TRANSFORMASI RUANG PEMBELAJARAN BERASASKAN CABARAN · PDF filemembincangkan isu dan cabaran...

6
108 TRANSFORMASI RUANG PEMBELAJARAN BERASASKAN CABARAN DI PERINGKAT PENDIDIKAN TINGGI Syafiqah Jalal 1 , Helmi Norman 2 , Hafiz Zaini 3 , Fairus Hamdan 4 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, [email protected] 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Pusat Teknologi Pengajaran & Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, [email protected] 3 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, [email protected] 4 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, [email protected] ABSTRAK Cabaran dalam pembelajaran telah menawarkan satu platform yang menarik untuk melibatkan pelajar dan pembelajaran jangka masa panjang dalam teknologi baru dan pembangunan kemahiran. Oleh kerana pelajar pada hari ini adalah pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran yang berbeza-beza di kalangan mereka, pengadunan pembelajaran berasaskan cabaran dalam satu ruang fizikal dapat mewujudkan sikap berdaya saing sekaligus meningkatkan kemahiran kerja berpasukan dan komunikasi yang berkesan di kalangan pelajar. Pembelajaran ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneruskan karier dalam bidang tertentu dengan menerapkan teori kepada masalah dunia sebenar dan membantu komuniti menangani masalah sosial yang rumit. Namun, rekaan ruang pembelajaran yang kurang sesuai boleh mengakibatkan gangguan dalam pembelajaran. Pembangunan ruang pembelajaran yang terdiri daripada tiga aspek penting iaitu pedagogi, teknologi dan ruang menjadi antara peranan penting dalam menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Pembelajaran berasaskan cabaran bukan sahaja meliputi ruang pembelajaran alam maya malah, ruang fizikal juga menjadi satu sokongan ke arah pembelajaran aktif yang dapat mengaitkan pelajar dengan masalah dunia sebenar. Dengan mengambil kira prinsip SKG dalam pembangunan ruang pembelajaran, suasana pembelajaran jelas menepati kehendak dan menyokong pembelajaran pelajar ke arah abad ke-21. Oleh itu, kajian ini membincangkan isu dan cabaran pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran dimana ia berteraskan tiga aspek penting iaitu pedagogi, teknologi dan ruang. Kata kunci: Pembelajaran berasaskan cabaran, ruang pembelajaran, pembelajaran aktif, pengajian tinggi, reka bentuk. PENGENALAN Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan cabaran mempunyai potensi untuk menghubungkan pembelajaran ke arah konteks yang lebih global (Baillie et al., 2014; University of Western Australia, 2014; Hussman et al., 2010; Technical University of Denmark, 2014). Pedagogi ini sesuai digunakan dalam pendidikan abad ke-21 kerana pelajar dapat mengembangkan kemahiran mereka dengan menjalankan projek sebenar dalam sesebuah bidang, malah dapat bekerjasama dengan sebuah pertubuhan kerajaan mahupun bukan kerajaan. Tambahan pula, pembelajaran berasaskan cabaran dapat dilakukan secara formal atau tidak formal. Aktiviti pembelajaran berasaskan cabaran sememangnya menawarkan banyak manfaat daripada pembelajaran berasaskan projek, kerana ia melibatkan pelajar dalam masalah dunia sebenar dan menjadikan mereka bertanggungjawab untuk membangunkan penyelesaian (Gaskins et al., 2015). Namun, ruang pembelajaran yang bercirikan traditional memberi peluang kepada pensyarah untuk lebih banyak bercakap daripada pelajar-pelajar mencambah idea mereka dan pembelajaran yang berlaku di peringkat tinggi sehingga kini dilihat hanya sekadar berasaskan projek (Ismail & Mohamad, 2017). Keterbatasan peluang pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam dunia sebenar juga menjadi satu punca kemahiran dan kepakaran yang mereka miliki tidak digunakan. Ini kerana, generasi Z kini lebih terkehadapan dalam mencari sumber-sumber baharu dalam menyelesaikan masalah lebih-lebih lagi dengan adanya bantuan alat teknologi. Ruang pembelajaran mereka bukan hanya alam maya sahaja yang penting tetapi ruang pembelajaran fizikal juga memainkan peranan. Jika masalah tersebut tidak diatasi, berkemungkinan pelajar tidak memperolehi makna dalam pembelajaran, tidak mampu berfikiran kritikal serta kurang berpengalaman dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan kemahiran. Ini dirumuskan oleh Kajian Brown dan Long (2006) yang mengkaji tentang ‘trend’ reka bentuk ruang pembelajaran menunjukkan terdapat tiga ‘trend’ utama dalam reka bentuk ruang pembelajaran iaitu i) strategi pembelajaran sosial dan aktif, ii) berpusatkan manusia (human-centered) dan iii) peralatan yang dapat memperkayakan pembelajaran. Dalam kajian Jamieson et al. (2000) pula, beliau mencadangkan 7 prinsip

Transcript of TRANSFORMASI RUANG PEMBELAJARAN BERASASKAN CABARAN · PDF filemembincangkan isu dan cabaran...

Page 1: TRANSFORMASI RUANG PEMBELAJARAN BERASASKAN CABARAN · PDF filemembincangkan isu dan cabaran pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran dimana ia ... kerana ia melibatkan pelajar

108

TRANSFORMASI RUANG PEMBELAJARAN BERASASKAN CABARAN DI PERINGKAT

PENDIDIKAN TINGGI

Syafiqah Jalal1, Helmi Norman2, Hafiz Zaini3, Fairus Hamdan4 1Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, [email protected]

2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Pusat Teknologi Pengajaran & Pembelajaran, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, [email protected]

3Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, [email protected] 4Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, [email protected]

ABSTRAK Cabaran dalam pembelajaran telah menawarkan satu platform yang menarik untuk melibatkan pelajar dan pembelajaran jangka masa panjang dalam teknologi baru dan pembangunan kemahiran. Oleh kerana pelajar pada hari ini adalah pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran yang berbeza-beza di kalangan mereka, pengadunan pembelajaran berasaskan cabaran dalam satu ruang fizikal dapat mewujudkan sikap berdaya saing sekaligus meningkatkan kemahiran kerja berpasukan dan komunikasi yang berkesan di kalangan pelajar. Pembelajaran ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneruskan karier dalam bidang tertentu dengan menerapkan teori kepada masalah dunia sebenar dan membantu komuniti menangani masalah sosial yang rumit. Namun, rekaan ruang pembelajaran yang kurang sesuai boleh mengakibatkan gangguan dalam pembelajaran. Pembangunan ruang pembelajaran yang terdiri daripada tiga aspek penting iaitu pedagogi, teknologi dan ruang menjadi antara peranan penting dalam menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Pembelajaran berasaskan cabaran bukan sahaja meliputi ruang pembelajaran alam maya malah, ruang fizikal juga menjadi satu sokongan ke arah pembelajaran aktif yang dapat mengaitkan pelajar dengan masalah dunia sebenar. Dengan mengambil kira prinsip SKG dalam pembangunan ruang pembelajaran, suasana pembelajaran jelas menepati kehendak dan menyokong pembelajaran pelajar ke arah abad ke-21. Oleh itu, kajian ini membincangkan isu dan cabaran pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran dimana ia berteraskan tiga aspek penting iaitu pedagogi, teknologi dan ruang. Kata kunci: Pembelajaran berasaskan cabaran, ruang pembelajaran, pembelajaran aktif, pengajian tinggi, reka bentuk.

PENGENALAN Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan cabaran mempunyai potensi untuk menghubungkan pembelajaran ke arah konteks yang lebih global (Baillie et al., 2014; University of Western Australia, 2014; Hussman et al., 2010; Technical University of Denmark, 2014). Pedagogi ini sesuai digunakan dalam pendidikan abad ke-21 kerana pelajar dapat mengembangkan kemahiran mereka dengan menjalankan projek sebenar dalam sesebuah bidang, malah dapat bekerjasama dengan sebuah pertubuhan kerajaan mahupun bukan kerajaan. Tambahan pula, pembelajaran berasaskan cabaran dapat dilakukan secara formal atau tidak formal. Aktiviti pembelajaran berasaskan cabaran sememangnya menawarkan banyak manfaat daripada pembelajaran berasaskan projek, kerana ia melibatkan pelajar dalam masalah dunia sebenar dan menjadikan mereka bertanggungjawab untuk membangunkan penyelesaian (Gaskins et al., 2015). Namun, ruang pembelajaran yang bercirikan traditional memberi peluang kepada pensyarah untuk lebih banyak bercakap daripada pelajar-pelajar mencambah idea mereka dan pembelajaran yang berlaku di peringkat tinggi sehingga kini dilihat hanya sekadar berasaskan projek (Ismail & Mohamad, 2017). Keterbatasan peluang pelajar untuk menyelesaikan masalah dalam dunia sebenar juga menjadi satu punca kemahiran dan kepakaran yang mereka miliki tidak digunakan. Ini kerana, generasi Z kini lebih terkehadapan dalam mencari sumber-sumber baharu dalam menyelesaikan masalah lebih-lebih lagi dengan adanya bantuan alat teknologi. Ruang pembelajaran mereka bukan hanya alam maya sahaja yang penting tetapi ruang pembelajaran fizikal juga memainkan peranan.

Jika masalah tersebut tidak diatasi, berkemungkinan pelajar tidak memperolehi makna dalam pembelajaran, tidak mampu berfikiran kritikal serta kurang berpengalaman dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan kemahiran. Ini dirumuskan oleh Kajian Brown dan Long (2006) yang mengkaji tentang ‘trend’ reka bentuk ruang pembelajaran menunjukkan terdapat tiga ‘trend’ utama dalam reka bentuk ruang pembelajaran iaitu i) strategi pembelajaran sosial dan aktif, ii) berpusatkan manusia (human-centered) dan iii) peralatan yang dapat memperkayakan pembelajaran. Dalam kajian Jamieson et al. (2000) pula, beliau mencadangkan 7 prinsip

Page 2: TRANSFORMASI RUANG PEMBELAJARAN BERASASKAN CABARAN · PDF filemembincangkan isu dan cabaran pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran dimana ia ... kerana ia melibatkan pelajar

109

reka bentuk ruang pembelajaran iaitu i) penggunaan berulang-kali ii) maksimumkan penggunaan setiap ruang iii) kemudahan yang berdimensi iv) mengintegrasikan fungsi kampus v) ciri-ciri dan fungsi untuk kawalan guru dan pelajar vi) selari dengan aktiviti kurikulum yang berbeza dan vii) mudah untuk pelajar akses dan guna persekitaran. Oleh yang demikian, menjadi satu kepentingan untuk mentransformasikan ruang pembelajaran berasaskan cabaran di pusat pengajian tinggi agar pembelajaran menjadi lebih lancar dan bermakna (Norman et al., 2011; Gaskins et al., 2015)

KERANGKA KONSEP PEMBANGUNAN RUANG PEMBELAJARAN BERASASKAN CABARAN DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI Bagi mengimplementasikan konsep pendekatan pembelajaran berasaskan cabaran dalam pendidikan peringkat pengajian tinggi, pendekatan ini boleh diintegrasikan dengan pendekatan pembangunan (Richey et al., 2004) dan model ADDIE (analyze, design, development, implementation, evaluation), seperti yang dirumuskan dalam Rajah 1 dan Rajah 2. Berdasarkan kerangka konsep dalam Rajah 1, pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran yang optimum memerlukan pedagogi, ruang dan teknologi untuk meningkatkan, menggunakan dan menyokong satu sama lain. Berikut adalah gambarajah yang dapat membantu dalam menggambarkan bagaimana pedagogi, ruang dan teknologi berfungsi bersama dalam ruang belajar. Soalan-soalan utama untuk membangunkan ruang pembelajaran dibingkai dalam setiap tiga bidang ini. Kerangka konsep ini sesuai digunakan untuk semua institusi yang ingin menilai impak ruang pembelajaran mereka dalam tiga bidang ini.

Rajah 1: Kerangka konsep ruang pembelajaran berasaskan cabaran abad ke-21 untuk pengajian tinggi (Diadaptasi dari Radcliffe, 2009 seperti yang dipetik oleh Wilson, G dan Randall, M., 2011)

Bagi fasa pertama (fasa analisis), keperluan pelajar dalam ruang pembelajaran dinilai (atau needs analysis) bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran berasaskan cabaran. Dalam fasa kedua iaitu fasa mereka bentuk, ruang pembelajaran direka berdasarkan prinsip SKG dimana ruang tersebut ditransformasikan khas untuk pelajar di pusat pengajian tinggi. Dalam fasa seterusnya (fasa pembangunan), ruang pembelajaran berasaskan cabaran dibangunkan dan diimplementasikan dalam fasa implementasi dengan menggunakan ruang pembelajaran yang direka khas berdasarkan prinsip SKG. Dalam fasa terakhir (fasa penilaian), hubungan pedagogi, ruang dan teknologi dinilai oleh pelajar. Penyelesaian terhadap ruang pembelajaran ini akan dikaitkan dengan pembelajaran berasaskan cabaran dimana permasalahan sebenar dalam komuniti dapat diselesaikan seterusnya akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna serta meningkatkan kemahiran pelajar untuk disumbangkan kepada masyarakat.

Technology

Space

Pedagogy

21st century technology

Challenge-based learning SKG principle

Page 3: TRANSFORMASI RUANG PEMBELAJARAN BERASASKAN CABARAN · PDF filemembincangkan isu dan cabaran pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran dimana ia ... kerana ia melibatkan pelajar

110

Rajah 2: Pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran untuk pengajian tinggi

CADANGAN REKA BENTUK PEMBANGUNAN RUANG PEMBELAJARAN BERASASKAN CABARAN DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI Berdasarkan dalam Rajah 3, ruang sedia ada menunjukkan susunan asal perabot yang tetap ke arah bahagian ruang hadapan. Analisis keperluan pelajar terhadap ruang pembelajaran diambil kira dalam membangunkan satu ruang pembelajaran yang sejajar dengan keperluan pedagogi dan teknologi yang digunakan.

FASA FASA

ANALISIS

MEREKA BENTUK

PEMBANGUNAN

PELAKSANAAN

PENILAIAN

PROSES FASA

RUANG PEMBELAJARAN BERASASKAN CABARAN

MENCAPAI PEMBELAJARAN BERASASKAN CABARAN ABAD KE-21

Keperluan pelajar dalam ruang pembelajaran berasaskan cabaran

Mereka bentuk ruang pembelajaran (berdasarkan SKG)

Ruang pembelajaran +

Pembelajaran berasaskan cabaran

Penggunaan ruang pembelajaran berasaskan cabaran oleh pelajar di pengajian tinggi

Pelajar menilai ruang pembelajaran berasaskan cabaran

Page 4: TRANSFORMASI RUANG PEMBELAJARAN BERASASKAN CABARAN · PDF filemembincangkan isu dan cabaran pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran dimana ia ... kerana ia melibatkan pelajar

111

Rajah 3: Ruang pembelajaran sebelum

Rajah 4: Prinsip-prinsip SKG

Rajah 5: Pelan pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran Prinsip-prinsip SKG diambil kira seperti keselesaan. estetik, pengaliran, ekuiti, pengadunan, kemampuan dan diubahsuai. Rekaan pelan pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5, melibatkan pertimbangan yang lebih pada titik fokus primer ruang tersebut. Dalam konfigurasi

Page 5: TRANSFORMASI RUANG PEMBELAJARAN BERASASKAN CABARAN · PDF filemembincangkan isu dan cabaran pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran dimana ia ... kerana ia melibatkan pelajar

112

tradisional yang digunakan sebelumnya pada Rajah 3, dilihat sususan barisan kerusi dan meja yang menghadap tetap ke hadapan. Sebuah pemancar juga dilihat fokus tepat ke arah dinding hadapan. Dalam pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran, ruang ini direka bentuk untuk mengurangkan fokus pada satu arah, membenarkan pengajaran dan tugasan berkumpulan disokong oleh keseluruhan ruang. Aspek ini dilihat sangat penting pada kemampuan ruang tersebuat untuk menjadi lebih fleksibel dalam menyokong pembelajaran berasaskan cabaran. Ia mengikuti salah satu prinsip SKG iaitu dapat diubahsuai mengikut tujuan. Keselesaan dan estetik adalah dua prinsip yang paling utama kepada projek pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran. Konfigurasi yang wujud di dalam ruang sebelum adalah sangat tidak selesa dalam jumlah pelajar yang ramai. Penggunaan kerusi yang tetap dalam satu baris meja tanpa ruang tengah, pelajar tidak dapat bergerak bebas dalam ruang dan pelajar di bahagian belakang melihat skrin pemancar dalam keadaan yang kurang selesa. Mendengar dengan jelas dalam ruang ini adalah sangat mencabar dan pensyarah terpaksa menggunakan nada yang tinggi untuk satu tempoh masa pembelajaran yang lama. Ruang yang agak membosankan menyebabkan pedagogi yang digunakan tidak sesuai dengan ruang sedia ada. Seperti yang dicadangkan dalam Rajah 5, ruang yang direka bentuk semula dapat dipertimbangkan lebih menarik dengan warna di sekitar ruang yang minimalis. Penggunaan TV screen, pembesar suara dan headmic membolehkan pelajar melihat dan mendengar dengan lebih jelas serta mereka bebas untuk bergerak dalam kumpulan kerana kerusi dan meja yang digunakan dapat distruktur semula. Prinsip pengaliran merupakan salah satu prinsip rekaan SKG yang mencadangkan ruang yang sepatutnya mampu memberi pengaliran pengetahuan kepada generasi akan datang. Selain itu, pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran mengambil kira akan perabot yang boleh di susun atur semula agar tidak mengganggu pengaliran semasa pembelajaran berlaku. Ruang pembelajaran berasaskan cabaran direka untuk menyokong pelajar dalam subjek yang memerlukan pendekatan kolaboratif dan kerja kumpulan. Dengan cara ini, ruang pembelajaran berasaskan cabaran dapat direka berdasarkan prinsip-prinsip seperti yang disyorkan oleh Jamieson et. al., (2000). Ruang pembelajaran ini dilitupi dengan jubin agar pelajar lebih mudah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Perbincangan secara kolaboratif dapat berjalan dengan lebih mudah dan selesa kerana ruang yang direka tidak terhad kepada pembelajaran secara formal malah penggunaan sofa panjang lembut disediakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran tidak formal. Pelajar juga mempunyai peluang untuk mencambah idea dan buah fikiran pada dinding yang mudah dibersihkan semula semasa perbincangan sesama ahli kumpulan. KESIMPULAN Transformasi ruang pembelajaran berasaskan cabaran di pusat pengajian tinggi adalah sangat penting sebagai satu gaya pembelajaran yang dapat meningkatkan kemahiran pelajar dengan mengekalkan penggunaan ruang fizikal yang lebih kondusif dan ruang maya dalam menyelesaikan masalah. Secara tidak langsung, pembelajaran berasaskan cabaran dalam ruang pembelajaran yang direka khas membolehkan pelajar saling berkongsi kemahiran dan kepakaran dengan komuniti luar. Ruang pembelajaran yang direka semula dianggap tidak mengganggu proses pembelajaran pelajar sama sekali malah sangat membantu mereka dalam menyelesaikan masalah dunia sebenar.

Sistem pendidikan dalam abad ke-21, memperlihatkan penggunaan pedagogi, ruang dan teknologi yang baik dapat memberi kelebihan dalam mengubah kecenderungan pelajar dalam pembelajaran lebih-lebih lagi memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan kemahiran yang mereka ada dalam membantu menyelesaikan masalah di kalangan komuniti dan lebih berdaya saing. Oleh itu, pendidikan tinggi Malaysia dapat melahirkan pelajar yang mempunyai daya tahan yang tinggi dan berfikiran kritikal agar lebih bersedia untuk memasuki alam pekerjaan.

RUJUKAN Baillie, C., Armstrong, R., Togneri, R. & Tavner, A. (2014) ENSC1001 Global Challenges in Engineering, Unit

Outline, The University of Western Australia, Perth, Australia. Brown, M. & Long, P. (2006). Trends in learning space design. Learning spaces, 9-1. Cigman, R. and Davis A. (eds.) (2009) New Philosophies of Learning Chichester, Wiley-Blackwell. Gaskins, W., Kukreti, A. R., Maltbie, C., & Steimle, J. (2015). Student understanding of the engineering design

process using challenge-based learning. In Proceedings of the 122nd ASEE Conference. Han, A. N. Y., Leong, L. C., & Nair, P. K. (2014). X-Space Model: Taylor's University's Collaborative

Classroom Design and Process. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 123, 272-279. Hussmann, P. M., Trandum, C., Vigild, M. E. (2010) How to Include Sustainability in Engineering Education? –

The “Green Challenge” at DTU is One Way, Proceedings 6th International CDIO Conference, Montreal, Canada.

Page 6: TRANSFORMASI RUANG PEMBELAJARAN BERASASKAN CABARAN · PDF filemembincangkan isu dan cabaran pembangunan ruang pembelajaran berasaskan cabaran dimana ia ... kerana ia melibatkan pelajar

113

Isa, N. I. M. M., & Abdullah, M. S. (2017). Implementasi Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) melalui Pembelajaran Berasaskan Projek (PBPj) untuk Menilai Pencapaian Domain Kognitif Berdasarkan Topik Ekosistem Terancam. Sains Humanika, 9(1-5).

Isa, Z. C., & Azid, N. H. (2017). PEMBINAAN DAN PENILAIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BERASASKAN LAPAN PRINSIP PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU: KAJIAN DI MALAYSIA. Proceedings of the ICECRS, 1(1).

Ismail, S., & Mohamad, M. M. (2017). Kerangka konsep penglibatan Politeknik dan industri dalam Mengaplikasikan Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK). Sains Humanika, 9(1-5).

Jarvis, P. (2009) Learning to be a Person in Society, London, Routledge Jamieson, P.J.; Fisher, K.; Gildng, T.; Taylor, P.G. & Trevitt, A.C.F. (2000) ‘ place and space in the design of

new learning environments’ higher education research and development, 19 (2), pp.221-237 Johnson, L. F., Smith, R. S., Smythe, J. T., & Varon, R. K. (2009). Challenge-Based Learning: An Approach for

Our Time. New Media Consortium. Meyer, L. (2014). 5 Reasons Schools Still Need Desktop Computers: Despite the Growth of Mobile Learning,

Desktops Still Play Important Roles in the 21st Century Classroom. THE Journal (Technological Horizons In Education), 41(4), 20.

Norman, H., Din, R., & Nordin, N. (2011). A preliminary study of an authentic ubiquitous learning environment for higher education. Recent researches in e-Activities 3(4), 89-94.

Nygaard, C.; J. Branch & C. Holtham(Eds.) (2013). Learning in Higher Education: Contemporary Standpoints. Oxfordshire, UK: Libri Publishing Ltd.

Oblinger, D. G. (2006). Space as a change agent. Learning spaces, 1. Ondrashek, N. (2017). 21st Century Learning. Othman, Y., & Osman, D. S. P. (2016). Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis melalui Pembelajaran

Berasaskan Projek Nilam dalam Penulisan Berbentuk Risalah di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(1), 19-29.

Palinscar, A. S. 1986. The role of dialogue in providing scaffolded instruction. Educational Psychologist, 21(1/2): 73-98.

Pearlman, B. (2010). Designing new learning environments to support 21st century skills. In J. Bellanca & R. Brandt (Eds.), 21st century skills: Rethinking how students learn (pp. 117–148). Bloomington, IN: Solution Tree Press

Strickland, A. (2014). The active agency of learning spaces. Learning Space Design in Higher Education. Oxfordshire: LIBRI Publishing, 209-224.

Taylor, P.G. (1996). Pedagogical challenges of open learning: looking to borderline issues. In Pedagogy, Technology and the Body. Edited by Erica McWilliam and Peter G. Taylor. Peter Lang Publishing Inc.: New York. pp 59-77.

Taylor, G. (2012). Personal communication. Charles Sturt University. Technical University of Denmark. (2014) Green Challenge Home Page, http://www.groendyst.dtu.dk/english. The University of Western Australia. (2014) Global Challenges in Engineering Unit Description,

http://www.unitoutlines.ecm.uwa.edu.au/Units/ENSC1001/SEM-1/2014. Thomas, H. (2010). Learning spaces, learning environments and the dis ‘placement’of learning. British Journal

of Educational Technology, 41(3), 502-511. Veltri, S., Banning, J. H., & Davies, T. G. (2006). The community college classroom environment: Student

perceptions. College Student Journal, 40(3), 517. Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher mental process. Van Horne, S., Murniati, C., Gaffney, J. D., & Jesse, M. (2012). Promoting active learning in technology-

infused TILE classrooms at the University of Iowa. Journal Learning Spaces, 1(2).