TUGASAN 1 KAE3013

download TUGASAN 1 KAE3013

of 13

Transcript of TUGASAN 1 KAE3013

  • 7/28/2019 TUGASAN 1 KAE3013

    1/13

    1

    SEMESTER 3 2012

    KUMPULAN

    UPSI A 15

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    HANITA BT. MD SARIF D20102042703 0195076202

    NAMA TUTOR E-LEARNING : PN. AZILA BT. ALIAS

    TARIKH SERAH : 28 April 2012

    PEMARKAHAN

    1 TUGASAN 1

    2 TUGASAN 2

    3 E - FORUM

    JUMLAH

    KAE3013

    EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

    TUGASAN 1 : BIDANG SENI KREATIF MUZIK

  • 7/28/2019 TUGASAN 1 KAE3013

    2/13

    2

    ISI KANDUNGAN

    1.0 PENGENALAN 3

    2.0 Matlamat dan Fungsi Muzik dalam Pendidikan 6

    3.0 Rasional Pendidikan Muzik di Sekolah 6

    4.0 Kemahiran Muzikal 7

    5.0 Domain Pembelajaran Muzik 7

    5.1 Domain Kognitif

    5.2 Domain Afektif5.3 Domain Psikomotor

    5.4 Domain Estetika

    6.0 Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi 9

    7.0 Bagaimanakah Kanak-kanak Terlibat Dalam Muzik 9

    7.1 Mendengar

    7.2 Bernyanyi

    7.3 Bergerak Mengikut Rentak Muzik

    7.4 Bermain Dengan Alat-alat Muzik

    8.0 Dasar Kebudayaan Kebangsaan Membantu Kanak-kanak 11

    Meningkatkan Kesedaran Terhadap Kepelbagaian Budaya

    Di Malaysia

    9.0 KESIMPULAN / PENUTUP 12

    RUJUKAN 13

  • 7/28/2019 TUGASAN 1 KAE3013

    3/13

    3

    Pilih satu bidang seni kreatif berikut :

    Seni lukis

    Kraftangan

    Drama

    Muzik

    Tarian

    Huraikan secara terperinci bagaimana bidang seni kreatif ini dapat menyumbang kepada

    perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak serta meningkatkan kesedaran terhadap

    kepelbagaian budaya di Malaysia.

    Bidang seni kreatif yang saya pilih ialah

    Sebagaimana yang kita maklum, falsafah merupakan pandangan, pemikiran dan kajian

    daripada tokoh-tokoh terkemuka. Ia digunakan sebagai pegangan fahaman dan prinsip

    seseorang terhadap sesuatu perkara. Selain itu falsafah turut dijadikan sebagai panduan dan

    landasan dalam membuat sesuatu keputusan. Sehubungan itu, dalam konteks pendidikan

    muzik, pandangan daripada tokoh-tokoh falsafah pendidikan muzik seperti Pestalozzi dan

    Reimer tidak boleh dinafikan.

    TUGASAN INDIVIDU 1

    MUZIK

    1.0 PENGENALAN

  • 7/28/2019 TUGASAN 1 KAE3013

    4/13

    4

    Pestalozzi

    Pestalozzi seorang pendidik berbangsa Swiss berpendapat bahawa pendidikan yang baik

    adalah melalui penggunaan pancaindera manusia. Menurut beliau, para pelajar perlu dididik

    mengikut perkembangan semulajadi mereka. Beliau juga percaya bahawa pengetahuan dan

    pengalaman sebenar adalah lebih berkesan daripada pengetahuan yang diterima melalui

    bacaan. Justeru pendidikan melalui penyertaan penting dan kaedah pengajaran yang sesuai

    dijalankan adalah hands on melalui aktiviti. Berdasarkan kepada pendapat tersebut maka

    lahirlah apa yang dikatakan sebagai Principles of the Pestalozzian System of Music oleh para

    sarjana barat. Di antara prinsip-prinsip pengajaran muzik yang diketengahkan adalah mengajar

    bunyi-bunyi sebelum tanda-tanda atau simbol, mengajar satu aspek muzik pada satu masa

    sahaja dan pembelajaran aktif menerusi kaedah penemuan kendiri. Prinsip-prinsip pengajaran

    tersebut begitu popular dan telah menjadi pegangan para pendidik muzik sehingga kini.

    Bennet Reimer

    Falsafah Reimer terdiri daripada dua peringkat. Peringkat awal pandangan referentialisme dan

    formalisme. Peringkat kedua (terkini) adalah pandangan ekspresionalisme. Reimer

    menggunakan pengalaman estetik sebagai asas falsafahnya kerana beliau berpendapat

    bahawa kewujudan muzik adalah untuk membolehkan kita menikmati pengalaman estetik pada

    tahap tertinggi yang boleh dicapai oleh manusia. Menurut Reimer lagi, disebalik muzik dan seni

    itu terdapatnya nilai estetik. Justeru dalam memberi nilai intrinsik kepada pendidikan muzik,

    pengalaman estetik perlu diberi perhatian. Berdasarkan pandangan referentialisme, Reimer

    percaya bahawa pengalaman estetik yang diperolehi menerusi persembahan sesuatu karya

    muzik akan lebih bermakna dan bernilai sekiranya difahami lingkungan yang mempengaruhi

    karya tersebut. Menurut beliau, nilai dan makna sesuatu karya muzik itu terkandung dalam idea,

    perkara dan objek yang tidak ada kaitan dengan karya tersebut. Sehubungan itu, proses atau

    perkembangan sesuatu karya muzik sangat penting jika dibandingkan dengan kualiti karya

    muzik itu sendiri. Namun begitu pendapat tersebut berbeza dengan pandangan formalisme

    yang mana lebih mementingkan hasilan dan kualiti sesuatu karya seni. Menurut Reimer

    pengalaman estetik sesuatu karya muzik diperolehi jika dipertimbangkan dari sifat dan

    kualitinya bukan dikaitkan dengan hal-hal lain.

  • 7/28/2019 TUGASAN 1 KAE3013

    5/13

    5

    Justeru kualiti sesuatu karya muzik adalah terikat kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

    Dari sudut pandang ekspresionalisme pula ianya tidak menafikan sumbangan faktor luaran dan

    dalaman penciptaan sesuatu karya muzik itu. Ekspresionalisme menekankan kepada

    kecederungan pengkarya seni memutarbelitkan kebenaran bagi memberi kesan emosi. Pada

    Reimer muzik melahirkan sesuatu yang umum dan perasaan yang sukar diucapkan.

    Ianya turut melibatkan proses perkembangan dan kualiti sesuatu karya muzik. Oleh yang

    demikian pengalaman estetik yang diperolehi adalah merupakan sensitiviti dan responsif

    terhadap aspek-aspek yang terdapat dalam sesuatu karya muzik itu.

    Muzik secara semula jadi dapat menggembirakan dan menarik minat kanak-kanak. Program

    pendidikan awal kanak-kanak yang menyediakan waktu untuk muzik memberi peluang kepada

    kanak-kanak yang bersemangat tinggi dan tenaga kreatif untuk berseronok. Pengalaman muzik

    kanak-kanak dapat membantu untuk memperkembangkan kedua-dua belah otak di mana ini

    merupakan satu penemuan yang penting dalam satu penyelidikan otak. Muzik menyumbang

    kepada perkembangan kanak-kanak secara holistik. Muzik bermaksud bunyi yang dihasilkan

    oleh individu ataupun kumpulan. Muzik boleh dikira sedap didengari bergantung kepada

    individu yang mendengarnya. Muzik dimainkan dengan menggunakan pelbagai alat muzik

    untuk menghasilkan bunyi. Kanak-kanak boleh melakukan aktiviti muzik dan di dalam rumah

    dengan hanya memerlukan ruang yang kecil sahaja. Contohnya, kanak-kanak boleh duduk

    berpasangan menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan bersama kawan.

    Kanak-kanak terdedah kepada bunyi muzik dalam sekitar rumah mereka setiap hari. Contohnya

    seseorang kanak-kanak mungkin mempunyai permainan alat muzik dan mobail yang bergerak

    yang menghasilkan bunyi untuk dodoian. Bunyi kicauan burung, kucing mengiau, ayam

    berkokok, anjing menyalak di luar rumah adalah bunyi sekitar kanak-kanak. Radio dan

    televisyen di rumah yang mainkan muzikal iklan. Tambahan pula, muzik tema program

    televisyen selalu akan dimainkan sebelum program tersebut bermula. Waktu muzik boleh

    dijalankan di sekolah. Guru boleh mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk kanak-kanak

    kerana muzik penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak.

  • 7/28/2019 TUGASAN 1 KAE3013

    6/13

    6

    2.0 Matlamat dan Fungsi Muzik dalam Pendidikan

    Di antara matlamat dan fungsi muzik dalam pendidikan adalah untuk membolehkan pelajar

    berfungsi dan hidup secara bermasyarakat dengan baik. Selain itu matlamat dan fungsi muzik

    dalam pendidikan adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Dalam pada itu,

    menyampaikan warisan budaya dan pengetahuan lama kepada genarasi muda juga merupakan

    salah satu matlamat dan fungsi muzik dalam pendidikan. Sementara matlamat dan fungsi muzik

    dalam pendidikan yang terakhir adalah muzik menyempurnakan lagi kehidupan manusia.

    3.0 Rasional Pendidikan Muzik di Sekolah

    Muzik merupakan satu bidang yang begitu kaya dengan beraneka jenis pengetahuan,

    kemahiran dan cara berfikir. Sebagai alat komunikasi, ia boleh digunakan untuk membantu

    penyampaian pengajaran mata pelajaran-mata pelajaran yang lain dengan berkesan. Selain

    turut memperkembangkan intelek pelajar menerusi kebolehan untuk bermain alat muzik,

    menyanyi atau pun menghayati muzik, kemahiran belajar pelajar iaitu kemahiran mendengar

    juga dapat ditingkatkan menerusi muzik. Muzik yang pada mulanya dianggap sebagai hiburan,

    sebenarnya mampu mengurangkan tekanan perasaan pelajar. Ianya juga turut membantu

    pelajar meluahkan emosi secara terkawal. Sehubungan itu muzik berpotensi untuk

    mempengaruhi kelakuan dan pemikiran pelajar. Aktiviti muzikal yang menghiburkan adalah alat

    untuk memupuk disiplin pelajar. Bakat seni, daya kreatif ekspresi diri pelajar diperkembangkan

    secara terkawal. Melaluinya, nilai-nilai murni seperti kerjasama kumpulan dan semangat

    berpasukan dapat dibentuk.

    Pendidikan muzik merupakan satu saluran yang sihat untuk mencapai matlamat pendidikan

    yang utama iaitu mewariskan budaya sesuatu bangsa. Muzik yang selalu dimainkan dalam adat

    istiadat sesuatu bangsa telah diperturunkan dari satu generasi ke satu genarasi secara tidak

    formal. Justeru potensi muzik yang terpendam di kalangan para pelajar harus dicungkil dan

    dipelihara. Menerusi pembelajaran muzik secara formal dan sistematik ianya mampu

    meningkatkan tahap penghayatan muzik dalam kalangan pelajar. Penglibatan pelajar yang aktif

    dalam aktiviti muzik turut membentuk pemahaman pelajar tentang peranan dan kedudukan

    muzik dalam masyarakat. Oleh itu muzik juga dapat mengaitkan perkembangan manusia dari

    perspektif sejarah.

  • 7/28/2019 TUGASAN 1 KAE3013

    7/13

    7

    4.0 Kemahiran Muzikal

    Music Educators National Conference (MENC) yang merupakan Persatuan Pendidik Muzik di

    Amerika Syarikat telah mencadangkan 11 kecekapan muzikal yang patut dijadikan objektif

    utama dalam satu program muzik dari peringkat sekolah rendah hingga peringkat sekolah

    menengah. Di antara kemahiran atau kecekapan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

    a) Kemahiran mendengar muzik

    b) Kemahiran menyanyi

    c) Kemahiran bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik

    d) Kemahiran memahami dan menulis notasi muzik

    e) Memahami reka bentuk dan konsep muzik

    f) Memahami sejarah muzik

    g) Memahami aspek perhubungan yang wujud antara muzik dengan arena-arena kehidupan

    manusia yan lain

    h) Memahami peranan dan kedudukan muzik dalam masyarakat

    i) Menghargai muzik

    j) Mendapat pengalaman-pengalaman muzikal seperti menghadiri

    persembahan konsert

    k) Menilai muzik dengan bijaksana

    5.0 Domain Pembelajaran Muzik

    Terdapat empat domain dalam pembelajaran muzik. Domain-domain ini terdiri daripada domain

    kognitf, afektif, psikomotor dan estetika. Pada kebiasaannya domain-domain ini mempunyai

    kaitan dangan aktiviti muzikal yang dijalankan di bilik darjah. Pemahaman guru tentang

    domaindomain tersebut juga akan membantu guru merancang dan melaksanakan

    aktiviti muzikal di bilik darjah dengan lebih berkesan.

  • 7/28/2019 TUGASAN 1 KAE3013

    8/13

    8

    5.1 Domain Kognitif

    Domain kognitif pembelajaran muzik adalah adalah bersandarkan kepada Taksonomi Bloom. Ia

    berkaitan dengan aktiviti muzikal yang melibatkan pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis,

    sintesis dan penilaian. Sebagai contoh menamakan not-not yang terdapat pada baluk ataupun

    memahami fungsi triad dalam pembentukan harmoni. Yang nyata aktivitiaktiviti tersebut akan

    menjana pemikiran yang kreatif dan kritis yang membolehkan peningkatan darjah

    keintelektualan pelajar.

    5.2 Domain Afektif

    Domain afektif pembelajaran muzik pula berkaitan dengan kesedaran diri, perasaan, minat,

    sikap dan usaha pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran muzik. Di antara contoh

    aktiviti muzikal yang melibatkan domain afektif adalah seperti pelajar memberi tumpuan dan

    respon terhadap muzik yang didengar. Justeru domain afektif dalam pembelajaran muzik

    adalah berkaitan dengan peningkatan usaha dan sikap pelajar terhadap muzik.

    5.3 Domain Psikomotor

    Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, para psikologi biasanya tidak menitik beratkan

    domain pembelajaran psikomotor. Namun begitu ianya merupakan domain yang utama dalam

    proses pengajaran pembelajaran muzik. Domain psikomotor ini melibatkan pergerakaan fizikal

    anggota badan dan kemahiran muzikal pelajar dalam pembelajaran muzik. Sebagai contoh

    postur badan ketika menyanyi sambil duduk atau pun berdiri. Lagi satu contoh aktiviti yang

    melibatkan domain psikomotor adalah penjarian tangan ketika memainkan skel major di piano.

    Berdasarkan contoh aktiviti muzikal tadi dapatlah kita fahami mengapa domain psikomotor

    begitu penting dalam pembelajaran muzik. Kemahiran psikomotor sebenarnya memandu

    pelajar untuk membuat keputusan yang tepat dalam masa yang singkat. Ianya bukan sahaja

    melibatkan daya tahan otot-otot tersebut semasa melakukan aktiviti-aktiviti muzik tetapi turut

    menguji sejauh mana minda pelajar mampu mengawal otot-otot pergerakan kepada tahap yang

    dikehendaki. Oleh itu domain ini berbeza daripada domain kognitif daripada aspek menilai

    tahap intelek pelajar.

  • 7/28/2019 TUGASAN 1 KAE3013

    9/13

    9

    5.4 Domain Estetika

    Domain estetika berkait rapat dengan bagaimana pelajar memperolehi pengalaman estetik dan

    menghargai nilai-nilai kesenian serta nilai-nilai murni yang terdapat dalam aktiviti muzikal di bilik

    darjah. Pengalaman estetik turut melibatkan intelek dan emosi pelajar. Sebagai contoh

    kepuasan seorang pelajar menyanyikan lagu Kain Songket dengan penuh lemah gemalai di

    hadapan para penonton dan kepuasan penonton yang menyaksikan persembahan tersebut.

    Justeru kualiti nyanyian pelajar dan tahap tumpuan yang diberikan oleh penonton mempunyai

    kaitan dengan pengalaman estetik.

    6.0 Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi

    Perkembangan bahsa kanak-kanak berkembang apabila perkembangan kognitif mereka

    berkembang. Melalui nyanyian lagu, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Lagu

    kanak-kanak dapat menolong kanak-kanak mempelajari perkatan baru yang tidak pernah

    didengari. Kanak-kanak boleh pilih lagu kegemarannya dan nyanyi lahu tersebut. Lama-

    kelamaan kanak-kanak tersebut akan menghafal lagu itu dan mengetahui semua perkataan

    yang terkandung dalam lirik lagu. Apabila perkembangan bahasa kanak-kanak berkembang,

    kanak-kanak dapat berkomunikasi dengan orang sekelilingnya. Kanak-kanak sering

    berkomunikasi dengan rakannya sambil melakukan pergerakan bersama. Tanpa komunikasi,

    kanak-kanak tidak dapat bekerjasam melakukan sesuatu pergerakan berpasangan. Melalui

    komunikasi dan interaksi, kanak-kanak dapat berkembang dari segi sosial.

    7.0 Bagaimanakah Kanak-kanak Terlibat Dalam Muzik

    Kanak-kanak terlibat dalam aktiviti muzik dalam perlbagai cara. Gaya mereka bergantung

    kepada minat kanak-kanak, temperamen dan pengalaman kanak-kanak.

    7.1 Mendengar

    Dari peringkat awal, kanak-kanak tertarik kepada muzik dan boleh mengenal pasti bunyi-bunyi

    yang pernah didengari. Dalam peredaran masa, kanak-kanak menjadi lebih mahir dalam

    mengenal pasti perbezaan muzikal. Contohnya seperti perubahan tempo (laju perlahan), nada

    (tinggi rendah), dan suara (kuat perlahan). Kanak-kanak yang lebih berumur sudah mula

  • 7/28/2019 TUGASAN 1 KAE3013

    10/13

    10

    untuk mendengar nyanyian mereka sendiri ataupun bermain menerokai bunyi untuk disamakan

    dengan muzik yang mereka dengari.

    7.2 Bernyanyi

    Pada peringakat awal, kanak-kanak boleh bernyanyi bersama orang lain, tetapi bukan selalu

    seiringan ataupun nada yang sama dengan orang lain. Lama-kelamaan, mereka mula

    mempunyai kebolehan untuk menyanyi dengan nada yang sama apabila bernyanyi beramai-

    ramai. Selepas itu, mereka boleh bernyanyi seorang diri dan akhirnya bernyanyi mengikut nada

    dan lagu.

    7.3 Bergerak Mengikut Rentak Muzik

    Pada mulanya kanak-kanak akan bergerak mengikut rentaknya sendiri dan bukan rentak muzik.

    Bergerak mengikut rentak muzik di mana tempo muzik adalah perlahan lebih susah bagi

    kanak-kanak yang lebih muda. Walau bagaimanapun, bila kanak-kanak mencapai umur tiga

    atau empat tahun, mereka boleh ikut rentak yang biasa. Mereka mula sesuaikan pergerakan

    badan dengan perubahan dalam muzik mengikut kelajuan dan perlahannya rentak muzik.

    7.4 Bermain Dengan Alat-alat Muzik

    Pada peringkat awal, kanak-kanak akan memanipulasi dan mengkaji alat-alat muzik. Mereka

    menjadi lebih prihatin dan sedar terhadap kelainan dalam bunyi terhadap alat-alat muzik.

    Contohnya bunyi angin, perkusi, dan brass. Kanak-kanak belajar mengenali bunyi setiap alat-

    alat mainan muzik. Seterusnya, kanak-kanak akan menggunakan alat-alat muzik tersebut untuk

    bermain bersama dengan pergerakan yang dilakukan oleh mereka. Walaupun mereka tidak

    dapat menyamakan bunyi dengan pergerakan, mereka akan berkawad sambil memukulkayu

    dram. Apabila kanak-akank lebih berumur, kebanyakkan kanak-kanak boleh bermain dengan

    perkusi yang mudah seperti dram. Kanak-kanak boleh bermain seiringan dengan muzik

    mengikut tempo. Kanak-akank akan menggunakan kemahiran mendengar muzik dan

    kemahiran mengira untuk mengikut tempo muzik yang didengari.

  • 7/28/2019 TUGASAN 1 KAE3013

    11/13

    11

    8.0 Dasar Kebudayaan Kebangsaan Membantu Kanak-kanak Meningkatkan Kesedaran

    Terhadap Kepelbagaian Budaya Di Malaysia

    Prasyarat utama dalam memperkasa budaya di kalangan kanak-kanak dan masyarakat adalah

    dengan memahami bahawa budaya merupakan jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat dan

    bukanlah semata-mata dibataskan kepada stereotaipnya seperti muzik tradisional, tarian asli,

    dan sebagainya. Tetapi budaya merupakan gaya hidup, penghayatan nilai, pancaran peribadi

    dan perilaku dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini dapat dilakukan dengan memperbanyak

    penganjuran aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan budaya ilmu, memartabatkan

    penggunaan bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan mengetengahkan seni budaya

    seperti silat dan muzik tradisional yang kaya dengan pengaruh budaya setempat. Selain itu

    kempen-kempen permartabatan ciri-ciri budaya setempat seperti kempen budi bahasa

    sewajarnya diperluaskan sehingga masyarakat merasai kesannya.Selain daripada itu juga,dasar kebudayaan kebangsaan dapat dilaksanakan melalui

    aktiviti-aktiviti pembangunan persembahan seni muzik oleh Kompleks Budaya Negara sebagai

    pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri,

    khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama

    dengan badan-badan antarabangsaKerjasama dari Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan

    pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Hal ini termasuklah Kementerian-

    kementerian dan Jabatan- jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan

    berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaanPeranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun

    yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan

    harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.Peranan pihak swasta dan pertubuhan-

    pertubuhan kebudayaan amat diperlukan . Hal ini kerana badan-badan ini berperanan

    menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-

    masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

  • 7/28/2019 TUGASAN 1 KAE3013

    12/13

    12

    9.0 KESIMPULAN / PENUTUP

    Sikap seseorang terhadap muzik sama ada untuk bersikap positf atau negatif bergantung

    kepada pembolehubah-pembolehubah tertentu. Terdapat tiga jenis pembolehubah yang

    membentuk sikap seseorang terhadap muzik di antaranya ialah latar belakang pendengar, jenis

    muzik yang diperdengarkan dan situasi ketika mendengar sesuatu muzik. Berdasarkan

    pemahaman anda mengenai tajuk Kreativiti, hasilkan satu peta minda .

    Selain itu usia dan pengalaman pendengar turut mempengaruhi pembentukan sikap terhadap

    muzik. Sebagai contoh seorang anak remaja bersikap negatif terhadap muzik asli berbanding

    dengan datuknya. Remaja tersebut lebih gemar kepada muzik alternatif rock kerana ianya lebih

    bertenaga dan sesuai dengan jiwa remajanya. Manakala datuknya lebih selesa mendengar

    muzik asli kerana telah dibesarkan dengan muzik tersebut. Justeru tidak dinafikan usia dan

    pengalaman seseorang turut menyumbang kepada pembentukan sikap seseorang terhadap

    muzik. Sikap seseorang terhadap muzik turut mempunyai hubungan dengan aspek muzik yang

    terdapat di dalam muzik tersebut. Sebagai contoh rangsangan daripada muzik enegetik

    (bertenaga) yang menekan aspek irama akan menyebabkan anggota badan bertindak balas

    terhadap muzik tersebut. Selain itu, lirik lagu dan mutu persembahan muzik turut

    menyumbangkan kepada pembentukan sikap seseorang terhadap muzik. Sebagai contoh

    seseorang anak muda yang berada di perantaun tiba-tiba sahaja mengalirkan air mata apabila

    mendengar dan menghayati lirik lagu Ayah dan Ibu dendangan Allayarham Sudirman Hj.

    Arshad. Sehubungan itu tidak dinafikan bahawa lirik lagu dan mutu persembahan muzik turut

    mempengaruhi kepada pembentukan sikap positif atau negatif seseorang terhadap muzik.

  • 7/28/2019 TUGASAN 1 KAE3013

    13/13

    13

    RUJUKAN

    Choksy. L., Abramson, R.M., Gillespie, A.E., & Woods D. (1986). Teaching musicin the twentieth century. New Jersey: Prantice Hall Inc.

    Hargreaves. D.J., & Zimmerman. M.P. (1992), Development theories of Musiclearning. In R. Colwell (Ed), Handbook of Research on Music Teaching andLearning. New York: Schirmer Books.

    Hoffer, Charles R. (1985). Teaching music in the secondary schools. (4th ed).Belmont, California. Wadsworth Publication Co.

    Johami Abdullah, (1993). Pendidikan muzik semasa. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Reimer, B. (2002).A Philosophy of Music Education: Advancing the Vision (3rd Ed).London: Prentice Hall.

    http://blog.musicwithbill.com/

    http://www.creativekidsonthemove.com/Dance.htm

    http://www.little-folksmusic.com/

    http://www.wiu.edu/thecenter/art/artexpress/music.html

    http://www.earlylearningactivities.com/PDF/musicmovement.htm

    http://blog.musicwithbill.com/http://blog.musicwithbill.com/http://www.creativekidsonthemove.com/Dance.htmhttp://www.creativekidsonthemove.com/Dance.htmhttp://www.little-folksmusic.com/http://www.little-folksmusic.com/http://www.wiu.edu/thecenter/art/artexpress/music.htmlhttp://www.wiu.edu/thecenter/art/artexpress/music.htmlhttp://www.earlylearningactivities.com/PDF/musicmovement.htmhttp://www.earlylearningactivities.com/PDF/musicmovement.htmhttp://www.earlylearningactivities.com/PDF/musicmovement.htmhttp://www.wiu.edu/thecenter/art/artexpress/music.htmlhttp://www.little-folksmusic.com/http://www.creativekidsonthemove.com/Dance.htmhttp://blog.musicwithbill.com/