Tugasan 1 Seni Mengarang
-
Upload
zanariah-zainal-abidin -
Category
Documents
-
view
257 -
download
0
Transcript of Tugasan 1 Seni Mengarang
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
1/19
BMK 3043SENI MENGARANG
TUGASAN INDIVIDU 1NAMA : ZANARIAH BINTI ZAINAL ABIDIN
NO.KP : 831016-14-5958
NO.KAD MATRIK : D20102045240
KUMP.E-LEARNING: UPSI14(A122PJJ)
NAMA PENSYARAH: PROF MADYA MOHD
TAIB BIN ARIFFIN
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
2/19
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.PENGENALAN 3
2.PENGGOLONGAN KARANGAN 4
3.ANALISIS STRATEGI
PEMERENGGANAN
4
4.PENDEKATAN RETORIKA 7
5.PENDEKATAN EKLETIKA 8
6.STILISTIKA 9
7.WACANA 10
8.LOGIKA 11
9.TATABAHASA 12
10.KELEMAHAN KARANGAN MURID 13
11.KESIMPULAN 15
12.BIBLIOGRAFI 16
13.LAMPIRAN 17
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
3/19
3
PENGENALAN
Mengarang merupakan proses menghasilkan bahan yang berbentuk
idea,pendapat pengalaman,perasaan dan maklumat dalam bentuk tulisan yang
berhubung dengan diri sendiri,orang lain atau peristiwa.Menurut Raminah
Sabran(1985),penulisan adalah penglahiran perasaan,fikiran dan idea ke dalam
bentuk grafik.Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi bahasa
yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.
Don Bryne (1979) pula menyatakan manusia menggunakan simbol-simbol
grafik semasa menulis,iaitu penggunaan huruf-huruf yang berkaitan dengan
lambing-lambang bunyi yang kita buat semasa bercakap.Penulisan merupakan satu
keterampilan berbahasa yang digunakan dalaam komunikasi secara tidak langsung
atau komunikasi tanpa bersemuka.Penulisan juga adalah satu pengolahan
pemikiran atau sebagai satu proses mekanis yang melibatkan penggunaan alat dan
teknik untuk mengungkapkan gagasan,falsafah dan ideaalisme.Dengan kata
lain,karangan merupakan sebuah wacana,iaitu kesatuan buah fikiran atau
pernyataan yang disusun secara logik dan sistematik serta berkaitan maknanya
antara satu dengan yang lain.
Manakala pula pengarang pula adalah individu yang menyusun gagasan-
gagasan dan mahu ideanya disebarluaskankepada pembaca melalui wahana-
wahana tertentu seperti buku majalah,media dan sebagainya.Selain itu,pengarang
terbahagi kepada dua golongan iaitu pengaaraang professional dan pengarang yang
amatur.
Objektif mengarang pula adalah menurut Anwar al-Jundi,mengarang adalah
untuk menulis sesuatu benda yang baru,memperbaiki sesuatu yang
kurang,mengemaskini sesuatu yang terpisah,memudahkan sesuatu yang
rumit,memebetulkan sesuatu yang salah,mempertahankan diri dan keluarga dan
menjawab tuduhan musuh.Pengarang sebagai orang yang bertanggungjawab dalam
merangka,menyusun daan menyiapkan sesebuah teks sekurang-kurangnya harus
memiliki sifat-sifat seperti bersikap ikhas dengan Alllah,sentiasa berhemah,jujur dan
bertanggungjawab,seorang yang insaf dan tabah,proaktif,kritis dan kreatif.Selain
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
4/19
itu,peka dengan persekitaran,pencinta bahasa klasik mahupun moden,seorang yang
realis dan idealis dan pragmatic.1
PENGGOLONGAN KARANGAN
Terdapat dua kategori utama karangan.Pertama karangan yang bertujuan memberi
informasi sesuai dengan fakta disebut sebagaai karangan faktawi atau factual
writing.Manakala karangaan yang bertujuab memberi hiburan kepada pembaca
bersifat khayali,imaginaasi,lamunan atau fantasi dikategorikan sebagai karagan
imaginasi.Karangan imaginasi terdiri daripada prosa dan puisi seperti
novel,cerpen,puisi,drama,seloka,syair,paantun,metafora dan rubai.Manakala
karangan faktawi berbentuk ilmiah dan informatif seperti
berita,rencana,laporan,tesis,kertas kerja,jurnal,kertas projek dan iklan.
ANALISIS KARANGAN PELAJAR
a.Strategi Pemerengganan
Perenggan ditakrifkan oleh Kamus Dewan (1994) sebagai bahagian daripada muka
atau bab daalam buku,rencana yang terdiri daripada beberapa baris dan
pragraf.Perenggan merupakan unit karangan yang mengandungi beberapaayat,antara satu dengan laainnya mempunyai hubungan dari segi makna dan
tatabahaasa.Manakala Fowler (1970)menyatakan perenggan ialah sebuah kotak
kecil ayat-ayat yang membina bentuk dan pada masa yang sama juga berfungsi
sebagai sebahagian daripada keseluruhan penulisan.Oleh itu,perenggan merupakan
sekelompok karangan yang pendek mengandungi struktur ayat yang bervariasi.
PERKARA KARANGAN 1(berita) KARANGAN 2(Surat tidak rasmi)
1.Perenggan
Pengenalan
1. Menerangkan tentang jumlah
kutipan bilangan murid yang
mengalami keracunan makanan.
2.Perenggan ini menerangkan
maksud dan tujuan penulisan
dimana menceritakaan tentang
kes keracunan makanan di
1.Perenggan ini mengemukan
pertanyaan kepada penerima.
1Abu Hassan Abdul,2012,Seni Mengarang,Perak,Pusat Pendidikan Luar,UPSI.
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
5/19
5
sekolah.
Beberapa orang murid Sekolah
Kebangsaan Tersang telah
mengalami keracunan makanan.
2.Perenggan
Pengembang
1.Mengemukan inti persoalan
dimana menerangkan
keadaan,jumlah murid dan pihak
yang terlibat.
2.Mengandungi bukti yang sahih.
Sebanyak 18 orang murid telah
dikejarkan ke Hospital Kuala
Pilah.Keadaan murid-murid
berkenaan beansur pulih setelah
menerima rawatan.
1.Menjelaskan hal yang akan
dibicarakan pada perenggan
berikutnya.
Bagaimanakah perjalanan rutin harian
saudari sekeluarga pada masa kini?
3.Perenggan
Penutup
1.Menerangkan tentang
kesimpulan daripada suatupenyelesaian dimana tindakan
yang diambil dalamm mengatasi
masalah keracunan makanan.
Pihak Jabatan Kesihatan telah
mengambil tindakan terhadap
pengusaha kantin.Pemeriksaan dari
semasa ke semasa akan dilakukan
supaya tahap kebersihan kantin
ditingkatkan.
1.Perenggan ini menyimpulkan
buah fikiran dengan melahirkanharapan dan nasihat kepada
penerima.
Saya juga berharap saudari dapat
menguatkan semangat menghadapi
masa hadapan.
4.Teknik 1.Teknik penyenaraian.
Karangan ini menyenaraikan
semua maklumat penting yang
ingin diketahui oleh semua
pembaca.
1.Teknik penyenaraian.
Karangan ini menyenaraikan
maksud penulis dengan teratur
dalaam setiap perenggan.
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
6/19
PERKARA KARANGAN 3(keperihalan)
1.Perenggan
Pengenalan
1. Menerangkan tentang catatan pengalaman peribadi
penulis.
2.Perenggan
Pengembang
1.Menjelaskan hal yang akan dibicarakan tentang
pengalaman penulis menyertai aktiviti perkhemahan.
2.Menceritakan rentetan aktiviti dari semasa ke semasa.
Pada sebelah malam,kami mendengar ceramah motivasi.
3.Perenggan Penutup 1.Perenggan ini mengandungi pernyataan yang dapat
mencerminkan keseluruhan isi utama.
Walaupun payah bagiku untuk melakukan tugas-tugas yang agak
berat dan mencabar,namun banyak kenangan manis yang aku
peroleh sewaktu menyertai perkhemahan ini.
4.Teknik 1.Teknik urutan waktu
Karangan ini menceritakan aktiviti yang dijalankan
setiapmengikut waktu.
Pada 26 Februari 2013
Sejurus selepas itu
Pada sebelah malam..
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
7/19
7
b.Pendekatan Retorika
Pendekatan retorika menggunakan asas pemujukan sebagai elemen penting
sesuatu penulisan.Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisannya
terletak kepda input-input bahasa,pengalam,maklumat,pemikiran analitis-logikal
serta kemahiran menulis yang dimilikinya.Kesemua elemen ini dirangkumkan dalam
perengan-perenggan penulisan.Kesannya,pembaca akan dapat memahami dan
menghayati apa yang hendak disampaikan oleh penulis sekali gus memberi kesan
yang dalam terhadap emosi dan tindakan pembaca.Terdapat pelbagai endekatan
retorika yang boleh diaplikasikan tergantung kepada bentuk penulisan,motif penulis
dan khalayak pembacanya.2
Perkara Pendekatan retorika
1.Karangan 1(berita) 1.1 Pendedahan
Ianya juga dikenali sebagai retorika
eksposisi.Karangan ini memberi pemahaman kepada
khalayak.Semua topik perlu disingkap,dihurai,dipapar
dan ditunjukkan dengan jelas dan terperinci supaya
khalayak memahami topik yang diperkatakan.
2.Karangan 2
(surat tidak rasmi)
2.1 Pemujukan
Retorika pemujukan dikenali juga sebagai
retorika pengaruhan.Dimana,penulis mengubah dan
mempengaruhi pemikiran,keyakinan dan pandangan
pemerima dengan menyelitkan unsur-unsur psikologi
serta kebaikan dan keburukan.
Penulis juga bijak memanupulasi emosi penerima
dengan harapan,pendirian seterusnya akan berubah
Lalu bertindak mengikut kehendak penulis.
3.Karangan 3(Keperihalan) 3.1 Pemerian
Karangan ini mengambarkan aktiviti
2Sulaiman Masri,Abdullah Yusof,Mohd Rain,2006,Bahasa Melayu Dimensi Pengajaran dan
Pembelajaran,Kuala Lumpur,Utusan Publications&Distributors Sdn.Bhd.
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
8/19
perkhemahan.Dimana penulis mengambarkan
kepada pembaca tentang situasi,pemandangan dan
kejadian yang penulis alami sepanjang aktiviti
perkhemahan tersebut.Penulisan ini menggunakan kemahiran
menggambarkan sesuatu perkara secara terperinci
menggunakan imej dan seumpamanya sama ada
warna,bentuk,bunyi,bau,rasa dan lain-lain yang
menyentuh pancaindera manusia.
Melalui pendekatan ini,wacana memindahkan
pengamatan dan pemerhatiannya kepada khalayak.
c.Pendekatan Ekletika
Bentuk pengajaran yang menggunakan pendekatan eklektik ini adalah
menggabungkan elemen-elemen daripada kedua-dua pendekatan iaitu induktif atau
deduktif. Rasional amalan pendekatan induktif dan deduktif dalam sesi pengjaran
dan pembelajaran ialah kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai aras dan
kebolehan. Ada pelajar yang senang atau mudah memahami isi pelajaran jika diberi
contoh dahulu dan ada pula pelajar yang mudah faham jika dibuat generalisasi
terlebih dahulu dan diakhiri pengajaran pada hari itu dengan mengemukakan
contoh-contoh bagi menjelaskan maksud atau konsep sesuatu perkara.
Perkara Pendekatan Ekletika
1.Karangan 1(berita) 1.1 Pendekatan Epistemik
Karangan berita ini menggunakan pendekatanepistemic dimana ianya mendedahkan penulisan
karangan yang bersistematik dan mempunyai nilai
kesahihah yang boleh dpercayai.Dalam pendekatan
ini,fakta dan maklumat yang disampaikan adalah
sahih.
2.Karangan 2 2.1 Pendekatan Metafizik
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
9/19
9
(surat tidak rasmi) Karangan ini bersangkut paut dengan
minat,kesungguhan dan motivasi diri secara bebas
yang cuba diterapkan dalam surat.Selain
itu,permainan emosi dan jiwa membuatkan karanganini lebih menarik untuk dibaca.
3.Karangan 3(Keperihalan) 3.1 Pendekatan pengalaman
Karangan ini menitikberatkan tentang pengalaman
penulis sebagai tapak kearah menghasilkan suatu
penulisan yang bermutu.Selain itu
mementingkan,kemahiran berbahasa dan pemikiran.
Pengalaman menjadikan diri penulis lebih peka dan
sensitive terhadap isu-isu yang berkaitan dengan
pengalamannya dan dapat memberi inspirasi dan
aspirasi untuknya menulis.
d.Stilistika
Stilistika merupakan salah satu ranting dalam ilmu retorika.Strategi stilistika lazimnya
diaplikasi dalam penulisan popular seperti dalam media massa atau dalam penulisan
kreatif.Stilistik berkait rapat dengan gaya bahasa dan teknik mengindahkan bahasa
supaya Nampak menarik bahkan maknanya akan lebih mudah difahami dan lebih
memberi kesan kepada pembaca.Hashim Awang(1987),menyatakan bahawa gaya
bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan
perasaan.Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang
baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang,fikiran dan
tujuannya.3
3 Ainon Mohd,Abdullah Hassan,2008,Teori dan Teknik Terjemahan,Kuala Lumpur,PTS Profesional
Publishing.
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
10/19
Perkara/Karangan Ciri-ciri stilistika Jenis-jenis stilistika
1.Karangan
1(berita)
1.Kejujuran
Maklumat yang disampaikan adalah
sahih kerana penulisan beritamemerlukan maklumat yang tepat
dan telus.Mematuhi peraturan dan
kaedah yang betul dalam berbahasa.
1.Subjek atau perkara
Karangan jenis berita
mempunyai gaya kewartawanan.
2.Karangan 2
(surat tidak
rasmi)
2.Kejelasan
Kejelasan dapat dilihat dari segi
tatabahasa,hubungan dengan fakta
yang diungkapkan melalui kata dan
ayat dan urutan idea secara logis.
2.Khalayak
Gaya intim atau mesra untuk
lingkungan keluarga atau gaya
orang yang akrab.
3.Karangan
3(Keperihalan)
3.Menarik
Gaya bahasa yang terdapat dalam
karangan ini menarik.Dapat diukur
dari segi kewujudan unsur-unsur
yang berikut iaitu
bervariasi,mempunyai pengertian
yang baik dan mempunyai kekuatan.
3.Tujuan
Gaya bahasa yang disampaikan
menjurus kepada tujuan
penulisan.Terdapat juga gaya
sentimental dimana memainkan
eosi dan perasaan penulis
sepanjang mengikuti aktivti
perkhemahan.
e.Wacana
Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan kesinambungan
antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan.Selain
itu,penanda wacanaa bertujuanmempertautkan dari segi struktur dalam bentuk
maklumat baaharu atau maklumat lama dalam sesuatu wacana.Maklumat baharu
merujuk kepada fakta-fakta yang sudah diketahui pembaca ataupun sudah
dinyatakan dalam perenggan terdahulu.
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
11/19
11
Perkara Penanda Wacana
1.Karangan 1(berita) 1.Hubungan yang menyatakan waktu.
Sementara itu.
2.Hubungan yang menunjukkan perbandinganSelain itu..
2.Karangan 2
(surat tidak rasmi)
1.Hubungan yang menyatakan pertentangan dengan
sesuatu yang telah disebut sebelumnya.
Sungguhpun..
2.Hubungan yang menyatakan pendahuluan atau
kesimpulan.
Akhir kata.
3.Karangan 3(Keperihalan) 1.Hubungan yang menyatakan waktu.
Selepas itu..
2.Wacana lain
Sebaliknya,hal ini demikian,walaupun
f.Logika
Logika diertikan sebagai system berfikir,iaitu sesuatu gagasan disusun sehingga
dapat diterima oleh akal yang sihat.Logika atau system berfikir inilah yang
memungkinkan berlakunya penalaran atau keupayaan untuk menggunakan daya
hujah secara baik.4
Perkara Pendekatan logika
1.Karangan 1(berita) Pihak pengusaha kant in dinasihat i supaya
sent iasa meningkatkan penjagaan
kebersih an.Kebersihan dir i,alatan ,bahan
4 Mahzan Arshad,2008,Pendidikan Literasi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur,Utusan
Publications&Distributors Sdn.Bhd.
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
12/19
masakan serta persekitaran perlu d iambi l kira.
Ayat ini mempunyai pendekatan logika kerana
kebersihan dari semua aspek sangat penting.
2.Karangan 2
(surat tidak rasmi)
Saya pernah mengamb il al ih tanggungjawab ibu
sewaktu ibu melahirkan adik saya yang bong su di
kampung.
Saya seorang anak yang baik kerana sanggup
memikul tanggungjawab ibunya semasa ketiadaan
ibunya.
3.Karangan 3(Keperihalan) Pengalaman manis yang t idak d apat kulupakan
sewaktu kum pulanku terpi l ih sebagai johan
keseluru han apabila berjaya meraih mata tert ingg i
dalam pemarkahan akt iv i t i pengakap.
Memenangi pertandingan semasa mengikuti aktiviti
pengakap merupakan kenangan manis penulis.
g. Tatabahasa
Perkara Pendekatan logika
1.Karangan 1
(berita)
1.Ayat Penyata
Beberapa orang murid Sekolah Kebangsaan Tengku
Mansor telah mengalami keracunan makanan.
2.Kata Ganda Seluruh
Muntah-muntah
3.Kata Bantu
Akan,telah
4.Kata Adjektif Sifat
Kotor
2.Karangan 2 1.Kata Ganti Diri Kedua
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
13/19
13
(surat tidak rasmi) Saudari
2.Kata Ganti Diri Pertama
Saya..
3.Kata Adjektif KeadaanSihat
4.Ayat Tanya
Bagaimanakan perjalanan rutin harian saudari
sekeluarga pada masa kini?
5.Kata Bantu
Masih.
3.Karangan 3
(Keperihalan)
1.Ayat Penyata/Ayat Majmuk
Kami berkumpul di dewan sekolah bagi tujuan
pendaftaran.
2.Kata Ganti Diri Pertama(tunggal)
Aku..
3.Kata Adjektif Perasaan
Gembira
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
14/19
h. Kelemahan karangan murid.
Kelemahan yang dapat dikenal pasti yang terdapat dalam karangan murid
ialah setiap perenggan hanya terdapat dua atau tiga ayat sahaja.Ayat yang ditulis
terlalu ringkas dan pendek.Seharusnya murid perlu menulis ayat yang lebih gramatis
untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik.
Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif.Contoh,mempunyai banyak
pilihan.. banyak bukannya objek. banyak ialah kata bilangan tidak tentu. Objek
mesti kata nama. Pembetulan : .. mempunyai pilihan yang banyak
Kata pemeri ialahdan adalah digunakan sesuka hati. ialah perlu diikuti kata
nama nama. adalah perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama. Kata kerja tidak
menerima atau tidak boleh didahului oleh kata pemeri. Anda perlu menambah kata
sendi nama pada kata pemeri adalah. Sebagai contoh:
Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-
undangsepatutnya .adalah dengan menguatkuasakan/ adalah untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan antara kata sendiri nama yang dapat digunakan
( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)
Bentuk lewah . Kata jamak sudah menunjukkan banyak ,jadi perkataan seterusnya
tidak lagi perlu digandakan kerana penggandaan juga menunjukkan banyak.
Sebagai contoh : Antara faktor-faktor sepatutnya Antara faktor. Pelbagai
langkah-langkah ..sepatutnya . Pelbagai langkah
Pada masa kini.sepatutnya Pada masa ini, atau Kini sahaja kerana perkataan kini
sudah membawa maksud pada masa ini.
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
15/19
15
i.Kesimpulan
Berdasarkan analisis yang dilaksanakan,tanggungjawab sebagai seorang
penulis adalah sangat berat.Penulis perlu menguasai pelbagai maklumat,teknik
mengarang serta penguasaan tatabahasa yang baik bagi menghasilkan sebuah
karangan yang bermutu.Menulis memerlukan kita mengembangkan berbagai-bagai
idea atau gagasan.Oleh itu,kita terpaksa bertaakul dan bernalar,fakta-fakta serta isi
hujaahan dihubungkan dan dibandingkan.Hal ini mungkin tidak akan kita lakukan jika
kita tidak menulis.
Kegiatan menulis yang terancang akan membiasakan kita berfikir sertaberbaahasa secara tertib.Ketertiban berfikir dan berbahasa sebenarnya menjadi
cerminan keintelektualan seseorang.Oleh itu,keupayaan menulis dengan baik dan
berkesan ialah suatu pencapaian yang harus diperolehi oleh semua yang bergelar
penulis.
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
16/19
RUJUKAN
Abu Hassan Abdul,2012,Seni Mengarang,Perak,Pusat Pendidikan Luar,UPSI.
Sulaiman Masri,Abdullah Yusof,Mohd Rain,2006,Bahasa Melayu Dimensi
Pengajaran dan Pembelajaran,Kuala Lumpur,Utusan Publications&Distributors
Sdn.Bhd.
Mahzan Arshad,2008,Pendidikan Literasi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur,Utusan
Publications&Distributors Sdn.Bhd.
Ainon Mohd,Abdullah Hassan,2008,Teori dan Teknik Terjemahan,Kuala
Lumpur,PTS Profesional Publishing.
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
17/19
17
LAMPIRAN 1
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
18/19
LAMPIRAN 2
-
7/27/2019 Tugasan 1 Seni Mengarang
19/19
19
LAMPIRAN 3