangkan tentang kemahiran tertentu tanpa

melibatkan murid-murid secara maksimum dalam aktiviti di samping aktiviti yang

dijalankan kurang memberikan keseronokkan kepada murid-murid untuk terlibat dalam

pembelajaran.

Melalui pengajaran menggunakan kaedah tradisional, ia hanya bertumpu kepada

arahan guru sahaja yang bermaksud guru yang menerangkan murid apa yang perlu

dilakukan dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan dalam pembelajaran. Jadi murid-

murid tidak akan dapat memberikan idea yang kreatif dalam aktiviti yang akan

dijalankan. Ini berbeza dengan kaedah TGFU yang mana ia melibatkan sepenuhnya

murid-murid dalam aktiviti yang dijalankan.

9.1.1 Ciri-Ciri Pengajaran Tradisional

Menggunakan prinsip pengajaran tradisional.

Guru memberi arahan dan murid mengikut arahan.

Aplikasi pembelajaran sehala, guru sebagai pengajar

Kebaikan guru mudah merancang, sesuai untuk kegiatan bahaya dan kemahiran

khas.

Ciri-ciri pendekatan tradisional.

Kurikulum yang ditetapkan

Mementingkan pengajaran

Guru menentukan tugas

Tugasan diberikan kepada pelajar

Guru menentukan piawaian, berfokus kepada guru

Mengukur pengajaran mengikut gred.

17

Page 18: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

9.2 Pendekatan Tgfu

Melalui kaedah TGFU juga murid-murid akan didedahkan dengan secara amali dan

teori supaya dapat mencapai tahap kefahaman yang maksima dalam sesuatu permainan.

Kaedah tradisional hanya berbentuk aktiviti yang sama dalam setiap pengajaran dan

pembelajaran iaitu memanaskan badan, amalan kemahiran, latihan permainan kecil dan

menyejukkan badan. Manakala kaedah TGFU pula dimulakan dengan aktiviti

memanaskan badan, diikuti dengan aktiviti situasi permainan mini dan menganalisis

permainan. Seterusnya disambung dengan aktiviti situasi permainan mini dan aktiviti

menyejukkan badan sebagai aktiviti penamat pelajaran atau latihan.

9.2.1 Ciri-Ciri Pengajaran Kaedah TGFU

Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan diadaptasi daripada permainan

sebenar tetapi diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal, sosial

serta intelek mereka dan infrastuktur yang bersesuaian.

Apresiasi permainan seperti aspek peraturan permainan atau undang-undang yang

diubahsuai serta diberi variasi untuk menarik minat pemain.

Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk

mengatasi pihak lawan.

Membimbing mereka ke arah kemahiran membuat keputusan seperti menilai situasi

untuk menentukan apa yang perlu dilakukan, mengenalpasti dan menjangkakan

kemungkinan serta membuat tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

Pendekatan ini berkonsepkan ansur maju dengan mempraktikkan kemahiran yang

mudah dan yang telah dikuasai.

Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk permainan dan bukannya latih tubi

terhadap kemahiran itu sendiri.

18

Page 19: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

Pengajaran Tradisional Kaedah TGFU

Perlakuan kemahiran

Lebih mementingkan kepada pemahaman

perlakuan dalam sesuatu aktiviti atau

kemahiran yang dipelajari.

Ikut Kurikulum yang disediakan.

Permainan

Permainan merupakan fokus utama dalam

setiap permainan

Lebih mirip kepada permainan yang mencabar

minda.

Permainan

penguasaan hanya pada kemahiran yang

terlalu asas selalunya gagal difahami

sepenuhnya oleh pelajar.

Appresiasi Permainan

Penggunaan taktik dan boleh diubah suai untuk

kemajuan permainan.

Prestasi

Dinilai setelah selesai pengajaran dan

pembelajaran

Kesedaran Taktikal

Dikuasai semasa permainan dalam usaha atasi

pihak lawan.

Buat Keputusan

Tidak dapat membuat keputusan dan terlalu

mengharapkan kepada guru.

Buat Keputusan

Boleh membuat keputusan sendiri.

Kesedaran Taktikal

Dilakukan dalam situasi permainan sebenar.

Tahu hasil pendedahan guru

Perlakuan Kemahiran

Berlaku dalam suasana permainan yang direka

khas,

Lebih menguasai kerana pemahaman kendiri.

19

Page 20: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

10.0 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TGFU

Nama Guru : Nor Azah bt Ahmad Sahuddin

Sekolah : Sekolah. Kebangsaan Kapar Klang, Selangor Darul Ehsan

Tahun :4 Adil

Umur : 10 Tahun

Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani

Bilangan Murid : 30 orang

Hari : Isnin

Tarikh :1 Oktober 2012

Masa :8.00pagi-9.00pagi (60 minit)

Kemahiran : Sepakan Asas (Menendang)

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;

Psikomotor: i) melakukan hantaran leret dengan kaki lurus ke

hadapan dan dan badan menghadap sasaran.

ii)menahan dan mengawal pergerakan bola

menggunakan bahagian dalam kaki.

Kognitif : i) memahami bahawa kaki lurus ke hadapan dan badan

menghadap ke sasaran untuk menambah ketepatan

ii) mengetahui tujuan kaki lurus ke hadapan semasa

lakuan untuk menambahkan daya.

iii)mengetahui kaki mengikut lajak selepas hantaran

untuk menambah ketepan dan daya.

. Afektif : i)menambah keyakinan diri semasa melakukan hantaran

leret dan menambah keseronokan semasa bermain.

Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.

Pengetahuan Sedia Ada : i) Murid biasa dengan permainan bola sepak

ii) Murid mengetahui tempat atau kawasan permainan bola sepak.

20

Page 21: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

Kemahiran berfikir :i) membanding/membeza

(KBKK) ii) murid dapat membezakan permainan bola sepak dengan sepak takraw.

iii) murid dapat membuat gambaran mental urutan langkah yang perlu

dilakukan semasa melakukan hantaran leret.

Gaya Pengajaran : Arahan dan Penemuan Terbimbing

Strategi Pengajaran: Teori Kontekstual

Teaching Game For Understanding (TGFU)

Penggabungjalinan : Hubungkait antara kemahiran bola sepak dengan kemahiran sepak takraw.

Penerapan nilai : Jujur dan bekerjasama.

Bil Bahagian/ Aktiviti Butiran Organisasi Alatan/cacatan

21

Page 22: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

masaMengajar/Fokus

Pembelajaran1 Permulaan

(10 minit)Memanaskan

badan dan regangan

Permainan kecil(Bintang Beralih)a. Guru memilih setiap

ketua murid (tikus) membuat bulatan.

b. Murid yang lain pergi mencari rumah iaitu ketua murid tadi dan berdiri di

belakangnya.Murid yang ada rumah menjadi anak tikus.

c. Murid yang tiada rumah akan menjadi kucing.d. Guru akan memilih seorang murid(anak tikus) untuk keluar dari rumah ke rumah lain. Pada masa yang sama kucing akan cuba menangkapnya.e. Anak tikus akan berlari menuju ke rumah bapa atau ibu tikus lain.Jika terselamat anak tikus barisan belakang sekali dari rumah itu keluar pula. Begitulah seterusnya.

Regangan

= Guru

= Tikus

= Kucing

Sistem kardiovaskular.

Meningkatkan kadar nadi.

Meningkatkan suhu badan

Kesungguhan

22

Page 23: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

- Secara berpasangan.

- Membuat regangan secara berpasangan.

- Regangan kepala, tangan, pingang, kaki.

Buat sehingga maksimum.

=Guru = Murid

Memahami -Arahan

Koordinasi -badan

Kekuatan -tangan

Daya imbangan

nilai/afektif-Kesungguhan-Keseimbangan

Alatan: Kon =

2 Perkemb-angan(20 minit)

Simulasi atau bayangan.

Hantaran statik.

Bayangan.-buat 2 barisan lurus.-Perhatian kedudukan badan cikgu dan kedudukan tangan dan kaki cikgu selepas tendangan.

-Buat shadow tanpa mengunakan bola secara individu.

Melakukan hantaran leret secara berpasangan dengan jarak 3 meter secara statik.- secara berpasangan,buat hantaran leret kepada rakan.kesalahan pasangan- rakan bantu menyepak.- tukar peranan.

= =Murid

=Guru

Koordinasi pergerakan- Kepantasan- Kecekapan

Nilai/afektif- Ketepatan- Keyakinan

Psykomotor- Kepantasan- Kelembutan- Koordinasi

Nilai/afektif- Kerjasama- Persefahaman

Aplikasi

23

3 meter.3 meter.

Page 24: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

Aktiviti tiga.(berkumpulan)

Tendangan leret dinamik- Buat satu bulatan

besar.- Tiga biji bola akan

digunakan.- Tendang bola ke

rakan sebelah kanan anda, dengan teknik tendangan leret yang betul.

- Jangan lepaskan bola atau menggunakan teknik tendangan lain.

- Orang yang salah akan keluar, pemain terakhir yang tinggal dikira sebagai pemenang.

- Tukar arah tendangan bola.

Arah pusingan. Kemahiran- Kepuasan

= bola.

3 Kemuncak.(25 minit)

Teaching Game For Understanding(TGFU)

Menyerang.- Bahagian kepada dua

kumpulan.(kumpulan A dan B)

- Pertandingan bola baling mini.

- Setiap ahli dalam kumpulan diberi bip yang berbeza dengan kumpulan lawan.

- Semua ahli dalam kumpulan perlu berdiri di luar gelangang dengan bip masing-masing.

- Setiap satu sesi hanya tiga orang dari setiap kumpulan dipilih untuk bermain.

- Pemilihan ketua

= Guru = Kumpulan A

= Kumpulan B

Ketepatan

a) memindah

b) mengaplikasi

c) ketangkasan

d) koordinasi

mata dan kaki.

Nilai/afektif

a) kerjasama

b) semangat

Berpasukan

a) keseronokan

24

11 3322

11 3322

11

11

Page 25: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

ditentukan oleh pengadil.

- Peraturan bola sepak digunakan sepenuhnya.

- Gol dikira melalui kiraan bola yang berjaya menyentuh kon di pasukan lawan.

- Hanya hantaran leret digunakan.

Alatan:

= Bola

= Kon/Skitel = Bip A

= Bip B

4

Penutup

(5 minit )

Aktiviti

menyejukan

badan.

Murid melakukan

aktiviti regangan

dengan kadar intensiti

yang rendah.

Tarik nafas, longgar

sendi-sendi dan

kendur otot-otot utama

di bahagian atas badan

dan kaki.

Tarik nafas melalui

hidung dan hembus

nafas melalui mulut.

(Ulang tiga kali.)

= Guru

= Murid

25

Page 26: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

Refleksi:

a) Guru meminta respon murid berkaitan P&P dengan bertanya soalan.

b) Guru memberi pengetahuan umum kemahiran kepada murid.

c) Beri tugasan kepada murid, cari artikel/keratan mengenai bola sepak.

d) Bersurai secara berkumpulan

e) Sorakan dan tepukan semangat.

Bersurai dengan tertib:

a) murid berbaris dalam 2 barisan dalam keadaan tertib dan bersalam.

b) guru pandu murid kembali ke kelas dan pastikan sentiasa dalam keadaan disiplin dan

tertib.

26

Page 27: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

11.0 KAEDAH PENGAJARAN TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU)

11.1 Kaedah Demonstrasi

Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani:

a.    Pendahuluan

Susun murid supaya mereka boleh dengar dan lihat. Murid boleh duduk, melutut

atau berdiri.

Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah seperti di dalam

kelas.

Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini.

b.    Demonstrasi

Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar.

Ikut cara dan prosedur yang piawai.

Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan.

c.    Demonstrasi dan pengajaran

Semasa membuat perlakuan, beri butiran yang sepatutnya.

Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan.

Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia

tidak diberitahu.

Gunakan kaedah ansur maju dan mengajar mengikut turutan yang sebenarnya.

Kaitkan pertalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

27

Page 28: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

d.  Ulang demonstarsi dan butiran yang penting

Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit.

Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan.

Beri butiran penting.

e.    Penutup

Ulang butiran penting.

Menggalakkan perbincangan.

Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran.

11.2 Perlaksanaan TGFU

Warm-up’ (tidak semestinya melakukan regangan)

Terus bermain

Guru menerangkan cara bermain dengan ringkas dan jelas

Perhatikan murid-murid dan menilai permainan

Hentikan permainan pada masa yang sesuai untuk bertanya soalan.

Guru perlu memberi masa untuk murid-murid berfikir dan menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan

Guru memberi maklum balas/pujian untuk jawapan/cadangan yang baik

‘Cooling down’ (regangan boleh dilakukan di bahagian ini)

28

Page 29: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

11.3 Contoh Soalan

Soalan boleh dimulakan dengan soalan yang memerlukan pemikiran aras rendah(LOT); iaitu

jawapan tertutup.(ya, tidak, sini, sana, dan sebagainya)

Contoh:

a. Di mana anda harus tendang bola itu?

Jawapan: Di sini.

b. Tendang bola ke arah sana, rugi kan?

Jawapan: Ya

c. Adakah tendangan tinggi dapat markah?

Jawapan: Tidak

29

Page 30: tgfu-zura

QGU 3013-Kurikulum Kontemporari Dalam Pen.Jasmani dan Kesihatan

12. BIBLIOGRAFI

1. Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husain Bin Ayob& Zalawati Binti Sufian (2003)

Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku

Teks. Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. Mohd Sofian Omar Fauzee (2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Karisma

Publications Sdn. Bhd.

3. Teaching Games for Understanding (TGFU) in primary and secondary physical

education.

4. Hooper, T. (1998).Teaching Games Centered Gemes using Progressive Principles of

Play. Victotoria : CAHPERD.

5. Kirk, D. & MacDonald. (1998). Situated Learning in Physical Education.

Journalof Teaching in Physical Education. Canada : University Of Alberta.

Internet

1. http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdf

2. http://www.tgfu.org/

3. http://www.tgfu.info/

4. http://tgfu.wetpaint.com/page/The+Model

5. http://fpokpor86.blogspot.com/2009/01/tgfu.htm

30