Tugasan Mini Projek Srb3023 2014

download Tugasan Mini Projek Srb3023 2014

of 3

Transcript of Tugasan Mini Projek Srb3023 2014

  • 8/12/2019 Tugasan Mini Projek Srb3023 2014

    1/3

    SRB3023 BIODIVERSITI DAN ADAPTASI

    TUGASAN PROJEK MINI

    ARAHAN

    1. Projek mini terbahagi kepada Tugasan 1 (10%) dan Tugasan 2 (10%).

    2. Tarikh akhir penghantaran Tugasan 1 ialah pada 5 April 2014.3. Tarikh akhir penghantaran Tugasan 2 ialah pada 10 Mei 2014.4. Projek mini ini adalah tugasan secara individu.5. Kedua-dua tugasan ini menyumbang sebanyak 20% daripada keseluruhan penilaian

    kursus ini.6. Cara penghantaran tugasan: Online (MyGuru3)7. Tugasan ini perlu ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu. Manuskirip akhir

    hanyalah dalam satu fail dan dipindahkan ke format PDFsebelum dihantar.

    PENERANGAN

    Panduan di bawah boleh digunakan untuk kedua-dua tugasan tetapi perlu menggunakan

    organisma yang berbeza sahaja.

    Tugasan 1: 10 spesies makroskopik Kulat dan Tumbuhan. Saya cadangkan 2 spesies

    daripada setiap kumpulan Fungi yang boleh dilihat dengan mata kasar. Spesies daripada

    kumpulan tumbuhan tumbuhan tidak berbiji: Alga (1 spesies), Lumut (1 spesies), Paku

    Pakis (1) dan Sekutu Paku Pakis (1). 2 spesies daripada tumbuhan berbiji tanpa buah

    (Gimnosperma) dan 2 lagi daripada Angiosperma.

    Tugasan 2: mana-mana 7 daripada haiwan-haiwan berikut: Porifera, Cnidaria,

    Platyhelminthes, Nematoda, Annelida, Insekta, Gastropoda, Bilvavia, Sefalopoda,

    Ekinodermata.

    Satu spesies setiap contoh haiwan daripada kumpulan pisces, reptilia dan mamalia.

  • 8/12/2019 Tugasan Mini Projek Srb3023 2014

    2/3

    1. Berikan Hierarki pengelasan dari Alam hingga ke spesies bagi setiap contohberserta nama tempatan.

    2. Perbincangan anda hendaklah menitik beratkan ciri morfologi, ciri unik danadaptasi untuk bermandiri.

    3. Gambar caught in action termasuk diri anda di lokasi dan ciri-ciri morfologiterperinci perlulah disertakan dalam laporan tugasan anda.

    4. Anda boleh jalankan kajian anda di sekitar tempat tinggal, Zoo, Taman Pertanian(Botani), Taman Rekreasi atau di Taman Negara.

    PENULISAN

    1. Format laporan menggunakan kaedah penulisan saintifik.

    Secara ringkasnya penulisan saintifik mempunyai beberapa bahagian: Pengenalan,kajian literatur, kaedah, hasil kajian dan analisis data, perbincangan dan kesimpulan.

    Setiap kajian literatur yang dirujuk perlu dimasukkan dalam senarai rujukan.

    Sila rujuk stail APA untuk panduan penulisan secara terperinci.

    2. Rajah yang dilukis, perlulah dilabel.3. Laporan anda mesti mengandungi:

    Kulit hadapan bertulis: Tugasan Mini Projek, Tajuk, Nama anda, No.matrik,semester, kumpulan dan nama pensyarah

    Abstrak Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

    Penghargaan

    Isi Kandungan (termasuk senarai muka surat)

    Senarai Jadual

    Senarai Rajah Untuk setiap muka surat bahagian di atas ini diberikan nombor (i, ii, iii,.)

    Bab 1: Pengenalan, Objektif Kajian (diberikan muka surat no 1, tetapi nombortidak dicetak pada muka surat (hide)).

    Bab 2: Kajian Literatur (muka surat baharu, no muka surat sambungan daripadabab terdahulu, tetapi tidak dicetak di muka surat (hide)).

    Bab 3: Kaedah kajian dijalankan (seperti di atas).

    Bab 3: Dapatan Kajian (seperti di atas).

    3.1 Alam Protista. Pengenalan Alam Protista. Tulis berkenaan contoh anda.Buat huraian ciri morfologi, ciri unik, ciri adaptasi terhadap habitat danpembiakan, gambar dan rujukan.

    3.2 Alam Fungi. Pengenalan Alam Fungi. Tulis berkenaan contoh anda. Buathuraian ciri morfologi, ciri unik, ciri adaptasi terhadap habitat dan pembiakan,gambar dan rujukan.

    3.3 Alam Plantae. Pengenalan Alam Plantae. Tulis berkenaan 4 contohanda. Buat huraian ciri morfologi, ciri unik, ciri adaptasi terhadap habitat danpembiakan, gambar dan rujukan.

    3.4 Alam Animalia. Pengenalan Alam Animalia. Tulis berkenaan 4 contohanda. Buat huraian ciri morfologi, ciri unik, ciri adaptasi terhadap habitat danpembiakan, gambar dan rujukan.

  • 8/12/2019 Tugasan Mini Projek Srb3023 2014

    3/3

    Bab 4: Perbincangan. Berkisar kepada bagaimana biodiversity dihubungkaitkandengan adaptasi untuk mandiri setiap organisma yang telah anda kaji.

    Bab 5: Kesimpulan dan cadangan kajian masa depan.

    Rujukan

    Lampiran.

    Catatan:

    Jadual dan rajah dinomborkan mengikut bab dan urutan dalam penulisan.

    Selamat Maju Jaya.