tugasan 1.docx

13
ii. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang digunakan dalam P&P TAJUK : RUANG STANDARD KANDUNGAN : ISI PADU KIUB DAN KUBOID TAHUN : TAHUN 4 Kaedah deduktif Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperoleh kefahaman yang mendalam/mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan pada contoh-contoh khusus. Dalam matematik kaedah ini menggunakan rumus, hukum atau teori matematik yang telah dipelajari untuk mendapatkan rumusan dan generalisasi matematik yang baru iaitu daripada generalisasi yang khusus. Kaedah ini memerlukan murid untuk menguasai pengetahuan yang luas dan pengetahuan matematik yang cukup bagi mendapatkan rumus,hukum atau teorem yang baru. Sebagai contoh, a. Bagaimana guru memperkenalkan konsep isi padu kiub atau kuboid kepada murid? 1. Guru memberi potongan kad segi empat sama dan segi empat tepat kepada murid seperti gambar di bawah. 2. Murid dikehendaki mencantumkan kepingan-kepingan kad segi empat menjadi sebuah kuboid. 3. Guru menjelaskan bahawa ruang kosong di dalam kuboid merupakan isi padu bagi kuboid tersebut. 12

description

pedagogi matematik

Transcript of tugasan 1.docx

ii. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang digunakan dalam P&P

TAJUK : RUANGSTANDARD KANDUNGAN : ISI PADU KIUB DAN KUBOIDTAHUN : TAHUN 4

Kaedah deduktif

Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperoleh kefahaman yang mendalam/mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan pada contoh-contoh khusus.

Dalam matematik kaedah ini menggunakan rumus, hukum atau teori matematik yang telah dipelajari untuk mendapatkan rumusan dan generalisasi matematik yang baru iaitu daripada generalisasi yang khusus. Kaedah ini memerlukan murid untuk menguasai pengetahuan yang luas dan pengetahuan matematik yang cukup bagi mendapatkan rumus,hukum atau teorem yang baru. Sebagai contoh,

a. Bagaimana guru memperkenalkan konsep isi padu kiub atau kuboid kepada murid?

1. Guru memberi potongan kad segi empat sama dan segi empat tepat kepada murid seperti gambar di bawah.2. Murid dikehendaki mencantumkan kepingan-kepingan kad segi empat menjadi sebuah kuboid.3. Guru menjelaskan bahawa ruang kosong di dalam kuboid merupakan isi padu bagi kuboid tersebut.

Rajah 1 kepingan potongan kad segi empat berwarna

Rajah 2- Kuboid yang berjaya dibentuk oleh pelajarBerdasarkan penggunaan pendekatan deduktif ini, guru memberitahu murid pada mulanya objektif pelajaran mereka. Murid dibimbing mengingat kembali hukum,prinsip, teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru. Dalam kes ini, guru mengingatkan kembali murid rumus bagi luas segi empat tepat dan segi empat sama. Guru juga membimbing murid membina kuboid menggunakan kepingan kad segi empat. Ini bermaksud bahawa guru memberikan rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu kepada murid dan mengajarkannya kepada murid sehingga murid faham, kemudian murid akan mengaplikasikannya atau juga boleh digunakan sebagai proses menyelesaikan masalah dalam matematik. Daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu murid dapat memahami sesuatu yang baru, bermaksud mereka mungkin dapat idea yang baharu bagi menyelesaikan suatu permasalahan. Daripada idea atau pemahaman yang baharu itu, murid dapat membentuk konsep dan pengetahuan yang baharu. Pendekatan ini juga menjadi bantuan kepada murid untuk membuat internalisasi terhadap isi pelajaran yang kurang abstrak dengan generalisasi.

Selepas murid memahami konsep dan maksud isi padu,

b. Bagaimana guru dapat menjelaskan rumus isi padu bagi kuboid?

Murid pada awalnya masih belum diperkenalkan dengan rumus bagi isi padu kuboid dan kiub iaitu

Isi padu Kuboid/Kiub =

1. Guru menyediakan kiub-kiub kecil yang terdiri daripada 1cm 1cm sisi. 2. Guru mengehendaki murid memenuhkan kuboid yang telah dibina dengan kiub-kiub kecil dengan tersusun sehingga penuh. 3. Murid mengira berapa banyak kiub kecil yang digunakan untuk memenuhkan sebuah kuboid.4. Jumlah kiub kecil yang digunakan untuk memenuhkan kuboid ialah isi padu bagi kuboid tersebut.

Pada akhir pembelajaran murid mengetahui bahawa rumus bagi isi padu kuboid dan kiub ialah panjanglebartinggi.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran deduktif sesuai digunakan oleh kebanyakan murid. Murid pintar, sederhana dan lemah boleh menggunakan kaedah pembelajaran seperti ini, namun ia perlu disesuaikan dengan keperluan murid.

Jenis-jenis pendekatan Deduktif

Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif yang biasa digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

1. Penyelesaian Masalah : pendekatan deduktif digunakan untuk menyelesaikan masalah. Misalnya, setelah murid mengenali dan menguasai rumus bagi isi padu kuboid da kiub, murid dikehendaki menyelesaikan masalah soalan berkaitan kehidupan seharian mereka seperti mengira isi padu air di dalam bekas berbentuk kiub ataupun kuboid.

2. Membentuk generalisasi baru : pendekatan deduktif dapat digunakan untuk membuat generalisasi yang baru. Misalnya setelah murid memahami konsep isi padu kuboid dan kiub, murid dikehendaki mengira isi padu kuboid dan kiub menggunakan bilangan kiub kecil dan rumus.

3. Membuktikan hipotesis : pendekatan deduktif juga digunakan untuk membuktikan suatu hipotesis melalui sesuatu hukum atau prinsip yang telah dipelajari contohnya selepas murid telah mempelajari bahawa isi padu kuboid dan kiub boleh dicari menggunakan kiub-kiub bersisi 1cm1cm yang diisi memenuhi kuboid dan kiub tersebut. Selepas itu, guru dapat membuktikan rumus bagi kuboid ialah

Isi padu Kuboid/Kiub =

Prinsip-Prinsip Penggunaan Pengajaran Deduktif.

Pada peringkat permulaan masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan. Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan. Penggunaan deduktif harus dijalankan mengikut prosedur yang betul iaitu:

Proses penyelesaian masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi prinsip atau teori yang telah dipelajari. Guru tidak perlu menjalankan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

Kelebihan Pendekatan Deduktif

Memudahkan tugas guru yang mana guru mengemukakan prinsip asas manakala murid menggunakan prinsip berkenaan. Kaedah ini sangat berbeza dengan kaedah induktif kerana pendekatan ini lebih cepat dan menjimatkan masa pengajaran. Kerana rumus sudah diperkenalkan lebih awal kepada murid. Guru hanya menghuraikan bagaimana rumus diperoleh dan cara mengaplikasikan rumus tersebut. pendekatan ini juga boleh meninggalkan kesan pembelajaran yang memuaskan kepada pelajar-pelajar. Apa yang paling utama, ia tiada risiko mendapat hasil yang salah atau tidak sempurna.

Kelemahan Pendekatan Deduktif

Kelemahan menggunakan kaedah pengajaran ini ialah ia mungkin membosankan kerana murid dibebani dengan rumus-rumus yang wajib dipatuhi. Pendekatan ini boleh mengongkong kreativiti mereka. Selain itu, pemikiran murid tidak tercabar untuk mengesan dan menentukan rumus kerana rumus-rumus diberikan oleh guru. Justeru itu, penglibatan murid kurang aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kerana guru lebih memainkan peranan, khususnya semasa menghuraikan rumus. Melihat dari segi psikologi, sesuatu yang dijumpai sendiri oleh murid dalam sesuatu pembelajaran dapat menjamin ingatan yang lebih kekal, berbanding dengan sesuatu yang diberitahu terus oleh guru. Dengan demikian, pendekatan ini tidak begitu menjamin ingatan yang berkekalan dalam kalangan murid tentang rumus-rumus yang diajarkan.

Kesimpulan

Kaedah pengajaran deduktif dalam matematik membantu murid berfikir berdasarkan pengetahuan umum kepada yang khusus dalam usaha menyelesaikan masalah harian atau pembelajarannya. Bagi setiap langkah pengajaran guru, isi pelajaran perlu dikaitkan dengan generalisasi. Perkaitan ini boleh ditunjukkan secara langsung oleh guru atau secara tidak langsung melalui soalan-soalan. Walaupun pendekatan kaedah ini mempunyai kelebihan tetapi guru tidak seharusnya hanya menggunakan satu kaedah dalam satu sesi pengajaran. Ini kerana objektif pengajaran sukar dicapai dengan satu kaedah pengajaran sahaja. Oleh itu, guru hendaklah menggabungkan kaedah pengajaran yang lain seperti pendekatan induktif, koperatif dan kontekstual agar hasil pengajaran lebih berkesan dan tercapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

http://mewahilmu.blogspot.com/2012/10/kaedah-induktif-dan-deduktif.htmlhttp://inspirasiku11.blogspot.com/2011/06/pendekatan-pengajaran-deduktif.htmlhttp://www.slideshare.net/mohdhakim75/koperatif

iii. Teori pembelajaran yang sesuai diaplikasikan dalam rancangan pengajaran harian (berdasarkan kepada persekitaran, aras kognitif murid, latar belakang ekonomi keluarga dan sbg)

TAJUK : RUANGSTANDARD KANDUNGAN : ISI PADU KIUB DAN KUBOIDTAHUN : TAHUN 4TEORI PEMBELAJARAN : KOGNITIF JEROME BRUNER

PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan, kognitif didefinisikan sebagai segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran, pemahaman dan pemerolehan pembelajaran di mana proses kognitif tersebut tidak boleh dilihat secara langsung. Selain daripada itu, kognitif juga merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir , menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Secara ringkasnya, teori kognitif merupakan satu pendekatan atau proses yang terjadi dari segi tahap pemikiran manusia dalam sesuatu pembelajaran dan pengalaman. Antara tokoh yang memperkatakan tentang teori kognitif ialah Jean Piaget, Ausubel dan Gagne.

TEORI JEROME BRUNER

Tokoh yang turut terlibat dalam teori berkaitan kognitif ialah Jerome Bruner. Beliau telah mendefinisikan pembelajaran penemuan (Discovery Learning) sebagai satu daripada model kognitif yang diasaskan melalui prinsip-prinsip konstruktivisme. Teori ini menggalakkan pelajar untuk menemui prinsip-prinsip melalui eksperimen dan penerokaan dengan mengolah apa yang diketahui oleh pelajar kepada satu corak yang baru. Sehubungan dengan itu, disebabkan pembelajaran adalah satu proses yang aktif, guru harus menyediakan panduan apabila diperlukan. Namun begitu, panduan diberikan selepas pelajar meneroka sesuatu masalah dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang lepas yang berkaitan.Menurut Mok Soon Sang (1996), Bruner dan pembantunya, Kenneth telah berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik melalui kajian dan pemerhatian yang dibuat pada tahun 1963. Teorem pertama ialah teorem pembinaan. Teorem tersebut merupakan cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum Matematik dengan membina perwakilan dan menjalankan aktiviti dengan bahan konkrit. Kemudian, teorem kedua pula ialah teorem tata tanda. Guru harus memastikan tata tanda Matematik yang diperkenalkan kepada pelajar harus mengikut perkembangan kognitif pelajar. Seterusnya, teorem yang ketiga ialah teorem kontras dan variasi. Guru harus menyedari bahawa Matematik mempunyai pelbagai konsep yang berbeza. Jadi, guru mesti menerangkan perbezaan dalam sesuatu konsep agar pelajar dapat membezakan konsep-konsep tersebut. Teorem yang terakhir ialah teorem perhubungan. Walaupun konsep-konsep Matematik adalah berbeza, namun, dalam sesuatu konsep, guru harus mengaitkan setiap konsep, prinsip dan kemahiran dengan konsep yang lain.

Peringkat yang terawal ialah peringkat enaktif di mana ianya adalah serupa dengan peringkat deria motor iaitu untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Peringkat ini melibatkan kanak-kanak dalam lingkungan umur kosong hingga tiga tahun. Pada peringkat enaktif, kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan kepada pergerakan anggota kanak-kanak itu sendiri dan orang dewasa haruslah tahu bahawa ketika ini, kanak-kanak mudah mempelajari apa sahaja. Disebabkan pada tahap umur ini mereka masih belum pandai berkomunikasi dengan baik, maka, mereka akan memegang sesuatu objek untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya. Oleh itu, mereka harus diberi pengalaman yang kukuh tentang sesuatu perkara supaya semua pengalaman yang dialaminya tersimpan dalam jangka masa yang panjang. Justeru itu, Richard (2004) telah memberi pendapat bahawa kanak-kanak belajar menggunakan alat muzik adalah lebih pantas daripada orang dewasa.

Seterusnya dalam Teori Perkembangan Kognitif Bruner adalah peringkat ikonik yang melibatkan usia tiga hingga lapan tahun. Dalam tahap ini, kanak-kanak mampu belajar dengan memikirkan sesuatu melalui imej dan gambar rajah. Melalui peringkat ini, Richard Overbaugh (2004) mengatakan yang kanak-kanak dapat menyatakan bilangan objek yang ditunjukkan. Contohnya, nombor 3 dikaitkan dengan objek yang mempunyai nilai 3. Di samping itu, kanak-kanak juga sudah mampu menyebut objek yang tiada di hadapan matanya di mana keadaan ini dikenali sebagai imej mental. Selain ikonik, kognitif kanak-kanak turut berkembang melalui peringkat simbolik pada umur lapan tahun dan ke atas. Pada peringkat simbolik, kanak-kanak boleh memahami dan belajar sesuatu perkara melalui simbol dan konsep yang lebih meluas. Selain itu, penggunaan simbol adalah untuk mewakili pengamatan imej bagi objek dan turut berkembang melalui penggunaan bahasa.

PERSEKITARAN ARAS KOGNITIF MURID

Murid tahun 4 ini dikategorikan sebagai kanak-kanak di atas umur 8 tahun. Menurut teori Bruner, kanak-kanak dalam lingkungan usia ini berada pada peringkat simbolik. Pada usia ini kana-kanak sudah boleh memikirkan imej dan gambar rajah. Pembelajaran menggunakan kaedah abstrak sudah boleh digunakan, namun penggunaan bahan konkrit masih menjadi keutamaan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat ini, saya menggunakan bahan konkrit seperti kiub berukuran 1cm setiap sisi dan satu kuboid besar yang dibina oleh pelajar sendiri. Pada peringkat simbolik, kanak-kanak pada usia ini sudah boleh memahami dan belajar perkara melalui simbol dan konsep yang lebih meluas. Penggunaan simbol adalah untuk mewakili pengamatan imej bagi objek dan turut berkembang melalui penggunaan bahasa. Saya sudah boleh mewakilkan panjang sebagai P, lebar sebagai L, dan tinggi sebagai T. Kanak-kanak sudah dapat memahami maksud dan simbol yang diwakilkan di dalam rumus luas bagi kuboid dan kiub.

LATAR BELAKANG EKONOMI KELUARGA

Kebanyakan dan sebahagian kanak-kanak mempunyai latar belakang keluarga sederhana. Oleh itu, teori pengajaran dan pembelajaran kognitif Bruner yang digunakan secara meluas dalam PdP sekolah sangat sesuai digunakan untuk mengajar tajuk luas kepada kanak-kanak. Di samping itu, kaedah pengajaran yang digunakan tidak memerlukan kos yang tinggi. Alat bantu mengajar yang boleh diguna semula pada masa yang akan datang sangat menjimatkan masa dan perbelanjaan guru. Sebagai contoh, untuk mengajar tajuk ruang, saya hanya menggunakan kiub kayu berukuran sisi 1cm dan kertas keras untuk membina kuboid. Kaedah ini sangat sesuai diaplikasikan kepada murid sederhana dan pintar. Murid juga boleh membuat aktiviti yang sama semasa berada di rumah kerana bahan yang digunakan sangat mudah didapati dan tidak terhad penggunaannya.

JUSTIFIKASI

Saya memilih teori pembelajaran kognitif Bruner yang menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa saya mengajar tajuk luas dan isi padu, saya menggalakkan murid menemui prinsip-prinsip melalui eksperimen dan penerokaan mereka sendiri. Hal ini bagi memastikan pembelajaran yang aktif berlaku bersesuaian dengan apa yang dikatakan Bruner dalam teori pembelajaran kognitifnya. Menurut Bruner lagi, pembelajaran merupakan suatu proses yang berperingkat di mana individu membina pengetahuannya sendiri berasaskan pengalamannya. Oleh itu, saya memberi pengalaman terlebih dahulu kepada murid sebelum memulakan satu pembelajaran tentang topik yang baharu. Sebagai contoh, saya mengajar dahulu tajuk luas segi empat sebelum berpindah ke tajuk yang lebih sukar iaitu mencari isi padu kuboid dan kiub. Hal ini bagi memastikan pelajar sudah memperoleh pengetahuan sedia ada sebelum memulakan suatu pembelajaran yang baharu. Pembelajaran yang berperingkat dari peringkat yang mudah kepada yang lebih kompleks dikenali sebagai kurikulum berlingkar. Kurikulum ini digunakan secara meluas di dalam kurikulum KSSR matematik di mana sesi pembelajaran bermula dari pengetahuan yang asas terlebih dahulu dan berkembang ke peringkat yang lebih kompleks dan rumit. Kurikulum seperti ini sangat bersesuaian dengan teori pembelajaran kognitif Bruner yang mengatakan perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat. Peringkat terawal dikenali sebagai peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Pada peringkat enaktif, kanak-kanak belajar menggunakan deria motor. Pada peringkat ikonik, kanak-kanak sudah mampu belajar melalui imej dan gambar rajah dan peringkat terakhir ialah peringkat simbolik. Pada peringkat terakhir ini, kanak-kanak sudah mampu memahami simbol dan pembelajaran yang lebih abstrak. Namun, penggunaan bahan konkrit perlu digunakan secara berterusan bagi memastikan pembelajaran yang bermakna dapat berlaku. Oleh itu, saya sentiasa menggunakan alat bantu mengajar yang mudah diperoleh semasa mengajar. Proses pengajaran dan pembelajaran juga dilakukan secara berperingkat bersesuaian dengan tahap perkembangan kognitif murid-murid.

iv. Ulasan Refleksi

Pencapaian yang diperoleh semasa menyempurnakan tugasan dan pencapaian baharu yang diperoleh.

Tugasan 1- Membina Rancangan Pengajaran TahunanSemasa melaksanakan tugasan ini, saya dapat mempelajari cara membuat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang baik berasaskan Dokumen Standard Kurikulum dan Penaksiran (DSKP). Kami menjalankan tugasan ini secara berkumpulan. Di mana kami sama-sama berbincang untuk meletakkan tempoh yang diperlukan untuk mengajar bagi setiap tajuk. Kami mengambil kira tahap kesukaran tajuk bagi meletakkan tempoh masa pengajaran. Bagi tajuk yang agak sukar, kami menganggarkan tempoh masa yang lebih lama untuk sesi PdP, begitu juga dengan tajuk yang baharu diperkenalkan kepada murid. Selain itu, semasa membuat RPT, kami juga perlu prihatin dengan tarikh-tarikh cuti umum dan cuti peristiwa yang terdapat di dalam kalender tahunan. Hal ini bagi memastikan kelancaran proses PdP kelak dan perancangan waktu guru. Dari tugasan ini, saya belajar menjadi seorang guru yang lebih sistematik dan tersusun dalam melaksanakan tugasan. Sebagai contoh, semasa merancang RPT, saya perlu meneliti setiap tajuk yang perlu saya ajar sebelum menetapkan waktu pengajaran bagi setiap tajuk. Di samping itu saya juga perlu peka dengan cuti-cuti yang terlibat pada tahun tersebut. bukan itu sahaja, saya juga belajar nilai kerjasama. Semasa melaksanakan tugasan ini, kami berbincang di dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Tugasan menjadi lebih mudah apabila dilakukan di dalam kumpulan. Setiap ahli bersama-sama menyumbang pandangan dan idea sepanjang menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan ini. Nilai kerjasama sangat penting bagi insan yang bernama guru. Hal ini kerana, apabila guru berada di dalam sebuah institusi sekolah, mereka perlu bergerak bersama-sama dan bekerjasama untuk membangunkan pencapaian dan penambahbaikan pada sekolah tersebut. Idea dan cadangan perlu dikumpulkan bersama-sama bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

Tugasan 2 Memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Saya memilih kaedah pengajaran secara deduktif dan koperatif untuk diaplikasikan dalam PdP. Saya pula memilih tajuk isi padu kuboid dan kiub. Semasa saya melaksanakan tugasan ini, saya telah menganalisis kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kerap digunakan dalam subjek matematik. Antaranya ialah kaedah induktif, deduktif, koperatif, inkuiri penemuan dan sebagainya. Bagi memilih kaedah pengajaran yang sesuai, saya perlu meneliti ciri setiap kaedah untuk disesuaikan dengan tajuk yang bakal saya ajar. Setiap kaedah mempunyai cara pendekatan yang berbeza dan bersesuaian dengan tajuk-tajuk tertentu. Selepas saya selesai menganalisis setiap kaedah pengajaran, akhirnya saya memilih kaedah deduktif yang digunakan secara meluas dalam mengajarkan subjek matematik. Hal ini demikian kerana, kaedah pengajaran ini lebih selamat digunakan untuk memperkenalkan tajuk yang baharu kepada pelajar. Di samping itu, ia juga sesuai digunakan untuk setiap lapisan murid sama ada pintar, sederhana dan juga lemah. Saya juga memilih kaedah koperatif bagi menggalakkan murid bekerja dalam kumpulan dan melahirkan sifat kerjasama dalam kalangan mereka. Melalui tugasan ini, saya sedar tugas seorang guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas dengan kaedah yang sama, malah guru perlu mengambil kira tahap pencapaian murid tersebut, tajuk yang diajar dan latar belakang murid sebelum memulakan sesi PdP. Hal ini sangat penting bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan sempurna dan berkesan. Saya sebagai seorang guru kelak, perlu mempunyai sifat prihatin dalam mempertimbangkan sesuatu perkara di mana saya perlu melihat setiap sudut situasi tersebut sebelum membuat sesuatu keputusan.

Tugasan 3 memilih satu teori pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan RPH

Semasa melaksanakan tugasan ini juga, saya perlu menganalisis terlebih dahulu teori-teori pembelajaran sebelum mula mengajar. Hal ini bertujuan bagi memastikan sesi pengajaran berjalan dengan lancar dan memberi kesan bermakna kepada murid. Setiap murid perlu pendekatan yang berbeza berdasarkan tahap kognitif mereka, tingkah laku dan latar belakang keluarga. Melalui tugasan ini, saya mempelajari nilai prihatin dan melaksanakan tugas dengan sempurna. Contohnya, saya perlu mengenal terlebih dahulu murid-murid saya sebelum mengajar. Bukan itu sahaja, saya juga perlu mengubah cara saya mengajar jika teknik pengajaran tersebut tidak memberi kesan positif kepada murid. Saya sebagai seorang guru perlu bijak membuat keputusan yang berpihak kepada murid. Murid perlu diutamakan. Di samping itu, saya juga perlu bertimbang rasa dalam semua tindakan saya semasa berada di sekolah.

Tugasan Penghasilan Produk

Tugasan ini mengehendaki kami membuat Rancangan Pengajaran Harian mengikut format Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah mempelajari cara menyediakan RPH yang lengkap dan berkualiti. Saya merujuk RPH yang telah disediakan oleh pensyarah dan mengolah RPH tersebut berdasarkan idea dan cara saya mengajar. Ilmu dan pengetahuan membuat RPH sangat perlu dikuasai oleh setiap insan yang bergelar guru. Hal ini kerana, setiap guru perlu menyediakan RPH semasa berada di sekolah kelak. Setiap kerja dan tugasan perlulah dilaksanakan dengan sempurna oleh guru tersebut.

Di samping itu, saya juga dikehendaki menyediakan Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian dengan tajuk yang diajar. Semasa menyediakan BBM saya mengambil kira masalah yang bakal dihadapi oleh murid semasa belajar tajuk isi padu kuboid dan kiub. Oleh itu, Bahan Bantu Mengajar ini bertujuan untuk memudahkan mereka memahami konsep yang ingin disampaikan dalam pembelajaran menggunakan bahan konkrit. Melalui tugasan ini, saya belajar menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. BBM yang disediakan perlulah mesra murid di mana setiap murid dapat menggunakan bahan tersebut semasa belajar. Malah lebih bagus lagi jika murid boleh membuat sendiri bahan tersebut semasa berada di rumah. Hal ini bagi menjamin pembelajaran yang berterusan berlaku dalam diri murid tersebut.

24