Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

28
1.0 PENGENALAN 1.1 Definisi Semantik Semantik ialah

Transcript of Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

Page 1: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata

Page 2: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat

menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Definisi daripada

segi istilah pula, semantik berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang bermaksud

penting atau beerti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa, semantik ialah

cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996).

Selain itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek penelitiannya

makna bahasa (Abdul Chaer, 1994). Menurut kamus Dewan, semantik bermaksud kajian

tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya semantik

ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah

kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna , hubungan antara

makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

1.2 Konsep Semantik

Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani “semantikos” yang

bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa maksud ‘makna’ yang diertikan

sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan, 1985:9). Semantik menurut Kamus

Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu

kata. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk

menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat

ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik

bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut

“semantik sejarah” (M.Breal, 1893)

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji

bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka

perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh

dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan

makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan

semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat

dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna

yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal), antonim

(perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan), hiponim (perkataan yang maknanya

sebahagian daripada makna perkataan lain), homonim (perkataan yang mempunyai bentuk

dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai

makna yang banyak), dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).

1.3 Makna Leksikal

Page 3: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna

perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Contohnya,

perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki

makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+, ber+,

ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal melainkan

memiliki makna gramatis. Golongan jenis makna semantik leksikal boleh dilihat melalui contoh

yang berikut:

i. Sinonim (perkataan “cantik” dan “indah”),

- Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh indah.

- Pemandangan di Tasik Kenyir sungguh cantik.

ii. Antonim (perkataan “gemuk” dan “kurus”)

iii. Hiponim (perkataan “ayam”, “itik” dan “lembu” berhiponim dengan perkataan

“haiwan”)

iv. Homonim (perkataan “kali” bermaksud “darab” dan “sungai”)

v. Polisemi (perkataan “berat” bermaksud “tekanan benda”, “sukar”, “berkenaan sikap”,

“berkenaan makanan” dan lain-lain)

vi.Peribahasa ( Peribahasa “Harapkan pagar, pagar makan padi” bermaksud “orang

yang tidak amanah”).

1. Kelompok kata

Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan

perkataan lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima

ekor lembu’.

2. Kata paduan

Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna

masing-masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal

api, bunga api dan sebagainya.

3. Kata gabungan

Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna

tetapi deretan perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam

bahasa Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.

Page 4: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

1.4 Makna Ayat

Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna

terselindung dan makna tersirat.

1. Makna Tersurat (denotasi)

Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis

atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya,

Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan

maka kita menganggapnya sebagai betul.

Contohnya: Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.

Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai.

Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.

2. Makna Terselindung

Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana

perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat :

Adik ke kedai Pak Ali.

Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’.

Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau

pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih

dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau

pembaca,

3. Makna Tersirat (konotasi)

Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau

diujarkan, misalnya dalam kiasan “umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak”. Bahasa

seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu

dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa.

Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan

kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk

perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan

bahasa.

1.5 Semantik teori pembuktian.

Page 5: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

Bermaksud bahawa makna yang dimiliki oleh sesuatu ungkapan adalah lebih

berdasarkan bukti sebaliknya daripada kebenaran.

1. Keharmonian dan Pembuktian

Keharmonian dan Pembuktian disebut sebagai harmoni logikal (logical harmony) yang

bermaksud keharmonian yang logik pada makna. Ahli logik Gerhard Gentzen menyebut bahawa

penghubung logik digunakan untuk membuatkan sesuatu wacana (discourse) lebih bermakna

dan mengharmonikan pernyataan-pernyataan yang berbeza maksudnya. Gentzen menyatakan

bahawa sekiranya orang percaya yang langit itu biru dan dia juga percaya bahawa rumput itu

hijau, penghubung “dan” patut diletakkan lalu menjadi ayat berikut:

Langit itu biru dan rumput itu hijau.

2. Koheren Dalam Pembuktian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.(2010). koheren boleh didefinisikan sebagai

berhubungan, bersangkut paut atau mempunyai kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat

dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. Menurut teori

koherensi, suatu pernyataan dianggap benar apabila pernyataan itu bersifat koheren atau

konsisten dengan pernyataan-pernyataan sebelumnya yang dianggap benar.

Page 6: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

1.6 Taksa dan ketaksaan makna dalam tatabahasa.

Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian

bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai

maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Dengan kata lain,

ketaksaan ditakrifkan sebagai sifat binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada

satu tafsiran.

Contoh: Ibu bapa Mustafa telah meninggal dunia.

Ayat ini mengandungi unsur ketaksaan kerana dapat diertikan sebagai ibu kepada bapa

(iaitu nenek) Mustafa telah meninggal dunia, atau kedua-dua ibu bapa Mustafa telah

meninggal dunia. Untuk dapat mengenal pasti perbezaan erti ini, kita perlu, secara intuisi,

menyedari kewujudan dua jenis binaan ayat yang berbeza. Kita begitu mudah memahami

maksud yang terkandung dalam ayat ini jika diucapkan dengan lagu bahasa (intonasi) yang

berbeza bersesuaian dengan maksud yang hendak disampaikan.

Dalam ayat di atas, jika kita meletakkan tekanan pada kata ibu, kemudian diikuti

dengan jeda (hentian sebentar), pastilah ayat ini menyatakan bahawa ibu kepada bapa

Mustafa (nenek Mustafa) telah meninggal dunia. Sebaliknya, jika tiada tekanan pada perkataan

ibu dan tanpa jeda dalam mengucapkan ayat tersebut, maka maksud yang terkandung

menyatakan bahawa kedua-dua ibu bapa Mustafa yang meninggal dunia, bukan

neneknya.Jelas bahawa dalam ujaran, intonasi dan jeda memainkan peranan sebagai

penentu kepada maksud yang didukung oleh sesuatu ayat. Dalam bentuk tulisan, hal ini

dapat dijelaskan dengan penggunaan tanda baca untuk menentukan ketaksaan ayat

berkenaan.

1.7 Pengembangan Makna

Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pemgembangan makna dan

penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik dan menurut Nor

Hashimah Jalaluddin (1992:1) yang memetik pendapat Sperber dan Wilson (1980) bahawa

pengkajian makna belum dapat dipastikan makna sepenuhnya mengikut apa yang dihajati pleh

penutur. Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya ‘berlayar’,

dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang

semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebut ‘berlayar’ .

Dahulu kata ‘bapa’ hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih

Page 7: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

tua atau lebih tinggi kedudukannya disebut ‘bapa’ sedangkan segala orang yang dianggap

sama darjatnya disebut‘saudara’.

1.8 Penyempitan Makna

Menurut Chaer (1995), Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi

pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas,kemudian menjadi makna yang

cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan

bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna

yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.

Sebagai contoh kata ’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-

saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ’ahli’

juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau

disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.

1.9 Fitur Makna Dalam Bahasa Melayu

a) Sifat Makna

Secara umumnya, sifat makna boleh dibahagikan kepada dua iaitu dinamik dan evolusi. Rajah di

bawah menjelaskan perbezaan kedua-dua sifat makna tersebut secara ringkas.

Rajah 1.9.1 : Sifat Makna

SIFAT MAKNASIFAT

MAKNA

Boleh berubah-ubahBoleh berubah-ubah Boleh berkembangBoleh berkembang

DinamisEvolusi

Page 8: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

Setelah mengetahui tentang sifat makna, berikut merupakan beberapa ciri yang

menentukan sesuatu makna. Ciri-ciri ini juga berupaya membuka minda semua pihak tentang

keunikan dan keistimewaan mempelajari bahasa Melayu. Hal ini kerana, setiap perkataan dan

ayat yang dituturkan oleh penutur memiliki makna tertentu dan makna tersebut berbeza mengikut

kefahaman seseorang. Berikut menunjukkan ciri-ciri yang menentukan sesuatu makna:

Rajah 1.9.2 : Ciri-ciri yang Menentukan Sesuatu Makna

Penerangan bagi ciri pilihan adalah seperti berikut iaitu suatu ungkapan yang dihasilkan

mestilah dipilih mengikut kesesuaian dan sekiranya tidak maka ungkapan tersebut dikira tidak

bermakna. Seterusnya, bagi ciri budaya pula menjelaskan budaya masyarakat penutur adalah

saling berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat

penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya. Manakala bagi ciri konteks pula

menjelaskan makna juga dapat ditentukan bergantung pada situasi dan perasaan penutur semasa

menyampaikan sesuatu ungkapan itu. Akhir sekali, ciri makna dalam peribahasa pula

menerangkan bahawa makna dalam peribahasa sama ada kiasan, simpulan bahasa dan pepatah

digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal. Contohnya, ringan tulang

(rajin).

CIRI-CIRI YANG MENENTUKAN SESUATU MAKNA

pilihan

budaya konteks

makna dalam

peribahasa

Page 9: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

Setelah memahami tentang ciri-ciri yang menentukan sesuatu makan barulah mudah bagi

memahami pula tentang faktor-faktor perubahan sifat makna. Terdapat lima faktor yang telah

dikenal pasti berupaya memberi perubahan kepada sifat bahasa. Berikut merupakan senarai

ringkas faktor-faktor perubahan sifat bahasa:

Rajah 1.9.3 : Faktor Perbezaan Sifat Bahasa

1.10 Perubahan Makna dalam Bahasa Melayu

Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna dalam

bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas kepada

bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati oleh pengkaji

bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak faktor yang merangsangkan perubahan. Ullmann

dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962), misalnya

memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa. Antaranya adalah separti

sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi, pengaruh luar, keperluan untuk

kata baharu.

FAKTOR PERBEZAAN SIFAT

BAHASA

Perkembangan bahasa itu sendiri

Tanggapan penutur

Perluasan makna

Pembatasan atau penyempitan

makna

Tujuan simbolik dan stilistik

Page 10: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis

perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh disempitkan dan

diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi, dan

ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa.

Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini bermaksud,

makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan

sosial masyarakat. Misalnya, kata belayar, pada satu ketika dahulu digunakan untuk perahu yang

ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak menggunakan layar tetapi

menggunakan kuasa tenaga. Atau, contoh perkataan rawat: Makna umum adalah menjaga dan

mengubati orang sakit, tetapi makna barunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan, pokok

(nurseri).

Demikian juga kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan.

Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna ‘menguruskan’, mengendalikan’, dalam ayat

separti ‘Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini’. Ada kalanya makna negatif berubah

menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa. Umpamanya, kini kita sering

menemukan ayat atau ujaran. “Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan pengguna

bahasa Melayu.” Dalam contoh ini, kata gejala bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif,

tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan–perubahan separti ini banyak berlaku dalam bahasa

kerana sebab–sebab perubahan dalam bahasa itu sendiri.

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang telah

mengalami perubahan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya digunakan untuk

merujuk kepada ‘kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk mencakup makna

tambahan separti ‘ kawasan perumahan’, kawasan perindustrian’ dan ‘kawasan alam semula jadi

separti Taman Kinabalu’. Demikian juga kata datuk, kini bukan sahaja digunakan untuk

merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai gelaran kehormat oleh raja bagi orang -

orang tertentu kerana jasa–jasa mereka.

Dalam arus perubahan zaman, banyak kata mengalami perubahan makna. Kata – kata

yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep – konsep saintifik merupakan antara kata

yang mengalami perubahan makna. Misalnya, kata kebal berubah daripada makna asal kuat dan

kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.

Page 11: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

Perubahan makna ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna

tersurat, makna terselindung dan makna tersirat. Makna tersurat ialah makna yang diperoleh

semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa

bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, “Burung itu hinggap di ranting pokok”. Jika sesuatu ayat

atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul. Contohnya :

“Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian.”

Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan

sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah “Para pelajar yang dihormati”.

Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya

tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat

“Adik ke kedai Pak Ali.”

Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah ‘pergi’. Walaupun

sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau

dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan

maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca. Contoh

lain adalah seperti berikut:

“Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.”

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan sebagai

contoh “Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami”. Oleh yang demikian,

struktur dalam ayat ini ialah “Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami”.

Seterusnya ialah makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis

atau diujarkan, misalnya dalam kiasan seperti “umpama jari di tangan”, “ada bercincin ada

tidak’. Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan

menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut

sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa

dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk

perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

Page 12: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

2.0 FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU

2.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.

Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-

perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal

perkataan tersebut. Misalnya perkataan “belayar” pada suatu ketika dahulu digunakan untuk

perahu yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak

belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.Demikian juga perkataan “ tangan”, pada asalnya

dirujuk kepada salah satu anggota badan. Tetapi, makan itu telah berubah mencakupi makna

‘menguruskan’, ‘ mengendalikan’, dalam ayat seperti “ Kita perlu berhati-hati ketika menangani

kes ini”. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan

dalam bahasa. Sebagai contoh, kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod

amat berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu”. Dalam contoh ini, perkataan ‘gejala’

bukan dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan seperti

ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.

Selain daripada itu perkataan “ hayat” dahulunya perkataan ini dimaksudkan dengan

“hidup” tetapi sekarang ia telah mengalami perubahan. Ini dapat dilihat dari contoh ujaran

berikut, “ Ia menghayati sepenuhnya kandungan syarahan itu”. Dalam ayat ini perkataan “

menghayati” bukanlah membawa maksud “ menghidupkan” tetapi “ mengikuti dengan

sepenuhnya”. Perkataan “hantu” dalam contoh “ Kejadian itu menghantui fikirannya”, “hantu”

itu bukan lagi merupakan makhluk tetapi membawa makna “ mengganggu”.

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah

mengalami perubahan makna. Sebagai contoh, perkataan “taman”, di mana pada asalnya ia

hanya digunakan untuk merujuk kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya telah berubah menjadi

“ kawasan perumahan” , “ kawasan perindustrian”, dan “ kawasan alam semula jadi” seperti

Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan “ datuk”, kini bukan sahaja digunakan

untuk merujuk kepada “bapa kepada ayah seseorang” malah sebagai gelaran kehormat oleh raja-

raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka. Demikianlah perubahan berlaku kerana proses

perkembangan bahasa itu sendiri di mana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu

mengikut peredaran masa dan keadaan semasa.

Page 13: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

2.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur

Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa itu sendiri tanggapan

penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud sesuatu perkataan

itu. Umpamanya perkataan “ abang”, yang asalnya ialah panggilan kepada saudara lelaki yang

lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang lelaki yang lebih tua

tanpa mengira saudara atau tidak. Di samping itu ada juga sesetengah orang menggunakan

perkataan “abang” sebagai panggilan untuk suaminya.

Perkataan “saudara” pula pada asalnya dimaksudkan kepada “ saudara kandung” tetapi

makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai “ pertalian darah

atau kekeluargaan”. Di samping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa Melayu cenderung

menggunakan perkataan “saudara” dengan tanggapan yang lebih luas misalnya “ saudara sesame

Islam”. Di sini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan hubungan kerana pertalian

darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas, tanggapan penutur terhadap

sesuatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan makna perkataan itu sendiri.

2.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud

Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna

memiliki makna-makna yang lain. Perkataan “ saudara”, misalnya pada mulanya bermaksud

orang yang sama ayah dan ibu. Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada

hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai

kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki. Selain itu, disebabkan

kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna.

Sebagai contoh, perkataan “taman”, di mana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk

kepada ‘ kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi makna

tambahan seperti “ kawasan perumahan” , “ kawasan perindustrian”, dan “ kawasan alam semula

jadi” seperti Taman Hidupan Liar.Selain daripada dua perkataan di atas, perkataan “semangat”

juga mengalami perubahan kerana perluasan maksud. Pada asalnya makna perkataan “

semangat” ialah “jiwa” atau “roh”. Tetapi perkataan ini kemudiannya diperluaskan maksudnya

menjadi “ perasaan” misalnya “ semangat kemerdekaan”, semangat patriotisme” dan juga kepada

“ kemahuan atau keinginan yang tinggi” seperti dalam contoh berikut, “Dia mempunyai

semangat ingin berjaya dalam hidup”.

Page 14: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

2.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud

Makna sesuatu perkataan boleh juga di batas kan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai

contoh perkataan “ sarjana”, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang

pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah

disempitkan atau di batas kan untuk merujuk kepada “ orang yang telah lulus ijazah pertama,

seperti “ Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi” atau selepas ijazah pertama, seperti

“Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi”. Perkataan “pendeta” asalnya membawa makna “orang

yang berilmu”, seperti “Pendeta Za’ba,” seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini , mengikut

Abdul Chaer (1995) telah di sempitkan untuk mencakupi makna “ guru agama Kristian”.

Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada umumnya adalah

untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang tertentu.

Contohnya perkataan “ sendi” yang asalnya bermaksud “ tempat ruas tulang berhubung”. Dalam

ilmu bahasa perkataan “ sendi” diajukan khusus kepada kata-kata yang berfungsi

menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan ayat.

2.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik

Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil

karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Contohnya perkataan “kumbang” dan “bunga”

selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti “ kumbang = lelaki “ dan “ bunga

= perempuan”, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama sejenis tumbuhan.

Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk menerangkan sesuatu maksud

contohnya, “merah” dimaksudkan dengan “ keberanian” , “hitam” dipadankan dengan “

kesedihan dan “ putih” adalah “ kesucian”. Selain daripada itu unsur-unsur personifikasi juga

menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai contoh “ daun melambai” dan “dada

langit” ianya tidak membawa maksud yang daun boleh melakukan perbuatan “melambai”

sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai dada. “ Daun melambai” dan “ dada

langit” sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan kepada “ daun yang bergerak akibat

tiupan angina” dan “ keluasan dan lapangnya langit apabila dipandang dari bumi”. Contoh -

contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat

menggambarkan sesuatu dengan indah dan menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984:

290-4).

Page 15: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

3.0 APLIKASI PENGAJARAN MAKNA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA

MELAYU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH.

3.1 Aplikasi pengajaran makna (sinonim) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Sinonim ialah hubungan kesamaan makna antara suatu perkatan, frasa, ayat atau

ungkapan dengan suatu perkataan, frasa, ayat, atau mengikut konteks (Lyons, 1929:405).

Contohnya menurut Zainal Abidin Safarwan (1995), frasa ‘sungai tak tentu gaungnya’

bersinonim dengan frasa ‘orang yang tidak tentu asal usulnya’. Frasa sungai tak tentu gaungnya

merupakan peribahasa, sementara frasa orang yang tidak tentu asal-usulnya ialah maksud

peribahasa itu. Definisi sinonim secara etimologi atau bahasanya ialah ‘onoma’ dan ‘syn’ yang

berasal dari bahasa Yunani kuno. Maksud ‘onoma’ ialah nama manakala ‘syn’ bermaksud nama

lain untuk benda atau hal yang sama.

Secara semantik pula, Verhaar (1978) mendefinisikan sinonim sebagai ungkapan yang

mempunyai makna lebih kurang sama dengan ungkapan kata yang lain. Sinonim juga

diterjemahkan sebagai ungkapan iaitu perkataan, frasa atau ayat yang makna lebih kurang sama

dengan makna ungkapan lain. Perkataan ‘sinonim’ dikatakan berasal daripada bahasa Yunani

kuno iaitu ‘onoma’ bermaksud nama dan ‘syn’ yang bererti nama lain. Hubungan makna antara

dua patah perkataan yang bersinonim itu bersifat dua hala, misalnya indah bersinonim dengan

cantik, cantik juga bersinonim dengan indah.

O’Grady(2000:118) berpendapat sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk

ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Maksud sama makna

tidak semestinya mempunyai persamaan secara keseluruhan. Contohnya, makna perkatan

‘kereta’ dan ‘motokar’ adalah sama namun apabila membentuk ungkapan ‘kereta lembu’ dan

‘motokar lembu’ maka maknanya menjadi berbeza (Abdullah Hassan;2007). Abdullah Hassan

(1981) turut menjelaskanj bahawa’ memang agak sukar untuk memberi satu takrif yang

menyeluruh dalam kata-kata sinonim ini’.

Page 16: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

Aplikasi pengajaran makna (sinonim)

I. Langkah 1

Dalam langkah 1 ini, Cikgu Nora meminta murid membaca petikan di dalam buku teks

secara individu yang dipilih secara rawak. Setelah itu murid bersoal jawab berdasarkan petikan.

Kemudian murid diminta mencari maksud lima perkataan menggunakan kamus secara

berpasangan. Kekuatan yang terdapat dalam langkah 1 ini ialah keupayaan murid membaca

petikandengan baik dan dapat mencari maksud perkataan dengan menggunakan kamus.

Kelemahannya pula tidak semua murid dapat menggunakan kamus dengan baik keranaterdapat

murid yang tidak mempunyai kamus dan murid ini hanya mendengar sahaja.Bagi aktiviti bacaan

pula hanya 2 orang murid sahaja dilibatkan.Untuk mengatasi masalah ini, Cikgu Nora boleh

membuat melakukan aktiviti pengajaran di pusat sumber dan murid boleh menggunakan kamus

yang terdapat di situ. Untuk lebihmenyeronokkan sesi pengajaran dan pembelajaran, Cikgu Nora

boleh menjalankanaktiviti permainan mencari makna perkataan secara kumpulan.

2. Langkah 2

Dalam langkah 2 ini, murid dibahagikan kepada 6 kumpulan . Cikgu Nora

memberikanlembaran aktiviti mencari maksud simpulan bahasa. Setelah itu murid

disuruhmenyenaraikan sekurang-kurangnya lima kata tanya yang terdapat dalam petikan. Murid

juga diminta membina ayat daripada kata kerja tersebut. Setelah itu, Cikgu Nora memberi

penerangan tentang kata tanya. Kemudian murid memberi contoh ayat tanya yangterdapat dalam

petikan. Kekuatan dalam langkah 2 ini ialah murid dapat menjalankan akiviti kumpulan

secarakoperatif dan kolaboratif iaitu berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai jawapan.

Murid juga dapat memberikan contoh kata tanya dengan betul.Kelemahannya ialah pengagihan

kumpulan mengambil masa yang lama dan ahlikumpulan tidak terdiri daripada pelbagai

kebolehan.Dalam kumpulan juga tidak dilantik ketua, pencatat dan pelapor.Keadaan ini

menimbulkan kebisingan.Bagi mengatasi masalah ini, Cikgu Hamid perlu pastikan setiap murid

dalam kumpulan terdiri dari pelbagai kebolehan dan pastikan mereka melantik ketua, pencatat

dan pelapor.Aktiviti permainan bahasa seperti teka-teki, teka silangkata dan sebagainya boleh

disisipkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

murid serta menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

Page 17: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

3.2 Aplikasi pengajaran makna (antonim) dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu.

Antonim ialah perktaan yang mempunyai makna yang berlawanan. Hubungan makna

yang berlawanan antara suatu perkataan, frasa, ayat atau ungkapan dengam suatu perkataan,

frasa, ayat, atau ungkapan lain, misalnya seperti sungai berantonim dengan perkataan laut

(Lyons, 1979). Perkataan antonim berasal daripada perkataan Yunani kuno, iaitu "anoma" yang

bererti "nama" dan "anti" yang bererti "melawan". Oleh itu, antonim bermaksud perkataan yang

maknanya dianggap berlawanan atau kebalikan daripada perkataan lain. Contohnya ialah

baik/buruk, tinggi/rendah dan panjang/pendek. Contoh aplikasi antonim di dalam pengajran

makna Bahasa Melayu Adalah seperti berikut :

1. Langkah 1

- Murid diedar teks cerita “Pak Senik Insaf”

- Murid ditunjukkan cara membaca cerita dengan kelancaran, sebutan dan intonasi yang betul.

- Murid membaca teks cerita secara bergilir-gilir.

-Murid diminta menggariskan kata adjektif yang terdapat dalam petikan .

2. Langkah 2

- Murid diterangkan tentang maksud kata adjektif.

- Dalam kumpulan, murid diminta mencari perkataan adjektif yang terdapat dalam teks.

- Murid mencari perkataan antonim dengan kata adjektif yang telah dicari dalam teks dan diisi

dalam lembaran kerja.

- Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas

3. Langkah 3

- Aktiviti Murid Pemulihan: Mengeja dan membaca kata adjektif dan antonimnya.

- Aktiviti Murid Pengayaan: Mencari 10 perkataan antonim.

Page 18: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

3.2 Aplikasi pengajaran makna (hiponim) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Berdasarkan Kamus Dewan 4th( 2007 : 50) hiponim bermaksud kata yang maknanya

terangkum dalam makna kata yang lain. Contohnya „kambing‟, „ lembu‟, dan „rusa‟ Adalah

hiponim daripada binatang. Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama

kelas bagi segolongan perkataan , ( Abdullah Hassan , 2006 : 233 ). Dalam sesetengah bahasa

lain,golongan kata seperti ini akan lebih jelas maknanya jika diteliti struktur tatatingkatnya.

Dengan kata lain hiponim adalah kata-kata yang mewakili kata hipernim. Umumnya kata-kata

hipernim adalah suatu kategori dan hiponim merupakan anggota dari kata hipernim. Contoh

hiponim yang lain yang dapat saya berikan untuk menambahkan kefahaman contohnya tenggiri,

bawal, lampam, sembilang adalah hiponim bagi ikan. Bahulu, karipap, donat, cucur adalah

hiponim bagi kuih, Manakala kelapa, mangga, anggur Adalah hiponim bagi buah.

Terdapat dua jenis hiponim yang terdapat dalam bidang linguaistik makna iaitu hiponim

tulen dan hiponim umum. Contoh hiponim tulen adalah ‘padi’ iaitu perkataan yangmencakupi

dua perkataan yang segolongan dengnnya iaitu ‘beras’ dan ‘nasi’. Oleh itu dalam bahasa

Melayu membezakan perkataan padi dari beras dan nasi. Padi merupakan bijian yang belum

dibuang kulitnya.setelah padi diproses, menjadi beras dimasak menjadi nasi. Bagihiponim umum

menurut Abdullah Hassan 92005:235),hiponim umum berlaku apabila terdapat satu perkataan

yang menjadi nama umum.Kata nama itu kemudian boleh dicantumkan dengan perkataan yang

menjadi komponen maknanya.Perkataan bunga memberi nama kepada semua jenis bunga.Ada

bunga melur, kenanga, mawar dan lain-lain.Perkataan bunga adalah umum. Oleh itu,perkataan

bunga mesti digabungkan dengan sesuatu jenis bunga tertentu bagi menamakan jenis bunga

tertentu, Contohnya seperti bunga melur. Contoh lain yang boleh kita lihat seperti ‘rumah teres’

dan ‘rumah banglo’ . Ini beerti bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan

rumah untuk membentuk satu komponen kata nama am. Contoh aplikasi hiponim di dalam

pengajaran makna Bahasa Melayu adalah seperti berikut :

Langkah 1 :

- Murid diberikan contoh karangan.

- Murid dikehendaki membuat analisa beberapa perkataan yang mengandungi unsur

hiponim di dalam contoh karangan yang diberi tersebut.

Page 19: Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik

22

Langkah 2 :

-

BIBLIOGRAFI

Rujukan daripada buku :

Abdul Chaer (1994), Linguistik Am, Jakarta, Penerbit Rineka Cipta

Abdullah Hassan (2005a), linguistik am, siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu,

Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Yusuf, (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Guru, Kuala

Lumpur : Penerbit Icon Regian Sdn Bhd

Abdullah Yusuf, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari, (2009) Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

BML 3083 Semantik Sem.3 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pusat pendidikan Luar 2012.Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Rujukan daripada internet :

http://makalahdanskripsi.blogspot.com/2009/06/makna-denotatif-makna-konotatif-dan.html telah diakses pada 10 Jun 2014

http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm telah diakses pada 16 Jun 2014