Tugasan HBHE3203

download Tugasan HBHE3203

of 16

Transcript of Tugasan HBHE3203

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    1/16

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER JANUARI 2012

    HBHE 3203

    KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN

    PERSEKITARAN

    NAMA : MASLINA BT MISIRAN@BAKUN

    NO. MATRIKULASI : 730809015042002NO. KAD PENGENALAN: 730809015042

    NO. TELEFON : 0125195504

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN IPOH

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    2/16

    HBHE 3203

    ISI KANDUNGAN

    1.0 Pengenalan1.1 Peranan sekolah menjaga keselamatan di sekolah.

    2.0 Tatacara Penggunaan Stor Sukan.

    2.1 Tatacara Am Penggunaan Stor Sukan.

    2.2 Tatacara Murid Penggunaan Stor Sukan.

    2.3 Tatacara Guru Penggunaan Stor Sukan.

    3.0 Tatacara Penggunaan Kantin Sekolah.

    3.1 Tatacara Am Penggunaan Kantin Sekolah

    3.2 Tatacara Murid Penggunaan Kantin Sekolah.

    3.3 Tatacara Guru Penggunaan Kantin Sekolah.

    4.0 Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah

    4.1 Tatacara Am Penggunaan Dewan Sekolah.

    4.2 Tatacara Murid Penggunaan Dewan Sekolah.

    4.3 Tatacara Guru Penggunaan Dewan Sekolah.

    5.0 Tatacara Penggunaan Bilik Komputer.

    5.1 Tatacara Am Penggunaan Bilik Komputer.

    5.2 Tatacara Murid Penggunaan Bilik Komputer.

    5.3 Tatacara Guru Penggunaan Bilik Komputer.

    6.0 Kesimpulan

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    3/16

    HBHE 3203

    1.0 Pengenalan.

    Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan atau persekitaran dimana seseorang itu dapat menjalankan aktiviti harian dan lain-lain aktiviti

    anjuran sekolah dengan selamat sejahtera, harmonis, kurang risiko, tanpa

    sebarang gangguan dan kemalangan. Langkah-langkah keselamatan

    dimaksudkan sebagai sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak,

    sekolah, ibu bapa, masyarakat atau agensi-agensi berkenaan bagi mewujudkan

    keadaan atau persekitaran yang selamat di sekolah. Keselamatan di sekolah

    adalah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian serta menjadi

    tanggungjawab utama semua orang. Di sekolah, pelbagai usaha dan rancangan

    diatur dengan tujuan untuk mengelak, mengawal, atau mengurangkan

    kemungkinan berlakunya masalah keselamatan.Kemalangan boleh berlaku ke

    atas diri individu, kumpulan atau ke atas sesebuah institusi disebabkan oleh

    kecuaian, kelalaian dan sifat tidak bertanggungjawab dalam menjamin

    keselamatan.

    Kemalangan yang dialami boleh mengakibatkan kecederaan ke atas

    tubuh badan, kehilangan harta benda, maruah, harga diri, gangguan pemikiran,

    tekanan jiwa atau kemungkinan membawa maut. Ke semua ini bolehla

    dirangkumkan boleh membawa implikasi kerugian.

    1.1 Peranan Sekolah Menjaga Keselamatan Di Sekolah

    1.1.1 Memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan

    baik dan selamat.

    1.1.2 Melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas alat-alat dan

    kelengkapan sekolah seperti kerusi, meja, dapur, pendawaian elektrik,

    alat-alat pertukangan, termasuk struktur bangunan sekolah itu sendiri

    supaya kerosakan dan keadaan yang membahayakan dapat dikesan awal

    untuk dilakukan baikpulih.

    1.1.3 Menyediakan peraturan-peraturan tertentu mengenai keselamatan

    contohnya untuk makmal sains, bengkel kemahiran hidup,setor sukan

    dan sebagainya yang perlu dipatuhi oleh semua orang. Pengawasan

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    4/16

    HBHE 3203

    perlu dilakukan pada setiap masa supaya peraturan-peraturan tersebut

    tidak diengkari.

    1.1.4 Memastikan bahawa pertolongan atau bantuan dalam menghadapi

    kecemasan atau kemalangan ada disediakan sama ada dalam bentukubatan atau tenaga manusia.

    1.1.5 Menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai keselamatan kepada

    murid dan ibu bapa dari semasa ke semasa melalui perhimpunan,

    mesyuarat, perjumpaan atau surat-surat siaran.

    2.0 Tatacara Penggunaan Stor Sukan

    Stor sukan digunakan sebagai tempat menyimpan alat-alat sukan supaya

    ianya selamat dan tidak mudah rosak. Ini disebabkan alat-alat tersebut boleh

    mencecah harga ribuan ribu ringgit. Antara pengurusan stor sukan yang baik

    ialah perlu ada rekod inventori, rekod keluar dan masuk peralatan (bila dan

    siapa yang guna serta kelulusan siapa). Peralatan sukan yang membahaya

    seperti lembing, cakera, tukul besi, tiang lompat tinggi, panah dan sebagainya

    tidak boleh digunakan tanpa pengawasan atau penyeliaan daripada guru sukan

    yang terlatih. Ia hendaklah disimpan dan dijaga dengan rapi di tempat yang

    selamat.

    2.1 Tatacara Am Penggunaan Stor Sukan.

    Peralatan sukan yang dianggap bahaya.

    Peralatan sukan yang dianggap bahaya hendaklah disimpan, dijaga dan

    diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa.

    Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang

    membahaya diadakan pada hari atau masa yang berasingan.

    Alatan sukan diletakkan di tempat khas.

    Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil

    oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas sahaja.

    Rekod alatan sukan.

    Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar

    masuk peralatan sukan.

    Mengembalikan semua alat sukan yang telah digunakan pada masa yang

    ditetapkan

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    5/16

    HBHE 3203

    Laporan kerosakan dan kehilangan.

    Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan dalam keadaan yang

    selamat.

    Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang

    digunakan yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki.

    2.2 Tatacara Murid Penggunaan Stor Sukan.

    Kebenaran guru.

    Murid dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru. Laporan kerosakan.

    Murid perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada

    peralatan yang digunakan.

    Sentiasa berwaspada menggunakan peralatan sukan.

    2.3 Tatacara Guru Penggunaan Stor Sukan.

    Memastikan peralatan sukan berkeadaan baik.Memantau dan memastikan alatan sukan yang digunakan dalam keadaan

    baik dan selamat.

    Kelulusan Piawai.

    Memastikan peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan

    pengikhtirafan daripada undang-undang persatuan sukan.

    Pelupusan alatan

    Peralatan yang sudah tidak selamat digunakan hendaklah dilupuskanmengikut prosedur yang ditetapkan.

    Mengambil tindakan dengan segera atas laporan kerosakan yang diterima.

    Tanggungjawab

    Guru atau peminjam bertanggungjawab menjaga dan menyimpan barang-

    barang yang telah dipinjam. Jika barang-barang dihilangkan atau rosak atas

    sebab kecuaian maka peminjam hendaklah menggantikan barang tersebut

    dengan kuantiti dan kualiti yang sama.

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    6/16

    HBHE 3203

    3.0 Tatacara Penggunaan Kantin

    Kantin sekolah merupakan tumpuan setiap pelajar pada waktu sebelum

    loceng pertama berbunyi dan pada waktu rehat. Di sinilah pelajar akan berbual

    mesra dan menjamu selera. Mengikut kiraan biasa, setiap pelajar akan membeli

    dari kantin sebanyak lima atau enam kali seminggu. Kekerapan yang

    sedemikian merupakan faktor utama kenapa kualiti makanan dan kebersihan

    kantin harus diberikan keutamaan.

    Dari segi kebersihan, kawasan di sekitar kantin yang kotor akan

    menjejaskan selra makan pelajar. Tambahan pula, persekitaran yang kotor jugaakan menyebabkan banyak lalat berterbangan disana sini. Keadaan yang

    sebegini merupakan punca utama berlakunya kes keracunan makanan di kantin

    sekolah. Jadi, kesihatan pelajar juga turut terjejas.

    Selain kebersihan, kualiti makanan dari segi khasiat yang dijual di

    kantin sekolah juga harus ditititkberatkan. Pelajar adalah golongan remaja yang

    berada di peringkat tumbesaran yang penting dalam hayatnya. Tanpa makanan

    khasiat yang seimbang, proses tumbesaran mereka akan terjejas. Tambahan

    pula, mereka akan mudah rasa letih. Keadaan sedemikian akan menjejaskan

    prestasi mereka dalam pelajaran.

    Menyedari hal-hal penting ini, pihak pengusaha kantin sekolah harus

    sentiasa memastikan pekerja membersihkan kawasan di sekitar kantin. Makanan

    yang dipamerkan itu juga harus ditutup atau disimpan di dalam almari kaca

    untuk mengelakkan lalat hinggap di atas makanan. Seterusnya, mereka juga

    tidak harus mementingkan untung sehingga mengurangkan campuran bahan

    makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan daging di dalam mi atau nasi

    yang dijual. Dengan berbuat demikian, kesihatan mereka akan terjamin.

    Selain pihak kantin , guru dan murid juga perlu mematuhi peraturan-

    peraturan ketika di kantin. Ini supaya keadaan di kantin lebih teratur ketika

    pelajar membeli dan makan di kantin. Pelajar juga perlu menjaga sama

    kebersihan di kantin.

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    7/16

    HBHE 3203

    3.1 Tatacara Am Penggunaan Kantin.

    Beratur dengan tertib

    Ketika membeli makanan semasa rehat, pelajar dikehendaki beratur dengan

    tertib dan mengikut arahan pengawas yang bertugas di kantin.

    Pelajar-pelajar dikehendaki duduk ketika minum dan makan di kantin.

    Peralatan Kantin

    Jangan tinggalkan sebarang jenis pembalut makanan atau baki makanan di

    atas meja atau di tempat mencuci tangan/sinki.

    Masukkan segala jenis pembalut makanan dan baki makanan ke dalam tongsampah yang disedikan di kantin. Pingan, sudu, cawan, botol dan apa sahaja

    peralatan kantin yang digunakan oleh pelajar hendakalah diletakkan di

    dalam bekas yang disediakan.

    3.2 Tatacara Murid Penggunaan Kantin.

    Penggunaan kantin di waktu persekolahan.

    Murid hanya dibenarkan membeli di kantin sekolah pada hari-hari

    persekolahan. Murid-murid dilarang membeli makanan di luar sekolah.

    Pembelian makanan pada waktu rehat sahaja.

    Pada waktu persekolahan,murid-murid hanya dibenarkan membeli makanan

    dan minuman pada waktu rehat sahaja.

    Dilarang berebut dan berlari semasa di kantin.

    Semua murid dilarang berebut-rebut dan bising semasa membeli makanan.

    Murid tidak dibenarkan berlari dan berkejar

    -kejaran di dalam dan di luar kantin.

    Tanggungjawab menjaga kebersihan kantin.

    Murid hendaklah menjaga kebersihan kantin. Sekiranya kantin kotor, semua

    murid akan didenda untuk membersihkannya.

    Larangan terhadap murid.

    Semua murid dilarang masuk ke dapur kantin dan berada di kawasan

    penyediaan makanan.

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    8/16

    HBHE 3203

    3.3 Tatacara Guru Penggunaan Kantin.

    Memantau dan memastikan pengusaha mengikut pekeliling yang

    ditetapkan.

    Memantau dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan

    Pekeliling Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan

    Memantau dan memastikan pengusaha kantin menjual makanan yang

    telah ditetapkan.

    Memastikan pengusaha kantin menjual makanan dan minuman yanghalal,suci, bersih dan berkhasiat.

    Tugas Guru Bertugas

    Guru bertugas perlu memastikan murid di dalam keadaan yang teratur

    semasa membeli makanan di kantin.

    Guru juga perlu memastikan murid menjaga disiplin sewaktu di kantin.

    4.0 Tatacara Penggunaan Dewan Sekolah.

    Dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang dapat menempatkan

    jumlah. Murid yang ramai dalam satu-satu masa. Oleh itu, aspek keselamatan

    dalam mencegah kebakaran hendaklah sentiasa diutamakan. Kecederaan dan

    kehilangan nyawa boleh berlaku semasa kebakaran akibat pintu kecemasan

    terkunci dan laluan kecemasan terhalang oleh barang-barang dan perabot.

    Dewan sekolah seperti lain-lain bangunan awam tertakluk kepada

    peraturan pembinaan yang memerlukan pembinaan yang memerlukan pintu dan

    laluan kecemasan dibina untuk kegunaan menyelamatkan diri semasa

    kebakaran. Pihak sekolah mestilah memastikan pintu dan laluan kecemasan

    tidak dikunci dan dihalang. Ia juga hendaklah ditanda dengan arahan yang jelas

    dan mudah dilihat. Ruang yang selamat untuk berkumpul semasa kebakaran

    juga hendaklah dikenalpasti oleh pihak sekolah.

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    9/16

    HBHE 3203

    4.1 Tatacara Am Penggunaan Dewan

    Tidak boleh digunakan untuk permainan yang tidak sesuai.

    Dewan besar tidak dibenarkan digunakan untuk permainan hoki, bola sepak,

    bola tampar, sepak takraw dan permainan-permainan yang tidak sesuai

    diadakan di dewan.

    Mesti digunakan pada waktu yang bersesuaian.

    Murid dan orang ramai tidak dibenarkan menggunakan dewan besar untukbermain pada waktu malam kecuali dengan kebenaran daripada Guru Besar

    dan pengawasan oleh sekurang-kurangnya seorang guru.

    Para pelajar hanya dibenarkan menggunakan dewan pada waktu petang

    sahaja pada hari persekolahan manakala pada hari cuti, dewan digunakan

    waktu pagi dan petang.

    Pakaian semasa berada di dewan.

    Penggunaan dewan pada waktu malam dihadkan tidak melebihi jam 10.00

    malam.Semua pengguna dewan besar untuk permainan dimestikan memakai

    pakaian permainan yang sesuai dan tidak dibenarkan berselipar atau berkaki

    ayam.

    4.2 Tatacara Murid Penggunaan Dewan.

    Menjaga disiplin semasa di dewan sekolah.

    Murid dilarang membuat bising yang melampau ketika berada di dewan

    sekolah.

    Menjaga kebersihan dewan

    Murid mestilah sentiasa menjaga kebersihan di dalam dan di luar

    dewan.Murid tidak dibenarkan makan dan minum di dalam dewan.

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    10/16

    HBHE 3203

    Mengendalikan peralatan dengan cermat

    Murid dikehendaki mengendalikan peralatan dengan cermat dan berhati-

    hati. Pelajar diingatkan supaya tidak merosakkan sebarang harta benda di

    dalam dewan ini.

    Menjaga keselamatan dewan

    Sila pastikan semua suis (lampu, kipas dll) ditutup sebelum meninggalkan

    bilik ini. Sila pastikan semua tingkap, pintu dangrillditutup dan dikunci

    selepas menggunakannya untuk tujuan keselamatan.Sila serahkan kunci

    Bilik Bahasa ke bilik Pejabat sebaik sahaja selepas menggunakannya. Guru /

    pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa pulang kunci bilik atau pun

    membuat kunci pendua (duplicate) dewan.

    4.3 Tatacara Guru Penggunaan Dewan

    Tempahan dewan

    Guru yang berhasrat menggunakan dewan mestilah memaklumkan dan

    membuat tempahan 2 hari lebih awal dengan penyelaras dewan tersebut.

    Pengisian rekod penggunaan

    Guru yang menggunakan dewan mestilah mengisi buku Rekod Penggunaan

    Bilik setiap kali menggunakannya.

    Tanggungjawab guru terhadap murid di bawah penyeliaannya.

    Murid tidak dibenarkan berada di dalam dewan ini tanpa kebenaran dan

    pengawasan oleh guru. Setiap guru yang menggunakan bilik ini adalah

    bertanggung jawab mengawal murid masing-masing serta menjaga

    keselamatan harta benda di dalamnya.

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    11/16

    HBHE 3203

    5.0 Tatacara Penggunaan Bilik Komputer.

    Perkembangan teknologi maklumat dan komputer (ICT) menawarkan

    pelbagai jenis alat bantuan mengajar dan perkakasan komputeran di bilik

    computer sesebuah sekolah. Antara yang terdapat di sesebuah bilik komputer

    ialah beberapa buah komputer, komputer riba,projector LCD dan pelbagai

    perisian komputer. Perlu diingat bahawa alat-alat ini menggunakan kuasa

    elektrik untuk beroperasi. Penggunaannya mestilah berdasarkan kepada arahan

    dan panduan oleh pihak pengeluar. Di sekolah, pengendalian alat-alat sebegini

    dikendalikan oleh pembantu dan guru terlatih. Risiko-risiko kemalangan boleh

    berlaku pada bila-bila masa sahaja. Di antaranya ialah renjatan elektrik dan

    kebakaran. Kemalangan boleh berpunca daripada masalah pendawaian dan

    peralatan yang rosak.

    5.1 Tatacara Awam Penggunaan Bilik Komputer.

    Menerima taklimat keselamatan.

    Semua pengguna makmal mestilah menerima taklimat keselamatan makmal

    daripada penyelaras makmal komputer sekolah sebelum menggunakan bilik

    komputer.

    Mematuhi segala peraturan dan arahan.

    Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan peraturan-peraturan serta

    arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

    Membuat tempahan awal

    Membuat tempahan awal dan kebenaran bertulis mengisi jadual penggunaan

    kemudahan bilik komputer.

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    12/16

    HBHE 3203

    5.2 Tatacara Murid Penggunaan Bilik Komputer.

    Membuka dan menyusun kasut di rak.

    Murid perlu meninggalkan kasut dan susun dengan teratur di bahagian luar

    bilik komputer sekolah.

    Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman.

    Murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman di bilik

    komputer.

    Jaga kebersihan.

    Murid dikehendaki menjaga kekemasan dan kebersihan bilik computer.

    Semua kerusi hendaklah disusun semula ke tempat asal selepas digunakan.

    Jadual kelas yang ditetapkan.

    Murid-murid hanya dibenarkan masuk ke bilik komputer mengikut jadual

    kelas masing-masing atau pada waktu rehat.

    Dilarang masuk ke Bilik Pelayan(Server)

    Murid dilarang sama sekali memasuki bilik server.Murid juga dilarang keras

    membuat installasi perisian ke dalam komputer yang terdapat di dalam bilik

    komputer tanpa kebenaran guru. Murid juga adalah dilarang mengubahsuai

    dan mengusik sebarang sambungan kabel di dalam bilik komputer.

    Dilarang membawa keluar bahan dari bilik komputer.

    Murid-murid dilarang mengambil barang-barang yang terdapat di dalam

    almari stok tanpa izin. Buku rujukan juga tidak boleh dibawa keluar dari

    Bilik Komputer kecuali mendapat keizinan guru.

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    13/16

    HBHE 3203

    Dilarang bising

    Murid dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau-senda, bertengkar

    atau bergaduh di dalam bilik komputer.

    5.3 Tatacara Guru Penggunaan Bilik Komputer.

    Memastikan segala peralatan di bilik komputer.

    Guru perlu memastikan semua punca kuasa elektrik bagi semua peralatan

    dimatikan sebelum meninggalkan makmal.

    Makmal sentiasa dikunci.

    Makmal mesti sentiasa dikunci selepas digunakan atau jika tidak digunakan.

    Kunci hanya disimpan oleh pihak pentadbir dan guru penyelaras sahaja.

    Melaporkan kerosakan.

    Melaporkan sebarang kerosakkan dan kehilangan terhadap semua peralatan,

    perkakasan dan perisian dalam bilik komputer kepada penyelaras makmal

    atau wakilnya dengan segera.

    6.0 Kesimpulan

    Konsep keselamatan diri perlu dilihat berdasarkan kepada aspek emosi dan

    fizikal. Dalam aspek emosi, keselamatan diri dipersepsi sebagai seseorang itu berasa

    selesa dan mesra terhadap gerak balas dirinya terhadap orang lain seperti keluarga,

    rakan dan masyarakat sekitarnya. Aspek fizikal pula melibatkan seseorang itu bebas

    daripada ancaman penderitaan atau kesakitan yang berpunca daripada kecedaraan dan

    kemalangan. Kecederaan boleh berpunca daripada keadaan tanpa niat seperti

    kemalangan dan dengan niat seperti akibat penderaan dan penculikan. Jaminan terhadap

    keselamatan diri juga merupakan salah satu keperluan manusia di samping keperluan

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    14/16

    HBHE 3203

    asas lain seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal. Berdasarkan teori Motivasi

    Maslov, setelah tahap keperluan mendapatkan makanan seseorang itu dipenuhi,

    seseorang itu perlukan keselamatan.

    Tahap keselamatan diri bagi manusia berbeza mengikut situasi persekitaran dan

    tahap umur seseorang. Seseorang kanak-kanak belum dapat berdikari dalam aspek

    menjaga keselamatan dirinya. Mereka memerlukan sokongan daripada orang lain

    khasnya ibu bapa, penjaga serta guru. Kepentingan pengawalan keselamatan dapat

    menjamin persekitaran yang aman dan selesa dalam sebuah komuniti dan masyarakat.

    Di samping itu, pengawalan keselamatan amat berguna dalam memupuk sikap sentiasa

    berwaspada terhadap keadaan persekitaran seperti jalan raya, sekolah, rumah dan

    tempat kerja. Pengawalan keselamatan harus dilihat dalam aspek peraturan dan undang-

    undang kerana konsep penjagaan keselamatan diri tidak dilakukan dengan menggugat

    keselamatan dan hak orang lain.Pendek kata, pengawalan keselamatan yang dilakukan

    berdasarkan mekanisme undang-undang dan peraturan menjamin kewujudan

    keteraturan sosial dalam sebuah komuniti, masyarakat dan Negara.

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    15/16

    HBHE 3203

    APENDIKS

    RUJUKAN / REFERENSI

    Azizi Yahya et al (2007)Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur

    :PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

    Dr. Abdul Rahman Isa,Dr Rusli Nordin & Dr. Abdul Manaf Haji Hard

    (1998),Pertolongan Cemas:Prinsip dan Amalan.Kuala Lumpur:Crescent News

    (KL)Sdn Bhd.

    FOMCA (2007)Menangani Keracunan Makanan di Sekolah.

    Huraian Sukatan Pelajaran KBSR,Pendidikan Kesihatan (2001).Kuala Lumpur:Pusat

    Perkembangan Kurikulum.

    Kementerian Kesihatan Malaysia (1999),Manual Kempen Cara Sihat 1999. Promosi

    Keselamatan Dan Pencegahan Kecederaan. Kuala Lumpur

    Kementerian Kesihatan Malaysia (2002),Promosi Persekitaran Sihat, Kuala Lumpur.

    Ministry Of Health Malaysia (2005) Child Injury Prevention. Kuala Lumpur.

    15

  • 8/2/2019 Tugasan HBHE3203

    16/16

    HBHE 3203

    16