Tugasan hubungan etnik

10
NAMA : NORHANA BT AHMAD KAMARI KUMPULAN : MTE 4 ( PPG AMBILAN JUN 2011) TUGASAN 1 1. Buat banding beza konsep perpaduan dan integrasi berikut: a) Segregasi b) Akomodasi c) Akulturasi d) Asimilasi e) Amalgamasi Pendahuluan Malaysia sebagai sebuah negara kecil di peta dunia , namun Malaysia mempunyai banyak keunikan tersendiri. Kedudukan geografinya yang strategik yang dari dahulu hingga kini menjadi jambatan penghubung antara dunia Barat dan Timur dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dunia. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu sama lain menambahkan keunikan yang ada. Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan dan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa

description

 

Transcript of Tugasan hubungan etnik

Page 1: Tugasan hubungan etnik

NAMA : NORHANA BT AHMAD KAMARI

KUMPULAN : MTE 4 ( PPG AMBILAN JUN 2011)

TUGASAN 1

1. Buat banding beza konsep perpaduan dan integrasi berikut:

a) Segregasi

b) Akomodasi

c) Akulturasi

d) Asimilasi

e) Amalgamasi

Pendahuluan

Malaysia sebagai sebuah negara kecil di peta dunia , namun Malaysia

mempunyai banyak keunikan tersendiri. Kedudukan geografinya yang strategik yang

dari dahulu hingga kini menjadi jambatan penghubung antara dunia Barat dan Timur

dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dunia.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latar

belakang keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu

sama lain menambahkan keunikan yang ada. Usaha-usaha untuk memupuk

perpaduan dan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa

dilaksanakan pada setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar

melalui sistem pendidikan yang sedia ada.

Pengertian beberapa konsep dalam konteks hubungan etnik perlu dijelaskan

untuk meningkatkan pemahaman terhadap pertalian hubungan sosial dalam

kehidupan harian masyarakat pelbagai kaum seperti di Malaysia. Pemahaman ini

penting supaya tidak timbul kekeliruan tentang perbezaan dan kaitan antara satu

konsep dengan konsep yang lain.

Page 2: Tugasan hubungan etnik

Konsep Perpaduan dan Integrasi

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh

masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu

identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi pula merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional

dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi

dalam sesebuah unit politik menurut (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur-unsur

integrasi boleh dikategorikan kepada :

i) Integrasi Wilayah – yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan

pembangunan ekonomi dan sosial wilayah yang maju dengan yang

mundur. Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia

Barat dengan Malysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung dengan

Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

ii) Integrasi ekonomi – yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk

mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.

iii) Integrasi kebudayaan – melibatkan usaha untuk membentuk satu

kebudayaan kebangsaan.

iv) Integrasi sosial – merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat

melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan

kesihatan.

v) Integrasi pendidikan – bertujuan untuk mewujudkan satu sistem

pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek,

jasmani dan rohani, dan

vi) Integrasi politik – yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat

melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah.

Menurut Ting Chew Peh (1987), integrasi ialah suatu proses yang amat kompleks.

Page 3: Tugasan hubungan etnik

Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula

dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati

iaitu amalgasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan

integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu

mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman serta mewujudkan

perasaan harmonis antara pelbagai etnik.

Proses hubungan ras dan etnik yang berbentuk continuum (berterusan) yang dimulai

dengan segregasi hingga kepada penyatuan biologi (amalgamasi) seperti dalam

rajah :

Integrasi Rendah Integrasi Tinggi

Segregasi Akomodasi Akulturasi Asimilasi Amalgamasi

Rajah : Proses hubungan ras dan etnik

Konsep Segregasi

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasinagan antara satu kumpulan etnik

dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku

dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem

persekolahan , pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada

didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika

Selatan yang dilaksnakan antara tahun 1948 -1994.

Konsep Akomodasi

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari

serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan

budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A+ B +C,

di sini A, B dan C merujuk kepada budaya ( Ting Chew Peh, 1987).

Page 4: Tugasan hubungan etnik

Akomodasi juga merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih

pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat

yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut.

Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis, dan menghormati antara satu

sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai

wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.Konsep

ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas

mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.

Meskipun bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikian

bahasa-bahasa yang lain masih boleh digunapakai selagi ia tidak bertentangan

dengan prinsip perlembagaan. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara

yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis

dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

Konsep Akulturasi

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan

individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi

terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu

dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga

kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

Berbeza dengan proses asimilasi , proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan

identiti asal masyarakat penerima. Penerimaan adalah dalam bentuk unsur budaya

yang positif sebagai contoh : pemakaian tali leher telah diterima oleh hampir semua

masyarakat dunia. Begitu juga dengan angpau, makanan, hiburan dan sebagainya

yang boleh dijadikan contoh dalam masyarakat Malaysia.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap

akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat

kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. Unsur-unsur budaya

yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideology dan pemikiran adalah lebih sukar

diterima.

Konsep Asimilasi

Page 5: Tugasan hubungan etnik

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan

etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan

dan identity yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi

ialah proses dalam mana kelompok –kelompok yang berfikir , berperasaan dan

bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang

sama (disebut dalam Chew Hock Thye, 1975).

Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh

perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula

A + B + C = A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan

C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya , orang Melayu di Thailand telah

mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua

aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara

hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina

Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi.

Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam

konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan

etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya

bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan

menerima identiti kumpulan etnik majoriti: terdapat banyak persamaan budaya

antara kumpulan etnik; dan kesanggupan etnik majority menerima kumpulan etnik

minoriti.

Konsep Amalgamasi

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apbila budaya atau ras bercampur

untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses

amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.

Teori amalgamasi yang dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C = D, di sini

A,B,C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan

baru terhasil daripada penyatuan A, B, dan C. Sebagai contoh, kumpulan -

kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu

Page 6: Tugasan hubungan etnik

membentuk satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal

mereka. Contohnya, di Brazil dan Hawaii.

SOALAN 2

Jelaskan TIGA faktor pembentukan pluraliti di Malaysia.

Pengenalan

Pluraliti atau kemajmukan masyarakat di rantau Alam Melayu wujud dan berlaku

secara berterusan kerana wilayah Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan

pelbagai tamadun dan budaya utama dunia.

Pluraliti pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak

keagungan kerajaan Melayu.Melaka di perintah oleh para sultan dan pembesar yang

berpandangan jauh. Berdasarkan kepada fakta sejarah, Melaka adalah sebuah

pelabuhan yang penting dan empayar yang besar di Nusantara pada abad ke-15 di

bawah kekuasaan Parameswara. Hubungan diplomatik yang dijalin dengan negara

China dan perlindungan yang diberikan China kepada Melaka pada waktu itu

menguntungkan Melaka kerana ancaman daripada Siam dan Majapahit dapat

dielakkan. Apabila Parameswara memeluk Islam sekitar tahun 1414 dan menukar

namanya kepada Iskandar Syah, menyebabkan lebih ramai lagi pedagang Islam

dari Arab dan India datang berniaga ke Melaka.

Perkahwinan Sultan Iskandar Syah dengan Puteri Pasai pula telah meningkatkan

hubungan Melaka dengan Pasai dan pada masa yang sama Pasai terkenal dengan

pelabuhan yang maju, menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan

penyebaran agama Islam. Dengan terjalinnya hubungan melalui perkahwinan ini,

kecemerlangan Pasai juga memberikan impak positif kepada perkembangan

Melaka.

Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar. Semua ini ialah hasil

daripada sistem pemerintahan terbuka (menerima sesiapa sahaja yang ingin

Page 7: Tugasan hubungan etnik

berdagang) di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap. Keselamatan laut

daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh laksamana Melaka yang

proaktif. Situasi ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang

datang berdagang di pelabuhan Melaka. Keadaan ini disokong kuat oleh Undang-

undang Laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam.

Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti kerana

proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa ada pemaksaan daripada

mana-mana pihak. Zaman ini bukanlah zaman negara bangsa sebagaimana yang

diperkenalkan oleh British dan seterusnya mewujudkan masyarakat pluralistik yang

nyata.

Para pedagang tidak memerlukan passport atau visa sebagai pengenalan diri untuk

memasuki sesuatu kawasan. Keadaan ini membolehkan para pedagang dari Arab,

India, China dan negara-negara lain datang berdagang secara sukarela. Mereka

telah berakomodasi dengan penduduk temapatan dan sistemnya dengan baik.

Akomodasi antara pedagang dari China dan India dengan masyarakat tempatan

telah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya seperti

masyarakat Baba. Mereka terus menetap di Melaka.

Pluraliti Zaman Penjajahan British di Tanah Melayu sehingga Kewujudan

Masyarakat Majmuk.

Persaingan kuasa-kuasa Barat untuk memperolehi dan menguasai tanah-tanah

jajahan Afrika dan Asia dikatakan bermula sejak tahun 1870-an. Tujuan perlumbaan

kuasa Barat iaitu antara negara-negara seperti Britain, Perancis, Sepanyol, Belgium

dan Amerika Syarikat adalah bagi memenuhi keperluan ekonomi dan menguasai

kawasan strategic sama ada untuk kepentingan laluan perdagangan mahupun

pertahanan. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah dan Asia yang akhirnya

berjaya menguasai politik, ekonomi dan sosial negara-negara yang dijajah.

Terdapat tiga faktor penguasaan penjajah Barat ke atas negara-negara di Afrika dan

Asia ialah faktor ekonomi (Gold Oriented), faktor politik (Glory Oriented) dan Faktor

budaya ( Gospel Oriented).

Page 8: Tugasan hubungan etnik