Tugasan 1 Sdp 2015

17
1 ISI KANDUNGAN Bil Kandungan Muka Surat i. TUGASAN 1 a. Kelebihan dan impak serta kesan pelaksanaan elemen Seni dalam Pendidikan b. Contoh RPH 3 9 ii. TUGASAN 2 a. ABM Lampiran iii. TUGASAN 3 a. Penulisan kritis tentang bagaimana guru dapat membantu murid menguasai kemahiran teras intelektual dan kemahiran berfikir aras tinggi 11 14 iv. Rujukan 15 16 v. Lampiran Bahan Bantu Mengajar

description

tugasan

Transcript of Tugasan 1 Sdp 2015

Page 1: Tugasan 1 Sdp 2015

1

ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Muka Surat

i. TUGASAN 1

a. Kelebihan dan impak serta kesan pelaksanaan

elemen Seni dalam Pendidikan

b. Contoh RPH

3 – 9

ii. TUGASAN 2

a. ABM Lampiran

iii. TUGASAN 3

a. Penulisan kritis tentang bagaimana guru dapat

membantu murid menguasai kemahiran teras

intelektual dan kemahiran berfikir aras tinggi

11 – 14

iv. Rujukan 15 – 16

v. Lampiran Bahan Bantu Mengajar

Page 2: Tugasan 1 Sdp 2015

2

TUGASAN 1

Tugasan 1

Page 3: Tugasan 1 Sdp 2015

3

Pendidikan merupakan salah satu medium untuk membangunkan potensi serta

mengembangkan bakat seseorang individu. Hak untuk mendapat pendidikan adalah hak kanak

– kanak yang tidak dapat dinafikan. Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk

membangunkan kebolehan individu secara holistik seperti yang terdapat dalam pernyataan di

bawah :

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

KPM, 2012

Jelas sekali daripada pernyataan di atas bahawa pendidikan sepatutnya tidak

menumpukan kepada satu aspek sahaja dalam diri seseorang individu. Penumpuan kepada

satu aspek mengganggu perkembangan potensi seseorang individu secara maksima dan

keperluan semulajadi kanak – kanak pada peringkat umurnya. Jika keadaan ini berterusan

pada jangka masa akan datang, maka ia melahirkan individu yang statik, bosan dan bersifat

mekanikal. Melihat kepada hakikat ini, kita memerlukan acuan yang berkesan iaitu seni dalam

pendidikan bagi memberi keseimbangan dalam mendidik dan melahirkan insan yang holistik

dalam semua aspek tanpa mengabaikan keperluan semulajadi yang diperlukan oleh kanak –

kanak pada peringkat umurnya.

Bagi mencapai matlamat tersebut maka di sinilah seni dalam pendidikan memainkan

peranan yang penting dalam kurikulum sekolah. Seni dalam pendidikan terdiri daripada cabang

seni, muzik dan juga pergerakan. Penggabungan ketiga – tiga elemen seni dalam pendidikan

iaitu seni muzik, seni visual dan seni pergerakan menjadi medium untuk membantu

perkembangan seseorang individu itu menjadi insan yang menyeluruh seperti yang dinyatakan

dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara tokoh – tokoh dan teori yang menyokong akan

keperluan penyerapan seni dalam pendidikan ialah Howard Gardner, teori konstruktivisme,

Herman dalam Quadrant Concept, Einstein dan Leonardo da Vinci. Setiap tokoh – tokoh dan

teori menunjukkan bagaimana pembelajaran kanak – kanak berlaku dan daripadannya

ditunjukkan perkaitan dengan keperluan seni dalam pendidikan.

Page 4: Tugasan 1 Sdp 2015

4

Seni dalam pendidikan mempunyai impak dan kesan yang besar kepada guru dan murid

– murid. Secara ringkasnya, bagi guru – guru ia dapat meningkatkan motivasi dan juga

menjadikan guru kreatif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran manakala impaknya

kepada murid – murid ialah mengembangkan persepsi, estetika dan kreativiti murid dan seni

dalam pendidikan juga berfungsi sebagai alat ekspresi kepada murid dapat menajamkan intuisi

, persepi, imaginasi dan konsepsi murid. Kesan jangka masa panjang penerapan seni dalam

pendidikan ini dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang berupaya

mencapai potensi diri sepenuhnya serta menyumbangkan bakti kepada negara, bangsa dan

agama.

Penerapan seni dalam pendidikan juga selaras dengan keperluan kanak – kanak seperti

yang dinyatakan dalam teori keperluan Maslow. Berdasarkan kepada teori keperluan

Maslow,murid dapat mencapai tahap tertinggi dalam piramid iaitu sosial, penghargaan dan

hasrat diri dengan menggunakan medium seni dalam pendidikan. Hal ini adalah kerana elemen

seni dalam pendidikan dapat menggalakan persahabatan, murid berasa dihargai, diiktiraf dan

dihormati oleh orang lain apabila mereka dapat menunjukkan kebolehan mereka melalui

ekspresi seni. Elemen seni dalam pendidikan dapat memenuhi keperluan hasrat diri kepada

murid kerana murid dapat menunjukkan pencapaian penuh berdasarkan potensi semulajadi

mereka.

Sumber : http://zblogger.mywapblog.com/files/piramid-hierarki-keperluan.jpg

Rajah 1 : Teori Keperluan Maslow

Page 5: Tugasan 1 Sdp 2015

5

Hal ini turut disokong oleh teori Howard Gardner yang mengemukakan mengenai

kecerdasan pelbagai. Kecerdasan bukanlah semata – mata daripada segi penguasaan secara

mental sahaja tetapi juga terdiri daripada pelbagai aspek. Menurut Howard Gardner ( _______),

seperti dalam kecerdasan terdiri daripada verbal linguistik, logik matematik, visual ruang,

kinestatik, muzik, interpersonal dan intrapersonal. Dalam sesebuah kelas tersebut, ketujuh –

tujuh kecerdasan wujud dalam kalangan murid. Oleh itu, elemen seni dalam pendidikan ini

dapat membantu mengembangkan tujuh kecerdasan yang terdapat dalam sesebuah kelas

secara secara bersepadu dan berkesan. Sebagai contoh, apabila elemen muzik dan elemen

seni disepadukan dalam pembelajaran Sains. Sudah tentu pembelajaran murid dalam kelas

akan menjadi lebih seronok dan dalam masa yang sama membantu mengembangkan

kecerdasan seseorang individu.

Melalui seni dalam pendidikan, murid mempunyai peluang untuk menggunakan pancaindera

untuk meningkatkan kreativiti, sensitiviti dan daya imaginasi mereka. Seni dalam pendidikan

menggabungkan pemikiran otak kanan dan otak kiri yang dapat menyeimbangkan penggunaan

kedua – dua belah otak dalam kehidupan seharian. Penggunaan otak kiri dan otak kanan dapat

melahirkan individu yang seimbang dan menyeluruh daripada aspek rohani, jasmani, sosial dan

intelek. Hal ini sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan

murid yang seimbang dalam semua aspek.

Teori pembelajaran sosial juga menyatakan bahawa murid belajar melalui peniruan.

Seni dalam pendidikan membantu murid untuk melakukan proses pembelajaran menurut teori

ini. Peniruan yang dilakukan semasa pembelajaran boleh berlaku secara langsung, secara

sekatlakuan dan taksekatlakaun dan juga secara elistasi. Peniruan untuk pembelajaran berlaku

dalam ketiga – tiga elemen seni dalam pendidikan iaitu seni muzik, seni visual dan seni

gerakan.

Seni dalam pendidikan dapat mengembangkan persepsi, estetika dan kreativiti murid.

Persepsi, estetika dan kreativiti murid dapat diasah apabila pancaindera murid diasah Seperti

dalam teori konstruktivisme, kanak – kanak membina sendiri secara semulajadi pengetahuan

melalui pengalaman ataupun pengetahuan sedia ada. Pengalaman – pengalaman dalam

pembelajaran yang akan membantu memperkayakan dan mengembangkan keupayaan

semulajadi kanak – kanak ini. Menurut Dr. Sajap Maswan (2011), paradigma behaviorisme dan

kognitivisme memang sudah menjadi amalan dalam kalangan guru – guru di negara.

Page 6: Tugasan 1 Sdp 2015

6

Pengalaman – pengalaman secara langsung ini menyokong pembelajaran ini dengan

memberi kebebasan kepada murid untuk meneroka sendiri pembelajaran yang mereka lalui,

membina kefahaman dan mengekspresi diri sepanjang pembelajaran. Kanak – kanak akan

dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru dan seterusnya

menyusun maklumat baru yang diperolehinya. Kanak – kanak juga berupaya untuk

menggunakan semula pengetahuan baru yang diperolehinya dalam pelbagai bentuk dan cara

tanpa kekangan.Pengetahuan baru ini dapat disampaikan dalam bentuk persembahan dan juga

diperkukuhkan dengan aktiviti lanjutan.

Matlamat seni dalam pendidikan adalah untuk melahirkan individu kreatif, inovatif dan

mempunyai jati diri tinggi tercapai.Contohnya merujuk kepada matlamat pendidikan seni iaitu

salah satu cabang seni dalam pendidikan. Tiga matlamat pendidikan seni ialah untuk

perkembangan individu iaitu menanam nilai – nilai murni dalam kalangan murid secara

langsung melalui pengalaman pembelajaran yang dilakukannya, meningkatkan kesedaran

terhadap warisan budaya dan untuk meningkatkan kesedaran tentang terhadap peranan –

peranan seni dalam masyarakat dan melahirkan modal insan yang kompeten dan berdaya

saing yang dapat menjaminkan pembinaan negara bangsa secara produktif dan kreatif melalui

sistem pendidikan negara.Melalui seni dalam pendidikan, individu yang kreatif, inovatif dan

mempunyai jati diri yang tinggi dapat dilahirkan.

Selain daripada itu seni dalam pendidikan dapat menjadikan proses pengajaran

menjadi lebih seronok. Proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik perhatian akan

menyebabkan murid melibatkan diri dalam pembelajaran dan membina kemahiran dan

pengetahuan yang perlu dipelajarinya. Hal ini sudah tentu membantu guru untuk mencapai

objektif pembelajaran yang telah dirancangnya.

Kesan positif kepada guru pula ialah ia akan menjadikan guru lebih bermotivasi dan

kreatif dalam merancang dan melaksanakan rancangan pengajarannya di kelas. Elemen seni

dalam pendidikan dapat menggalakan penglibatan aktif dalam kalangan murid semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menyebabkan motivasi guru akan meningkat.

Motivasi guru dapat mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakannya di kelas. Motivasi juga dapat mengurangkan bebanan

ataupun “ stress” yang wujud semasa guru menjalankan tugasnya. Guru menjadi lebih

bermotivasi untuk mengajar di kelas apabila semua murid melibatkan diri dalam aktiviti yang

dijalankan oleh guru dan penglibat murid ini dapat membantu guru menilai keberkesanan

pengajarannya. Oleh itu guru akan sentiasa bersemangat dan menjadi kreatif untuk memasuki

kelas tersebut apabila melihat penglibatan menyeluruh daripada murid.

Page 7: Tugasan 1 Sdp 2015

7

. Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai keupayaan untuk berfikir dan bertindak yang tidak

bersandarkan logik biasa. Walaubagaimanapun, kreativiti adalah tidak semestinya

mengabaikan pemikiran logik dan kritis. (Mohd Azhar, 2004) seperti dalam Yahaya Buntat &

Noor Sharliana Mat Nasir ( 2011). Guru yang kreatif dalam merancang dan melaksanakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik perhatian murid dapat membantu

keberkesanan pembelajaran murid.

Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi kepentingan penerapan elemen seni dalam

pendidikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Page 8: Tugasan 1 Sdp 2015

8

Tarikh : 27 Mac 2015

Tahap : Tahap Satu

Tahun : Tahun 3

Masa : 10.15 – 11.15

Bidang : Membentuk dan membuat binaan

Kegiatan : Membuat topeng topi

Tajuk : Haiwan

Konsep Utama : Membuat dan menghias topeng

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid akan dapat :

- Membentuk topeng dalam dua atau tiga dimensi

- Mencantumkan berbagai bentuk bagi menghasilkan

topeng.

- Memilih serta menyesuaikan warna untuk topeng.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengenal dan pernah melakukan aktiviti melukis dan

mewarna.

Penerapan Nilai : Menyuburkan sifat sabar dan dedikasi untuk membantu dalam

menghasilkan kerja yang lebih kreatif dan bermakna.

Persediaan Murid : - Kertas

- Kad manila

- Gam

- Berus

- Warna temper atau poster

Persediaan Guru : - Kertas

- Kad manila

- Gam

- Berus

- Warna temper atau poster

Alat Bantu Mengajar : Alat bantu mengajar yang berkaitan.

KBKK : Membezakan topeng topi dengan topeng muka.

Perkara Butiran kegiatan Fokus pembelajaran Organisasi

Persepsi

Estetik

1. Murid meniru suara haiwan

dan berlakon tanpa topeng

- Bertujuan untuk

mencungkil

pengalaman sedia ada

Individu

Page 9: Tugasan 1 Sdp 2015

9

dengan bimbingan guru.

2. Menunjukkan beberapa

contoh topeng topi sebagai

kesinambungan daripada

perbincangan tadi.

murid terhadap tajuk

yang akan diajar.

- Mendapatkan

maklumat melalui

pengetahuan murid

mengenai tajuk.

Aplikasi

Seni

1. Guru menunjukkan cara

bagaimana kertas/kad

manila boleh digubah

menjadi topeng topi.

2. Guru menunjukkan

bahagian kepala boleh

dibina, ditampal, diwarna

dan dicorakkan.

3. Menyediakan kertas dan

kad manila untuk

menghasilkan topeng.

4. Menampal dan

mencorakkan bahagian

kepala untuk dijadikan

topeng.

- Murid mengetahui

tentang teknik

membuat topeng topi

daripada kertas dan

kad manila.

- Murid mempelajari

kaedah membina,

menampal, mewarna

dan mencorak.

- Bertujuan mencungkil

kreativiti murid.

Kelas

Kelas

Individu

Ekspresi

Kreatif

1. Melakonkan semula

dengan memakai topeng

yang telah dibuat.

- Murid dapat

menghayati dan

bangga terhadap hasil

kerja.

Individu

Apresiasi

Seni

1. Murid menyanyi beramai-

ramai lagu “Serigala dan

Biri-biri”.

- Murid berasa seronok. Kelas

Page 10: Tugasan 1 Sdp 2015

TUGASAN 3

10

Page 11: Tugasan 1 Sdp 2015

11

Matlamat pendidikan di Malaysia ialah untuk melahirkan insan yang seimbang daripada

segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dalam kepesatan pembangunan negara dan

globalisasi yang berlaku, pendidikan memainkan peranan penting dalam mendidik dan

melahirkan individu yang berupaya untuk bersaing serta berkembang dalam dunia yang akan

mereka lalui selepas alam persekolahan. Oleh itu, guru memainkan peranan yang kritikal dalam

memastikan hasrat ini tercapai.

Apabila murid ketinggalan dalam menguasai keupayaan teras intelektual sebagai contoh

literasi dan numerasi yang dapat dikesan melalui ujian saringan LINUS dan kurang didedahkan

dengan kemahiran berfikir aras tinggi, sedikit sebanyak akan menyekat peluang murid untuk

berjaya dalam di alam pekerjaan yang akan mereka lalui kelak.

Sebagai seorang pendidik, adalah perlu untuk menyesuaikan kaedah pengajaran dan

pembelajaran sesuai dengan aras kebolehan seseorang murid tersebut. Selain daripad itu guru

juga perlu untuk memilih kaedah dan teknik pengajaran yang menarik, menyeronokkan dan

pelbagai dalam kelas untuk memberi peluang kepada kecerdasn pelbagai yang ada dalam diri

murid.

“Kemahiran berfikir aras tinggi didefinisikan sebagai keupayaan untuk

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan

dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan

berupaya mencipta sesuatu.”

Menurut Yee Mei Heong, Jailani Bin Md Yunos, Widad Bt Othman, Razali bin Hassan

dan Tee Tze Kiong (2011) kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan aras yang paling

tinggi dalam hierarki proses kognitif. KBAT berlaku apabila seseorang mendapat maklumat

baru, menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada

dan menjana maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan situasi rumit.

Maka KBAT ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru

( Onosko & Newman, 1994) seperti dalam Yee Mei Heong et al ( 2011).

Dalam situasi ini seseorang perlulah memahami, menterjemah, menganalisis dan

memanipulasikan maklumat KBAT yang memerlukan murid menilai maklumat secara kritis,

membuat inferens dan membuat generalisasi. Murid juga perlu membuat komunikasi yang asli,

membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian, mencipta, menyelesaikan masalah yang

Page 12: Tugasan 1 Sdp 2015

12

bukan rutin tetapi berkaitan dengan kehidupan seharian, melahirkan pendapat dan idea yang

baru, menilai idea, membuat pilihan dan juga membuat keputusan.

KBAT merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif

dan kritis ( KBKK ). Menurut Marzano et al (1988) seperti dalam Yee Mei Heong et al ( 2011)

menerangkan perezaan antara pemikiran kritis dan kreatif. Pemikiran kritis adalah merujuk

kepada kecenderungan untuk menggunakan kemahiran tertentu seperti menganalisis hujah

dengan berhati – hati, mempertimbangkan pendapat dan idea orang lain dan juga mencapai

rumusan yang membina. Pemikiran kreatif pula merujuk kepada pemikiran yang asli dan juga

bersesuaian. Kedua – dua pemikiran ini amatlah digalakkan digunakan disekolah kerana ia

dapat membantu meningkatkan kualiti seseorang individu.

Salah satu cara untuk menarik perhatian murid dan seterusnya membuka peluang

kepada murid untuk mengambil inisiatif belajar secara semulajadi ialah melalui elemen seni

dalam pendidikan. Kajian oleh Musliha ( 2010), menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras

tinggi diaplikasikan melalui pembelajaran berasaskan masalah dalam subjek reka cipta dalam

kajiannya.

Untuk menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka guru

perlulah meningkatkan soalan aras tinggi dengan menggunakan kata kunci bagaimana dan

kenapa (KPM, 2013 dan Alimuddin, 2012).

Dari sudut pandangan kemahiran berfikir aras tinggi merangkumi menaakul, teknik

menyoal, kreativiti, penyelesaian masalah dan inkuiri.

Selain daripada itu, guru hendaklah menerapkan aktiviti penyelesaian masalah dalam

pengajaran dan pembelajaran. Teknik menyoal yang betul juga perlu dikuasai agar dapat

membimbing murid ke arah pemikiran aras tinggi. Selain daripada itu, aktiviti pemikiran aras

tinggi yang terdapat dalam buku teks murid perlulah digunakan dengan sepenuhnya.

Pembelajaran berasaskan projek juga dapat meningkatkan keupayaan murid menggunakan

kemahiran berfikir aras tinggi. Guru juga perlu menggunakan alat berfikir sebagai contoh i-think.

Menurut Alimudin Mohd Dom ( 2012) dalam Utusan Online bertarikh 29 Disember 2012

menyatakan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan kemahiran intelek yang tinggi

iaitu merangkumi seseorang itu befikir dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan

membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan sebelum membuat

penjelasan mengenai sesuatu persoalan.

Page 13: Tugasan 1 Sdp 2015

13

Guru perlulah memberikan tumpuan kepada limaaspek penting dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Aspek –

aspek tersebut ialah pada fasa permulaan kelas ataupun set induksi, penggunaan bahan

bantu mengajar dalam pengajaran, penggunaan teknik menyoal dan juga aras soalan yang

digunakan, aktiviti yang dilaksanakana dalam kelas dan juga latihan bertulis.

Set induksi yang dijalankan adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada murid

akan tajuk pembelajaran murid pada hari tersebut dan juga apa yang perlu dipelajari oleh murid

dalam tajuk tersebut. Set induksi yang dilaksankana secara berkesan dan teratur membantu

murid untuk mengikut pengajaran guru dan hal ini seterusnya adalah pemangkin kepada

proses kemahiran berfikir aras tinggi seseorang murid tersebut.

Selain daripada penggunaan bahan bantu mengajar ataupun bahan pengajaran asas

yang sesuai dengan tajuk pembelajaran murid dapat membantu murid untuk lebih memahami

dan mengaitkan pengetahuan baru yang diperolehi dengan pengetahuan sedia ada terutamnya

yang berkaitan dengan sesuatu konsep atau istilah. Malah, penggunaan bahan bantu mengajar

di kelas menarik perhatian murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Apabila murid melibatkan diri dalam kelas melalui aktiviti yang dirancang,

kesempatan ini digunakan untuk membina kemahiran berfikir aras tinggi dengan mengemukan

pelbagai aras soalan secara iaitu bermula daripada tahap yang rendah ke tahap yang lebih

tinggi. Kemahiran berfikir aras tinggi akan diaplikasikan oleh murid semasa mereka cuba

menjawab soalan – soalan yang dikemukakan. Disamping itu, guru juga boleh menilai akan

tahap kefahaman murid terhadap pengajaran guru.

Aktiviti atau gerak kerja pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid dapat

membantu untuk membina kemahiran berfikir aras tinggi. Contohnya pembelajaran berasaskan

projek . Selanjutnya aktiviti atau gerak kerja pembelajaran akan dapat memperkukuhkan lagi

pengajaran guru. Aktiviti seperti teka silang kata, kuiz, syarahan, bahas, lakonan, kerja

berkumpulan, menyediakan projek dan gerak kerja di luar bilik darjah akan memantapkan lagi

kefahaman murid. Sudah tentu murid akan membuat perbincangan, merujuk dan mencari

maklumat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Akhirnya proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid melakukan latihan

bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan dapat menulis dengan mengeluarkan

pelbagai pendapat secara kreatif dan mungkin juga terdapat idea-idea baru. Di sinilah peluang

Page 14: Tugasan 1 Sdp 2015

14

kepada guru untuk memberi komen, galakan dan tunjuk ajar agar murid menjadi lebih produktif

dan berdaya maju.

Page 15: Tugasan 1 Sdp 2015

15

Rujukan

Alimuddin Mohd Dom( Utusan Online 29/2/2012) . Kemahiran berfikir dalam pendidikan. Dilayari

daripada laman sesawang

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-berfikirdalam-

pendidikan#ixzz3Tq8Pq0v3 pada 6 Mac 2015.

Ahamad Tarmizi Azizan, and Zoolcaphly Sahib, (2009) Komputer dan seni di era globalisasi :

peranan dan cabaran.Dimuat turun daripada laman sesawang

http://umkeprints.umk.edu.my/id/eprint/318.

Dr. Sajap Maswan ( 2011). Mengaplikasikan teori-teori pembelajaran di dalam mereka

bentukbahan pengajaran berasaskan ict untuk pendidikan seni visual. Dimuat turun

daripada laman sesawang http://www.sajadstudio.info/artikal/teoripemb_psv.pdf.

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2013). Program kemahiran berfikir aras tinggi ( konsep

KBAT).Diperolehi daripada laman sesawang

http://asiskl.org/v4/wp-content/uploads/2014/01/1.-KONSEP-KBAT-dan-i-THINK.pdf

pada 6 Mac 2015.

Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2012). Laporan awal pelan pembangunan pendidikan

malaysia 2013-2025. Diperolehi daripada laman sesawang

http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.pdf

pada 6 Mac 2015.

Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2013). Kurikulum bersepadu sekolah rendah spesifikasi

kurikulum sains Tahun 4.Dimuat turun daripada laman sesawang pada 7 Mac 2015.

Howard Gardner (_______).Howard Gardner’s Theory of Multiple Intelligences . Dimuat turun

daripada

http://www.niu.edu/facdev/resources/guide/learning/howard_gardner_theory_multiple_int

elligences.pdf pada 7 Mac 2015

Musliha Salma Bt Mohd Radzi (2010). Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi melalui

pembelajaran berasaskan masalah. Dimuat turun daripada laman sesawang

Page 16: Tugasan 1 Sdp 2015

16

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2010_9508_4b03e7db90cc4

83f9cbf9d76a7b8cc39.pdf.

N.S Rajendran ( 2001). Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi : Kesediaan Guru

mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. DImuat turun daripada

http://nsrajendran.tripod.com/Papers/PPK12001A.pdf

Yahaya Buntat & Noor Sharliana Mat Nasir ( 2011). Faktor -faktor yang mendorong kreativiti di

kalangan pelajar, Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Educational Psychology and

Counseling. Dimuat turun daripada laman sesawang

http://eprints.utm.my/13387/1/JEPC-2011-2-007.pdf pada 8 Mac 2015.

Yee Mei Heong, Jailani Bin Md Yunos, Widad Bt. Othman, Razali Bin Hassan dan Tee Tze

Kiong ( 2011). Penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi marzano dalam penjanaan

idea. Dimuat turun daripada laman sesawang pada 6 Mac 2015.

____________(2007). Modul hbef1403-seni dalam pendidikan. Dimuat turun daripada laman

sesawang http://www.oocities.org/zulmz65/hbef1403seni.pdf pada 6 Mac 2015.

_______________(2010) . Perkembangan kurikulum pendidikan seni. Dimuat turun daripada

laman sesawang https://rozzoll.files.wordpress.com/.../pendidikan_seni.

Sumber gambar Rajah 1 : http://zblogger.mywapblog.com/files/piramid-hierarki-keperluan.jpg.

Page 17: Tugasan 1 Sdp 2015

17

LAMPIRAN