Asst Kimia Real

17
Pengenalan Umum telah mengetahui bahawa setiap yang berada di bumi ini mempunyai unsur-unsur yang terbentuk secara kimia, fizikal dan juga mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Daripada langit hinggalah ke dasar bumi, terdapat berjuta elemen yang telah di jumpai mahupun tidak di jumpai. Kimia adalah sesuatu unsur atau keadaan yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia. Kajian mengenai komposisi kimia, sifat-sifat jirim, perubahan jirim, serta perubahan tenaga yang berlaku seiring dengan perubahan jirim. Menurut Brady ( 1994 : 3 ), ilmu kimia merupakan ilmu mengenal bahan kimia. Bahan kimia bukanlah sesuatu yang abstrak yang perlu ditakuti oleh manusia biasa. Bahan ini merupakan bahan yang ada di sekitar kita. Ilmu kimia juga dapat didefinisikan sebagai ilmu mempelajari bahan-bahan yang ada di alam semesta, interaksi diantaranya dan perubahan tenaga yang berhubungan atau disebabkan oleh adanya perubahan-perubahan alam. Satu bahan kimia adalah satu bahan yang digunakan di dalam atau didapati oleh proses kimia. Ia boleh menjadi satu unsur, sebatian atau campuran. Oleh itu, Satu ion adalah satu atom atau kumpulan- kumpulan atom dengan sejumlah cas elektrik, dengan kehilangan (kation) atau dengan pertambahan (anion) satu elektron. Justeru itu, saya akan memberi fokus dalam uji kaji ini untuk mengaji tentang cas elektrik yang berfungsi bagi menjadi sesuatu bahan itu mengkonduksi elektrik atau pun tidak. Dalam tugasan ini saya akan mengkaji sifat fizik kekonduksian elektrik bahan logam serta bahan bukan logam, pelbagai perkara menarik yang bakal di rungkai apabila uji kaji ini di jalankan. Uji kaji akan di jalankan dengan menggunakan beberapa bahan logam serta bahan bukan logam seterusnya menguji adakah ia 1

Transcript of Asst Kimia Real

PengenalanUmum telah mengetahui bahawa setiap yang berada di bumi ini mempunyai unsur-unsur yang terbentuk secara kimia, fizikal dan juga mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Daripada langit hinggalah ke dasar bumi, terdapat berjuta elemen yang telah di jumpai mahupun tidak di jumpai. Kimia adalah sesuatu unsur atau keadaan yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia.Kajian mengenai komposisi kimia, sifat-sifat jirim, perubahan jirim, serta perubahan tenaga yang berlaku seiring dengan perubahan jirim. Menurut Brady ( 1994 : 3 ), ilmu kimia merupakan ilmu mengenal bahan kimia. Bahan kimia bukanlah sesuatu yang abstrak yang perlu ditakuti oleh manusia biasa. Bahan ini merupakan bahan yang ada di sekitar kita.Ilmu kimia juga dapat didefinisikan sebagai ilmu mempelajari bahan-bahan yang ada di alam semesta, interaksi diantaranya dan perubahan tenaga yang berhubungan atau disebabkan oleh adanya perubahan-perubahan alam. Satu bahan kimia adalah satu bahan yang digunakan di dalam atau didapati oleh proses kimia. Ia boleh menjadi satu unsur, sebatian atau campuran. Oleh itu, Satu ion adalah satu atom atau kumpulan-kumpulan atom dengan sejumlah cas elektrik, dengan kehilangan (kation) atau dengan pertambahan (anion) satu elektron.Justeru itu, saya akan memberi fokus dalam uji kaji ini untuk mengaji tentang cas elektrik yang berfungsi bagi menjadi sesuatu bahan itu mengkonduksi elektrik atau pun tidak. Dalam tugasan ini saya akan mengkaji sifat fizik kekonduksian elektrik bahan logam serta bahan bukan logam, pelbagai perkara menarik yang bakal di rungkai apabila uji kaji ini di jalankan.Uji kaji akan di jalankan dengan menggunakan beberapa bahan logam serta bahan bukan logam seterusnya menguji adakah ia mengalirkan arus elektrik atau tidak. Ia akan di ketahui melalui nyalaan mentol yang di hasilkan.

Pelaporan EksperimenUji Kaji Sifat Fizik Bahan Logam dan Bukan Logam yang boleh mengkonduksi elektrik.TajukMengkaji sifat fizik bahan logam dan bahan bukan logam yang boleh mengkonduksi elektrik.TujuanMengkaji kekonduksian elektrik bahan logam dan bahan bukan logam.TeoriKekonduksian elektrik ialah satu ukuran kemampuan suatu bahan untuk mengalirkan arus elektrik. Apabila beza keupayaan elektrik diletakkan merentasi pengalir, cas-casnya akan bergerak, menyebabkan wujudnya arus elektrikPernyataan MasalahApakah bahan yang boleh mengkonduksikan elektrik?Pembolehubah(i)Dimanipulasikan: Jenis Bahan (ii)Bergerak Balas: Nyalaan Mentol(iii)Dimalarkan: Jumlah Bekalan Voltan, 3.0VHipotesisSemua logam dan beberapa jenis bahan bukan logam merupakan konduktor elektrik seperti contoh larutan ion dan grafit yang boleh menyalakan mentol, seterusnya menunjukkan bahawa terdapat arus yang melalui bahan tersebut apabila 6.0 V daripada dua biji sel kering di bekalkan kepada litar.BahanKepingan Besi, Kepingan Kuprum, Kepingan Aluminium, Kepingan Zink, Kepingan Galvani, Kepingan Besi Nikarat, Grafit, Hablur Garam, Air Suling, Larutan Garam, Arang Kayu, Asid Hdroklorik

RadasMentol, Sel Kering 1.5V, Bikar 250cm3, Wayar Penyambung, SpatulaKaedah1. Radas dan bahan di sediakan mengikut keperluan.2. Litar di susun secara sesiri dengan sel kering sebanyak dua biji yang bervoltan 6.0 V di sambungkan ke mentol.3. Bahan konduktor yang ingin di uji iaitu grafit di sambungkan ke sel kering dan juga mentol. (Rajah 1)4. Apabila sudah di sambung dengan sel kering, perhatikan mentol untuk melihat ia menyala atau tidak.5. Pemerhatian akan di rekodkan di dalam sebuah jadual6. Ulang langkah 3 dan 4 bagi bahan Kepingan Besi, Kepingan Kuprum, Kepingan Aluminium, Kepingan Zink, Kepingan Galvani, Kepingan Besi Nikarat, Arang Kayu.7. Bagai bahan bersifat cecair serta pepejal kecil, rod karbon di sambungkan untuk menjadi pengantara antara bahan dengan wayar penyambung. (Rajah 2)8. Masukkan 20cm3 asid hidroklorik ke dalam bikar, seterunsya, rod karbon di celupkan ke dalam bikar tersebut.9. Perhatikan mentol dan catatkan pemerhatian di dalam sebuah jaduah.10. Ulang langkah 8 dan 9 dengan bahan Hablur Garam, Air Suling, Larutan Garam.Langkah keselamatan1. Gunakan penitis atau meminta tolong pembantu makmal untuk memasukkan asid hidroklorik tersebut ke dalam bikar agar ia tidak terkena pada tangan dan akan mengakibatkan kecederaan kerana asid bersifat menghakis.

Gambar Rajah

KeputusanBahan KonduktorPemerhatian Mentol

Kepingan BesiMenyala

Kepingan KuprumMenyala

Kepingan AluminiumMenyala

Kepingan ZinkMenyala

Kepingan GalvaniMenyala

Kepingan Besi Nikarat,Menyala

Grafit,Menyala

Hablur GaramTidak Menyala

Air SulingTidak Menyala

Larutan GaramMenyala

Arang KayuTidak Menyala

Asid HidroklorikMenyala

PerbincanganSetelah menjalankan tugasan ini, dapat di lihat, terdapat 9 jenis bahan yang boleh mengkonduksi elektrik yang kebanyakkannya memang berasal dari sifat logam sebagai konduktor yang baik, namun begitu, terdapat juga dua bahan bukan logam dalam bentuk cecair yang boleh megkonduksi elektrik iaitu larutan garam serta asid hidroklorik.Bagi bahan yang boleh mengkonduksi elektrik adalah Kepingan Besi, Kepingan Kuprum, Kepingan Aluminium, Kepingan Zink, Kepingan Galvani, Kepingan Besi Nikarat, semua kepingan ini boleh mengkonduksi elektrik apabila ia di sambungkan dengan sel kering 6.0 V, yang menyebabkan mentol menyala menunjukkan ada arus yang mengalir melalui kepingan tersebut. Ini kerana ia adalah logam dan sifat fizikal logam semestinya sebagai konduktor elektrik yang baik. Bagi aloi seperti kepingan besi nikarat dan kepingan galvani, ia menjadi konduktor elektrik yang baik kerana atom di dalamnya merupakan hasil campuran bahan-bahan lain yang menyebabkan ia menjadi konduktor elektrik yang baik.Tambahan pula, bagi Grafit adalah salah satu bahan yang dapat mengkonduksi elektrik apabila mentol menyala menanda arus telah mengalir, ini kerana ia mempunyai unsur karbon di dalamnya yang boleh mengalirkan arus elektrik jika di sambungkan dengan sel kering. Ia juga salah satu bahan separuh logam yang boleh mengkonduksi elektrik. Ini kerana separuh logam adalah ia masih mempunyai sifat logam dan juga unsur asli karbon yang boleh mengkonduksi elektrikLarutan garam juga adalah bahan bukan logam yang boleh mengkonduksi elektrik apabila ia di sambung kepada sel kering 6.0 V yang mampu menyalakan mentol menanda ia boleh mangalirkan arus, ini kerana ion-ion di dalam larutan tersebut bergerak bebas dan ia menyumbang kepada proses pengionan iaitu ion di discas dari terminal positif ke negative yang membawa cas membolehkan ia mengangkut arus melaluinya.Asid Hidroklorik, HCl pula adalah bahan yang dapat menyalakan mentol dan menunjukkan ada arus yang mengalir melalui HCI tersebut. Ini kerana di dalam HCI terdapat ion-ion yang bercas serta bebas bergerak dan teorinya sama dengan larutan garam yang boleh mengkonduksi elektrik.

Dalam uji kaji ini juga terdapat tiga bahan bukan logam yang tidak dapat mengkonduksikan elektrik, bahan tersebut ialah hablur garam, air suling dan arang kayu. Ia dapat di lihat apabila ia di sambung, mentol tidak menunjukkan bahawa terdapat arus yang mengalir kerana ia tidak menyala apabila di sambungkan ke sel kering 6.0 V. Bagi hablur garam pula, ia merupakan bahan yang sama dengan larutan garam namun ia tidak di campurkan dengan cecair, hablur garam adalah bahan yang tidak mengkonduksi elektrik kerana ion yang terdapat di dalamnya tidak bebas bergerak tanpa kehadiran dalam bentuk larutan mahupun leburan. Ia menunjukkan mentol tidak menyala memberitahu bahawa tiada arus yang dapat di alirkan melalui bahan tersebut.Air, H2O juga adalah bahan yang tidak mengkonduksi elektrik dalam uji kaji ini, ia tidak menunjukkan sebarang bacaan ammeter yang dapat menyalakan mentol tersebut. Ini kerana voltan yang terlalu rendah tidak dapat mengalirkan arus untuk melaluinya. Ini kerana hanya voltan yang tinggi sahaja dapat menjadikan air sebagai konduktor elektrik yang baik.Arang kayu tidak menjadi konduktor elektrik kerana,mentol tidak menunjukkan sebarang perubahan iaitu tidak menyala apabila di sambungkan dengan sel kering 6.0 V. ini kerana di dalam arang mempunyai karbon yang boleh mengalirkan arus namun ia akan menjadi konduktr apabila dalam bentuk grafik sahaja. Jadi apabila ia di dalam bentuk arang kayu, sudah semestinya tiada arus yang akan mengalir melaluinya.Secara keseluruhan bagi bahan yang boleh mengkonduksi elektrik adalah:Bahan KonduktorKeadaan FizikalPartikel Bahan

Kepingan Besi,PepejalAtom

Kepingan Kuprum,PepejalAtom

Kepingan Aluminium,PepejalAtom

Kepingan Zink,PepejalAtom

Kepingan Galvani, ,PepejalAtom

Kepingan Besi NikaratPepejalAtom

Larutan GaramCecairIon

Asid HidroklorikCecairIon

GrafitPepejalAtom

Bagi bahan yang tidak dapat mengkonduksi elektrik adalah seperti berikut:Bahan KonduktorKeadaan FizikalPartikel Bahan

Hablur GaramPepejalAtom

Air SulingCecairIon

Arang KayuPepejalAtom

KesimpulanSemua logam dan beberapa jenis bahan bukan logam merupakan konduktor elektrik seperti contoh larutan ion dan grafit yang boleh menyalakan mentol, seterusnya menunjukkan bahawa terdapat arus yang melalui bahan tersebut apabila 6.0 V daripada dua biji sel kering di bekalkan kepada litar, antaran bahannya adalah Kepingan Besi, Kepingan Kuprum, Kepingan Aluminium, Kepingan Zink, Kepingan Galvani, Kepingan Besi Nikarat, dan grafit yang menunjukkan mentol itu menyala, ini semua adalah bahan logam yang bertindak sebagai konduktor elektrik. Bagi larutan garam dan HCI ia merupakan bahan bukan logam yang hdir dalam cecair juga boleh menjadi konduktor elektrik dengan beberapa sebab yang telah di jelaskan. Hipotesis di terima.

RefleksiSetelah di telusuri secara bestari, pelbagai refleksi dapat di ambil dalam proses menyelesaikan tugasan ini. Saya berpendapat tugasan ini amat bagus kerana ia memberi saya ilmu pengetahuan secara keseluruhan tentang bidang Komponen Alam Bahan. Sebelum ini saya tidak pernah ambil tahu tentang bidang ini, namun setelah menyelesaikan tugasan ini, lama kelamaan saya faham akan konsepkonsep yang terdapat dalam bidang ini. Selain itu saya juga telah mengetahui pelbagai perkara tentang alam bahan yang ada di bumi ini Sebelum menjalankan uji kaji ini, saya seorang yang kurang arif dalam bidang-bidang kimia ini terutamanya elektrik, iaitu bahan apakah yang boleh menjadi konduktor elektrik serta mengetahui sifat fizik yang boleh menjadikan bahan terebut menjadi konduktor elektrik. Saya juga telah sedikit sebanyak mempelajarinya semasa di sekolah namun ada yang lupa apabila tidak selalu mengaplikasikan dalam kehidupan. Saya juga masih keliru antara logam serta bukan logam yang boleh mengkonduksi elektrik. Hal ini kerana terdapat juga bahan yang bukan logam boleh mengkonduksi elektrik. Selain itu saya juga amat kurang arif dalam mengendalikan radas di dalam makmal terutamanya bagi uji kaji elektrik. Namun begitu, setelah menjalankan uji kaji ini saya telah memahami dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan seperti menganalisis bahan yang boleh mengkonduksi elektrik, mengendalikan sesuatu uji kaji, dan sebagainya. Saya juga dapat mengetahui punca-punca yang mempengaruhi jenis bahan tersebut untuk menjadi konduktor elektrik atau tidak. Saya juga mengetahui sifat fizik yang menyebabkan ia boleh mengalirkan arus untuk menjadikan mentol tersebut menyala.. Sejujurnya saya amat suka akan tugasan in kerana banyak memberikan ilmu pengetahuan dalam bidang sains secara menyeluruh terutamanya di dalam elektik ini. Ia sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada saya kerana saya merupakan pelajar aliran sains tulen jadi semestnya sedikit sebanyak saya tahu akan bidang ini. Semasa menjalankan tugasan ini, saya mengalami beberapa masalah iaitu kurang sumber rujukan yang membantu dalam menyelesaikan tugasan ini, mungkin kerana kurang mahir dalam mencari maklumat, tetapi saya tetap berusaha mencari maklumat di laman sesawang, di perpustakaan dan sebagainya agar tugasan ini dapat di selesaikan pada tarikh da waktu yang di tetapkan. Tempoh tugasan yang singkat bagi saya sebagai pelatih guru baharu sedikit sebanyak mengganggu dalam menyelesaikan tugasan ini. Di samping untuk menyelesaikan tugasan lain, namun pembahagian masa amat penting dalam menyelesaikan tugasan ini. Tambahan pula bagi mengatasi masalah ini, saya dan beberapa rakan saya telah berkolaborasi dalam mencari maklumat agar dapat menjimatkan masa sekali gus dapat berbincang tentang bidang ini. Ini juga memberi kelebihan kepada kami dalam mengulangkaji pelajaran. Walaupun kami berkolaborsi dalam menyelesaikan tugasan namun huraian dan penerangan dilakukan secara individu agar keaslian penulisan itu dapat dizahirkan. Kami juga kekurangan sumber rujukan seperti buku serta jurnal, dan kami telah mengambil langkah inisiatif dengan merujuk jurnal dalam talian agar memudahkan kerja kami dan menjimatkan masa. Saya berharap segala usaha kami ini akan membuahkan hasil yang sempurna. Walaubagaimanapun saya harus menempuh segala cabaran yang ada dalam menyelesaikan tugasan ini kerana sebagai seorang bakal pendidik, pelbagai lagi halangan dan cabaran yang perlu saya tempuhi dalam memastikan segala tugasan saya dapat di selesaikan dengan sempurna.

RujukanArus Elektrik. Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Diakses pada 11 Mac 2015, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Arus_elektrik.John E. Lind, Jr. & David R. Sageman (1970). Electrical Conductivity of Concentrated Solutions. Volume 74 (17), 3269-3273.Kamus Dewan. (2013). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Risiko Renjatan Elektrik (Mei 2014). Diakses pada 11 Mac 2015, daripada http://www.myelectinfo.com/risiko-renjatan-elektrik/.http://lets-explore-science.blogspot.com/2012/11/bahan-konduktor-dan-bahan-penebat.html di muat turun pada 19 Mac 2015http://blogapakahitu.blogspot.com/2012/11/apa-itu-bahan-kimia-apa-itu-bahan-toksik.html di muat turun pada 19 Mac 2015https://khairani1270.wordpress.com/intro-t0-chemistry/ di muat turun pada 19 Mac 2015http://ms.wikipedia.org/wiki/Kekonduksian_elektrik di muat turun pada 19 Mac 2015

Lampiran Bahan-bahan konduktor

Kepingan besi

Kepingan besi nikarat

Kepingan galvani

Kepingan kuprum1