Tugasan en Hazman
-
Upload
mohd-faizal-ahmad -
Category
Documents
-
view
384 -
download
1
Transcript of Tugasan en Hazman
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN, SASTERA DAN SAINS SOSIAL
HBEM 1103: TEORI DAN ASAS PENTADBIRAN PENDIDIKAN
SEMESTER: SEPTEMBER 2010
NAMA PELAJAR : FARHANA BINTI JA’AFAR
PPU : BATU PAHAT LEARNING CENTRE
NO. MATRIKS : 790529015106001
SEMESTER : SEPTEMBER 2010
PROGRAM : BEEA
NAMA TUTOR : MR. AZMAN BIN KHAMBALI
PENDAHULUAN
POLITIK ORGANISASI Berkait rapat dengan konsep kuasa, autoriti dan pengaruh POLITIK
ORGANISASI juga timbul disebabkan perubahan dalam aspek tingkah laku di kalangan ahli
organisasi. Pemimpin dipilih melalui kelayakan yang dimiliki dalam organisasi Secara tidak
langsung, perubahan tingkah laku boleh mencetuskan konflik yang berbentuk Interpersonal dan
Inter-kelompok. Fenomena ini memberi gambaran mengenai keadaan politik dalam sesebuah
organisasi. Persepsi Mengenai Politik secara umum pula adalah politik dicemari dengan
pelbagai aktiviti seperti penindasan, tingkah laku tidak sihat sebilangan individu, persaingan
mengejar kuasa, pengaruh dan kedudukan, ketidakadilan. Fenomena seperti ini juga berlaku
dalam politik organisasi.
DEFINISI POLITIK ORGANISASI adalah proses hubungan antara kuasa dan pengaruh
membabitkan individu-individu dan kelompok-kelompok tertentu sama ada di peringkat
dalaman atau luaran persekitaran organisasi (Eran Vigoda,1998). Selain itu, menurut beliau -
merujuk kepada pengaruh aktiviti-aktiviti dan taktik-taktik yang dilakukan oleh ahli-ahli
organisasi dalam usaha untuk memenuhi dan mencapai kepentingan dan matlamat mereka di
tempat kerja (Eran Vidoga,1998). KEPERLUAN POLITIK ORGANISASI adalah untuk
menyelesaikan konflik organisasi, manakala, peranan sistem dalam organisasi adalah untuk
membentuk, mengatur peraturan di samping mengekalkan bentuk arahan di kalangan ahli
organisasi POLITIK ORGANISASI juga adalah proses membuat keputusan dalam organisasi juga
merupakan proses politik. Ini kerana aktor dalam organisasi (pegawai dan kakitangan) cuba
untuk memuaskan bukan sahaja matlamat organisasi tetapi kepentingan diri mereka. Tingkah
laku politik merupakan pengaruh yang bukan bersifat rasional dalam membuat keputusan.
Pengurusan politik organisasi mengutamakan kemahiran pengurus. Pengurusan politik
organisasi yang berkesan boleh mewujudkan situasi menang-menang ( win-win situation )
tanpa melanggar etika profesional dan personal
BIODATA GURU
Cikgu A. B. Sidek bin Hj. A. Bakar
Gelaran : Encik
Tempat Lahir Kg. Bukit Darat, Tg. Kling, Melaka
Tarikh Lahir 16.10.1953
Nama Ibu: Hjh. Zaleha binti Hj. Mohd. Said
Nama Bapa: Hj. Abu Bakar bin Yaacob
Tempat Asal Ibu: Kg. Bukit Darat, Tg. Kling, Melaka.
Tempat Asal Bapa: Kg. Tempoyang, Kuala Lipis, Pahang
Pengalaman Mengajar 1. S.M. Tumpat, Kelantan: 1.1.75 - 31.12.78 4 Tahun
2. S.M.K. Gombak Setia, Selangor : 1.1.79 - 31.12.80 2 Tahun
3. S.M.K. Semenyih, Selangor : 1.1.81 - 30.11.89 9 Tahun
4. S.M.K. Convent, Kajang, Selangor : 1.12.89 -
30.4.922 1/2 Tahun
5. P.P.D Hulu Langat, Selangor : 1.5.92 - 30.6.99 7 Tahun
6. S.K. Jalan Enam, B. B. Bangi, Selangor 1.7.99 -
15.11.996 Bulan
7. S.K. Tangga Batu, Melaka : 16.11.99 - 15.3.01 1 Tahun 4 Bulan
8. S.K. Seri Intan, Kluang, Johor : 16.3.01 sehingga
sekarang
BIODATA GURU
Cikgu Suhaimi bin Ismail
NAMA : Suhaimi b. Ismail
JAWATAN : Guru Penolong GRED JAWATAN : PPPLD DGA32
SUBJEK DIAJAR : Bahasa Melayu
TARIKH & TEMPAT LAHIR : 09/12/1976 di Melor, Kota Bharu
ALAMAT RUMAH : Perumahan Seri Kulim, Melor, Kota Bharu
ISTERI & PEKERJAAN : Noni bt. Mohd. Nawawi (Suri Rumah)
ANAK : 1. Mohamad Adib Afhan (4)
INSTITUSI AKADEMIK : 1. SK Tegayong, Kota Bharu 2. SMU (A) Azhariah, Melor
INSTITUSI IKHTISAS : MP Temenggung Ibrahim, Johor Bahru
TARIKH MULA MENGAJAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INTAN : 05/07/2005
SEKOLAH YANG PERNAH DIAJAR : 1. SK Seri Intan
HOBI : Melancong, Badminton , Scuba Diving
GURU BERPENGALAMAN LAMA (GURU PROFIL A)
Guru Lama di sesebuah sekolah, ataupun "Guru Veteran" mungkin ini istilah yang lebih
sesuai untuk guru yang dimaksudkan ini. Bukanlah bertujuan untuk memperlekehkan Guru
Veteran tersebut, tetapi hanya sekadar ingin menasihati mereka demi matlamat melahirkan
modal insan yang berkualiti akan tercapai. "Pengalaman Mendewasakan Kita dan
Mematangkan Fikiran" itu memang benar. Guru yang berpengalaman dapat memberikan input
pendidikan yang lebih baik untuk pelajar sekolah, namun ada juga perkara yang mereka perlu
perbaiki. Sokongan organisasi (Perceived Organizational Support) menurut Eisenberger,
Huntington, Hutchison dan Sowa (1986) ialah kepercayaan seseorang guru dari segi sumbangan
dan kebajikan yang diharapkan atau diterima daripada majikan (pengetua) atau organisasinya.
Empat bentuk sokongan organisasi yang sering ditunjukkan oleh pengurus (pengetua) dalam
organisasi adalah dalam bentuk keadilan (fairness), sokongan (support), ganjaran organisasi
(organizational rewards) dan keadaan kerja (job condition). Tahap sokongan organisasi yang
diberikan oleh pengurus (pengetua) kepada warga guru secara relatifnya mempunyai pengaruh
langsung ke atas gelagat individu dan kumpulan guru dalam sesebuah sekolah (organisasi) itu
dari segi motivasi, sikap dan prestasinya (Arif Hassan, 2002). Hasilnya warga guru akan
menunjukkan komitmen berterusan yang tinggi terhadap organisasinya (desire to remain),
meningkatkan prestasi kerja, dan menunjukkan penglibatan tinggi dalam sesuatu tugasan ( job
involvement). Kebelakangan ini teori kepimpinan neo karismatik telah muncul sebagai pilihan
pengkaji dalam usaha memperbaiki keupayaan memahami keberkesanan kepimpinan. Fokus
pendekatan ini ialah untuk mengenal pasti dan menilai gaya perlakuan kepimpinan yang
dikatakan mampu mempengaruhi nilai, sikap, persepsi peranan dan prestasi kerja seseorang
kakitangan. Satu daripada genre Abdul Ghani Abdullah kepimpinan yang tergolong dalam teori
kepimpinan neo karismatik menurut Yukl (1999) ialah gaya kepimpinan transformasi. Menurut
Bass (1997), teori ini memberi kefahaman tentang cara seseorang pemimpin boleh
mempengaruhi pengikutnya dalam sebarang situasi untuk melakukan pengorbanan diri,
komited terhadap matlamat organisasi dan mencapai prestasi melampaui sasaran. Kesan gaya
kepimpinan transformasi ke atas variabel criterion merentasi pelbagai konteks adalah amat
meyakinkan. Sebagai contoh, dalam konteks pendidikan, Leithwood, Tomlinson, dan Genge
(1997) mendapati gaya kepimpinan transformasi pengetua mempunyai kesan yang positif ke
atas kepuasan kerja, komitmen terhadap organisasi dan prestasi kerja guru.
GURU BARU (GURU PROFIL B)
Beliau tidak merancang untuk menjadi seorang guru kerana pada masa itu (walau sudah
ada bimbingan dan panduan kerjaya di sekolah-sekolah) beliau tidaklah begitu mengetahui
peluang-peluang pekerjaan sebaik saja tamat dari persekolahan peringkat menengah dalam
tahun 1975. Namun begitu saya kira beliau bernasib baik juga kerana tempoh menganggur
beliau tidak lama. Setahun selepas tamat persekolahan beliau di terima mengikuti Program
Latihan Guru. Maka berlepaslah beliau bagi mengikuti kursus perguruan dalam bidang yang
dipilih. Guru Sebagai Pemimpin memperkenalkan standard baru dalam kepimpinan sekolah.
Pendekatan di dalam buku ini mencabar konsep tradisi kepimpinan yang hanya berpusatkan
pengetua sekolah. Penulis meneroka dan mencipta ruang peralihan tanggungjawab daripada
konsep kepimpinan seorang kepada kepimpinan berkumpulan. Selari dengan kemunculan
pendekatan kepimpinan transformasi, minat pengkaji terhadap model 'Penggantian
Kepimpinan' (Substitute for Leadership) bertambah ekoran kurangnya keupayaan kepimpinan
transformasi memperoleh jumlah variasi yang banyak dalam menerangkan perhubungannya
dengan variabel kriteria dengan kehadiran variabel moderator. Premis utama pendekatan
penggantian kepimpinan ini bukanlah berdasarkan pengamalan gaya kepimpinan seseorang,
tetapi cara pemimpin itu mengenal pasti variabel di persekitaran kerja yang mungkin
mengganti, me neutral atau menambah kesan pengaruh gaya kepemimpinan seseorang tetapi
cara ia memanipulasi dan memperkasakan variabel persekitaran tersebut demi kepentingan
organisasi. Oleh yang demikian, keberkesanan kepemimpinan seseorang bukan sahaja boleh di
per tingkatkan dan diperbaiki tetapi juga boleh diubahsuai mengikut situasi. Kerr dan Jermier
(1978) telah mengenal pasti 13 variabel penggantian kepimpinan dalam persekitaran kerja yang
terdiri daripada ciri-ciri individu, tugasan dan organisasi. Dalam konteks pendidikan, Brandt
(1992), Sergiovanni (1992), Pitner dan Charters (1988), Freeston (1987), dan Pitner (1986) telah
mengkaji peranan variabel penggantian kepimpinan dalam situasi pekerjaan seharian seseorang
pengetua. Dapatan yang diperoleh daripada kajian tersebut adalah konsisten dengan andaian Kerr
dan Jermier (1978) bahawa variabel penggantian kepimpinan turut mempunyai kesan langsung
ke atas outcomes guru melalui interaksinya dengan gaya kepimpinan. Dengan perkataan lain,
variabel penggantian kepimpinan mampu bertindak sebagai moderator terhadap perhubungan
antara gaya kepimpinan dengan outcomes guru.
PERBEZAAN DAN PERSAMAAN DI ANTARA GURU PROFIL A DAN GURU PROFIL B DARI ASPEK
KUASA DAN POLITIK DI SEKOLAH
Mereka adalah manusia yang BERPENGARUH. Setiap manusia ada pengaruh. Pengaruh itu
bermaksud, dirinya berhubung dengan seseorang dan hubungan itu memberi bekas. Ada yang
memberi pengaruh positif, ada yang memberi pengaruh negatif. Tetapi jika kita mahu
perlakuan dan perkataan kita memberi impak kepada orang lain, ia mesti datang dengan
pengaruh. Soal PENGARUH inilah yang sukar untuk dilihat kepentingannya oleh kita, dalam
konteks kehidupan yang luas ini.
KEPIMPINAN DAN PENGARUH
Saya pinjam huraian yang dibuat oleh John C. Maxwell di dalam bukunya Becoming A Person of
Influence. Apa yang dipaparkan ini adalah berkaitan dengan soal kepimpinan. Kepimpinan
adalah salah satu cara mengaplikasikan pengaruh.
Kepimpinan yang paling lemah, adalah kepimpinan yang bergantung kepada kuasa dan jawatan.
Ada kedudukan, ada jawatan baru boleh memimpin. Ini adalah pemimpin yang paling lemah.
Seorang pemimpin yang seperti ini sentiasa berada di dalam keadaan tidak tenteram dan tidak
selamat. Beliau akan menggunakan sepenuh keupayaan yang ada untuk mempertahankan
kedudukannya, lebih daripada usaha membangunkan dirinya sebagai seorang pemimpin.
Kepimpinan yang bergantung kepada jawatan dan kedudukan ini, boleh melanda kepimpinan
muda kepimpinan di sekolah, sampailah kepada kepimpinan di sebuah kerajaan dan negara.
KEPIMPINAN DI SEKOLAH
Kalau di sekolah, andai kata pelajar dilatih memimpin hanya dengan jawatan, mereka
akan hanya mampu memimpin andai kata diberikan kuasa, jawatan dan kedudukan. Apabila
mereka ini dilepaskan ke tempat yang memerlukan mereka untuk bangun sendiri, memimpin
persekitaran dan membentuk pergerakan, mereka gagal. Ini adalah di antara punca mengapa
ada pelajar yang cemerlang dalam kepimpinan di sekolahnya, apabila masuk ke universiti, gagal
berperanan. Pelajar sekolah agama yang disegani (sebenarnya mungkin digeruni kerana
kuasanya), mungkin gagal berbuat apa-apa, jika dia menyambung pengajian ke sebuah
universiti yang tiada persatuan Islam, tiada platform, dan tiada siapa yang membekalkan kuasa.
Jika ke Mesir yang ada persatuan seperti PMRAM, mungkin kelangsungan kepimpinan boleh
diteruskan. Bagaimana pula jika pelajar ini dihantar ke bandar-bandar terpencil di Kiev Ukraine,
Moscow, Wellington, atau Durham dan Swansea? Ini antara analisa saya terhadap kegagalan
sesetengah pelajar sekolah agama berperanan di kampus-kampus negara Barat. Apabila latar
belakang mereka diselidik, mereka datang dari sekolah-sekolah agama yang bagus, malah
mereka adalah di antara pemimpin pelajar yang terkenal semasa di sekolah. Tetapi kenapa
gagal berperanan semasa di kampus? Bukan sahaja gagal memimpin, malah ramai juga yang
‘pencen awal’ dari identiti agama. Antara faktor yang saya kenal pasti, adalah pendekatan
Tarbiah mereka semasa di sekolah. Badan-badan agama yang diberikan autoriti oleh pihak
sekolah, atau diwarisi turun temurun, berperanan sebagai ‘cemeti’ melaksanakan dakwah di
sekolah. Tetapi jika kepimpinan terlalu bergantung kepada kuasa dan kedudukan, mereka gagal
memimpin di dalam dunia sebenar, yang melihat aspek yang lebih penting iaitu PENGARUH!
Malah, di kampus juga, kekalahan kumpulan dakwah akan melenyapkan figura-figura nya
daripada terus berfungsi di dalam masyarakat, kerana kebergantungan mereka kepada kuasa
untuk melaksanakan dakwah. Mereka terlupa kaedah membangunkan Islam, berbekalkan
pengaruh dan kualiti diri, yang wujud pada diri Muhammad SAW tatkala baginda belum
menjadi Rasul di Mekah. Hal yang sama dapat diaplikasikan di dalam sebuah organisasi
perniagaan. Amat rumit jika ketua sebuah jabatan, adalah seorang yang hanya ada jawatan dan
kedudukan tetapi tiada pengaruh. Beliau akan memaksa jawatan dan kedudukannya disedari
oleh pekerja, dari semasa ke semasa, demi memastikan arahannya berjaya dipatuhi. Tetapi di
dalam mesyuarat, kata-katanya bukanlah yang membentuk keputusan. Mungkin dengan
kuasanya keputusan boleh dipaksakan ke atas mesyuarat, namun ia tidak menyerap ke hati dan
persetujuan ahli. Tiada kesungguhan anak buah untuk melaksanakan arahan, kerana arahan itu
datang dengan paksaan, tanpa penerimaan. Itulah impak kuasa tanpa pengaruh!
PERINGKAT KEPIMPINAN
Kepimpinan lazim bermula dengan kedudukan dan jawatan (POSITION). Jawatan dan kuasa,
adalah lesen yang memudahkan laluan seseorang berperanan. Akan tetapi, lesen itu hanya
pengiktirafan kepada kualiti asasnya sebagai ketua dan pemimpin. Justeru ia mestilah
ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Apabila seorang ketua berjaya memperlihatkan bibit-
bibit kewibawaan pada dirinya, maka pengikut akan mula membenarkan diri mereka dipimpin
dan diterajui oleh ketua tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan tahap PERMISSION. Di sini,
mungkin pengikut akan membenarkan seorang ketua melaksanakan lebih dari skop kerjanya
semata-mata. Pengikutnya akan bertanya lebih dari soal kerja, meminta pandangan tentang
satu dua masalah peribadi, dan membolehkan kumpulan atau organisasi tersebut maju setahap
lagi ke peringkat PRODUCTION. Kerjasama yang meningkat di antara seorang pemimpin dengan
mereka yang dipimpin, akan membolehkan mereka bertenaga. Dengan cara ini, hasil kerja
mereka akan jadi lebih PRODUKTIF. Dalam suasana yang seperti ini, seorang pemimpin itu
mungkin selesa bekerja dengan pengikutnya. Tetapi kehilangannya mungkin tidaklah begitu
dirasakan. Mengeluh sehari, dan cepat mencari pengganti. Mungkin ramai ADUN yang
menerima nasib begini. Kubur masih merah, orang dah berpesta mencari pengganti.
Tetapi jika seorang pemimpin yang sudah elok bergaul dengan pengikutnya, berjaya
memberikan impak dan mengubah kehidupan pengikutnya kepada yang lebih baik, maka
kepimpinannya sudah naik ke tahap yang keempat iaitu PEOPLE DEVELOPMENT. Pemimpin di
tahap ini akan membantu pengikutnya membangunkan potensi diri. Akan tetapi, seorang
pemimpin yang benar-benar cemerlang adalah pemimpin yang berjaya sampai ke peringkat
kelima. Kepimpinannya bukan hanya memberikan kesan kepada soal taraf kehidupan pengikut,
atau kejayaan karier mereka, malah berjaya membentuk pengikutnya menjadi insan yang
cemerlang, hasil pengaruh dirinya sendiri ke atas mereka yang dipimpin (PERSONHOOD). Ia
sukar untuk dicapai, kecuali selepas seseorang itu menghabiskan seluruh umurnya untuk
membangunkan manusia mencapai potensi terbaik mereka. Inilah ukuran yang mendorong
Michael H. Hart meletakkan Nabi Muhammad S.A.W di tempat pertama dalam senarai 100
orang paling berpengaruh dalam sejarah manusia, mengalahkan Isaac Newton dan Jesus Christ
sendiri. Bukunya The 100: A Ranking Of The Most Influential Persons In History,
memperkatakan soal PENGARUH, dan faktor inilah yang menjadikan kehidupan seseorang itu
sangat signifikan kepada manusia yang lain. Baginda S.A.W. adalah insan yang berpengaruh,
sebelum baginda diberi Kenabian, sebelum beroleh kuasa dan kerajaan. Pengaruh baginda
S.A.W. adalah pada kualiti dirinya. Kualiti Al-Amin, kualiti integriti dan kualiti kompetensi.
SIRAH PENGARUH DAN KUASA
Lihat sahaja sirah Baginda SAW semasa di Mekah. Ketika kabilah-kabilah Arab berbalah tentang
kelayakan untuk meletakkan kembali Hajar al-Aswad ke Kaabah, mereka akhirnya mencari
seorang anak muda yang tidak berjawatan KETUA PEMUDA, tetapi PEMUDA yang berkualiti
KETUA, iaitu Muhammad SAW. Biar pun tanpa jawatan dan kedudukan, pengaruh Baginda
sudah sedia terserlah, dek kualiti yang ada pada dirinya. Malah Muhammad SAW yang tidak
berjawatan itu, menggelisahkan seluruh pembesar Mekah yang ada jawatan dan kuasa.
Kepimpinan dengan pengaruh hasil kualiti, mengancam seluruh jawatan dan kuasa yang cuba
dipertahankan tanpa kualiti kepimpinan. Kerana itu, Madinah terus memacu kejayaan, apabila
kepimpinan Rasulullah SAW yang berteraskan pengaruh itu, dilengkapkan dengan kuasa dan
kedudukan! Untuk memimpin dengan pengaruh, seseorang itu akan menumpukan perhatian
kepada membangunkan kualiti dirinya sebagai aset terbesar dalam kepimpinannya. Dia akan
terus menjadi pusat, sama ada dengan jawatan, atau tanpa jawatan. Jatuh naiknya kepimpinan
beliau tidak bergantung pada kemenangan pertandingan dan kekuatan lobi orang lain untuk
dirinya. Pengaruh bukanlah sesuatu yang dicari. Apabila kualiti diri dibangunkan, pengaruh
datang sendiri.
“PENGARUH BUKANLAH SESUATU YANG DICARI. APABILA KUALITI DIRI DIBANGUNKAN,
PENGARUH DATANG SENDIRI”
Ciri-ciri inilah yang mesti dibangunkan oleh setiap kita sebagai seorang individu Muslim yang
cemerlang.
PENGARUH IBU BAPA
Tentu sahaja malang bagi seorang ibu atau bapa, jika beliau memimpin keluarga tanpa
pengaruh. Saingan terbesar bagi pengaruh seorang ibu dan bapa terhadap anak-anak adalah
kawan-kawan mereka. Kawan-kawan anak yang memberikan lebih banyak masa berbanding ibu
bapa kepada si anak. Kawan-kawan lebih banyak berhubung dengan anak-anak berbanding ibu
bapa. Ibu bapa mesti berfikir bagaimanakah caranya untuk diri mereka terus berpengaruh
dalam kehidupan anak-anak, khususnya remaja? Dalam suasana kehidupan hari ini, herdik dan
takut menakutkan, bukan lagi senjata yang berkesan untuk ibu bapa mengawal anak-anak.
Apatah lagi jika sikit-sikit mengugut “anak derhaka”! “Aku ni ayah kamu. Kamu kena dengar
cakap aku!”, kata-kata ini adalah biasa. Namun jika sering diulang, ia petanda bagi kepimpinan
yang lemah oleh seorang ayah. Beliau memerlukan ‘jawatan’ dan ‘kuasa’ nya sebagai seorang
bapa, disebut-sebut agar si anak boleh mematuhi arahan. Keadaan akan menjadi lebih buruk
jika kuasa itu didesak-desak dalam keadaan si ayah tiada kualiti yang boleh menyerlahkan
pengaruh kepada anak, justeru tiada rasa hormat yang dapat diterbitkan. Anda boleh memilih…
mahu menjadi ayah yang berkuasa, atau ayah yang berpengaruh. Jika mahu menjadi ayah yang
berkuasa, teruskan lah mempromosikan kuasa anda itu. Tetapi jika anda mahu menjadi ayah
yang berpengaruh, teruskan lah berusaha membangunkan potensi diri, kerana pengaruh itu
terbit dari kualiti dan kelayakan!
PENGARUH DAN PENDAKWAH
Tetapi soal pengaruh di sini, paling penting untuk difikirkan oleh para pendakwah. Apakah anda
bergantung kepada status, gelaran dan jawatan, institusi dan aliran untuk mengawal
masyarakat? Jika anda malas membina pengaruh, meningkatkan kualiti diri, dan berhubung
dengan manusia pada akal dan hati mereka, maka adalah pemimpin yang paling lemah.
.
Calvin Coolidge (1872 -1933)
Saya tertarik dengan kisah bagaimana seorang tetamu telah bermalam di White House di
zaman Presiden Calvin Coolidge (1872 – 1933). Semasa bersarapan pagi, tetamu tersebut tidak
menjamah makanan sehinggalah ia dimulakan oleh Presiden. Beliau memerhatikan terlebih
dahulu bagaimanakah Coolidge bersarapan supaya dapat menonjolkan imej yang baik sesuai
dengan gaya Presiden. Mula-mula cawan Presiden diisi dengan kopi. Beliau kemudiannya
menuangkan sedikit daripada kopi itu ke dalam piring. Kopi di dalam piring itu dicampur dengan
sedikit gula dan krim. Oleh kerana tetamu tadi tidak mahu melanggar apa-apa etika, beliau
melakukan perkara yang sama. Selepas selesai membancuh kopi di dalam piring beliau menanti
apakah tindakan Presiden berikutnya. Alangkah terkejut dan tergamam nya beliau apabila
Presiden Calvin Coolidge telah meletakkan piring itu di atas lantai untuk dijamah oleh si kucing!
Tiada keterangan yang menjelaskan apakah yang dilakukan seterusnya oleh tetamu tersebut.
Mereka yang berpengaruh, mereka itulah yang menguasai. Mereka yang berkuasa, belum tentu
berjaya mempengaruhi.
Rumusan
Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat
dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh
hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir
Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan
pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia.
Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disiplin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan
mampu memainkan peranan dalam masyarakat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik
dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri
Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia). Dr Ismail
Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk ‘Pendidikan Bertaraf Dunia Ke arah Pembestarian
Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran” menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai
wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu
bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi
sebagai institut perkembangan ilmu. CIRI-CIRI GURU BERKUALITI yang terdapat di dalam Kamus
Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure, tanda) yang khusus pada sesuatu atau
membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai
memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan
kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat
perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan
pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan
pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah , Bertindak sebagai penyebar ilmu. Menurut Ragbir
Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran
daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat
amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan
mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-
muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap
konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu
kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era
transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara
kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.
Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model Nilai merupakan kriteria penting bagi
mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-
murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai
yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya
mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-
murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai
murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa
pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para
pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi
yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah. Bertindak Sebagai Pengamal
Budaya Ilmu Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan
ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada
jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam
jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti
membaca, berfikir, memerhati, berkarya, sumbang saran, dan bertukar fikiran serta mencari
pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru akan
memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah
kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi
kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar
mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu
matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi
yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan
pendidikan seumur hidup. Mengamalkan kemahiran profesional. Guru merupakan tenaga
ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid
di sekolah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang
tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan,
berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang
bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah
kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya
fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan
mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan
pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin
Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia).
Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan. Craft (2002)
menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka
terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.. Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti
perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan
dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru
hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk
memperoleh maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini
di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik
darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan
pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet,
database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007).
Mengamalkan pengajaran efektif Mak Soon Sang (2007) mengenal pasti ciri-ciri pengajaran
efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. Perancangan pengajaran
Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada
perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu,
mengenal pasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang
diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan
menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah
selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga mahir dalam penggunaan kaedah dan
teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana
pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran
serta pencapaian objektifnya secara optimum. Pelaksanaan pengajaran Mok Soon Sang (2002),
mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan
pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya,
menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar
dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat
penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam
pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.
Penilaian pengajaran, Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah
Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk
mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif
pengajaran dan pembelajaran. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya
pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap
perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh
memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.
KESIMPULAN
Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam
merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang
lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah
bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,
mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan
mengamalkan kemahiran profesional mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi
kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran
teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan
urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad
bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak
manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.
Sering kali kita mendengar di sana-sini orang memperkatakan tentang politik. Tidak kira
pelbagai peringkat penutur dan pelbagai pandangan mengenai pengertiannya. Ahli politik
memperkatakan tentang makna politik bagi mereka, sementara pihak yang lain pula
mengujarkan tentang kuasa politik yang disalah guna oleh sesetengah pihak. Para guru sedang
aktif dalam politik negara, sedangkan pelajarnya leka berpolitik dengan rakan di luar sekolah.
Sang bapa sibuk berpolitik di luar rumah, sedangkan si ibu sedang asyik berpolitik dengan jiran
tetangga. Lihatlah betapa besarnya pengaruh politik ini dalam kehidupan kita. Setiap orang
memang tidak dapat lari daripadanya.
Walau bagaimanapun saya bukanlah hendak menghuraikan panjang lebar tentang
politik negara. Apatah lagi untuk mencampuri bidang tersebut. Bukan kerana tidak berminat
atau menyerahkan bulat-bulat kepada orang tertentu untuk menguruskannya, tetapi hanya
belum sampai masanya saya terlibat dalam arena tersebut. Ini kerana masih banyak selok-belok
politik yang belum saya ketahui. Bahkan politik di rumah dan di tempat kerja juga perlu saya
uruskan. Justeru, saya hanya ingin berkongsi bidang politik ini dengan mereka yang seangkatan
dengan saya, iaitu kuasa dan politik dalam pendidikan.
Dalam bidang pendidikan, khususnya sesebuah sekolah, kuasa adalah milik pentadbir
dan guru-guru kanan dalam hierarki pentadbiran. Pihak pengurusan sekolah mempunyai
sumber kuasa dalam hal tertentu yang menyebabkan arahan dan dominasi politik mereka
dipatuhi. Dominasi politik dalam konteks ini adalah berupa kuasa yang mempengaruhi
seseorang dalam membuat keputusan, menentukan budaya pengurusan dan komunikasi dalam
organisasi. Dalam hal ini, kuasa dan politik dalam pendidikan amat penting dalam membuat
keputusan, aktiviti, sistem dan iklim sekolah berkenaan. Kuasa dan politik dapat mendominasi
kan sistem dan peraturan sesebuah sekolah yang akan pemangkin kelancaran pengurusan
sesebuah sekolah. Bahkan ia juga menjadi penentu aras dalam menentukan sama ada berkesan
atau tidak pengurusan di sekolah berkenaan. Secara analogi nya, sebuah sekolah yang berkesan
adalah disebabkan amalan kuasa dan politik yang positif dan sebaliknya sekolah yang kurang
atau tidak berkesan pula adalah disebabkan amalan kuasa dan politik yang negatif oleh
pentadbirnya.
Kuasa dan politik dalam pentadbiran sekolah adalah merangkumi kuasa dan autoriti
pihak pengurusan yang mencakupi sumber kuasa mereka yang menyebabkan mereka dapat
mempengaruhi kakitangan bawahan untuk bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi.
Begitu juga amalan politik yang positif sudah tentu akan menjadi pemangkin kepada kejayaan
amalan kuasa tersebut dan seterusnya membawa kepada pencapaian matlamat dan wawasan
sekolah yang telah ditetapkan. Justeru, kuasa dan politik sangat penting dalam mempengaruhi
kejayaan sesebuah sekolah. Namun demikian, kuasa dan politik adalah bergantung dengan
penerimaan kakitangan sekolah. Ini telah dijelaskan oleh Griffith (1984) dalam Zaidatol
Akmaliah Lope Phie (2000) yang menganggap kuasa dan politik sangat penting dalam
mempengaruhi hubungan manusia. Kejayaan dalam hubungan tersebut bergantung kepada
hubungan dua hala di antara pentadbir dan orang di bawah pentadbiran mereka. Hubungan
yang baik akan dapat membantu kelancaran pentadbiran manakala hubungan yang menolak
atau negatif sudah pasti akan menggagalkan segala usaha yang telah dirancang.
FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU POLITIK adalah untuk memahami tingkah laku
politik organisasi, Farrell dan Peterson (1982) memperkenalkan tipologi tiga dimensi iaitu,
pertama, di mana tempat berlakunya aktiviti politik di dalam atau di luar organisasi. Kedua,
tujuan atau haluan pengaruh vertikal atau lateral dan ketiga, keabsahan @ legitimasi tindakan
politik. Aktiviti politik di dalam dan luar organisasi memberi kesan kepada organisasi dan
anggotanya. Terdapat kecenderungan di kalangan anggota untuk mendapat pengaruh secara
vertikal @ literal. Tindakan yang diambil perlu ada ketabahannya. Jika tidak kemungkinan
keputusan yang dibuat tidak akan mendapat sokongan ramai @ anggota organisasi. Faktor yang
mempengaruhi Perubahan Tingkah laku Politik terbahagi kepada dua, iaitu Politik dan
Organisasi. Faktor Organisasi Faktor Individu Machiavellianisme Pengawalan Diri Keperluan
Kepada Kuasa Nilai-nilai Individu Nilai-nilai organisasi Kekaburan Norma Bertentang Persaingan
Peringkat dalam Organisasi. FAKTOR INDIVIDU - Machiavellianisme, Aliran ini percaya tingkah
laku politik adalah berbentuk pragmatik. Pengurus yang memiliki keinginan yang tinggi akan
bersikap pragmatik, dan yakin tujuan boleh menghalalkan cara. Dalam hal ini seseorang
pengurus akan memperalatkan orang lain dan membelakangkan moral dan etika untuk
mencapai kepentingannya. Mereka yang berfahaman demikian merasakan tindakan mereka
tidak salah asalkan mencapai kepentingan peribadi mereka. Pengawasan Diri - Bijak untuk
berubah pada masa-masa tertentu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa &
mengelak dari terancam, menimbulkan reaksi positif daripada pihak lain dengan tujuan
perubahan dan penyesuaian tingkah laku (Aldag Kuzuhara, 2003). Mampu mengawal diri
dengan baik, komunikasi dengan berkesan dengan pelbagai peringkat @ pihak dalam
organisasi. Seseorang itu perlu jika berlaku perubahan kepemimpinan dalam organisasi, bijak
menyesuaikan diri dengan ketua jabatan. Keperluan kepada Kuasa pula, politik dikaitkan
dengan kuasa dan penggunaan kuasa dalam mana-mana organisasi. Suatu keperluan dan
mempunyai hubungan dengan beberapa aktiviti tertentu dalam organisasi. Kuasa - Perlunya
kuasa disebabkan keinginan untuk kawal org lain, mempengaruhi tingkah laku &
bertanggungjawab kepada mereka (Aldag Kuzuhara,2002) sangat diperlukan untuk seseorang
bertindak dan membuat keputusan dengan berkesan. Kuasa Nilai-nilai Individu, boleh
mempengaruhi tahap tingkah laku politik atau tingkah laku yang tidak beretika dalam
organisasi (Aldag Kuzuhara,2002) kepercayaan asas yang diterima secara formal @ tidak dalam
diri seseorang akan menimbulkan konflik jika terdapat unsur untuk mengubahnya. Sangat
penting kepada individu dan masyarakat. Nilai yang dipegang boleh menjadi panduan penting
kepada tingkah laku seseorang seperti yang beragama Islam. Nilai-nilai Organisasi merupakan
satu pengaruh organisasi ke atas tingkah laku politik. Kekuatan budaya yang wujud dalam
organisasi adalah hasil daripada perkembangan dan penerapan aspek tersebut kepada satu
kelompok seperti contoh Jepun yang menekankan kerja kuat turut mempengaruhi perubahan
tingkah laku politik dalam organisasi terbabit. FAKTOR ORGANISASI Kekaburan - Kekaburan
menyebabkan matlamat & politik dalam misi organisasi tidak jelas dan organisasi berkembang
dalam keadaan yang kabur dan tidak menentu. Jika berlaku banyak perubahan dalam
organisasi, pekerja boleh mengeksploitasi keputusan yang tidak menentu untuk mendapatkan
kawasan @ meningkatkan pengaruh kepentingan peribadi. Percanggahan Norma akan ada
wujudnya situasi bertentangan dengan norma (counter norms) ikut peraturan, jujur, terbuka,
berjimat cermat dan norma baik sebaliknya tidak berdisiplin, rasuah, autokratik, pecah amanah
dan sebagainya merupakan norma tidak baik. Dalam norma baik, contohnya organisasi dan
tidak baik mungkin wujud berasingan tetapi memberi kesan yang amat penting kepada
perkembangan organisasi. Persaingan tingkah laku dalam organisasi dipengaruhi oleh
persaingan terutamanya dalam mencapai matlamat, kepentingan, keperluan dan sebagainya.
Dalam setiap individu cuba untuk mengatasi lawan bagi, setiap persaingan pula memastikan
matlamat tercapai oleh itu proses ini akan mempengaruhi politik organisasi. Peringkat dalam
Organisasi, Hierarki dan peringkat boleh mempengaruhi tingkah laku politik dalam organisasi
dapat dilihat melalui penyaluran dan penyampaian maklumat dari pihak atasan kepada pihak
bawahan. Sebarang gangguan (seperti maklumat tidak jelas, keliru, lewat) menyebabkan timbul
masalah & faktor kewujudan politik organisasi iaitu kekeliruan
STRATEGI POLITIK terbahagi kepada tiga bahagian strategi politik menurut Jeffrey Pfeffer
(1981); pertama, Tidak menghalang pembentukan Kuasa. Pengurus gunakan kuasa untuk
kawalan melalui peraturan, prosedur & arahan, guna kuasa secara maksimum. Ada pengurus
& bersifat autokratik (penyalahgunaan kuasa), output guna kuasa yang betul & prestasi
organisasi meningkat. Kedua, Membentuk Keabsahan (Legitimasi). Kuasa lebih berkesan
penggunaannya jika dalam proses pembuatan keputusan dan kesan daripada keputusan yang
dibuat mengikut arah aliran yang merujuk kepada keabsahan. Pengurus menunjukkan bahawa
tindakannya adalah konsisten dengan nilai-nilai organisasi legitimasi atau keabsahan boleh
diperluaskan. Meningkatkan legitimasi dalam proses pembuatan keputusan boleh memenuhi
kehendak nilai2 demokratik dalam organisasi. Strategi pembentukan legitimasi dalam organisasi
menunjukkan sokongan yang di peroleh daripada setiap ahli organisasi. Dan yang ketiga
membentuk Sokongan Asas strategi membina asas-asas sokongan sangat penting dalam
organisasi. Satu tindakan meningkatkan kuasa pengurus bagi mendapatkan sokongan daripada
semua anggota organisasi. TAKTIK POLITIK mempunyai lima teknik organisasi yang selalu
digunakan dalam mengenali tingkah laku politik yang dikaitkan dengan taktik politik (Jerald
Greenberg, 1996: 173). Iaitu Mengawal perolehan ke atas maklumat. Bagaimana maklumat
disampaikan & diterima serta ditafsirkan oleh tiap-tiap ahli organisasi. Maklumat ada yang
rahsia dan sulit, tetapi sesetengah maklumat juga berbentuk umum & terbuka. Politik
organisasi, sesiapa yang dapat mengetahui dan memperoleh maklumat dalam organisasi adalah
berkebolehan untuk mengawal kuasa (Ab. Aziz Yusof, 2001). Menyemai Tanggapan yang
Menguntungkan mampu menanamkan tanggapan positif di kalangan ahli organisasi. Persaingan
akan meningkatkan lagi sikap profesional di kalangan ahli. Hapuskan tanggapan yang tidak baik
terhadap org lain yang mencapai kejayaan sebaliknya jadikan ia sebagai motivasi untuk
tingkatkan diri. Wujud rasa menghargai dan menyanjung kejayaan dan kebolehan orang lain.
Membangunkan asas sokongan. Membina sokongan dan rangkaiannya dalam organisasi.
Mempunyai hubungan yang signifikan dengan kuasa dan pengaruh. Sokongan pekerja terhadap
pengurus dan sebaliknya akan melahirkan permuafakatan, kerjasama, konsensus dan gabungan
yang kuat. Menyalah dan menyerang pihak lain cenderung untuk menyalah dan menyerang
orang lain jika berlaku sebarang kegagalan, kesilapan dan ketidakmampuan untuk bersaing.
Tekniknya sama ada secara senyap atau terang-terangan. Pola-pola politik organisasi yang
cenderung untuk mencetuskan konflik interpersonal dan antarkelompok. Sejajar kan diri
dengan pihak yang lebih berkuasa. Untuk mendapat kuasa dan berkuasa perlu mempunyai
hubungan dengan mereka yang berkuasa Hubungan tersebut akan memberi kesan dan dapat
membina empayar dan pengaruh dalam organisasi. Orang yang ingin berkuasa tidak malu untuk
melakukan sesuatu untuk mencapai objektifnya. ETIKA POLITIK ORGANISASI, Sebelum
membuat sebarang tindakan, seorang pengurus perlu berfikir secara mendalam sama ada
tindakan berkenaan sejajar dengan matlamat organisasi (Robbins, 2001). Perlu memikirkan
kesan tindakan @ keputusan yang dibuat akan beri kesan kepada pihak lain secara langsung
atau tidak. Perlu dibuat mengikut piawaian keadilan dan kesaksamaan sejagat yang tidak
mengancam hak dan kebebasan, kepentingan pekerja. Ciri-ciri tertentu tingkah laku politik
beretika. Pengurus perlu meningkatkan aspek kebajikan para pekerja. Pengurus perlu
menghormati hak setiap pekerja seperti hak bercakap, menunaikan kewajipan agama dan
kerahsiaan. Pengurus tidak boleh mengabaikan soal keadilan dalam organisasi. KOS DAN
FAEDAH POLITIK ORGANISASI Meminimumkan politik organisasi. Politik organisasi harus
berperanan untuk meminimumkan aktiviti politik dengan panduan berikut, Jangan pejam mata
kepada politik, perlu peka dan arif sedikit sebanyak dalam politik organisasi. Mencabar tingkah
laku politik - setiap individu berperanan untuk mengelak dan menentang tingkah laku-tingkah
laku politik dalam organisasi kerana ia boleh mewujudkan persaingan yang tidak sihat dalam
politik organisasi. Mengurangkan kekaburan - menjelaskan objektif, matlamat dan
meminimumkan perubahan yang tidak diperlukan. Membuat perkara yg jelas - sebarang
keputusan, pengurus perlu jelaskan dan tidak menyembunyikan tujuan mereka kepada para
pekerja bawahan. Mengotakan apa yang dikata dengan menunaikan apa yang telah dijanjikan
kepada pekerja. Mengurangkan tingkah laku politik yang membinasakan diri dan orang lain
seperti tingkah laku politik harus dikurangkan demi mewujudkan suasana harmoni dan damai
dalam organisasi. Pengurus dan pekerja perlu mempunyai kemahiran dan kebolehan untuk
mencapai matlamat politik dan organisasi. Pengurusan politik organisasi yg baik dapat
mengelakkan dari ketegangan dan konflik yang boleh menjejaskan prestasi dan produktiviti
organisasi. Perundingan dan tolak ansur penting untuk menghasilkan win-win situation
RUJUKAN
Bogdan, R. C. & Biklen, S. K. (2003). Qualitative research for education: An
introduction to theories and methods. Ed. ke-4. Boston: Allyn & Bacon.
Chan Suan Khin, Jacinta. (1998). Perceived problems and needs of beginning
teachers in Sarawak. Tesis sarjana. Universiti Malaya.
Cheng, M. H. & Pang, K. C. (1997). Teacher socialization: Implications for the
design and management of initial teacher education programmes. Education
& Training. 39, 4/5, 195-204.
Darling-Hammond, L., Berry, B. T., Haselkorn, D., Fideler, F. (1999). Policy
Influences on the Supply and Quality of Teachers. Dlm. Darling-
Harmmond, L. & Sykes, G (pnyt.). Teaching as the learning profession:
Handbook of policy and practice, hlm. 183-224. San Francisco: Jossey-Bass
Publishers.
Fuller, F. F. (1969). Concerns of teachers: A developmental conceptualization.
American Educational Research Journal, 6/2, 207-225.
Hatch, J. A. (1999). What preservice teachers can learn from studies of teachers’
work. Teacher and Teacher Education, 15, 229-242.
Hebert, E. & Worthy, T. (2001). Does the first year of teaching have to be a bad
one? A case study of success. Teaching and Teacher Education, 17,
897-911.
Marks, M. J. (2002). Can we practice what we preach? Phi Delta Kappa,
September, 88-89.
Martin, S. D. (2004). Finding balance: Impact of classroom managemant
conceptions on developing teacher practice, Teaching and Teacher
Education, 20, 405-422.
Norani Mohd. Salleh, Wan Hasmah Wan Mamat & Chang Lee Hoon (1996).
Profesionalisme guru baru di Sabah dan Sarawak. Jurnal Pendidikan
Universiti Malaya, 17, 17-35.
Pultorak, E. G. (1996). Following the developmental process of reflection in novice
teachers: Three years of investigation. Journal of Teacher Education, 47/4,
283-291.
Pushkin, D. (2001). Teacher training: A reference handbook. California:
Contemporary Education Issues.
Schofield, J. W. (1990). Increasing the generalizability of qualitative research. Dlm.
Eisner, E. W. & Peshkin, A. (pnyt.). Qualitative inquiry in education: The
continuing debate, hlm. 201-232. London: Teachers College Press.
Stoll, L., Fink, D. & Earl, L. (2003). Its about learning (and its about time) whats’
in It for school? London: Routledge Falmer.