Tugasan 4 -Hubungan Etnik

download Tugasan 4 -Hubungan Etnik

of 2

description

aska;lsdfj

Transcript of Tugasan 4 -Hubungan Etnik

Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik, tentunya tidak boleh lari daripada menghadapi cabaran hubungan etnik.Pada pandangan anda, apakah cabaran-cabaran etnik semasa di Malaysia dan beri cadangan anda bagaimana cabaran-cabaran ini dapat diatasi .CABARAN DAN PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIAMalaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa dan budaya sudah tentu tidak dapat lari dari menghadapi cabaran hubungan etnik . Pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh masyarakat Malaysia disebabkan wujudnya konflik dalam masyarakat majmuk ini. FAKTOR KONFLIK DALAM MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIAPerbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam. Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurang interaksi. Antaranya ialah perbezaan pekerjaan dan tempat tinggal, prasangka dan prejudis yang menebal dan keengganan anggota masyarakat untuk membuka dunia sosial kepada masyarakat lain. Kecenderungan untuk mengekalkan identiti masing - masing iaitu politik perkauman, dominasi sesuatu kaum dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan. Bilangan anggota masyarakat majoriti dan minoriti lebih kurang sama. Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing. Menyuarakan, menjaga serta memperjuangkan kelangsungan dan kepentingan kaum masing masing. Sukar menerima pemimpin dari kaum lain. Mengukuhkan semangat perkauman yang menebal. Pemisahan penempatan pula berlaku akibat dasar pecah perintah British. Merenggangkan hubungan dan menyukarkan interaksi. Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme. Pengasingan sistem pendidikan mewujudkan Sistem persekolahan memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda. Interaksi akan berkisar di kalangan etnik yang sama. Membentuk semangat perkauman yang mendalam dan menimbulkan prasangka. Pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi, politik dan sosial barat. Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Mudah terjadinya konflik. Setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Mereka mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan pekerjaan, memilih sahabat dan mencari teman hidup.

Dasar British yang meletakkan kaum berdasarkan pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu- satu bidang pekerjaan. Perbezaan dalam bidang ekonomi telah menimbulkan persaingan dan ketidakpuasan di kalangan etnik tertentu. Menghalang interaksi berlaku di kalangan etnik Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan ketidakseimbangan pendapatan. Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang lebih maju iaitu perniagaan dan perdagangan. Orang Melayu dalam bidang pertanian yang kurang berdaya maju dan orang India menjadi buruh di estet- estet. Semangat perkauman terus menebal.Akibat dasar pecah perintah British berlakunya pemisahan penempatan. Merenggangkan hubungan dan menyukarkan interaksi. Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme.