Tidak Ramai Orang Mampu Menghadapi Kegagalan

2
Tidak ramai orang mampu menghadapi kegagalan, menerima kegagalan, sanggup mengambil risiko untuk gagal lebih-lebih lagi pula mampu untuk belajar daripada kegagalan. Majoriti manusia takut kepada kegagalan, hal itu membuatkan mereka berusaha untuk tidak gagal melalui cara yang paling mudah iaitu tidak mencuba. Manakala dalam masa yang sama, setiap hari kita semua berhadapan dengan kegagalan demi kegagalan di sana sini. Para pelajar gagal di dalam pelajaran, gagal menyiapkan tugasan, guru gagal mendidik pelajarnya, ibubapa gagal di dalam rumahtangga, anak-anak gagal menjadi anak yang baik, suami gagal menjadi suami yang baik, isteri gagal menjadi isteri yang baik. Berikut adalah 10 kata bijak dari para tokoh dunia tentang bagaimana seharusnya kita menghadapi kegagalan: 1. “Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih keberhasilan.” (John F. Kennedy) 2. “Keberhasilan tidak diukur dengan apa yang anda dapat, namun kegagalan yang telah anda hadapi, dan keberanian yang membuat anda tetap berjuang melawan rintangan yang datang bertubi-tubi.” (Orison Swett Marden) 3. “Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali ketika kita jatuh." (Confusius) 4. “Banyak kegagalan dalam hidup ini disebabkan manusia tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan keberhasilan disaat mereka hampir menyerah.” (Thomas Alva Edison) 5. “Kegagalan dapat dibahagi kepada dua sebab. Yakni, orang yang berpikir tapi tidak pernah bertindak, dan orang yang bertindak tapi tidak pernah berpikir.” (W.A. Nance) 6. “Keberhasilan adalah kemampuan untuk melewati dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat.” (Winston Chuchill) 7. “Tiada rahsia untuk mencapai kejayaan. Kejayaan terjadi kerana persiapan, kerja keras, dan mahu belajar dari kegagalan.” (General Colin Powell) 8. “Orang-orang yang gagal dibahagi kepada dua, iaitu mereka yang

Transcript of Tidak Ramai Orang Mampu Menghadapi Kegagalan

Page 1: Tidak Ramai Orang Mampu Menghadapi Kegagalan

Tidak ramai orang mampu menghadapi kegagalan, menerima kegagalan, sanggup mengambil risiko untuk gagal lebih-lebih lagi pula mampu untuk belajar daripada kegagalan. Majoriti manusia takut kepada kegagalan, hal itu membuatkan mereka berusaha untuk tidak gagal melalui cara yang paling mudah iaitu tidak mencuba.

Manakala dalam masa yang sama, setiap hari kita semua berhadapan dengan kegagalan demi kegagalan di sana sini. Para pelajar gagal di dalam pelajaran, gagal menyiapkan tugasan, guru gagal mendidik pelajarnya, ibubapa gagal di dalam rumahtangga, anak-anak gagal menjadi anak yang baik, suami gagal menjadi suami yang baik, isteri gagal menjadi isteri yang baik.

Berikut adalah 10 kata bijak dari para tokoh dunia tentang bagaimana seharusnya kita menghadapi kegagalan:

1. “Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih keberhasilan.” (John F. Kennedy)

2. “Keberhasilan tidak diukur dengan apa yang anda dapat, namun kegagalan yang telah anda hadapi, dan keberanian yang membuat anda tetap berjuang melawan rintangan yang datang bertubi-tubi.” (Orison Swett Marden)

3. “Kebanggaan kita yang terbesar adalah bukan tidak pernah gagal, tetapi bangkit kembali ketika kita jatuh." (Confusius)

4. “Banyak kegagalan dalam hidup ini disebabkan manusia tidak menyedari betapa dekatnya mereka dengan keberhasilan disaat mereka hampir menyerah.” (Thomas Alva Edison)

5. “Kegagalan dapat dibahagi kepada dua sebab. Yakni, orang yang berpikir tapi tidak pernah bertindak, dan orang yang bertindak tapi tidak pernah berpikir.” (W.A. Nance)

6. “Keberhasilan adalah kemampuan untuk melewati dan mengatasi dari satu kegagalan ke kegagalan berikutnya tanpa kehilangan semangat.” (Winston Chuchill)

7. “Tiada rahsia untuk mencapai kejayaan. Kejayaan terjadi kerana persiapan, kerja keras, dan mahu belajar dari kegagalan.” (General Colin Powell)

8. “Orang-orang yang gagal dibahagi kepada dua, iaitu mereka yang berfikir gagal padahal tidak pernah melakukannya, dan mereka yang melakukan kegagalan dan tak pernah memikirkannya.” (John Charles Salak)

9. “Kegagalan adalah sesuatu yang boleh kita hindari dengan tidak mengatakan apa-apa, tidak melakukan apa-apa dan tidak menjadi apa-apa.” (Denis Waitley)

10. “Kegagalan adalah satu-satunya kesempatan untuk memulakan lagi dengan lebih baik.” (Henry Ford)