Tugasan Kerja Kursus

3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU TUGASAN PROJEK PROGRAM: PISMP NAMA PELAJAR: KOD DAN NAMA KURSUS BMM3103 SINTAKSIS BAHASA MELAYU SEMESTER: Lima Tarikh Mula 23 Februari 2015 Tarikh Hantar 30 Mac 2015 Hasil Pembelajaran Kursus: .1 Menjelaskan konsep sintaksis bahasa Melayu 2 Menganalisis kandungan bidang sintaksis. 3 Menghuraikan susunan konstituen frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama 4 Mengkategorikan jenis ayat, ragam ayat dan bentuk ayat dalam bahasa Melayu 5 Menghuraikan proses penerbitan ayat. Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 2 dan 4. Objektif Projek: Pelajar dapat: 1. Mengenal pasti dan menganalisis binaan ayat, frasa dan predikat berdasarkan teks penulisan 2. Mengenal pasti dan menganalisis ragam ayat, ayat majmuk dan proses penerbitan ayat 3. Menghasilkan panduan pengajaran berkaitan ayat berdasarkan sukatan KSSR 4. Menilai konsep sintaksis: konstituen frasa, jenis, ragam, bentuk dan proses penerbitan ayat.

description

kerja kursus

Transcript of Tugasan Kerja Kursus

Page 1: Tugasan Kerja Kursus

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU TUGASAN PROJEK

PROGRAM: PISMP NAMA PELAJAR:

KOD DAN NAMA KURSUS BMM3103 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

SEMESTER: Lima

Tarikh Mula 23 Februari 2015 Tarikh Hantar 30 Mac 2015

Hasil Pembelajaran Kursus:

.1 Menjelaskan konsep sintaksis bahasa Melayu

2 Menganalisis kandungan bidang sintaksis.

3 Menghuraikan susunan konstituen frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama

4 Mengkategorikan jenis ayat, ragam ayat dan bentuk ayat dalam bahasa Melayu

5 Menghuraikan proses penerbitan ayat.

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 2 dan 4. Objektif Projek: Pelajar dapat:

1. Mengenal pasti dan menganalisis binaan ayat, frasa dan predikat berdasarkan teks penulisan

2. Mengenal pasti dan menganalisis ragam ayat, ayat majmuk dan proses penerbitan ayat

3. Menghasilkan panduan pengajaran berkaitan ayat berdasarkan sukatan KSSR 4. Menilai konsep sintaksis: konstituen frasa, jenis, ragam, bentuk dan proses penerbitan ayat.

Page 2: Tugasan Kerja Kursus

TUGASAN PROJEK (100%)

1. Penulisan Esei (50%)

Sintaksis merupakan subsistem bahasa yang bukan sahaja membicarakan selok-belok ayat tetapi juga membicarakan selok-belok frasa dan

klausa. Oleh itu, kajian sintaksis itu merangkumi frasa hingga ayat. Sesuatu ayat itu dikatakan betul tidak sahaja diukur daripada strukturnya

tetapi juga sifat-sifat ujarannya. Oleh hal demikian, aspek sintaksis sangat penting dikuasai oleh guru bagi tujuan pengajaran dan juga

kegunaan seharian.

Secara individu anda dikehendaki memilih sekurang-kurangnya dua teks penulisan dari sumber yang berbeza. Berdasarkan teks tersebut,

kemukakan lima ayat yang terdiri daripada binaan setiap pola (empat pola ayat dasar). Dengan merujuk ayat-ayat yang dikemukakan,

analisis:

a) analisis binaan bagi setiap frasa

b) analisis binaan bagi setiap predikat

c) analisis ayat menggunakan rajah pohon

Berdasarkan teks yang sama, kenal pasti:

a) ragam-ragam ayat

b) jenis-jenis ayat majmuk

c) 10 ayat yang telah mengalami proses penerbitan dan tunjukkan analisisnya menggunakan rajah pohon.

2. Projek (30%) Secara individu anda dikehendaki memilih satu subtajuk sintaksis yang terdapat dalam sukatan KSSR. Berdasarkan subtajuk tersebut,

sediakan kit pengajaran lengkap yang mengandungi:

a) panduan pengajaran b) nota rujukan c) latian/ujian 3. Kuiz (20%) Secara individu anda dikehendaki menjawab dua set soalan kuiz yang merangkumi semua tajuk dalam proforma kursus. Kuiz akan diadakan sebaik selepas tajuk-tajuk dipelajari.

Page 3: Tugasan Kerja Kursus