tugasan Edu 3106 individu

19
PENGENALAN Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu bagi Budaya dan Pembelajaran (EDU3106), yang berkaitan dengan perbincangan hujah-hujah mengenai isu dan cabaran pendidikan yang bakal dihadapi dalam tempoh sedekad akan datang iaitu dengan mengambil kira kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks bilik darjah di Malaysia. Selain itu, di dalam tugasan individu ini juga terkandung penulisan refleksi mengenai saranan tentang budaya sesebuah sekolah yang menepati konteks kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia yang harus dibaiki kelemahannya serta membuat penambahbaikan berdasarkan isu dan cabaran yang bakal dihadapi. Jadi, dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih luas iaitu mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Malah, kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Maka, secara tidak langsung setiap etnik mempunyai

Transcript of tugasan Edu 3106 individu

Page 1: tugasan Edu 3106 individu

PENGENALAN

Tugasan kerja kursus ini merupakan tugasan individu bagi Budaya dan Pembelajaran

(EDU3106), yang berkaitan dengan perbincangan hujah-hujah mengenai isu dan

cabaran pendidikan yang bakal dihadapi dalam tempoh sedekad akan datang iaitu

dengan mengambil kira kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks bilik darjah di

Malaysia. Selain itu, di dalam tugasan individu ini juga terkandung penulisan refleksi

mengenai saranan tentang budaya sesebuah sekolah yang menepati konteks

kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia yang harus dibaiki kelemahannya serta

membuat penambahbaikan berdasarkan isu dan cabaran yang bakal dihadapi.

Jadi, dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya bukan sahaja dilihat

dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang

lebih luas iaitu mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila,

undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi

oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Malah, kepelbagaian sosiobudaya sukar

untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok

masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti

terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain

yang menjadi kaum minoriti. Maka, secara tidak langsung setiap etnik mempunyai

sosiobudaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat pula menyatakan budaya dapat ditakrifkan

sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi

iaitu cara berfikir dan berkelakuan. Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem

masyarakat majmuk ini sudah tentu akan memberi kesan secara langsung kepada

perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana ketika

mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khasnya.

Oleh yang demikian, gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolahlah yang

memainkan peranan penting untuk menjayakan sistem pendidikan di Malaysia ini.

Page 2: tugasan Edu 3106 individu

ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN YANG BAKAL DIHADAPI

“DALAM TEMPOH SEDEKAD AKAN DATANG DENGAN MENGAMBIL KIRA KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KONTEKS BILIK DARJAH DI MALAYSIA”

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan kaya

dengan kepelbagaian budaya serta amalan masing-masing mengikut kaum, sudah

tentu kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk ini akan memberi

salah satu kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara

umumnya iaitu terutamanya dalam konteks bilik darjah yang melibatkan suasana ketika

mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khasnya. 

Justeru, kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks bilik darjah inilah yang akan

memberi impak tersendiri terhadap penimbulan isu dan cabaran yang bakal dan perlu

dihadapi oleh saya sendiri dalam tempoh sedekad akan datang. Jadi, sudah tentu

kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan bilik darjah meliputi

implikasi terhadap guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat. Kegagalan guru, murid

serta sekolah dalam menghadapi kepelbagaian sosialbudaya inilah yang akan

menyebabkan sistem pendidikan menjadi tidak seimbang dan iklim pembelajaran yang

berkesan kepada semua murid daripada pelbagai kaum dan latar belakang juga tidak

dapat diwujudkan.

Oleh yang demikian, mengikut norma, golongan pendidik iaitu guru merupakan

agen terpenting yang mampu membina serta membentuk kefahaman dan penghayatan

dalam diri sendiri, bangsa dan agama. Guru bertanggungjawab dalam memberikan

pendedahan awal kepada pelajar untuk belajar memahami budaya sendiri dan orang

lain. Jadi salah satu cabaran mengenai tanggungjawab inilah yang harus dipikul dan

dilaksanakan dengan amanah oleh seorang guru terutamanya saya sendiri bagi

melahirkan modal insan yang bertamadun, tahu menghargai dan menghormati budaya

orang lain dan secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada proses mencapai

perpaduan.

Page 3: tugasan Edu 3106 individu

Sesungguhnya cabaran yang lain ialah dari segi kerenah murid yang datang

dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang disampaikan sesuai

dengan gaya pembelajaran murid. Guru yang memahami pembelajaran dan perbezaan

budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud

dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan

yang terbaik dengan memahami latar belakang identiti diri mereka tidak kira dari segi

budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, gaya pembelajaran dan sebagainya.

Seterusnya, di dalam ruang lingkup bilik darjah juga, sudah tentu saya juga perlu

membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang

sesi pengajaran kerana Malaysia menggunakan kurikulum yang sama bagi semua

pelajar. Sebagai seorang guru, perkara ini perlu diketahui kerana setiap pelajar

mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-

beza.

Jadi, jangkaan haruslah bersuaian dengan kelas sosial tanpa sebarang unsur

‘bias’ atau pelabelan murid. Malah sudah tentu dalam tempoh sedekad akan datang

perkara ini turut akan menjadi isu kerana kemungkinan besar taraf sosio ekonomilah

yang menjadi jurang sistem pendidikan dan sudah tentu perkara ini menjadi cabaran

besar kepada saya sebagai guru kelak dalam menyampaikan kurikulum ini kepada

anak didik saya.

Selain itu, semua guru yang mengajar di dalam kelas haruslah menjalankan

tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Guru tidak harus membezakan

bangsa murid serta tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja. Jadi bagi

menangani isu yang mungkin timbul ini, sudah tentu saya sebagai guru akan cuba

mengelompokkan murid dari kaum dan jantina berlainan ditempatkan dalam satu

kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Jadi, sebagai

guru juga sudah tentu persepsi buruk terhadap sekelompok pelajar yang berlainan

jantina juga haruslah dikikis. Contohnya, berkaitan tentang persepsi pelajar lelaki malas

dan nakal.

Page 4: tugasan Edu 3106 individu

Guru juga digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid.

Sesungguhnya murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka

dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak pilih kasih. Jika tidak ia akan

menimbulkan isu yang kurang menyenangkan. Hukuman juga pada masa akan datang

mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana kemungkinan besar guru sendiri yang akan

dipersalahkan. Jadi cabaran yang perlu saya hadapi ialah dari segi tanggungjawab

dalam membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang

mereka dan berusaha menangani masalah-masalah yang timbul.

Manakala, isu lain yang harus ditangani pula ialah dari segi kebijaksanaan

dalam mengendalikan murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok,

berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Jadi sebagi guru, saya juga perlu

menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Namun begitu, langkah-langkah

pencegahan perlu dilakukan untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti

pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan

api perkauman dikalangan murid.

Malah, sebagai guru juga saya tidak harus menyentuh atau mempertikaikan

kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid kerana isu ini sangat sensetif. Setiap

kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama

murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Jadi yang menjadi cabaran

kepada saya pada masa akan datang sudah tentulah perlu mencari jalan dan

merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan

agama yang dianuti murid.

Selain itu, isu aspek bahasa juga harus diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Sebagai contoh, murid yang terdiri daripada pelbagai kaum pastilah berlakunya dialek

bahasa yang sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pembelajaran di dalam bilik

darjah. Jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa dialek ini haruslah

dielakkan. Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata

kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik

darjah.

Page 5: tugasan Edu 3106 individu

Di samping itu, mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam

sesuatu aktiviti pengajaran juga adalah salah satu cabaran yang dapat mengubahsuai

pengajaran mengikut kesesuaian dengan pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran

berikutnya dapat dilaksanakan secara lebih sempurna dan mempunyai

penambahbaikan. Jadi saya dapati, guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah

bagi mencapai pengurusan yang cemerlang. Antara perkara yang menjadi fokus ialah

mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif

kerja untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Demi memastikan objektif tercapai, perancangan yang rapi meletakkan

keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan,

kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan

berkomunikasi. Jadi sebagai seorang guru kemahiran mengurus dan mentadbir

haruslah dikuasai. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti kemahiran

ICT serta kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki

wawasan yang jelas.

Selain itu, kepelbagaian sosiobudaya ini turut memberi kesan terhadap murid.

Murid-murid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama

dan persekitaran. Oleh itu, isu yang mungkin timbul ialah dari segi kewujudan murid

pelbagai kaum dan sosiobudaya di dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap

murid yang berbeza daripada gaya hidup mereka. Maka, sebagai seorang guru sudah

tentu ianya memberikan cabaran dari segi pengurusan murid. Jadi murid perlu

dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan

agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan

proses pembelajaran.

Page 6: tugasan Edu 3106 individu

Penggunaan bahasa standard juga perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam

kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun

dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran

berjalan lancar. Jika tidak isu yang akan timbul ialah dari segi penggunaan laras bahasa

yang tidak betul dan bercampur aduk dalam kalangan murid. Jadi penggunaan laras

yang betul perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan

salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut

membantu murid mencapai kematangan sosial.

Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam

kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara

lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara

berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan

lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan

penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama dan hal ini akan menjadi

isu dan cabaran jika ianya tidak dikawal sejak kawal lagi, tambahan pula murid-murid

dalam tempoh sedekad ini adalah generasi yang penuh dengan cabaran kehidupan.

Banyak perkara yang akan menjadi impak secara langsung terhadap pelajar

terutamanya dalam kemelut sosial ini.

Selain itu, agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif.

Oleh hal demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses

sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya

proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Jadi kelas yang mempunyai

pelbagai kaum dan sosiobudaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain.

Untuk itu, cabarab yang dihadapi ialah dari segi perlunya aktiviti yang di rangka

berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat

kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak

langsung perpaduan antara kaum akan terjalin.

Page 7: tugasan Edu 3106 individu

Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan

masalah disiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang.

Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku

sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Jadi isu ini

perlulah ditangani dan sudah tentu memberi cabaran kepada saya untuk terus peka

terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan

murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya.

Isu seterusanya ialah berkaiatan dengan sekolah. Sistem pendidikan negara

mempunyai pelbagai jenis pilihan sekolah yang boleh diikuti oleh murid. Kepelbagaian

sosiobudaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti

sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Oleh itu, cabaran bagi sekolah ialah perlunya aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang

dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosiobudaya ini.

Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam

masyarakat. Kemungkinan besar dalam tempoh sedekad ini, perkara ini akan

diserahkan seratus peratus kepada pihak sekolah kerana ibu bapa tiada masa lagi

untuk anak-anak kerana urusan kerja yang banyak. Oleh itu, isu-isu yang timbul ini

sudah tentu perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar

sosiobudaya mereka. Murid juga harus sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut

aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan

murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang

oleh pihak sekolah.

Elemen isu yang seterusnya ialah berkaitan kurikulum yang merujuk kepada

perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi

penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada

norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi

di sekolah. Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di

kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai

kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-

kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya.

Page 8: tugasan Edu 3106 individu

Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah

sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya

dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru

mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan

sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam

persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna

terhadap amalan hidup murid

Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai

konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal

seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap

kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal

pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan

memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke

arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya

masyarakat setempat.

Kesimpulannya, segala perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan

teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan

persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan

yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan,

semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan

manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan

corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. Memandangkan

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan kaya dengan

kepelbagaian budaya serta amalan masing-masing mengikut kaum, sudah tentu

kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk ini akan memberi salah

satu kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara

umumnya.

Page 9: tugasan Edu 3106 individu

REFLEKSI

“SARANAN TENTANG BUDAYA SESEBUAH SEKOLAH YANG MENEPATI KONTEKS KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA”

Sepanjang menjalankan Kerja Kursus bagi Budaya dan Pembelajaran ini, syukur

Alhamdulillah banyak input-input dan perkara baru yang saya perolehi. Secara tidak

langsung, tugasan ini juga banyak membantu saya untuk memahami dengan lebih

mendalam lagi tentang subjek ini. Dalam pada itu, tugasan ini juga turut banyak

memberikan impak yang besar bagi saya untuk memahami dengan lebih lanjut lagi

berkenaan dengan tajuk yang berfokus kepada isu dan cabaran pendidikan yang bakal

dihadapi kelak dalam tempoh sedekad akan datang yang melibatkan kepelbagaian

sosiobudaya dalam konteks bilik darjah di Malaysia.

Malah, sudah tentu isu dan cabaran ini jelas menunjukkan bahawa gurulah

merupakan agen utama yang bertanggungjawab dalam memberikan pendedahan awal

kepada pelajar untuk belajar memahami budaya sendiri dan orang lain. Jadi inilah salah

satu cabaran yang harus dipikul dan dilaksanakan dengan amanah oleh seorang guru

terutamanya saya sendiri bagi melahirkan modal insan yang bertamadun, tahu

menghargai dan menghormati budaya orang lain dan secara tidak langsung menjadi

pemangkin kepada proses mencapai perpaduan.

Berdasarkan keseluruhan tugasan individu ini, saya berpendapat bahawa segala

isu dalam bilik darjah mengenai pendidikan dari segi kepelbagaian sosiobudaya ini

dapat diatasi dan ditangani melalui budaya yang diterapkan di sesebuah sekolah itu

sendiri. Salah satu cara untuk menangani isu ini ialah dari segi budaya sekolah

dalam sistem penyampaian pendidikan itu sendiri. Jadi dalam hal ini gurulah yang harus

berusaha  memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai

kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis isu sikap prejudis dalam

menangani kepelbagaian sosiobudaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti

dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang

interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan.

Page 10: tugasan Edu 3106 individu

Jadi cara yang pertama sekali guru seharusnya meransang intuisi murid melalui

set induksi. Ini bererti  meransang sifat ingin tahu murid dalam langkah set induksi pada

setiap permulaan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, memulakan pelajaran

dengan sesuatu yang luar biasa atau dengan rentak dan irama. Memulakan pelajaran

dengan satu set arahan atau melalui satu pengumuman, memberikan soalan

mencabar, menggunakan kiasan, atau aliran mengejutkan. Apabila murid sudah

bersedia dan mendapat gambaran tentang p&p yang bakal dijalankan, maka guru

mampu mendapatkan kerjasama yang baik daripada semua murid untuk melakukan

aktiviti seterusnya dalam proses p&p.

Selain itu, dalam penyampaian isi pelajaran, nilai-nilai murni hendaklah

diserapkan secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian dalam

proses pengajaran. Guru perlu menanamkan asas sosialisasi yang positif agar

wujudnya semangat setiakawan, penerimaan, menghormati orang lain, mematuhi

arahan dan peraturan, serta menggunakan bahasa yang baik dalam pertuturan mereka.

Menerusi penerapan nilai dalam pengajaran afektif, usaha untuk membentuk

perubahan sikap, watak, perilaku, adab sopan dan akhlak dalam kalangan murid yang

tidak digubal dalam kurikulum nyata dapat dijayakan secara berkesan oleh seseorang

guru. Hal ini sudah pasti dapat menggalakkan interaksi sosial sekali gus

menyatupadukan semua murid yang terdiri daripada berbilang kaum.

Pengukuhan menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam

buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan, ialah suatu kemahiran yang digunakan oleh

guru bagi mengubah tingkah laku murid dengan sempurna. Murid yang dapat

menunjukkan kebolehan dan pencapaian seperti yang dijangkakan perlu diberi pujian

atau bentuk-bentuk penghargaan lain. Ini dapat mendorong mereka untuk terus belajar

dan menyukai pelajaran tersebut. Tujuannya ialah untuk menarik dan mengekalkan

perhatian murid dalam satu-satu masa pengajaran. Guru hendaklah sentiasa

mengukuhkan tindak balas positif yang ditunjukkan murid agar perbuatan itu akan

terlazim dan menjadi satu kebiasaan. Peneguhan yang dilakukan hendaklah sama rata

antara murid terutama jika murid terdiri daripada berbilang kaum.

Page 11: tugasan Edu 3106 individu

Terdapat empat bentuk peneguhan yang boleh dibuat iaitu dengan galakan

secara lisan, galakan secara gerak-geri dan gerak isyarat, galakan dengan cara

menggunakan jawapan murid, dan galakan dengan cara ganjaran. Guru

bertanggungjawab menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan

antara kaum atau pembentukan kumpulan berdasarkan etnik semasa pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Penghapusan perilaku negatif seperti ini  perlu dilakukan agar

tindakan murid ini tidak sampai sehingga meniupkan api perkauman mereka. Oleh itu,

kemahiran pengukuhan, penghapusan, dan pelaziman dalam p&p sangat penting untuk

memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid sekolah rendah.

Motivasi juga boleh dijalankan oleh pihak sekolah atau guru itu sendiri bertujuan

merangsangkan minat murid kearah bahan, isi pelajaran, dan pengajaran guru. Oleh

yang demikian, guru perlu berusaha kuat untuk mempelbagaikan elemen-elemen

motivasi. Bagi memastikan murid mengekalkan perhatian mereka sepanjang p&p,

beberapa komponen penting motivasi yang perlu dititikberatkan iaitu daya penampilan

guru, pergerakan guru dan intonasi suara, alihan arah deria serta melibatkan murid.

Kesemua komponen ini perlu ada dalam diri guru kerana murid sentiasa memerhatikan

tindakan semasa p&p. Komponen seperti alihan arah deria dan melibatkan murid juga

perlu dikuasai guru agar murid tidak hilang fokus dan lebih aktif semasa p&p

berlangsung sekali gus termotivasi. Jadi secara tidak langsung isu berkaitan

penggunaan bahasa juga dapat diatasi disamping tingkahlaku murid-murid.

Pemilihan sumber seperti penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) juga

berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murid,

murid dengan guru, dan murid dengan murid. BBM mampu memudahkan murid

membentuk konsep dengan betul dan menerima pejaran dengan cepat. Dalam konteks

kesesuaiannya, seseorang guru perlu memastikan sesuatu BBM yang dipilih sesuai

dengan tajuk serta sasaran murid yang bakal diajari. Bagi bilik darjah yang dihuni oleh

berbilang kaum, seseorang guru perlu memastikan BBM yang digunakan sesuai untuk

semua kaum dan budaya yakni tidak menimbulkan resis kepada mana-mana murid. Hal

ini sangat penting agar murid tidak berasa ditindas.Hal demikian kerana mungkin dapat

mendatangkan implikasi negatif kepada individu murid.

Page 12: tugasan Edu 3106 individu

Begitu juga dengan penggunaan contoh-contoh untuk pemahaman murid. Guru

digalakkan menggunakan contoh yang kokrit, praktis dan berkesan. Contoh-contoh

yang boleh mendatangkan isu perkauman dalam sesebuah bilik darjah perlu dielakkan

penggunaannya agar murid tidak mendapat tanggapan salah terhadap budaya lain.

Manakala melalui penilaian, guru dapat menentukan sama ada berjaya atau tidak

muridnya menyerap maklumat yang disampaiakan. Memandangkan pengajaran

kurikulum tersirat tidak dapat dijui melalui ujian kertas dan pensil, maka pemerhatian

dapat dianggap teknik yang bertepatan bagi mengukur keupayaan, kemahiran serta

perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid.

Seseorang guru perlu mencatat kemajuan dan kelemahan setiap individu murid

untuk membuat pengubahsuaian bagi p&p seterusnya. Sekiranya seseorang guru

mendapati p&p yang dijalankan tidak mencapai objektif yang sepatutunya, pentaksiran

perlu dilakukan serta tindakan susulan perlu diambil. Penerapan nilai-nilai murni dalam

diri setiap murid perlu dinilai dan direkodkan agar guru dapat melihat perkembangan

afektif muridnya dan boleh melakukan sesuatu untuk menggalakkan perubahan ke arah

kebaikkan sekali gus dapat membentuk kendiri murid yang positif.

Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan

tersebut selain daripada sekolah. Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah

salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan

perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum,

jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan

samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan

dan perpaduan di kalangan murid.

Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan

murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara

satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila

murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal

persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi yang hormat dan

bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan

integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia

akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.

Page 13: tugasan Edu 3106 individu

Tuntasnya, usaha berterusan yang dijalan oleh pihak sekolah di atas akan

berjaya sekiranya semua pihak sama ada guru itu sendiri bekerjasama dalam

menangani isu dan cabaran yang bakal dihadapi. Sejajar dengan matlamat Negara

yang ingin tampil sebagai sebuah Negara maju menjelang 2020, maka perkembangan

dan kemajuan sistem pendidikan hendaklah seimbang dan tidak ada seorang warga

Negara pun yang tercicir atau ketinggalan terutama dalam arus pembangunan Negara.

Ini adalah penting kerana setiap masyarakat merupakan golongan yang sangat

bekerpentingan dalam kewujudan Negara Malaysia, maka keperluan dan kehendak

mereka dalam pendidikan haruslah tidak boleh diabaikan atau di pandang ringan

sahaja. Ini adalah menjadi satu tugas yang perlu digalas oleh warga pendidik dengan

jayanya dalam memahami perbezaan corak budaya, etnik atau bangsa seseorang

murid itu di dalam bilik darjah. Ini adalah penting dalam memastikan kesinambungan

pengajaran yang berkesan dapat dikekalkan dengan baik dan saksama demi

melahirkan seorang individu yang seimbang, selaras dengan matlamat dasar

Pendidikan Kebangsaan.

Page 14: tugasan Edu 3106 individu

RUMUSAN

Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran

banyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan kepada setiap pelajar dan sudah tentu menarik kesungguhan serta

usaha untuk mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai.

Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar

mampu memberi pulangan yang cukup baik kepada semua pelajar tanpa mengira

kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, ia dapat

meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan

menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan

hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata. Jadi jelaslah bahawa dalam

konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari

ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih

besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina, saiz

badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula

mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau

mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya

kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina , bakat dan minat. Kepelbagaian

sosiobudaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan

murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan jelaslah bahawa dalam

menguruskan sebuah kelas yang mempunyai pelbagai etnik murid adalah amat

mencabar kewibawaan seorang guru.Tuntasnya, tanggungjawab seorang guru bukan

sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi turut

mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar

terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana realitinya, kini

pelajar yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar belakang

yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti,

bahasa, status ekonomi keluarga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal,

tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat

pelajar untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

Page 15: tugasan Edu 3106 individu