Tingkah Laku Sasaran Adalah Tingkah Laku Yang Telah Dipilih Untuk Diberi Keutamaan Dalam Proses...

download Tingkah Laku Sasaran Adalah Tingkah Laku Yang Telah Dipilih Untuk Diberi Keutamaan Dalam Proses Perubahan

of 4

description

proposal

Transcript of Tingkah Laku Sasaran Adalah Tingkah Laku Yang Telah Dipilih Untuk Diberi Keutamaan Dalam Proses...

Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan.Memilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa iaitu dengan mengenalpasti masalah-masalah seperti masalah yang membahayakan diri dan orang lain, Masalah yang boleh mengganggu pembelajarannya dan murid lain, masalah yang membahayakan keselamatan diri dan murid lain,masalah yang tidak sesuai dengan umurnya ,masalah yang terlalu kerap berlaku,masalah yang terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu,masalah yang menyebabkan murid lain menjauhkan diri daripada berinteraksi dengannya (Zirpoli & Mellow, 2001). Menganalisis tingkah laku sasaran berdasarkan jenis tingkah laku,kekerapan berlaku,jangka masa berlaku,tahap keterukan,jumlah keseluruhan tingkah laku,Mempertimbangkan kemungkinan arah perubahan sama ada meningkat atau mengurang.Seterusnya memastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian dan memastikan tingkah laku dapat diukur perlakuannya.Tingkah laku sasaran dinyatakan dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis.

2..2 Mengumpul dan merekod dataSebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak diubah. Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagaibaseline data.Tujuan mengumpul data adalah untuk mengetahui jumlah tingkah laku tersebut dalam sehari,mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku.Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak / bentuk tertentu dan mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan maklumat direkod melalui teknik-teknik seperti Rekod naratif, Rekod anekdot, Rekod naratif Berterusan, Rekod kejadian (Event recording), Rekod kekerapan,Rekod jangka masa (Duration), Rekod had masa (Interval) dan Rekod sampel masa.2.3 Melaksana intervensiSetelah guru mengumpul segala maklumat (baseline data) tentang tingkah laku muridnya, barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untuk mengurus tingkah laku tersebut. Sebelum sesuatu tingkah laku dapat diurus, beberapa perkara perlu diberil perhatian dahulu, iaitu:i. Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?ii. Tingkah laku yang mana satu harus diberi keutamaan?iii. Bila tingkah laku itu berlaku?iv. Kekerapan tingkah laku itu berlaku.v. Apakah punca/sebab tingkah laku itu berlaku?vi. Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut?Baseline datayang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri, keterukan, dan corak tingkah laku itu itu berlaku. Dari sinilah guru dapat merancang intervensi yang hendak dilaksanakan. Progam intervensi dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau mengurangkan tingkah laku yang dibincangkan dalam tajuk berikutnya.Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa, iaitu:i. Fasa pra intervensiii. Fasa intervensiiii. Fasa selepas intervensi

Fasa pra intervensiDikenali sebagai baseline period, iaitu guru akanmengumpul semua maklumat tentang tingkah laku murid melalui pemerhatian tanpa sebarang intervensi . Rekod baseline data ini akan djadikan perbandingan dengan rekod baseline data selepas intervensi.Fasa intervensiSetelah guru berpuas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra intervensi, guru boleh memulakan program intervensi yang dirancangkan. Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah laku tersebut akan diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi terdahulu) ke dalam geraf bahagian fasa intervensi. Dicadangkan fasa intervensi ini dijalankan sekiurangh-kurangnya selama dua minggu.Fasa selepas intervensiDalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah laku yang dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkah laku murid akan terus diperhati dan direkodkan ke dalam bahagian geraf fasa selepas intervensi.

2.4 Menilai keberkesanan intervensiIntervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf sama seperti rekodbaseline data.Selepas program intervensi dijalankan pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkanbaseline datayang kedua. Gambaran rekod penilaian intervensi adalah seperti berikut.

Kekerapan30

25

20.....

15....

10...

5.....

0...

Hari I S R K J I S R K J I S R K J I S R K J__Baseline data 1__ ______________ Intevensi ______________ __Baseline data 2 _(Fasa pra intervensi) (Fasa intervensi ) (Fasa selepas Intervensi)Baseline data 2 merupakan pemerhatian susulan selepas program intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan tingkah laku yang diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan intervensi susulan seterusnya dengan mencuba strategi dan teknik pengubahsuaian tingkah laku yang lain.Strategi dan prosedur pengurusan tingkah lakuMeningkatkan Tingkah Laku dengan peneguhan positif,peneguhan negative,pembentukan (shaping),kontrak, ekonomi token,modeling, rantaian (chaining) dan pengaburan/pelunturan (fading).Cara Mengurangkan Tingkah Laku penghapusan (extinction),time-out, kejemuan (satiation),hukuman/dendaan, disensitisasi,overcorrectiondanResponse cost.Strategi pengurusan tingkah laku mengikut modela.biofizikalb.psikodinamikc.behaviorald.persekitaran

RujukanPasukan Penyelidik. (2013). Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan Laporan. Insitut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Kuala Lumpur: Freemind Horizons.Mertler, C.A. (2006). Action Research: A guide for the teacher researcher (2nd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson, Merrill Prentice Hall