Tips Pembentangan Kajian Tindakan

4
Tips pembentangan kajian tindakan Kredit to cik leeza untuk tips ini yer Rujukan ww.santaileeza.cwom/2012/10/pt-soalan-yang-ditanya-semasa.html Entri kedua berkaitan Penyelidikan Tindakan. Kali ni leeza nak share berkaitan soalan yang ditanya semasa pembentangan. Senarai soalan-soalan ini bukanlah semestinya ditanya. Sepanjang pemerhatian leeza, inilah yang leeza sempat catatkan soalan yang ditanya oleh barisan penilai. 1.. Apakah masalah yang anda hadapi semasa menjalankan tindakan yang dirancang ini? (Silalah kenal pasti masalah-masalah yang anda temui sepanjang buat kajian ini. Khususnya semasa anda terangkan instrumen anda kepada murid. ) 2.. Persoalan tajuk kajian : Kajian yang hendak anda laksanakan ini adalah berfokuskan kepada teknik yang anda rancang atau anda mahu meningkatkan penguasaan kemahiran? (soalan ini diajukan apabila tajuk kajian anda mengelirukan) 3.. Sila tunjukkan contoh hasil murid yang lemah dalam kajian anda? Contoh, anda buat tajuk penulisan karangan, tunjuk 1 contoh murid yang lemah. Maksudnya anda perlu link kan contoh hasil murid atau ujian untuk dijadikan bukti. 4.. Di manakah anda menerangkan masalah yang anda temui semasa kajian anda? (leeza rasa jawapanya di tinjauan masalah / tinjauan awal ) 5.. Bagaimanakah anda menentukan gred dalam ujian anda? (soalan ini diajukan apabila penilaian anda tiada penerangan gred ujian. Anda guna format penilaian UPSR atau anda tentukan sendiri??? Kalau tak ada, pastikan anda ada buat satu ukuran anda sendiri disertai dengan sokongan tinjauan literatur.) 6.. Sekiranya anda ada buat beberapa item dalam soal selidik / temu bual. Dan anda tidak gunakan kesemua item untuk jawab soalan kajian anda. Mungkin soalan seperti ini ditanya, Jelaskan item lain yang

description

pembentangan kajian tindakan

Transcript of Tips Pembentangan Kajian Tindakan

Page 1: Tips Pembentangan Kajian Tindakan

Tips pembentangan kajian tindakan

Kredit to cik leeza untuk tips ini yer

Rujukan

ww.santaileeza.cwom/2012/10/pt-soalan-yang-ditanya-semasa.html

Entri kedua berkaitan Penyelidikan Tindakan. Kali ni leeza nak share berkaitan soalan yang ditanya semasa pembentangan. Senarai soalan-soalan ini bukanlah semestinya ditanya. Sepanjang pemerhatian leeza, inilah yang leeza sempat catatkan soalan yang ditanya oleh barisan penilai.

1.. Apakah masalah yang anda hadapi semasa menjalankan tindakan yang dirancang ini?(Silalah kenal pasti masalah-masalah yang anda temui sepanjang buat kajian ini. Khususnya semasa anda terangkan instrumen anda kepada murid.)

2.. Persoalan tajuk kajian : Kajian yang hendak anda laksanakan ini adalah berfokuskan kepada teknik yang anda rancang atau anda mahu meningkatkan penguasaan kemahiran? (soalan ini diajukan apabila tajuk kajian anda mengelirukan)

3.. Sila tunjukkan contoh hasil murid yang lemah dalam kajian anda? Contoh, anda buat tajuk penulisan karangan, tunjuk 1 contoh murid yang lemah. Maksudnya anda perlu link kan contoh hasil murid atau ujian untuk dijadikan bukti.

4.. Di manakah anda menerangkan masalah yang anda temui semasa kajian anda? (leeza rasa jawapanya di tinjauan masalah / tinjauan awal)

5.. Bagaimanakah anda menentukan gred dalam ujian anda? (soalan ini diajukan apabila penilaian anda tiada penerangan gred ujian. Anda guna format penilaian UPSR atau anda tentukan sendiri??? Kalau tak ada, pastikan anda ada buat satu ukuran anda sendiri disertai dengan sokongan tinjauan literatur.)

6.. Sekiranya anda ada buat beberapa item dalam soal selidik / temu bual. Dan anda tidak gunakan kesemua item untuk jawab soalan kajian anda. Mungkin soalan seperti ini ditanya, Jelaskan item lain yang tidak anda terangkan dalam dapatan kajian? Maksudnya, Terangkan fungsi item yang tidak menjawab soalan kajian anda. Apakah kegunaannya?

7.. Sekiranya kumpulan sasaran anda tidak melibatkan setiap pelajar dalam kelas. Soalan seperti ini mungkin ditanya, 

Page 2: Tips Pembentangan Kajian Tindakan

Mengapa kumpulan sasaran anda hanya 10 orang?  Bagaimanakah dengan murid yang lain? Adakah mereka tidak perlukan intervensi

yang dirancang? Apakah aktiviti yang anda lakukan kepada murid lain yang tidak terlibat dalam

kajian anda? Bilakah anda laksanakan intervensi/tindakan anda ini? Semasa pnp / di luar waktu

pnp?

8.. Sekadar maklumat tambahan : Apabila 2 alat kajian menjawab satu soalan kajian, itu dinamakan SEMAKAN SILANG. Apabila 3 alat kajian menjawab 1 soalan kajian, itu dinamakan triangulasi.

9.. Mengapakah anda menggunakan alat kajian (soal selidik, temu bual, ujian / analisis dokumen) dalam kajian anda ini? (Untuk menyokong & membuktikan instrumen yang direka dapat membantu murid meningkatkan kemahiran .........)

10.. Bagaimana anda mencipta rumus/akronim tersebut? Misalnya, kalau anda cipta rumus MATBPAKOP untuk membezakan fungsi kata sendi dari / daripada. (Di sini anda ceritakanlah bagaimana anda cipta rumus tu.... Sebaiknya dengan sokong literatur...)

11. Kajian anda menggunakan rumus/akronim PKKNSB untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran penulisan, anda meminta murid menghafal ayat (Pak Kasim Kata NiniSeperti Bulan) untuk murid ingat PKKNSB itu. Soalan ini boleh ditanya, Apakah nama kaedah ini? (Dalam erti kata lain, anda kena kuasai juga keadah anda itu, tinjauan literatur berkaitan kaedah ini.)

12. Dalam kajian ini, teori apakah yang anda pegang?

13. Slide cadangan seterusnya, soalan yang selalu buat pembentang keliru. Anda mahu lanjutkan tempoh pelaksanaan kajian / tempoh penyelidikan tindakan? (Kebanyakkan jawapan ialah tempoh pelaksanaan kajian / intervensi untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid dalam kemahiran .......) 

Page 3: Tips Pembentangan Kajian Tindakan

Semua pelajar IPG akan mengakhiri pengajian dengan melaksanakan penyelidikan tindakan. Pasti perkara ini merupakan kenangan buat semua. Pembentangan merupakan detik yang paling mencemaskan. Penulisan laporan detik yang mencabarkan. Pengumpulan maklumat detik yang agak santai sebab tidak pasti apalah impaknya nanti.

Tidak kurangnya leeza melalui saat suka duka membuat penyelidikan tindakan ini. Di sini, leeza nak berkongsi pengalaman dan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sepanjang membuat penyelidikan tindakan. FOKUS leeza lebih kepada proses semasa pembentangan. Leeza coret berdasarkan pengalaman yang leeza lalui.

Leeza salurkan di sini agar adik-adik di IPG KBM khususnya memberi perhatian kepada senarai berikut.

1.. Pastikan alat kajian (temu bual, ujian, soal selidik, analisis dokumen) yang kalian bina dapat menjawab dengan TEPATNYA soalan kajian anda. Sebab perkara ini memudahkan anda membuat pembentangan nanti.

2.. Power Points yang kalian buat tu, kalau boleh janganlah dipudatkandengan segala aksara, kosa kata, penanda wacana & lain-lain lah yang kelihatan seperti sebuah karangan. Persepsi org pastinya mencopkan kalian membaca slide jer, bukan menerangkan kajian anda. (markah kurang sikit katanya)

3.. Kalau boleh, kalian buatlah hyperlink kepada contoh hasil muridseperti buku tulis ker, ujian yang dibuat ker & sewaktu dgnnya lah. Contoh pelaksaan instrumen yang anda buat pun kalau boleh hyperlink kan. Sebabnya.. kebarangkalian soalan dikemukakan di slot ini. Link kan satu dua contoh cukup lah. banyak-banyak nanti hang pula lap top tu...

4..Power Points u all kalau boleh janganlah warna putih hitam semata-mata. Letaklah dalam kotak, bulat ker.. maksud leeza ada unsur grafiklah.

5.. Bahagian sorotan literatur/pengenalan tu.. kalau boleh u all selitkan semua tinjauan literatur yg berkaitan kajian. Misalnya, ada literatur kemahirannya, teorinya, pendekatannya, kajian lepasnya dan berkaitan instrumen yang digunakan. Lepas tu buat rumusan secara lisan keseluruhan tu...

6.. Bahagian rumusan/cadangan seterusnya.. kalau boleh kalian jangan letak rujukan... Sebab di sini bahagian ulasan anda.* (bergantung pada penilai)

Page 4: Tips Pembentangan Kajian Tindakan

Oklah... demikian tipnya.. Akan datang leeza akan berkongsi berkaitan soalan-soalan yang selalu dikemukakan sepanjang pembentangan. Sebarang maklumat yang dinyatakan di atas boleh berubah ikut masa. Rujuk pensyarah untuk maklumat lanjut k. Leeza ucapkan semoga berjaya semua !!!