Toharah Real

download Toharah Real

of 15

Transcript of Toharah Real

PENGENALAN TOHARAH

Taharah amat penting dalam Islam sama ada taharah haqiqi, iaitu suci pakaian, badan dan tempat sembahyang daripada najis ataupun taharah hukmi, iaitu suci anggota wudu' daripada hadath, dan suci seluruh anggota zahir daripada janabah (junub); sebab ia menjadi syarat yang berkekalan bagi sah sembahyang sebanyak lima kali sehari. Oleh kerana sembahyang adalah perlakuan menghadap Allah S.W.T., maka menunaikannya dalam keadaan suci adalah sebagai mengagungkan kebesaran Allah S.W.T. Walaupun hadath dan Janabah bukanlah najis yang dapat dilihat, tetapi ia tetap merupakan najis ma'nawi yang membawa kepada kotor tempat yang terkenanya. Oleh itu, apabila ia ada, maka ia mencacatkan penghormatan dan berlawanan dengan prinsip kebersihan. Untuk menyucikannya, maka perlulah mandi. Jadi, jelaslah taharah dapat menyucikan rohani dan jasmani sekaligus. . Islam sangat mengambil berat supaya penganutnya sentiasa bersih dalam dua perkara; maddi (lahiriah) dan ma'nawi (rohani). Ini membuktikan bahawa Islam sangat menjaga kebersihan dan membuktikan Islam sebagai contoh tertinggi bagi kecantikan dan penjagaan kesihatan diri dan pembinaan tubuh badan dalam bentuk yang paling sempurna, juga menjaga persekitaran dan masyarakat supaya tidak menjadi lemah dan berpenyakit kerana membasuh anggota yang lahir yang terdedah kepada debu, tanah dan kuman-kuman setiap hari serta membasuh badan dan mandi setiap kali berjunub akan menjadikan tubuh badan bersih daripada kekotoran. Sudah ternyata dari segi saintis bahawa cara yang paling baik untuk mengubati penyakit berjangkit dan penyakit-penyakit lain ialah dengan menjaga kebersihan. Menjaga kebersihan ini adalah suatu langkah pengawasan diri daripada terkena penyakit. Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Allah S.W.T. memuji orang yang bersuci [mutatahhirin] berdasarkan firmanNya: Terjemahan:... Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri. (Surah al-Baqarah 2:222)

Allah S.W.T. memuji ahli Masjid Quba' melalui firmanNya: Terjemahan: ... Di dalam masjid itu ada orang lelaki yang suka membersihkan (menyucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (Surah al-Taubah 9:108) . Seseorang Muslim hendaklah menjadi contoh kepada orang lain dalam soal kebersihan dan kesucian baik dari segi zahir mahupun batin. Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sekumpulan sahabatnya: Terjemahan: Apabila kamu datang ke tempat saudara-saudara kamu, hendaklah kamu perelokkan atau kemaskan kenderaan dan pakaian kamu sehingga kamu menjadi tumpuan di antara manusia kerana Allah tidak suka perbuatan keji dan keadaan tidak teratur.

KONSEP BERSUCI(TOHARAH)

DEFINISI TOHARAH Taharah daripada segi bahasa bererti bersih dan suci daripada kekotoran atau najis hissi seperti kencing atau lainnya dan najis ma'nawi seperti perkara yang aib dan maksiat.

Dari segi syara', taharah ialah bersih daripada najis sama ada najis haqiqi, iaitu khabath (kekotoran) atau najis hukmi, iaitu hadath.

Khabath ialah sesuatu yang kotor menurut syara'. Manakala hadath pula ialah sesuatu sifat syara' yang ada pada anggota dan ia menghapuskan taharah.

Imam al-Nawawi mentakrifkan taharah sebagai mengangkat hadath atau menghilangkan najis atau yang serupa dengan kedua-duanya dari sudut bentuk atau maknanya. Penambahan akhir ke atas takrif yang dibuat oleh ulama Mazhab Hanafi adalah bertujuan supaya hukum-hukum berikut, iaitu tayammum, mandi sunat, membaharui wudu', basuhan kali kedua dan ketiga dalam hadath dan najis, menyapu telinga, berkumur dan lain-lain sunat taharah, taharah seorang mustahadah dan seorang yang tidak lawas kencing.

Takrif yang dibuat oleh ulama Mazhab Maliki dan Hanbali adalah sama dengan takrif ulama' Mazhab Hanafi di mana mereka mengatakan sebagai menghapuskan apa yang menghalang sembahyang, iaitu hadath atau najis dengan menggunakan air ataupun menghapuskan hukumnya dengan tanah.

DALIL AL- QURAN DAN HADITH.. AYAT AL-QURAN: 1) Perintah berwuduk bagi tujuan mendirikan sembahyang. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil),maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu,dan kedua belah tangan kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. (Surah Al-Maidah:6) 2) Mandi mengikut keperluan dan mandi hadas.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib. (Surah Al-Maidah:6) Sabda Rasulullah yang bermaksud: Tanggungjawab setiap muslim kepada Allah ialah mandi satu hari dalam semingu dengan membasuh kepala dan badannnya sekali. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

3)

Allah SWT suka kepada kebersihan. Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Allah SWT kasih kepada orang yang suka bertaubat dan kasih kepada orang yang suka bersuci. (Surah AL-Baqarah:222)

HADIS RASULULLAH SAW: 1) Perintah supaya memotong kuku, membersih gigi dan pakaian. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Lima perkara daripada fitrah ialah berkhatan (bersunat), mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan menggunting misai. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Sekiranya tidak membebankan ke atas umatku, nescaya aku akan perintahkan mereka supaya bersugi (menggosok gigi) setiap kali sembahyang. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 2) Perintah supaya bersih ketika berjumpa saudara mara. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya kamu akan berjumpa saudara mara kamu,maka perelokkanlah bekalan kamu dan pakaian-pakaian kamu sehingga kamu menjadi tahi lalat di kalangan manusia. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada perkataan dan perbuatan yang keji dan keterlaluan dalam perkataan dan perbuatan. (Hadis riwayat Abu Daud) 3) Bersuci separuh daripada iman. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Bersuci itu adalah separuh daripada iman. (Hadis riwayat Muslim)

HIKMAH DAN KEPENTINGAN BERSUCI

Kembali kepada fitrah semula jadi.

Fitrah manusia ialah cenderung kepada kebersihan dan tidak suka serta menjauhkan diri daripada perkara yang kotor. Islam ialah agama fitrah, maka secara semula jadi menuntut manusia supaya bersuci dan menjaga kebersihan. Menjaga kemuliaan dan izzah (kehebatan dan kemegahan).

Manusia secara semula jadi cenderung kepada seseorang yang bersih, suka berhimpun dan duduk bersamanya. Pada waktu yang sama, mereka tidak menyukai seseorang yang pengotor,lalu menjauhkan diri daripadanya. Syariat Islam yang menuntut umatnya menjaga kebersihan secara tidak langsung dapat membentuk serta menjaga kemuliaan individu Muslim dalam kalangan saudara-saudaranya. Menjaga kesihatan.

Kebersihan merupakan factor yang terpenting bagi menjaga manusia daripada penyakit. Hal ini kerana kebanyakan penyakit yang merebak dalam kalangan manusia berpunca daripada kekotoran. Oleh itu, anggota-anggota yang sentiasa terdedah seperti badan,muka,tangan dan kaki perlulah dibersihkan setiap hari bagi memastikan badan terpelihara daripada penyakit. Berhadapan dengan Allah dalam keadaan suci dan bersih.

Hal sedemikian kerana, manusia bercakap dengan Tuhannya dan bermunajat kepada-Nya, terutamanya ketika sembahyang. Justeru, sepatutnya dia dalam keadaan suci zahir dan batin, bersih hati dan juga badannya kerana Allah SWT kasih kepada orang yang suka bertaubat dan sentiasa bersih.

BAHAGIAN-BAHAGIAN AIR

Dari Fiqh Mazhab Syafie

AIR MUTLAK

AIR MUSYAMMAS

Suci Lagi Menyucikan

Suci Lagi Menyucikan Tetapi Makruh

BAHAGIAN AIR (4)

SUCI TETAPI TIDAK MENYUCIKAN

TIDAK SUCI DAN TIDAK MENYUCIKAN

AIR MUSTAMAL

AIR MUTANAJJIS

BAHAGIAN-BAHAGIAN AIR DAN PERBEZAANNYA...... 1) AIR YANG SUCI LAGI MENYUCIKAN

Air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlak yang kekal dengan sifat kejadiannya yang telah dijadikannya oleh Allah Taala. Air tersebut masih dikatakan air mutlak, walaupun ia sudah berubah dengan sebab lama di tinggal, atau disebabkan tanah, atau tuhlub (sejenis benda hijau yang terapung di atas air disebabkan lama tinggal di dalamnya-kiambang), atau bekas atau tempat mengalir seperti ia berada dalam tanah yang mempunyai belerang atau ia mengalir di atas tanah tersebut, semuanya ini tetap dikatakan air mutlak. Ini kerana air tersebut sukar untuk dielakkan daripada perkara-perkara tersebut. Tujuh jenis air mutlak:1.Air hujan 2.Air laut 3.Air sungai 4.Air Telaga 5.Air mata air 6.Air embun 7.Air salji Apabila cukup sukatan atau timbangan air itu dua kolah maka ia tidak menjadi najis oleh sesuatu melainkan apabila berubah warnanya atau rasanya atau baunya. Air yang kurang dari dua kolah menjadi najis apabila jatuh najis ke dalamnya jikalau tidak berubah warna,bau atau rasanya sekalipun.

2) AIR YANG SUCI DAN MENYUCIKAN TETAPI HUKUMNYA MAKRUH.

Air yang suci dan menyucikan tetapi hukumnya makruh ialah air musyammas. Ia adalah air yang panas disebabkan cahaya matahari dan dihukum makruh apabila memenuhi tiga syarat berikut:

i) la berlaku di negeri yang panas. ii) Ia diletakkan di dalam bekas yang ditempa daripada selain emas dan perak seperti besi, tembaga dan semua galian yang boleh ditempa (berkarat) iii) Ia digunakan pada badan manusia walaupun badan mayat, atau pada haiwan yang boleh menyebabkannya ditimpa penyakit sopak seperti kuda.

Imam Syafi'e r.a. meriwayatkan daripada Umar r.a.:

Bahawa beliau (Umar) tidak suka mandi dengan air tersebut dan dia berkata:

Aku tidak suka mandi dengan air tersebut disebabkan masalah kesihatan, kemudian Imam Syafi'e meriwayatkan bahawa air tersebut boleh menyebabkan penyakit sopak.

Ini kerana ketajaman cahaya matahari boleh menimbulkan keadaan berlemin (benda yang seperti minyak) busuk yang terapung di atas air. Sekiranya ia terkena pada badan dalam keadaan air tersebut panas, maka ia boleh memudaratkan badan dan menyebabkan penyakit sopak (sejenis penyakit kulit).

3) AIR YANG SUCI TETAPI TIDAK MENYUCIKAN.

Air yang suci tetapi tidak menyucikan terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama:

Air yang sedikit yang telah digunakan untuk taharah yang wajib, seperti mandi wajib dan wudhuk.

Dalil ianya suci adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya:

Rasulullah s.a.w datang menziarahiku untuk bertanyakan keadaanku. Ketika itu aku sakit dan tidak sedar. Lalu Baginda berwudhuk dan mencurahkan air wudhuknya ke atas aku.

Sekiranya air wudhuk tersebut tidak suci, nescaya Baginda tidak akan mencurahkannya ke atas Jabir.

Dalil ia tidak menyucikan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh

Muslim daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Janganlah seseorang kamu mandi dalam air yang bertakung-iaitu air tenang yang tidak bergerak, sedangkan dia berjunub. Lalu para sahabat bertanya kepada Abi Hurairah: Wahai Abu Hurairah, bagaimana ia hendak dilakukan (mandi dengan air tersebut)? Jawab Abu Hurairah: Ia menyelam dalamnya dengan satu selaman (sekaligus).

Hukum berwudhuk adalah sama dengan hukum mandi kerana kedua-duanya mengandungi maknanya yang sama iaitu mengangkat hadas.

Hadis ini menunjukkan bahawa mandi dalam air tersebut menjadikan ia tidak menyucikan lagi. Sekiranya ia tidak memberi makna tersebut, nescaya Rasulullah s.a.w tidak melarang daripada berbuat demikian. Hadis ini difahami untuk air yang sedikit berdasarkan dalil-dalil yang lain.

Kedua:

Air mutlak yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang kebiasaannya air tersebut tidak berhajat kepadanya dan ia tidak boleh dipisahkan setelah bercampur, kemudian ia berubah dengan suatu perubahan yang tidak lagi dipanggil dengan air mutlak, seperti air teh dan air 'arqasus.

Tetapi jika benda suci yang bercampur dengan air tersebut menyerupai air pada sifat-sifatnya (rasa, bau dan warna) seperti air bunga mawar yang sudah hilang sifatsifatnya, maka ketika itu ;air bunga mawar itu hendaklah diganti dengan bahan lain yang mempunyai sifat berlainan yang sederhana; iaitu digunakan perahan delima untuk menentukan perubahan rasa, perahan tebu bagi menentukan perubahan warna dan al-lazan bagi menentukan perubahan bau.

Sekiranya ditakdirkan berlaku perubahan disebabkan percampuran tersebut, maka ia menjadi air yang suci tetapi tidak menyucikan lagi. Ia tidak menyucikan kerana ketika itu ia tidak lagi dinamakan sebagai air mutlak. Sedangkan syarak mensyaratkan supaya air yang dibuat bersuci adalah air mutlak.

4) AIR MUTANAJJIS

Air Mutanajjis ialah air yang terjatuh najis ke dalamnya. la terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama:

Air yang sedikit iaitu kurang dari dua kolah.

Air ini menjadi najis dengan hanya terjatuh najis ke dalamnya walaupun sedikit dan tidak berubah sifat-sifatnya dari segi warna, bau dan rasa. Ukuran dua kolah ialah: 500 kati Baghdadi air dan ia menyamai 192.875 kg. la juga menyamai 1 1/4 hasta empat persegi tinggi, lebar dan dalam.

Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasa'ie, Ibnu Majah dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w ditanya tentang air yang terdapat di padang pasir yang luas dan didatangi oleh binatang buas dan haiwan melata.

Baginda s.a.w menjawab:

Jika air tersebut sebanyak dua kolah ia tidak menanggung kekotoran.

Menurut lafaz hadis disisi Abu Daud :

Maka air itu tidak menjadi najis.

Difahami daripada hadis ini, sekiranya air kurang dari dua kolah, maka ia menjadi

najis sekalipun tidak berubah sifat-sifatnya. Kefahaman ini dikuatkan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya, maka janganlah dia menyelamkan (menyelup) tangannya dalam sesuatu bekas, sehinggalah dia membasuh tangannya dahulu sebanyak tiga kali. Sesungguhnya dia tidak mengetahui di manakah tangannya bermalam (diletakkan).

Dalam hadis tersebut Rasulullah s.a.w melarang orang yang bangun dari tidur mencelupkan tangannya ke dalam bekas air kerana dibimbangi tangannya dicemari najis yang tidak kelihatan. Sudah sedia maklum bahawa najis yang tidak kelihatan tidak akan mengubah (keadaan) air. Oleh itu, sekiranya tindakan tersebut tidak menajiskan air disebabkan menyentuhnya, nescaya Rasulullah s.a.w tidak melarang daripada berbuat demikian.

Kedua:

Air yang banyak iaitu air yang sampai dua kolah atau lebih. Air ini tidak menjadi najis dengan hanya semata-mata terjatuh atau tersentuh najis tetapi ia menjadi najis apabila berubah salah satu sifatnya iaitu warna, rasa atau bau.

Dalilnya ialah ijmak para ulama'

Imam Nawawi r.a. menyebut dalam kitabnya Al-Majmuk :

Ibnu Munzir berkata:

Ulama' telah bersepakat bahawa air yang sedikit atau banyak, apabila jatuh ke dalamnya najis dan berubah rasa atau warna atau bau, maka air itu menjadi najis.

NAJIS DAN BAHAGIAN-BAHAGIANNYA

TAKRIF NAJIS

Pada segi lughah ialah barang yang dikeji. Pada segi istilah pula bermaksud barang yang dikeji yang menegah akan sah sembahyang

Agama Islam amat mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, setiap manusia wajib membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis. Bersih dan suci daripada najis merupakan salah satu syarat untuk menunaikan ibadah serta mengabdikan diri kepada Allah.

NAJIS MUKHAFFAFAH

NAJIS MUGHALLAZAH

Air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tidak makan sesuatu yang selain daripada susu ibu.

Anjing dan babi dan keturunan daripada keduanya atau salah satu daripada keduanya.

BAHAGIAN-BAHAGIAN NAJIS (3)

NAJIS MUTAWASSITAH Najis hukmiah

Najis ainiah

Najis yang selain daripada najis mukhaffafah dan najis mughallazah,iaitu: Tiap-tiap yang cair yang memabukkan. Bangkai yang selain daripada mayat manusia, ikan dan belalang. Darah,nanah,muntah,tahi,air kencing. Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia. Bahagian anggota yang bercerai daripada barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai.

KAEDAH MENYUCIKANNYA MENGIKUT AJARAN ISLAMNAJIS MUKHAFFAFAH Basuh bahagian yang terkena najis dan lap Percikkan air di tempat yang terkena najis NAJIS MUTAWASSITAH Lap dengan kain bersih sehingga kering

Najis Hukmiah iaitu najis yang diyakini adanya tetapi tidak nyata zatnya, baunya , rasanya serta warnanya. seperti kencing yang sudah lama kering, sehingga sifat-sifatnya sudah hilang Cara menyucikannya: Najis ini cukup dengan mengalirkan air di atas benda yang kena itu kemudian dilap hingga kering Najis Ainiah Najis yang nampak dan kelihatan najisnya yang ada rupa, rasa dan baunya seperti tahi, darah dan lain-lain.

Cara menyucikannya: Buangkan najis itu terlebih dahulu Basuh bekas itu sehingga hilang bau, warna dan rasa dengan air mutlak.

Hilangkan najis itu terlebih dahulu kiranya najis haiwan itu

yang tersentuh. Basuhan pertama menggunakan air tanah. Kemudian dijirus dengan enam kali air mutlak. Basuhan ini hendaklah menghilangkan bau, rasa dan

NAJIS MUGHALLAZAH

ainnya.

TAKRIF TAYAMUM SYARAT SAH TAYAMUM Dari segi bahasa ialah qasad atau tuju. Dari segi syarak ialah menyapukan tanah yang suci ke muka dan kedua tangan dengan niat dan cara yang tertentu. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air. Masuk waktu sembahyang. Tidak sah tayamum bagi sembahyang fardu sebelum masuk waktunya. Mencari air terlebih dahulu dengan sendirinya atau dengan seseorang yang diizinnya. Uzur menggunakan air sebab ditakuti cedera pada anggota yang sakit, atau ditakuti hilang nyawa, ataupun berkehendakkan kepada air yang ada padanya. Tanah yang berdebu yang suci lagi menyucikan. Maka jika bercampur tanah itu dengan kapur atau pasir maka tidak memadai tayamum dengannya.

TAYAMUM

FARDU TAYAMUM

SUNAT-SUNAT TAYAMUM 1) Niat. Niat tayamum kerana mengharuskan sembahyang fardu atau sunat atau kedua-duanya atau tawaf atau sebagainya. 2) Menyapu muka iaitu menyampaikan tanah kepada seluruh muka. 3) Menyapu dua tangan serta dua siku. 4) Tertib. Wajib mendahulukan menyapu muka kemudian menyapu dua tangan.

Membaca bismillah pada permulaan. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari tangan kiri dan memulakan bahagian atas dahulu dari bahagian bawah ketika menyapu muka. Berturut-turut di antara menyapu muka dan mrnyapu tangan. Sunat menanggalkan cincin ketika menepukkan tangan pada tanah pada kali yang pertama. Bagi tepukan kedua, wajib menanggalkannya, kerana debu yang melekat pada cincin pada tepukan pertama menjadi mustakmal.

PERKARA MEMBATALKAN TAYAMUM

Berlaku sesuatu dari perkara yang membatalkan wuduk Menemui air ataupun dapat air jika ia tayamum kerana ketiadaan air. Murtad, iaitu keluar dari agama Islam.