Topik 1 - Pengenalan Kepada Pangkalan Data

18
KURSUS TMK TAHUN 5 2014 PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tajuk DUNIA PANGKALAN DATA Topik 1.0 Pengenalan Kepada Pangkalan Data A. Objektif Pada akhir sesi guru dapat: 1. Membanding beza data dan maklumat. 2. Memberi pengertian dan kepentingan pangkalan data. 3. Menstrukturkan kaedah penyimpanan data secara bermakna. 4. Menunjukkan secara grafik organisasi pangkalan data dan hirarki data. 5. Menyatakan ciri-ciri Pangkalan Data. B. Kandungan Pengajaran 1.Pengertian Data dan Maklumat. 2.Pangkalan Data. 3.Perkembangan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik. 4.Rekabentuk dan Model Pangkalan Data. 5.Organisasi Pangkalan Data. 6.Ciri-ciri Pangkalan Data. 1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

description

free

Transcript of Topik 1 - Pengenalan Kepada Pangkalan Data

KURSUS TMK TAHUN 52014

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TajukDUNIA PANGKALAN DATA

Topik1.0 Pengenalan Kepada Pangkalan Data

A. ObjektifPada akhir sesi guru dapat:1. Membanding beza data dan maklumat.2. Memberi pengertian dan kepentingan pangkalan data.3. Menstrukturkan kaedah penyimpanan data secara bermakna.4. Menunjukkan secara grafik organisasi pangkalan data dan hirarki data.5. Menyatakan ciri-ciri Pangkalan Data.

B. Kandungan Pengajaran 1. Pengertian Data dan Maklumat.2. Pangkalan Data.3. Perkembangan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik.4. Rekabentuk dan Model Pangkalan Data.5. Organisasi Pangkalan Data.6. Ciri-ciri Pangkalan Data.

1. PENGERTIAN DATA DAN MAKLUMAT

ContohDefinisi

DataMarkah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk setiap murid di dalam satu kelas.Data merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang atau entiti yang terdiri daripada perkataan, angka atau gambarData boleh menjadi sesuatu fakta yang bermakna atau tidak bermakna sehingga fakta-fakta tersebut diproses.

.MaklumatMaklumat merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisaan data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan. Maklumat yang dihasilkan ini lebih bermakna dan mudah untuk difahami.Purata markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk satu kelas.

DataDataMaklumatKutipSimpan ProsesSuntingSusunSecara ringkasnya, hubungan di antara data dan maklumat boleh digambarkan seperti rajah di bawah.

Contoh Perkaitan Data Dan Maklumat

Muhammad Irfan bin Azmi

11 DATA

24 Oktober 2003031024-14-4263

45, Lorong Jaya 6Taman Jaya Bandar Tun Razak56000 Kuala Lumpur

MAKLUMAT MURIDNama: Muhammad Irfan bin AzmiUmur: 11 TahunNombor Kad Pengenalan: 031024 14 4263Tarikh Lahir: 24 Oktober 2003Alamat: 45, Lorong Jaya 6, Taman Jaya Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur

2. PANGKALAN DATAi. Pengenalan Pangkalan Data

Pangkalan data boleh diilustrasikan sebagai tempat pengumpulan dan penyimpanan data.Pangkalan data ini boleh terbahagi kepada dua iaitu secara sistem fail atau secara elektronik. Pangkalan data ini memudahkan data atau maklumat ini dicapai, diuruskan atau dikemaskini.

ii. Sistem Fail

Sistem fail digunakan untuk menyimpan semua maklumat dalaman dan luaran yang berkaitan dengan sesuatu projek, produk, tugas, pelanggan atau pekerja.Penyimpanan fail bermula secara manual. Dalam sistem fail secara manual, data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas. Setiap fail dilabelkan dan disimpan bagi tujuan mudah dicapai dan sebagai langkah keselamatan fail-fail tersebutKemudian diperkenalkan data dalam sistem berkomputer yang disimpan dengan menggunakan sistem fail biasa.Konsep pangkalan data timbul hasil daripada keperluan untuk membina sistem pemprosesan data yang banyak bagi menyokong aplikasi-aplikasi di organisasi yang memerlukannya.Pangkalan data merupakan himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.

iii. Sistem Fail Biasa Secara Berkomputer

iv. Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Sistem Fail Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Kelemahan Sistem Fail Secara Manual

Rekod sukar diubah

Memerlukan masa yang panjang untuk proses carian

Memerlukan lokasi penyimpanan fail yang besar

Kelemahan Sistem Fail Secara Berkomputer

Tiada kawalan pusat boleh menyebabkan data yang sama disimpan berulangkaliPengulangan Data

Data atau rekod yang sama disimpan dalam dua atau lebih failData Lewah

Data dalam satu fail dikemaskini tanpa mengemaskini fail lain yang disimpan oleh jabatan lain.Ketidakselarasan Data

Terdapat jabatan yang mempunyai data yang tidak lengkapKawalan Data Yang Lemah

Pengasingan DataData disimpan berasingan menyukarkan proses penggabungan maklumat

Kebersandaran Format DataFail disimpan dalam format berlainan menyebabkan ia sukar untuk dikemas kini dan diproses

Kebaikan Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Mengelakkan pengulangan dan lewahan data

Keselarasan data lebih terjaminahan data

Memudahkan kawalan dan perkongsian dataahan data

Capaian data lebih pantas dan tepatahan data

Keselamatan data lebih terjamin

Kebebasan format data yang disimpanahan data

Mampu menampung lebih ramai pengguna melalui capaian serentakahan data

3. Perkembangan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik

Secara ringkasnya sejarah pembangunan sistem pengurusan pangkalan data secara elektronik ini boleh dibahagikan kepada 3 generasi.Generasi pertama ini bermula sekitar tahun 1968 yang dikenali sebagai Information Management System (IMS) yang digunakan untuk projek pendaratan Apollo di bulan yang berasaskan kepada hirarki.Generasi kedua merupakan penanda aras atau panduan kepada perisian-perisian sistem pangkalan data yang ada sekarang. Bahasa pertanyaan struktur (SQL) yang dibangunkan oleh IBM awal 1970-an juga menjadi perkara penting dalam generasi ini.Generasi terkini telah berkembang bersama-sama dengan peningkatan penggunaan pengaturcaraan berorientasikan objek. Kemunculan sistem pangkalan data XML dan NoSQL menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem pangkalan data. Sistem pangkalan data XML merupakan sistem pangkalan data yang berorientasikan struktur dokumen. Sistem pangkalan data NoSQL pula merupakan sistem pangkalan data yang yang menyediakan mekanisma penyimpanan dan capaian semula data dan maklumat.

4. REKABENTUK DAN MODEL PANGKALAN DATARekabentuk pangkalan data merujuk kepada rekabentuk logikal struktur asas penyusunan data untuk penyimpanan data.

Model pangkalan data merupakan model data yang menentukan struktur logikal bagaimana data itu disimpan, disusun dan dikendalikan.

Terdapat beberapa model pangkalan data utama yang digunakan iaitu: Model Hirarki (Hierarical Database Model) Model Jaringan (Network Model) Model Hubungan (Relational Model) Model Hubungan Entiti (Entity-relational Model)Pertimbangan dalam merekabentuk pangkalan dataTujuan pangkalan data Perlu mengetahui apakah maklumat yang akan diproses oleh pangkalan data tersebut. Ini bagi menentukan apakah subjek (entiti) dan fakta apa mengenai subjek tersebut (atribut) yang perlu disimpan.

Apakah Itu Entiti Dan Atribut?

AtributEntitiSuatu objek unik dan boleh dikenal pasti dalam sesuatu persekitaran seperti orang, tempat atau benda yang boleh dikutip dan disimpan sebagai data.

Ciri-ciri yang menerangkan sesuatu entitiContoh:Entiti = MuridAtribut untuk Murid adalah seperti:Nombor kad pengenalanNamaTarikh LahirAlamat Kelas

NamaTarikh lahirAlamat Kelas Nombor kad pengenalanMurid EntitiAtribut

JENIS DATA

TeksMengandungi teks dan angka yang tidak digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik. Contoh : Nama murid, nombor kad pengenalan dan umurNombor Mengandungi angka yang khusus digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik. Contoh : Markah Peperiksaan Penggal 1 Kelas 6ATarikh/Masa . Mengandungi data khusus untuk tarikh dan masa.Contoh : 4/17/14, 05:34:00 PM, Thursday, April 17, 2014OLE Object Mengandungi data khusus yang meliputi gambar, suara dan data dari aplikasi lain.Contoh : Gambar murid, gambar guru dan lagu

Organisasi Pangkalan Data

5. ORGANISASI PANGKALAN DATA

Di dalam pangkalan data, data-data akan disimpan dan direkod di dalam bentuk jadual mengikut medan-medan yang telah ditentukan. Pangkalan data boleh terdiri daripada satu atau lebih jadual. Gambar rajah di bawah adalah contoh jadual yang terdiri daripada gabungan rekod dan medan.

Berikut adalah istilah dan penerangan berkenaan Jadual, Rekod dan Medan. IstilahKeterangan

Jadual Koleksi rekod-rekod yang berkaitan

Rekod Koleksi medan yang berkaitan dan dalam jadual Selalunya medan berada pada kedudukan baris dijadual.

Medan Kombinasi satu atau lebih bait atau aksara Setiap medan diwakili oleh lajur pada jadual Medan merupakan unit terkecil dalam sistem pangkalan data .

HIRARKI DATAHirarki data adalah sebuah piramid yang menunjukkan bagaimana data disusun dari unit yang kecil kepada unit yang besar dan kemudian membentuk sebuah pangkalan data.

Gambar rajah di bawah menunjukkan perkaitan dan susunan data mengikut hirarki data.

6. CIRI-CIRI PANGKALAN DATAPangkalan data mempunyai ciri-ciri dan keupayaan yang tertentu seperti dapat mengemaskini, menyusun dan menapis maklumat yang dikehendaki. Lihat jadual di bawah.Operasi AsasKegunaan

Update (kemaskini) Proses untuk mengubah isi kandungan bagi rekod di dalam fail/jadual. Proses ini mungkin menambah, memadam atau mengubah isi kandungan rekod.

Insert (memasukkan) Proses untuk menambah rekod baru ke dalam fail/jadual.

Delete (memadam) Proses untuk mengeluarkan rekod daripada fail/jadual.

Sort (susun) Untuk menyusun rekod di dalam fail/jadual berdasarkan kepada kriteria tertentu seperti susunan rekod mengikut tarikh. Menyusun rekod mengikut urutan ascending ( A ke Z) dan descending ( Z ke A)

Filter ( tapis) Menapis satu atau lebih rekod dalam keadaan tertentu.

Sistem Pengurusan Pangkalan Data Database Management System (DBMS)

Sistem Pengurusan Pangkalan Data atau Database Management System (DBMS) adalah satu sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, menyusun, mengemas kini, mengurus dan menyelenggara pangkalan data. DBMS turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.DBMS boleh dianggap sebagai antaramuka di antara pengguna dan pangkalan data di mana ia membantu pengguna mencapai dan memanipulasikan data yang disimpan di dalam pangkalan data.Antara DBMS yang biasa digunakan ialah Microsoft Access, dBASE III Plus, FoxBASE Plus, Oracle, MS SQL Server, SoftBASE, Clipper, Paradox

Contoh-contoh Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data

Contoh-contoh Sistem Pengurusan Pangkalan Data

15MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET