tugasan kepelbagaian kecerdasaan

12
RABU, 5 JUN 2013 a. Kepelbagaian Kecerdasan mengikut Howard Gardner b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas . d. Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas. TUGASAN 2 a. Kepelbagaian Kecerdasan mengikut Howard Gardner b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas . d. Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas. BIL PERKARA CATATAN 2a 1.0 SEKAPUR SIRIH 2.0 LAPAN KECERGASAN 2b 1.0 2.0 3.0 PENGERTIAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS. PANDANGAN PENGKAJI. IBU BAPA MENGALAKKAN BELAJAR MELALUI BERMAIN 2c 1.0 2.0 ABSTRAK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS. 2d 1.0 2.0 3.0 EMOSI SOSIAL MASALAH DAN STRATEGI MENANGANI MASALAH EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS. KESIMPULAN

description

nota

Transcript of tugasan kepelbagaian kecerdasaan

Page 1: tugasan kepelbagaian kecerdasaan

RABU, 5 JUN 2013

a. Kepelbagaian Kecerdasan mengikut Howard Gardner b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas . d. Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas.

TUGASAN 2

a. Kepelbagaian Kecerdasan mengikut Howard Gardner

b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cerdas

c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak  pintar

cerdas .

d. Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas.

BIL PERKARA CATATAN2a1.0 SEKAPUR SIRIH2.0 LAPAN KECERGASAN

2b1.02.03.0

PENGERTIAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS.PANDANGAN PENGKAJI.IBU BAPA MENGALAKKAN BELAJAR MELALUI BERMAIN

2c1.02.0

ABSTRAKPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS.

2d1.02.03.0

EMOSISOSIALMASALAH DAN STRATEGI MENANGANI MASALAH EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS.

KESIMPULANBIBLIOGRAFI

TUGASAN 2

Page 2: tugasan kepelbagaian kecerdasaan

2 a.             Kepelbagaian Kecerdasan mengikut Horward Gardner.

SEKAPUR SIRIH.

1.1       Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau

mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut

Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat kajian terhadap

pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk

yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population).

1.2       Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua

ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga

bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-

murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah

profesional.

1.3       Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap

yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam

hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-

lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan,

pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai.

2.0       LAPAN KECERGASAN

2.1       Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang

melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza

dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik, seorang murid mungkin

tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik.

Kecerdasan – kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner adalah seperti berikut :

2.2       Verbal-Linguistik

Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis.

Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan.

Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan,

mengingat maklumat, memahami perkataan

2.3       Visual-Ruang

Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan

untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.

Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini

ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan

menterjemah imej secara visual.

2.4       Naturalis

Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna

dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar

bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam

Page 3: tugasan kepelbagaian kecerdasaan

sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.           

2.5       Kinestetik

Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk

berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan

anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan

pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu

juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal

dengan mental.

2.6       Interpersonal

Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi,

tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh

bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang

berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.

2.7       Intrapersonal

Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba

untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain,

kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti

kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.

2.8       Logik-Matematik

Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul

secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang

cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang

berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal,

menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.

2.9       Muzik

Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten,

membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran.

Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi,

memahami struktur dan rentak muzik.

TUGASAN 2

2b                 Peranan ibu bapa dalam membantu kanak-kanak pintar cergas.

1.0       Pengertian kanak-kanak pintar cerdas.

1.1       Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat.

Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan

pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka terutamanya yang dikenali sebagai pelajar

pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan

seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas. Pelajar pintar cerdas dan berbakat

merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan

pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan

maka suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.

Page 4: tugasan kepelbagaian kecerdasaan

2.0       Pandangan pengkaji..   

2.1       Slavin (1997) berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana

individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui

peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat iaitu

perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa. Perkembangan kognitif

merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami dan mengingati perkara-

perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ianya juga adalah proses peningkatan keupayaan

pemikiran, pengetahuan dan intelektual di mana berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak

yang berlaku daripada satu peringkat kepada peringkat perkembangan seterusnya.

3.0       Kanak-kanak belajar melalui bermain. Ibu bapa dapat mewujudkan suasanapembelajaran yang

bermakna berlaku terutama ketika bermain. Keseimbangan diantara belajar dan bermain menjadi rangka

yang penting bagi memperkembangkan kebolehan dan keupayaan kanak-kanak dalam sesuatu bidang.

Bermain sebenarnya adalah satu proses pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak memahami sesuatu

konsep. Melalui permainan juga, ia dapat mengukuhkan kefahaman kanak-kanak terhadap konsep yang

ingin diketahui oleh mereka. Konsep bermain ini sebenarnya merujuk kepada motivasi intrinsik (dalaman)

dan menyeronokkan. Proses pembelajaran berlaku secara tidak langsung semasa bermain.

3.1       Permainan Lego. Lego adalah sejenis alat permainan bongkah plastik yang terkenal di seluruh

dunia bagi semua golongan kanak-kanak atau remaja.  Dalam proses menyiapkan model lego keupayaan

kognitif yang digunakan oleh kanak-kanak ini amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan yang cuba

dicantumkan atau bongkah yang cuba dibina tidak seperti yang sebenar, mereka akan cuba lagi untuk

membuatnya banyak kali sehingga mereka selesai melengkapkan model tersebut dengan betul. Jelasnya

melalui permainan lego, kanak-kanak ini bukan sahaja dapat mencipta daya kreatif mereka sendiri tetapi

juga dapat memperkembangkan lagi kemahiaran kognitif mereka.

Permainan ini juga mengasyikkan dan dapat meningkatkan kreativiti kerana lego melibatkan imaginasi

dan daya pemikiran.  Permainan lego ini adalah satu permainan yang dapat menguji tahap pemikiran

kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang berumur 3-4 tahun kerana pada peringkat umur ini mereka

mempunyai kuasa ingin tahu dan daya imaginasi yang tinggi, kuat meneroka dan mula memanipulasikan

sesuatu benda yang menarik perhatian mereka.

3.2       Permainan catur. Catur adalah permainan yang paling popular di dunia, ia menggambarkan

bukan sahaja satu permainan tetapi juga merupakan satu seni dan satu sains. Catur juga dilihat sebagai

permainan perang yang abstrak kerana merupakan satu permainan yang dikenali sebagai permainan

seni mempertahankan diri dimana kanak-kanak perlulah menggunakan minda dalam menyelesaikannya

dan mengajar catur kepada kanak-kanak ini juga dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan

minda mereka dalam menyelesaikan masalah yang kompleks ketika bermain dan secara tidak langsung

dapat meningkatkan kemahiran berfikir yang lebih berkesan lagi. Permainan ini juga amat sesuai bagi

kanak-kanak yang berumur 3-4 tahun untuk melatih mereka dari segi perkembangan kognitif dimana

memerlukan penggunaan otak dalam berfikir bagi merancang strategi semasa bermain permainan ini.

3.3       Kubus Rubiks. (Dendam Kiub, Kiub Rubik, Kiub Profesor dan Kiub Poket).

Permainan kubus rubiks merupakan permainan teka-teki mekanik 3D yang diperkenalkan oleh Prof Erno

Rubik iaitu seorang professor seni bina di Hungarian pada tahun 1974. Aktiviti ini memerlukan daya

kognitif yang tinggi untuk menyelesaikannya dalam masa yang telah ditetapkan. Kubus ini digunakan

sebagai alat pengajaran untuk membantu kanak-kanak memahami objek 3D selain merupakan satu alat

Page 5: tugasan kepelbagaian kecerdasaan

untuk dijadikan aktiviti teka-teki kepada mereka dimana memerlukan strategi bagi menyelesaikan

permainan tersebut.

3.4       Menyusun Puzzle Gambar.Puzzle merupakan permainan menyusun kepingan gambar sehingga

menjadi sebuah gambar yang lengkap. Ianya juga terdiri daripada pelbagai jenis gambar dimana kanak-

kanak dikehendaki menyusun serpihan-serpihan kecil daripada kepingan tersebut untuk menjadikan

ianya sebuah gambar. Selain itu, puzzle juga adalah satu bentuk permainan yang memerlukan penelitian,

melatih kanak-kanak supaya fokus atau memberi sepenuh perhatian ketika melakukannya serta harus

mempunyai ingatan jangka panjang semasa menyusun kepingan-kepingan puzzle tersebut sehingga

selesai.  Di samping itu, melalui puzzle juga mereka dapat belajar memahami konsep bentuk, warna,

ukuran dan jumlah, maka bagi kanak-kanak pintar cerdas puzzle yang seharusnya diberikan kepada

mereka adalah berbentuk kompleks iaitu dari segi jenis gambar supaya mereka dapat berimaginasi

dengan lebih tinggi lagi dalam menyelesaikan permainan tersebut. Hal ini dapat mengembangkan

keupayaan kognitif mereka apabila menggunakan otak bagi merancang dan menganalisis apakah bentuk

sebenar gambar dalam permainan puzzle tersebut.

3.5       Aktiviti Luar. Terdapat pelbagai jenis aktiviti luar yang boleh dilakukan untuk merangsang

pemikiran kanak-kanak. Melakukan aktiviti di kawasan peranginan bukan sahaja akan menarik minat

kanak-kanak malah ia akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluaskankan lagi pandangan

mereka terhadap segala apa yang ada di sekeliling mereka. Bahan-bahan yang digunakan membolehkan

kanak-kanak akan

menggunakan daya kreatif mereka untuk mereka dalam menjayakan pelbagai aktiviti.

Kanak-kanak bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia mereka sendiri.

Mereka akan menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan ciptaan mereka sendiri secara bebas

dan tidak terbatas. Mereka melakukannya berdasarkan idea masing-masing tanpa ada sekatan atau

halangan dari pihak orang yang lebih dewasa. Aktiviti ini juga melibatkan daya pemikiran yang tinggi

dalam proses menjayakannya. Aktiviti ini juga dapat memperkembangkan lagi daya imaginasi dan dapat

meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.

TUGASAN 2

2c                 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap kanak-kanak

pintar cerdas.

1.0 ABSTRAK.

1.1       Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan golongan pelajar yang Dikategorikan mempunyai

keperluan pembelajaran yang khusus, juga memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding

rakan sebaya mereka (Ng & Sandiyao, 2005). Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang

bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan

peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980).

1.2       Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan

dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

1.3       Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan

bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah

Page 6: tugasan kepelbagaian kecerdasaan

melalui peredaran masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat

iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa.

1.4       Pintar Cerdas Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan

sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka

merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka.Kanak-kanak yang pintar cerdas

menunjukkanciri-ciri berikut:

Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya.

Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yanglebih jika dibanding dengan rakan sebaya. Menetapkan

matlamat yang tinggi untukpencapaiannya.

Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasanyang mencabar.

Kemahiran berbahasa, membaca danperbendaharaan kata yang luas.

Kebolehan untuk memimpin.

Mengambil berat dan menunjukkan empatiterhadap orang lain.

2.0       Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas.

2.1       Pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tigajenis program:

Pengasingan,

Pemecutan (acceleration)

Pengayaan

2.2       Pengasingan Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di

mana mereka disediakan kurikulum khusus bagi mengilap kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini

bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu

perkembangannya secara optima.

2.3       Pemecutan Satu cara ialah di mana kanak-kanak inidikeluarkan daripada bilik darjah mereka

untuksubjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan kekelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan

belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid

tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu

merekabelajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada skala masa yang lebih cepat berbanding rakan

sebaya.

2.4       Penggayaan Program pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman

pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan kemuzium

atau perpustakaan negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan

murid mencari maklumatyang lebih mendalam tentang sesuatu topik dandilakukan oleh murid secara

bersendirian.

2.4.1    Program dan aktiviti luar bilik darjah. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan didedahkan kepada

situasi menjadi pemimpin dan yang dipimpin dalam sesebuah organisasi. Hal ini dapat menyediakan

kanak-kanak kepada menjadi anggota masyarakat yang baik ketika mereka dewasa kelak dimana

mereka mungkin menjadi seorang ketua dan dalam masa yang sama menjadi pengikut bagi seseorang

yang lain. Selain itu, ia juga mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran komunikasi yang berkesan di

antara ahli kumpulan. Ketua akan memainkan peranan agar setiap daripada anak buahnya mendapat

setiap pergerakan dan bunyi yang dilakukan dengan baik.

Page 7: tugasan kepelbagaian kecerdasaan

2.4.2    Program bersama keluarga. Elemen ini akan merapatkan dan menggalakkan interaksi dan

kerjasama antara ibu bapa dan juga kanak-kanak tersebut. boleh dilakukan untuk menggalakkan sosial

kanak-kanak dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak.  Secara tidak

langsung, aktiviti ini dapat menarik perhatian kanak-kanak serta merangsang minda mereka untuk

mengecam bunyi atau aksi yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka.

2.4.3    Program sosial berhemah juga boleh merangsang minda kanak-kanak disamping

meningkatkan sosial kanak-kanak dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka.

2.4.4    Fitrah kejadian seseorang kanak-kanak amat meminati sesuatu yang berbentuk animasi dan

hanyalan seperti kartun dan alat permainan yang mewakili setiap apa yang mereka kagumi. Maka aktiviti

berkaitan animasi mewujudkan peluang untuk kanak-kanak mengaplikasikan hanyalan dan juga animasi

yang mereka fikirkan. Aktiviti ini jua mendedahkan kepada kanak-kanak bagaimana cara untuk berfungsi

dalam satu kumpulan

yang besar. Ianya memperkembangkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam pembawakan

watak masing-masing. Semangat kerjasama dan berpasukan dipupuk dalam menjayakan sesuatu

persembahan.

2.4.5    Aktiviti bahasa isyarat. Melalui aktiviti ini, dapat memberikan pendedahan kepada kanak-kanak

tentang aktiviti main peranan. Aktiviti ini juga dapat menguji kreativiti kanak-kanak dalam

mempersembahkan kefahaman mereka dalam sesuatu benda atau haiwan dalam bentuk bahasa isyarat.

Mereka juga akan menyesuaikan setiap perlakuan yang dilakukan untuk menjamin kefahaman si peneka.

Ianya juga memerlukan komunikasi dua hala yang berkesan.

2.4.6    Aktiviti Melukis. Kanak-kanak melukis sebagai Medium Komunikasi. Lukisan merupakan bentuk

komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat

perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Kanak-kanak juga melukis sebagai cara mencapai

kepuasan diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak.

Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot.

Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Melukis juga untuk

meningkatkan daya penguasaan kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan

kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa

imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat

meningkatkan daya sensitiviti

pancaindera.

2.4.7    Aktiviti renang. Kemahiran kanak-kanak yang paling asas perlu menguasai untuk belajar

berenang adalah kemampuan untuk menahan nafas. Kemampuan untuk menahan nafas akan membantu

kanak-kanak menjadi lebih selamat di dalam dan sekitar air dan mempersiapkan mereka untuk berenang

di dasar yang memerlukan tempoh masa yang singkat yang akan dikeluarkan di bawah air. . Kajian

menunjukkan banyak

faedah diperolehi daripada aktiviti berenang seperti kemahiran motor kasar dan halus, refleksi (masa

tindak balas), kuasa tumpuan (fokus), kepintaran / kecerdasan, tabiat sosial, interaksi sosial, keyakinan

diri, kebebasan dan boleh menangani situsi yang di luar jangka.

TUGASAN 2

2d                 Masalah sosial dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas.

Page 8: tugasan kepelbagaian kecerdasaan

1.0       Emosi

1.1       Menurut Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat (seperti

sedih,  marah dan lain-lain). Oxford Advanced  Learners’ Dictionary (1995) pula menyatakan emosi

sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis (kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu,

keseronokan atau gangguan pada perasaan).

1.2       The Oxford Dictionary of

Current  English  (1986)  pula  menyatakan  emosi sebagai  perasaan  yang  kuat  dari  dalam

terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut.

1.3       Menurut Daniel Golemen (2002:411) emosi merujuk pada suatu perasaan dan pikiran yang khas,

iaitu suatu keadaan biologis dan psikologis dan serangkain kecenderungan untuk

bertindak  dan  pada  dasarnya   juga  adalah  dorongan  untuk bertindak.  Emosi  biasanya merupakan

reaksi terhadap rangsangan dari luar dan dalam diri seseorang individu.

1.5       Menurut Mohmood Nazar Mohamad (1992) pula, Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan

yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi,diri dan psikologi.

1.6       Emosi dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi positif dan emosi negatif. Emosi

yang tergolong dalam kategori emosi positif ialah seperti seronok, ghairah, bersemangat dan gembira.

Manakala emosi yang negatif pula seperti marah, sedih, cemas, rasa bersalah dan sebagainya.

1.7       Perkembangan emosi ini akan berlaku kepada kanak-kanak secara dua peringkat iaitu peringkat

emosi idea dan juga peringkat emosi pemikiran. Secara umumnya emosi idea ini menggambarkan

bahawa ekspresi penyampaian emosi adalah berada di peringkat permulaan. Manusia menyampaikan

emosinya secara tidak sedar dan ia keluar daripada naluri semula jadi bawah sedar. Seorang kanak-

kanak dapat merasakan sesuatu perasaan tetapi tidak dapat menyatakan mengapa, bagaimana dan

siapa yang menyebabkan timbulnya perasaan tersebut. Emosi yang disampaikan lebih dalam bentuk

tindak balas gerakan fizikal.

2.0       Sosial.

2.1       Perkembangan  sosial,  menurut  Syamsu  Yusuf  (2007)  adalah  merupakan pencapaian

kematangan dalam hubungan sosial, proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma- norma

kelompok dan tradisi meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan bekerjasama.

Lewis,  1995  ;  Lewis  Books-  Gunn,  1979 mengatakan  perkembanagan  sosial  juga merupakan satu

proses apabila anak-anak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh

orang lain. Terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, penghargaan kendiri,  kawalan

kendiri dan juga pembentukkan kendiri. Identiti sosial dan juga kefahaman kanak-

kanak yang  berkembang dalam dua peringkat iaitu kewudan kendiri dan kategori kendiri.

2.1       Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan

kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat

serta budaya. Pendek kata perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan

kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu

persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa

aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,  aktiviti bermain, perkembangan

kongnisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya.

Page 9: tugasan kepelbagaian kecerdasaan

2.2       Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang

dianuti oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan -peraturan sosial yang

diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang

sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi

ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya

mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial

yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

2.3       Hubungan sosial individu dengan persekitaran dan juga  perkembangan psikososial ini mampu

membentuk personaliti manusia. Terdapat 8 peringkat  tahap perkembangan sosial.  Erik Erikson dan

setiap peringkatnya pula, mengandungi

kecenderungan  atau  keinginan  yang  berkonflik.  Oleh  itu,  setiap  individu  perlu menguasai

kecekapan tertentu dalam meghadapi setiap peringkat perkembangan.

3.0       Masalah dan strategi untuk menangani masalah emosi kanak-kanak pintar cerdas. 3.1   kanak-

kanak pintar cerdas selalunya mempunyai masalah dalam emosi iaitu mempunyai emosi yang tidak

stabil.  Antara  strategi  yang biasa digunakan adalah sesi kaunseling bagi mengenal pasti masalah yang

dihadapi. Langkah dan cadangan akan diajukan bagi membolehkan kanak-kanak ini membuat pilihan

akan cara  untuk

menangani  masalah  yang  dihadapi  olehnya.  Melalui  cara  ini,  dapat  mengurangkan masalah emosi

yang dialami olehnya. Semasa memberi kaunseling, perlu perbanyakkan berkomunikasi dengan

responden iaitu tanya masalah dan punca sebenar tercetusnya masalah emosi. Umumnya mereka

mempunyai masalah emosi iaitu sukar untuk menerima sesuatu kegagalan dan mudah tertekan.

3.2       Berikan sokongan psikologi dengan   memberikan  kata-kata  semangat  dan  kata-

kata  peransang  agar  mereka  dapat membentuk konsep diri  yang positif. Mereka perlu menerima

kenyataan bahawa setiap manusia mempunyai kekuatan dan  kelemahan, Tetapi setiap kelemahan boleh

diimbangi dan diperbaiki. Kepercayaan negatif terhadap diri sendiri  atau  menyalahkan diri sendiri ini

akan mencetuskan lebih banyak kekecewaan dan rasa tidak berupaya yang akan  melemahkan usaha

seseorang untuk memperbaiki sesuatu keadaan.

Kesimpulan

Perkembangan diri adalah merupakan aspek perubahan yang dialami oleh seseorang individu dan

bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku

dalam   keadaan   yang   berterusan   dan   menerusi   peringkat-peringkat   kematangan   tertentu.

Peringkat-peringkat perkembangan akan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu dan

biasanya dijangkakan.

Perkembangan biasanya  dipengaruhi  oleh  baka  dan  juga  persekitaran.  Baka  akan

menentukan  had-had perkembangan manakala persekitaran pula akan membantu individu bagi

mencapai tahap perkembangan yang maksimum.Perkembangan adalah merupkan satu bahagian yang

saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan

kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua kanak-kanak mencapai titik

perkembangan yang sama pada umur yang sama.

Page 10: tugasan kepelbagaian kecerdasaan

Rujukan

Rogers K. B. (2008) Expert Approaches To Support Gifted Learners: Professional Perspectives, Best

Practices Dan Positive Solutions. United State: Free Spirit Publishing.

Sousa D. (2003) How  The Gifted Brain Learns. London : Sage Publication Algozzine B. & Ysseldyke J.

(2006) Teaching Students  With Gifts Dan Talents: Apractical Guide For Every Teacher. United State:

Corwin Press.

Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligence. New York: Basic Books.

Gallahue, D.L. (1993), Development Physical Education for Today’s  Children. Madison, WI: Brown and

Benchmark.

Goleman, D. (1995), Emotional Intelligence, New York: Bantam

George D. (2003) Gifted education Indentification and Provision. London : Fultion Publisher