TUGASAN 2 Artikel Pgunaan Statistik

6

Click here to load reader

description

salah tafsir graf

Transcript of TUGASAN 2 Artikel Pgunaan Statistik

Page 1: TUGASAN 2 Artikel Pgunaan Statistik

PPG COHORT 1 SEMESTER 8 STATISTIK ASAS SMU 3063 KERJA KURSUS

TUGASAN 2: (Berpasangan)

ai) – Laporan statistik yang digunakan di dalam artikel.

Artikel yang telah dipilih melaporkan tentang perebutan kuasa di Lautan Hindi antara 2 negara kuasa besar di Asia iaitu China dan India. Walaupun pihak pemerintah tertinggi kedua-dua negara seringkali menunjukkan dan memaklumkan hubungan baik yang akrab antara keduanya, ramai penganalisis dan pemerhati tahu yang jauh disudut hati kedua-dua kerajaan sentiasa merancang dan mencari jalan untuk menjadi nombor satu dalam penguasaan pasaran perdagangan di Lautan Hindi terutamanya minyak. India yang sebelum ini menjadi pengemudi utama pasaran dagangan di lautan tersebut, kini mulai bimbang dengan kemasukan dagangan dari China yang semakin meningkat melalui jalan laut itu. Pelaburan dengan nilai berbillion-billion dolar dari Beijing dan projek-projek pembinaan milik China terus meningkat dan diberikan perhatian serius bukan sahaja di India malah juga Tokyo, Jepun dan Washington D.C. di Amerika Syarikat. Ramai sudah maklum tentang penguasaan China dalam pasaran dagangan di Laut China Selatan dan Timur, tetapi peningkatan secara senyap pengaruh negara tembok besar itu di Lautan Hindi yang mula mengundang kebimbangan negara-negara besar lain terutama dalam bidang tenaga.

Kapal-kapal minyak utama yang melalui Lautan Hindi pada masa ini membawa 80% minyak kepunyaan China, 65% milik India, dan 60% milik Jepun. Ini menunjukkan betapa besar dan pentingnya pengaruh Lautan Hindi terhadap kepentingan negara-negara tersebut. Sebarang penurunan atau pengurangan dalam jumlah trafik kapal dagangan minyak di lautan itu; sama ada akibat daripada hubungan diplomatik yang terjejas, kegiatan lanun, atau perang, boleh melumpuhkan ketiga-tiga negara dan mengejutkan serta memberi kesan ke seluruh dunia.

Untuk beberapa tahun kebelakangan, dalam usaha China memastikan ia terus kompetitif di Lautan Hindi, negara itu telah membina pelabuhan-pelabuhan dan membentuk sekutu baru di negara-negara perairan bermula dari Myanmar hinggalah ke Pakistan. Menurut Kanwal Sibal, bekas setiausaha luar negara India, China mahu menjadi peneraju utama di Lautan Hindi di samping India dan Amerika Syarikat. Inisiatif terbaru Presiden China, Xi Jinping, ialah laluan maritime “Jalan

AZRUL ASWAD ABU BAKAR 781116025141 PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI

Page 2: TUGASAN 2 Artikel Pgunaan Statistik

PPG COHORT 1 SEMESTER 8 STATISTIK ASAS SMU 3063 KERJA KURSUS

Sutera” yang mana melibatkan beberapa siri persetujuan yang akan menghubungkan China ke Eropah melalui jalan laut. Tetapi jika negara China menganggap Jalan Sutera sebagai sebuah visi kerjasama antarabangsa, banyak pihak dalam kerajaan India bimbang ianya cuma alat untuk menyembunyikan pengaruh Beijing yang semakin berkembang. Ia adalah pengukuhan posisi China yang lebih utuh di Lautan Hindi.

Dalam pada itu, Beijing menafikan yang pihaknya dalam usaha pencarian pengaruh di Lautan Hindi. Beijing menganggap ia merupakan satu peluang untuk mengeratkan dan menguatkan kerjasama dalam bidang pembangunan pelabuhan hinggalah ke keselamatan maritim. Menurut Wang Shaopu, pengarah pusat bagi pengajian Pan-Pacific di Universiti Shanghai Jiaotong, persaingan adalah sesuatu yang semulajadi berdasarkan kepentingan kawasan. Walaupun begitu, beliau menambah bahawa konflik sememangnya tidak dapat dielakkan.

Secara umumnya, negara-negara jiran mungkin kurang bersetuju atas faktor dagangan India yang defisit dan juga sebuah wilayah India yang didakwa China adalah miliknya. Namun mereka juga turut mengelak isu-isu yang sensitif dan mengetepikan sebarang perselisihan atas alasan untuk menumpukan pada bidang ekonomi. Kerana itu, ketegangan tersembunyi antara India dan China tetap tidak selesai.

Pegawai di India berkata beberapa hari yang lalu tentera China sekali lagi masuk ke kawasan India atas tujuan membina jalanraya. Perdana Menteri India, Narendra Modi ada memaklumkan tentang tiada persetujuan berkenaan kawasan sempadan tetapi masih positif yang hubungan kedua-dua negara penuh dengan peluang yang terbuka.

aii) Pemboleh ubah yang digunakan di dalam statistik tersebut.

AZRUL ASWAD ABU BAKAR 781116025141 PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI

Page 3: TUGASAN 2 Artikel Pgunaan Statistik

PPG COHORT 1 SEMESTER 8 STATISTIK ASAS SMU 3063 KERJA KURSUS

Pemboleh ubah yang digunakan dalam graf adalah berbentuk kuantitatif iaitu jumlah populasi penduduk di India dan juga China, luas kedua-dua negara, serta kadar perbandingan pertumbuhan dagangan dan juga nilai eksport kedua-dua negara.

Bilangan penduduk di India pada tahun 2013 ialah 1.252 billion manakala jumlah penduduk China pada tahun sama ialah 1.357 billion. Luas kawasan India adalah 2.973 juta kilometer persegi dan luas kawasan China pula 9.327 juta kilometer persegi. Data ini adalah berbentuk pembolehubah kuantitatif diskret.

Kadar pertumbuhan dagangan semasa China juga terus meningkat tinggi dari 0.19 trillion dolar pada tahun 1980 kepada 9.24 trillion dolar tahun 2013 berbanding India yang hanya mencatatkan pertumbuhan perlahan dari 0.19 trillion dolar pada 1980 ke 1.88 trillion dolar tahun 2013.

Nilai eksport China juga naik berlipat kali ganda bermula tahun 1980 hingga mencatat 2.05 trillion dolar tahun 2012 manakala India hanya mencatat 0.29 trillion dolar tahun yang sama.

Kedua-dua data di atas merupakan pembolehubah kuantitatif selanjar kerana nilainya boleh diambil antara nilai minimum dan nilai maksimum.

aiii) Sampel yang digunakan di dalam artikel tersebut.

Sampel yang digunakan di dalam artikel adalah nilai eksport bagi negara India dan China. Nilai eksport China yang kurang dari 0.5 trillion dolar pada tahun 2000 dan sebelumnya melonjak ke lebih 1.5 trillion dolar pada 2010 dan 2.05 trillion dolar pada 2012. India pula masih mencatat nilai kurang dari 0.5 trillion dolar sejak tahun 1980 hingga 2012 dengan nilai tertinggi 0.29 trillion dolar pada tahun 2012.

aiv) Populasi bagi sampel yang digunakan di dalam statistik tersebut.

AZRUL ASWAD ABU BAKAR 781116025141 PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI

Page 4: TUGASAN 2 Artikel Pgunaan Statistik

PPG COHORT 1 SEMESTER 8 STATISTIK ASAS SMU 3063 KERJA KURSUS

Populasi bagi sampel yang digunakan ialah nilai dagangan bagi negara India dan China bermula tahun 1980 hingga 2012. Walaupun ianya tidak dinyatakan secara jelas dalam artikel, tetapi sampel nilai eksport diambil dan tergolong dalam nilai dagangan bagi kedua-dua negara.

b) Bincangkan bagaimanakah penyalahtafsiran maklumat daripada graf boleh berlaku.

AZRUL ASWAD ABU BAKAR 781116025141 PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI

Page 5: TUGASAN 2 Artikel Pgunaan Statistik

PPG COHORT 1 SEMESTER 8 STATISTIK ASAS SMU 3063 KERJA KURSUS

Kepentingan mentafsir data membolehkan kita:1- Mendapat sebanyak mungkin maklumat dari jadual, graf dan gambarajah2- Melihat hubungan antara pembolehubah yang terlibat3- Membuat sesuatu rumusan.

Graf ialah bentuk grafik yang menunjukkan pertalian di antara satu variabel (pemboleh ubah) dengan variabel yang lain. Graf mempersembahkan maklumat dan data secara menarik, jelas dan tepat. Terdapat pelbagai jenis graf, contohnya graf bar mudah, graf garisan mudah, graf bar berganda, graf garisan berganda, graf gabungan dan graf majmuk.

Faktor yang mempengaruhi berlakunya penyalahtafsiran graf: Tiada pengetahuan asas dalam mentafsir data-data dalam graf Tiada kesediaan dalam Matematik dan konsep asas Matematik Kesalahan konsep Tidak dapat membuat hubung kait antara graf

AZRUL ASWAD ABU BAKAR 781116025141 PPGBI 00002 / 2011 / 1 / KI