Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

15
Bahasa dalam Hikayat Abdullah Disediakan oleh : Muhammad Hafizzi bin Kamaronzaman

description

bmm3112

Transcript of Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

Page 1: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

Bahasa dalam Hikayat Abdullah

Disediakan oleh :Muhammad Hafizzi bin Kamaronzaman

Page 2: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

Aspek yang dilihat :-1. Jenis Aksara2. Sistem Ejaan3. Morfologi4. Sintaksis5. Semantik6. Kosa Kata

Page 3: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

Jenis AksaraKarya Hikayat Abdullah telah menggunakan

tulisan Jawi dalam penulisannya.

Tulisan atau aksara ini dipinjam daripada bahasa Arab, kemudian ditambah dengan huruf baru seperti pa ( ف) , nga ( غ ) , ga .( چ ) dan ca ( ث ) nya , ( ک )

Page 4: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

Sistem EjaanSebelum wujud sistem ejaan Jawi pengaruh

Melayu, sistem ejaan Arab dieja menggunakan tanda-tanda baris.Contohnya seperti berikut :-

( maka) َم�گ( dia ) ِدَي�

Kemudian tanda-tanda baris itu dihilangkan menjadi seperti berikut :-

( maka ) َمک(dia ) دَي

Page 5: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

MorfologiImbuhan

Dari aspek imbuhan, penulisan karya Hikayat Abdullah telah menggunakan imbuhan meN-,contohnya :-

Contoh 1

Maka jawabnya, “ Tuan, sahayalah cekap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal kecil; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.”

( halaman 69)

Page 6: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

Contoh 2

Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang banyak gunanya.”

(Halaman 119)

Page 7: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

SintaksisPenulisan Hikayat Abdullah menggunakan

ayat yang panjang-panjang dan menyulitkan pembaca untuk memahaminya.

Ayat-ayat panjang yang digunakan dalam penulisan karya Hikayat Abdullah ini mengganggu pemahaman pembaca kerana ada waktunya pembaca terpaksa mengulangi pembacaan.

Page 8: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

Contoh 1

Maka jikalau sekiranya tiada suluh itu tanganku, dan cermin mata itu kupakai, nescaya banyak kali sudah aku terperosok ke dalam limbah dan parit yang penuh pada tiap-tiap lorong dan jalan; seperti kecuali kebanyakan kelakuan orang yang tiada memegang suluh itu terperosok ia kesana ke mari, jatuh bangun coreng-coreng berlumur dengan Lumpur dan orang, dan patah riuk kaki tangannya di hadapanku.

( halaman 16)

Page 9: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

Contoh 2

Maka jawabnya, “ Tuan, sahayalah cakap membawa jalan kepada susunan itu, akan tetapi tuan sekarang ada penuh kapal-kapal Inggeris pada segenap jajahan tanah Jawa itu menjaga, tiadalah boleh masuk dan keluar barang perahu atau kapal keci; dan lagi pula Holanda itu pun terlalu keras kawalnya, serta dengan cemburunya.”

( halaman 69)

Page 10: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

SemantikSecara umum kita berpendapat bahawa makna

sesuatu bahasa akan mudah difahami apabila dalam bentuk ayat.

Dalam bahasa Melayu kebiasaannya, apa yang diucapkan atau dituliskan tidak serupa dengan apa yang dimaksudkan.

Dalam karya Hikayat Abdullah, maksud atau pun perkara yang disampaikan hanya melalui makna tersurat, secara terus atau secara langsung berdasarkan kepada masyarakat Melayu ketika itu.

Perkara pokok disampaikan secara terus tanpa menggunakan sebarang simbolik ataupun kiasan.

Page 11: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

Contoh

“ Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris: maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta memberitahu aku mereka itu, “Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang banyak gunanya.”

Page 12: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

Kosa Kata Kata AsliDalam karya Hikayat Abdullah, penulisannya

masih menggunakan kata asli dalam tulisannya.

Bahasa yang digunakan pula ialah bahasa lama dan struktur ayatnya juga masih seperti cerita hikayat.

Contoh penggunaan kata-kata asli yang terdapat dalam karya ini ialah ‘maka’, ‘beberapa lamanya’, ‘maka adalah’, ‘akan dia’ dan ‘maka apabila’.

Page 13: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

Contoh :-

-Maka beberapa lamanya dalam hal yang sedemikian, maka datanglah seorang orang Arab Syaid yang bernama Habib Abdullah, bangsanya Haddad, maka adalah ia itu aulia, maka sangatlah dipermulia orang akan dia dalam Melaka; maka segala laki-laki dan perempuan pun pergilah berguru kepadanya darihal perkara agama Islam. Maka bondaku juga tiada pergi, sentiasa duduk menangis terkenangkan anak-anaknya yang mati itu. Maka adalah rumahku itu berhadapan dengan rumah tempat tuan itu tinggal; maka disuruhnya panggil bapaku, diperiksanya akan hal bondaku itu duduk menangis-nangis. Maka oleh bapaku segala hal anak-anaknya habis mati itu; maka kata tuan itu, “ Baiklah, pergi engkau katakan kepada isterimu janganlah ia menangis, insya-Allah nanti diberi Allah kepadanya seorang anak laki-laki; maka apabila beranak kelak, engkau namakan dengan namaku.” Maka pulanglah bapaku serta mengatakan kepada bondaku akan segala perkataan tuan itu; maka bondaku pun berhentilah daripada menangis dan dukacita.

(Halaman 9 & 10)

Page 14: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

Kata Pinjaman- Dalam penghasilan karya Hikayat Abdullah, terdapat

banyak penggunaan kata pinjaman Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

- Contoh kata pinjaman Bahasa Inggeris -character (halaman 5), enjineer (halaman 6), secretaries governments (halaman 6), electricity (halaman 115), arithmetic (halaman 117), commission (halaman 165).

- Contoh kata pinjaman Bahasa Arab

-syaaban (halaman 1), khatib ( halaman 4 ),

sayid (halaman 35)

Page 15: Topik 2-Penggunaan Bahasa Dalam Hikayat Abdullah

SEKIAN, TERIMA KASIH