Topik2TanggamKerjaKayu

19
X PENGENALAN Tahukah anda tanggam telah mula diperkenalkan di negara kita sejak zaman pemerintahan beraja lagi? Pada masa itu istana-istana sultan dibina daripada kayu terpilih tanpa menggunakan paku ataupun skru untuk mencantum beberapa bahagian struktur bangunan. Jika anda berpeluang melawat Istana Lama Seri Menanti di Negeri Sembilan, anda dapat melihat binaannya yang diperbuat daripada kayu dan penyambungan bahagian-bahagian tertentu kayu adalah menggunakan tanggam. T T o o p p i i k k 2 2 X Tanggam Kerja Kayu HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menamakan empat kategori tanggam dalam kerja kayu; 2. Membezakan di antara tanggam melebar dengan tanggam pemidang; 3. Melukiskan tanggam bajang beserta bahagian-bahagian utama; 4. Menyatakan jenis tanggam yang kuat dalam kerja kayu; 5. Melukis jenis-jenis tanggam yang terdapat di dalam kategori tanggam siku; 6. Menyatakan kegunaan tanggam pemidang dalam pembinaan sesuatu projek yang berasaskan kayu; dan 7. Melukis jenis-jenis tanggam memanjang serta bahagian- bahagiannya.

description

tanggam kerja kayu

Transcript of Topik2TanggamKerjaKayu

Page 1: Topik2TanggamKerjaKayu

PENGENALAN

Tahukah anda tanggam telah mula diperkenalkan di negara kita sejak zaman pemerintahan beraja lagi? Pada masa itu istana-istana sultan dibina daripada kayu terpilih tanpa menggunakan paku ataupun skru untuk mencantum beberapa bahagian struktur bangunan. Jika anda berpeluang melawat Istana Lama Seri Menanti di Negeri Sembilan, anda dapat melihat binaannya yang diperbuat daripada kayu dan penyambungan bahagian-bahagian tertentu kayu adalah menggunakan tanggam.

TTooppiikk 22 Tanggam Kerja Kayu 

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menamakan empat kategori tanggam dalam kerja kayu;

2. Membezakan di antara tanggam melebar dengan tanggampemidang;

3. Melukiskan tanggam bajang beserta bahagian-bahagian utama;

4. Menyatakan jenis tanggam yang kuat dalam kerja kayu;

5. Melukis jenis-jenis tanggam yang terdapat di dalam kategoritanggam siku;

6. Menyatakan kegunaan tanggam pemidang dalam pembinaansesuatu projek yang berasaskan kayu; dan

7. Melukis jenis-jenis tanggam memanjang serta bahagian-bahagiannya.

Page 2: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU 19

Istana Seri Menanti „Istana empat tingkat ini telah dibina tanpa menggunakan sebarang paku dan semuanya dicantumkan dengan tanggam dan pasak yang dibuat daripada kayu keras. Istana ini mempunyai 99 tiang dan keseluruhan strukturnya telah dinaikkan dengan tiang daripada kayu penak (cengal) dan diangkut sejauh 64km dari hutan di Bukit Perigi, Jelebu. Setiap tiang mewakili pahlawan-pahlawan terkenal dari suku-suku yang berlainan. Empat tiang utama di pertengahan istana dinaikkan setinggi 20m (60 kaki) dari aras tanah ke pusat menara (aras tertinggi) dan setiap tiang didirikan daripada sebatang pokok cengal.‰ Terjemahan daripada www.journeymalaysia.com

Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun projek siap dibina. Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu:

• Tanggam melebar

• Tanggam siku

• Tanggam pemidang

• Tanggam memanjang

Dalam kumpulan kecil (contohnya berempat) anda dikehendaki membuat tinjauan ke sebuah rumah tradisional Melayu di tempat anda. Dapatkan maklumat berbentuk gambar foto dan kenal pasti jenis-jenis tanggam yang digunakan di bahagian berikut: pintu, tangga, rasuk dan gelegar.

AKTIVITI 2.1

Page 3: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU

20

TANGGAM MELEBAR

Tanggam jenis ini digunakan untuk menyambung beberapa keping papan kecil untuk dijadikan kepingan papan yang lebar bagi kegunaan seperti membuat pintu, permukaan perabot, dinding dan lantai. Penyambungan beberapa papan kecil itu dilakukan secara tepi ke tepi dengan menggunakan bahan pelekat seperti glu. Antara jenis tanggam melebar adalah:

(a) Tanggam glu gesel

(b) Tanggam penetap

(c) Tanggam lidah dan lurah

(d) Tanggam tetingkat

2.1.1 Tanggam Glu Gesel

Tanggam glu gesel, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1 dibuat dengan menyediakan tepi kedua-dua keping papan secara lurus dan bersegi tepat sebelum ianya diglukan. Kepingan papan tersebut diapitkan serentak dan dibiarkan selama sekurang-kurangnya 24 jam supaya glu dapat mengeras dengan sempurna bagi menghasilkan cantuman yang kukuh.

Rajah 2.1: Tanggam glu gesel

2.1

Page 4: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU 21

2.1.2 Tanggam Penetap

Tanggam jenis ini (Rajah 2.2) serupa dengan tanggam temu tetapi perbezaannya ialah penetap dipasangkan kepada setiap hujung kayu yang akan dicantum. Papan atau kayu yang sesuai untuk tanggam jenis ini hendaklah berketebalan tidak kurang daripada 12mm.

Rajah 2.2: Tanggam penetap

2.1.3 Tanggam Lidah dan Lurah

Tanggam lidah dan lurah (Rajah 2.3) merupakan tanggam melebar yang lazim digunakan dalam pembinaan lantai dan dinding papan. Pada setiap keping papan dibuatkan lidah di satu tepi dan lurah di tepi yang lain. Tanggam jenis ini dipasang dengan cara mengapit dan memaku serong.

SEMAK KENDIRI 2.1

Nyatakan perbezaan di antara tanggam penetap dan tanggam glu gesel.

Page 5: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU

22

Rajah 2.3: Tanggam lidah dan lurah

2.1.4 Tanggam Tetingkat

Di dalam tanggam ini, tepi kedua-dua papan dibuat tetingkat dan dipasang dengan glu dan diapit (Rajah 2.4). Fungsi tingkat ini adalah untuk menambahkan luas permukaan yang diglukan.

Rajah 2.4: Tanggam tetingkat

(a) Bincangkan perbandingan yang anda boleh kenal pasti dari segi kekukuhan di antara jenis-jenis tanggam melebar (paling kukuh, sederhana dan kurang kukuh).

(b) Senaraikan peralatan khusus yang perlu digunakan untuk pemasangan tanggam melebar.

AKTIVITI 2.2

Page 6: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU 23

TANGGAM SIKU

Tanggam siku dibuat pada dua permukaan kayu yang bertemu secara bersudut tepat sama ada pada penjuru ataupun pada pertengahannya. Contohnya dapat dilihat dalam pembinaan kotak dan laci. Di antara jenis tanggam dalam kategori tanggam siku adalah:

(a) Tanggam temu

(b) Tanggam rencong

(c) Tanggam bajang

2.2.1 Tanggam Temu

Tanggam Temu (Rajah 2.5) dikenali sebagai tanggam sudut tepi. Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara bersudut tepat. Tanggam temu boleh diglu, dipaku atau diskrukan. Jenis tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak atau peti biasa yang dibuat secara bersudut tepat.

Rajah 2.5: Tanggam temu

2.2.2 Tanggam Rencong

Tanggam ini (Rajah 2.6) adalah cara yang paling senang untuk menunjukkan sudut kotak yang tidak menunjukkan kerataan hujung kayu. Di sini, kedua-dua bahagian papan hendaklah sama tebal. Kemudian, kedua-dua hujung papan akan dicantum dengan menggunakan glu kayu.

2.2

Page 7: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU

24

Rajah 2.6: Tanggam rencong

2.2.3 Tanggam Bajang

Tanggam jenis ini mempunyai dua atau lebih bajang yang bentuknya seperti ekor punai. Keratan hujung kayu boleh dilihat di kedua-dua belah muka tanggam. Curam pada tepi bajang diserongkan mengikut kadar 1:6. Tanggam jenis ini digunakan dalam pembinaan kotak yang memerlukan sudut yang kuat seperti pada belakang laci dan pemidang dulang. Tanggam bajang adalah tanggam yang terkuat sekali, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.7.

Rajah 2.7: Tanggam bajang

Page 8: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU 25

TANGGAM PEMIDANG

Tanggam pemidang digunakan dalam pembinaan kerangka kayu yang berbentuk pemidang. Bahagian kayu disambungkan pada hujung dari tepi ke tepi. Contohnya adalah pada pintu berpanel dan pemidang gambar. Tanggam pemidang terdiri daripada:

(a) Tanggam lekap

(b) Tanggam kekang

(c) Tanggam penetap

(d) Tanggam lubang dan puting

2.3.1 Tanggam Lekap

Tanggam jenis ini dibuat dengan menarah kedua-dua bahagian keping kayu yang akan dilekapkan. Tarahan hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap boleh dibuat dalam lima cara, iaitu: (a) Tanggam lekap siku atau pepenjuru Digunakan pada sudut pemidang

yang kecil (Rajah 2.8).

Rajah 2.8: Tanggam lekap siku/pepenjuru

2.3

Sekiranya anda dikehendaki membina satu projek menggunakan tanggam bajang dengan bahan berukuran lebar 147mm (6 inci), berapakah jumlah soket dan pin yang perlu anda bina dan berapakah kecerunan yang sesuai?

AKTIVITI 2.3

Page 9: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU

26

(b) Tanggam lekap penjuru rencong Digunakan untuk membuat kumai seperti pada kerangka gambar kerana pelitupannya dapat melindungi hujung ira kayu (Rajah 2.9).

Rajah 2.9: Tanggam lekap penjuru rencong

(c) Tanggam lekap T Digunakan dalam pembinaan pemidang pada

pemidang lintang yang bertemu dengan pemidang tegak secara bersilangan jauh dari hujungnya (Rajah 2.10).

Rajah 2.10: Tanggam lekap T

(d) Tanggam lekap palang Digunakan pada dua keping kayu yang bersilang (Rajah 2.11).

Page 10: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU 27

Rajah 2.11: Tanggam lekap palang

(e) Tanggam lekap bajang Kegunaannya sama dengan tanggam lekap T

tetapi lebih kuat untuk menahan tarikan dari sebelah luar (Rajah 2.12).

Rajah 2.12: Tanggam lekap bajang

2.3.2 Tanggam Kekang

Tanggam jenis ini kadangkala digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan puting. Tanggam kekang terdiri daripada dua bahagian, iaitu pin dan cabang. Tebalnya ialah daripada ketebalan kayu. Ada tiga bentuk tanggam kekang yang digunakan, iaitu: (a) Tanggam kekang T Digunakan untuk menggantikan tanggam lubang dan puting biasa pada pertemuan kedua-dua bahagian kayu jauh dari hujungnya (Rajah 2.13).

Page 11: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU

28

Rajah 2.13: Tanggam kekang T

(b) Tanggam kekang penjuru Nama lain bagi tanggam ini ialah tanggam lubang

dan puting terbuka. Ia digunakan pada penjuru pemidang (Rajah 2.14).

Rajah 2.14: Tanggam kekang pepenjuru

(c) Tanggam kekang penjuru rencong Cabang tanggam ini direncongkan

pada kedua-dua belah hujung ataupun sebelah sahaja (Rajah 2.15). Ia digunakan apabila satu tanggam yang lebih kuat daripada tanggam lekap rencong diperlukan, misalnya pada pemidang kaca.

Page 12: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU 29

Rajah 2.15: Tanggam kekang penjuru rencong

2.3.3 Tanggam Penetap

Tanggam penetap merupakan sejenis tanggam temu yang dikukuhkan dengan penetap. Penetap sebesar 1

3 tebal kayu dimasukkan ke dalam tepi kayu sedalam tiga kali diameternya (Rajah 2.16). Tanggam jenis ini terdapat pada pemidang lintang dan pemidang tegak kerusi dan meja. Tanggam jenis ini juga banyak digunakan pada perabot yang dihasilkan secara pasang sendiri (knock-down furniture).

Rajah 2.16: Tanggam penetap

Page 13: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU

30

2.3.4 Tanggam Lubang dan Puting

Tanggam jenis ini merupakan tanggam yang paling kuat dalam kategori tanggam pemidang. Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk dan setiap bentuk mempunyai fungsi yang tertentu. Antara bentuk yang biasa digunakan adalah (Rajah 2.17 2.20): (a) Tanggam lubang dan puting biasa

Rajah 2.17: Tanggam lubang dan puting biasa

(b) Tanggam lubang dan puting berjanjang

Rajah 2.18: Tanggam lubang dan puting berjanjang

Page 14: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU 31

(c) Tanggam lubang dan puting berbahu tinggi rendah

Rajah 2.19: Tanggam lubang dan puting berbahu tinggi rendah

(d) Tanggam lubang dan puting berbahu sebelah

Rajah 2.20: Tanggam lubang dan puting berbahu sebelah

Keadaan industri perabot masa kini adalah sangat mencabar. Tanggam jenis pemidang manakah yang lebih praktikal dan luas digunakan? Nyatakan sebab-sebabnya.

AKTIVITI 2.4

Page 15: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU

32

TANGGAM MEMANJANG

Tanggam memanjang digunakan apabila menyambung dua batang kayu atau beroti untuk menjadikannya lebih panjang. Kerja seperti ini biasanya dilakukan dalam pembinaan bangunan. Ada empat jenis tanggam memanjang yang sering digunakan, iaitu:

(a) Tanggam skaf

(b) Tanggam plat sambut

(c) Tanggam sambung jari

(d) Tanggam sambung lekap

2.4.1 Tanggam Skaf

Tanggam skaf banyak digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang, gulung-gulung dan juga gelegar. Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 2 kali ukuran lebarnya. Di tengah-tengah tanggam, ditebuk pula lubang untuk menerima baji lipat (Rajah 2.21).

Rajah 2.21: Tanggam skaf

2.4.2 Tanggam Plat Sambut

Sebagai ganti kepada tanggam skaf, kedua-dua batang kayu dikerat lurus pada hujungnya dan disambungkan bersama-sama dua keping logam atau plat kayu di kedua-dua belahnya dengan bolt dan nat. Panjang plat biasanya ialah empat kali lebar kayu yang berkenaan (Rajah 2.22).

2.4

Page 16: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU 33

Rajah 2.22: Tanggam plat sambut

2.4.3 Tanggam Sambung Jari

Tanggam sambung jari biasanya digunakan pada kayu bersaiz kecil, terutamanya bagi kayu yang diproses dengan mesin. Panjang sambungan tanggam ini dua kali lebar kayu. Sambungan jari biasanya dilekatkan dengan glu (Rajah 2.23). Contoh tanggam ini boleh didapati pada kayu susur tangan bagi sesebuah tangga.

Rajah 2.23: Tanggam sambung jari

Anda dikehendaki mengenal pasti contoh kegunaan dan di bahagian manakah kesesuaian penggunaan tanggam jenis memanjang plat sambut dan sambung jari.

AKTIVITI 2.5

Page 17: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU

34

2.4.4 Tanggam Sambung Lekap

Hujung kedua-dua keping kayu dibuang separuh tebalnya dan dilekapkan sepanjang dua kali lebar kayu (Rajah 2.24). Tanggam jenis ini digunakan dalam pembinaan perabot yang tanggamnya tidak menerima tegangan yang berlebihan. Tanggam ini boleh dikukuhkan dengan bolt dan nat.

Rajah 2.24: Tanggam sambung lekap

Tanggam dalam kerja kayu digunakan sebagai salah satu kaedah mencantum

dua bahagian kayu.

Terdapat empat kategori tanggam dalam kerja kayu iaitu tanggam melebar, tanggam siku, tanggam pemidang dan tanggam memanjang.

Tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah serta

tanggam tetingkat adalah kategori tanggam melebar.

Namakan kaedah memasang dan mengukuhkan tanggam jenis memanjang iaitu tanggam:

(a) skaf

(b) sambung lekap

SEMAK KENDIRI 2.2

Page 18: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU 35

Manakala tanggam temu, tanggam rencong dan tanggam bajang adalah kategori tanggam siku.

Tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan

puting pula dikategorikan sebagai tanggam pemidang.

Tanggam skaf, tanggam plat sambut, tanggam sambung jari dan tanggam sambung lekap adalah kategori tanggam memanjang.

Tanggam penetap dipasang dengan menggunakan kayu yang dipanggil

penetap atau „dowel‰ yang mempunyai pelbagai saiz dan diameter.

Bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, glu, skru, bolt dan nat digunakan untuk mengukuhkan lagi tanggam yang dibina.

Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang perlu semasa

membuat tanggam dan mencantum bahagian-bahagian tanggam.

Apit G

Apit panjang

Baji

Bolt

Lekap

Lidah

Lurah

Nat

Parit

Penetap

Pin

Plat kayu

Plat logam

Puting

Rencong

Soket

Tanggam

Feirer, J. L. (1994). Wood: Technology and processes (4th ed.). USA: Glencoe Div.

of Macmillan/McGraw-Hill School Publishing Com.

ReaderÊs Digest complete do-it-yourself manual. (1979). London: The ReaderÊs Digest Association Limited.

Page 19: Topik2TanggamKerjaKayu

TOPIK 2 TANGGAM KERJA KAYU

36

Tan Boon Tong. (1992). Teknologi binaan bangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wagner, W. H. (1980). Modern woodworking. USA: The Soodheart-Wilcox Company, Inc.